Pengkikut blog

IKLAN lagi....

MALAM NI

Berteman ROKOK DJ di tangan....aku merenung sendirian...memikirkan apa perancangan hidup...hek elleh POYO..mana ada...sebenarnya aku takda idea nak UPDATE BLOG leh ah merapu meraban dalam blog nie...sorry ah bro tak de idea nak update....sebab mata kuyu gila...GOOD NITE...

LAPTOP BARU...

aku baru dapat LAPTOP baru....bukan laptop ah....NOTE BOOK...AKU baru dapat semalam (thanx mama dengan abah)boleh lah aku on9 FACEBOOK dan UPDATE BLOG dengan rakusnya tanpa memerlukan pinjaman dari sahabat kat rumah aku...THANX ALANG...For bagi pinjam laptop walaupun terpaksa..hehehehehe jasamu ku kenang...
sekarang aku sedang menonton MERLIN selepas tersiksa menonton MENTOR 5 yang penuh dengan drama...tak paham aku adakah penting jadi penyanyi sehingga sanggup memalukan diri menangis...bagi aku banyak kerja lain lagi selain dari penyanyi...tak yah lah buloq sangat nak jadi penyanyi kalau bakat lebih kurang ja...sorry aku tau sora aku tak sesedap mana..tapi aku tak sanggup memalukan diri aku masuk tv...
entah lah...kadang2 tu lawak gak tengok.
memang statement aku agak poyo...mesti depa kata aku jeles...tapi tak ah takda masa aku nak jeles...Adakah korang nak jadi penyanyi sebab nak jadi glamor...tak payah ah....biar low profile tapi rezeki tu halal...kalau ada bakat 2 pilah masuk AKADEMI AL-QURAN....lagi baguih....

PENGKID

Saja aku bawak ENTRY ini...PENGKID nie merupakan gaya penampilan perempuan yang maskulin dan kadangkala berorientasi homoseksual.Penampilan mereka termasuk gerak laku, berpakaian, penampilan, percakapan dan rupa seolah-olah lelaki, di mana kesemua ciri-ciri ini sering dikaitkan dengan lesbianisme. Golongan ini menonjolkan identiti gender dan seksualiti yang sering dilaporkan sebagai naluri semulajadi mereka.nak kenal PENGKID senang ja...Pengkid tidak berbaju kurung, tidak bersolek dan jauh sekali memakai kasut bertumit tinggi, pastinya. Memakai seluar slack atau jeans, berkemeja menjadi pilihan. Malah ramai keluar menampilkan diri di khalayak ramai berseluar pendek dan menggenakan t-shirt sukan.



Dalam Islam pengkid nie haram dan
 tidak dibenarkan dalam ISLAM....kat MALAYSIA sendiri statistik PENGKID nie tak menurun...cuma aku nak tau apa motif mereka jadi PENGKID..ada aku pernah sembang dengan seorang pengkid...dia kata dia jadi PENGKID sebab kecewa dengan lelaki...apa punya reason macam 2....ada gak pempuan yang cun2 pilih pengkid sebab depa memahami naluri wanita....aduh tak paham aku...dah nama pun perempuan mesti paham naluri kaum sejenis macam lelaki bercinta dengan PONDAN ah....

Kepada insan-insan bergelar PENGKID,INSAFLAH....korang pun perempuan juga...tak yah nak melawan ketentuan ALLAH....


SALAM MAULIDUR RASUL

SALAM MAULIDUR RASUL....
walaupun bertembung dengan HARI VALENTINE'S semalam...tapi hari nie 15 FEBRUARI 2011 bersamaan 12 Rabiulawal 1432 hijrah....umat ISLAM seluruh dunia termasuk MALAYSIA menyambut MAULIDUR RASUL atau MAULID NABI bagi mengenang kembali kelahiran junjungan besar kita RASULULLAH S.A.W...pemimpin unggul dunia..

♥ أَشْرَقَ البَدْرُ عَلَيْنَا....فَاخْتْفَتْ مِنهُ البُدُورُ...مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا....قَطُّ يَا وَجْهَ السُّ...رُورِ


♥ أَنْتَ شـَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ...أَنْتَ نُورٌ فَوْقَ نُورِ...أَنْتَ اِكْسِيْرٌ وَغَالِي...أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوري


THANX FOR BEING PART OF MY LIFE


aku bukan peminat ANUAR ZAIN....!!! itu aku akui tapi lagu nie menikam kalbuku...

THANX TO YOU FOR BEING PART OF MY LIFE....


SEMALAM......

SIAPAKAH ORANG INI????
Kalau korang tak kenal dia ini lah KAMARUL RAMIZU IDRIS...calon BEBAS di tiga Pilihan Raya Kecil iaitu PARLIMEN PERMATANG PAUH,PARLIMEN BUKIT GANTANG dan DUN PENANTI...Menggunakan lambang payung...kenapa aku wat entry pasal dia nie???begini cerita nya...

Semalam aku tergerak hati nak melepak kat SS SATAY HOUSE...niat hati nak balik rumah dah dan nak bungkus air ja kat sana...tengok ramai orang kat kedai tu...niat nak patah balik ja..tetiba PAKCIK ZUBIR (owner kedai tu) tarik aku dan bawa aku berjumpa dengan seseorang...peh sekali diamat macam kenai aku hulur tangan...rupanya tangan aku disapa oleh KAMARUL RAMIZU...peh memang terkejut ah...
memang banyak pemimpin POLITIK yang aku jumpa macam SHAMSUL ISKANDAR,even DATO SERI ANWAR sendiri tapi yang nie lah aku dapat bersalam dan berbual lama dengan dia...Dia sekarang PENGERUSI PPP PERAK...masa tu baru aku tau dia tinggal kat BANDAR UNIVERSITI ja....

aku sebenarnya agak respek juga dia sebab dia 1-1 nya calon bebas yang bertanding di tiga kawasan yang bukan tempat tinggal dia....PERMATANG PAUH ( menentang DATO SERI ANWAR) BUKIT GANTANG ( menentang DATO SERI NIZAR) dan PENANTI....memang orang tak kenal dia ni sapa...tapi kurang-kurangnya dia berani bertanding PILIHAN RAYA yang bukan kawasan dia...Dia bercakap masa tu...seolah2 dia tak pro mana-mana...sama ada pihak BN atau PR...tapi dia memang seorang yang hebat..cara dia cakap menyebabkan aku kagum dengan dia...antara soalan aku tanya..."KENAPA ABANG MASUK PPP?" nak tau apa dia jawab,sebab PPP party multi racial....kiranya dia menyokong perjuangan pelbagai kaum gak lah.

lepas jumpa dia aku terus balik rumah...tapi pengalaman jumpa KAMARUL RAMIZU IDRIS nie memang besh ah...sebab dia memang ada AURA pemimpin yang lain dari pemimpin yang lain.


HOSNI MUBARAK LETAK JAWATAN....

Presiden Mesir, Hosni Mubarak akhirnya telah membuat keputusan untuk berundur daripada jawatan Presiden Mesir.
Di dalam satu pengumuman di siaran televisyen negeri itu, Timbalan Presiden Mesir, Omar Suleiman berkata, Mubarak telah menyerahkan kuasa kepada tentera.




Keputusan ini jelas sekali menggambarkan kemenangan besar rakyat Mesir yang sebelum ini telah melakukan tunjuk perasaan besar-besaran menggesa pemimpin zalim itu agar meletak jawatan.
Penguguman itu disambut dengan sorakan gembira, dan kibaran bendera oleh rakyat Mesir yang berkumpul sejak 18 hari lalu.
Laporan BBC News memetik ucapan timbalan Presiden Mesir Omar Suleiman seperti berikut,
"In the name of God the merciful, the compassionate, citizens, during these very difficult circumstances Egypt is going through, President Hosni Mubarak has decided to step down from the office of president of the republic and has charged the high council of the armed forces to administer the affairs of the country,".[BBC News]
MY COMMENT: Tahniah Rakyat Mesir...terkejut gak aku membaca perletakan jawatan HOSNI MUBARAKsebagai PRESIDEN MESIR...tapi KUASA RAKYAT boleh menjatuhkan pemimpin...Selepas Rakyat FILIPINA menjatuhkan MARCOS...Rakyat INDONESIA menjatuhkan SUHARTO...rakyat TUNISIA menjatuhkan BEN ALI dan terbaru rakyat MESIR menjatuhkan HOSNI MUBARAK...telah membuktikan walau sekuat mana pemerintah mesti tumbang atas tangan rakyat....SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT...
Pada pemimpin hargailah mandat yang diberikan oleh rakyat...jangan sampai dijatuhkan...seperti berlaku di negara2 lain...MALAYSIA ni aman...so jagalah keamanan kita..rakyat MALAYSIA masih percaya dengan demokrasi dan pilihanraya...JANGAN SAMPAI RAKYAT TAK PERCAYA DEMOKRASI SUDAH LAH...


BIAR JAHAT JANGAN HIPOKRIT...

APA KENA MENGENA GAMBAR DENGAN ENTRY AKU NIE...
takda pa pun saja ja entry kasi gempak sikit....hahahahaha...Kenapa entry aku kali nie BIAR JAHAT JANGAN HIPOKRIT...yelah sebenarnya ramai orang macam nie di zaman sekarang..Untuk korang yang tak mengetahui apa maksud hipokrit...Nie maksudnya hipokrit tu ialah…orang yang berpura2 ‘baik’ depan orang…tapi sebenarnya ada niat jahat. Atau buruk sangka…atau buat2 baik tapi dalan hati sebenarnya tak suka.
Maksud yang aku paham lak...hipokrit nie depan cakap lain belakang lain ah....x dinafikan aku pun kekadang HIPOKRIT juga...tapi itu lumrah manusia...tapi jangan melampau2 hipokritnya...sampai berlakon baik,kuat sembahyang lah konon nya tapi yang sebenarnya ALLAH je yang tau setan nya manusia ini...bukan apa banyak yang aku perhatikan macam tu ah....konon nya sembahyang tak tinggal...wajah nya suci....macam tak pernah buat jahat...semua orang di hadapan nya salah...tapi di belakang dia lah jahat NO 1....macam kat kolej aku pun macam tu gak...semua bertudung litup je (perempuan ah)....sekali pandang memang macam wanita melayu terakhir....tapi bila keluar gi mana2 atau balik rumah je semua hilang tudung nya tu...tak ke nama hipokrit 2....nak buat lagu mana dah rule kolej aku macam tu....
nie insan paling celaka sekali....depan orang puji punya baik...belakang orang kutuk macam orang tu paling jahat ja...lepas tu siap puji diri dia "I AM THE BEST"Tak payah lah poyo sangat....kita manusia ada kesilapan...bak kata pepatah "KUMAN SEBERANG BOLEH NAMPAK,ANAK GAJAH DEPAN MATA TAK NAMPAK"Nobodys perfect...so takpayah lah nak kutuk orang lebih2 sangat sebab diri kau sendiri pun lagi hina dari orang yang dikutuk tu...dasar TALAM DUA MUKA....
Aku mengaku aku pun bukan perfect sangat...bukan baik sangat...ada gak aku buat benda jahat...tapi BE YOURSELF bak kata diri aku..BIAR KITA JAHAT TAPI JANGAN HIPOKRIT...kalau kita kaki perempuan ke apa sekali pun kejahatan itu diri kita...apa orang pandang dia punya pasal...tapi lebih baik ubahlah...watpa kita nak hipokrit....BETUL TAK?

SENYUM

SEKARANG AKU HANYA MAMPU SENYUM JA....
aku mampu tersenyum.bila ORANG YANG DISAYANG MEMBER POTONG LINE...
aku mampu tersenyum bila MAHLIGAI YANG DIORANG BINA ATAS KESENGSARAAN AKU SENDIRI...
aku mampu tersenyum bila ORANG SOUND AKU JANGAN KACAU AWEK DIA YANG SEPATUTNYA HAK AKU...
aku mampu tersenyum bila MASA DEPAN AKU SENDIRI DI LAMBAT2 KAN OLEH PIHAK LAIN...
buat masa sekarang aku hanya menunggu menunggu jawapan yang tak pasti 
bagi aku...
pengalaman ini akan mematangkan aku untuk menghadapi masa hadapan yang sukar.... 
dengan pelbagai kerenah manusia...
Cubalah senyum dah tabahkan hati
Dugaan yang mendatang bukan sekadar menguji
Tapi dilengkapi dengan kenangan..
Ingat! Hidup dengan senyuman pasti datangkan bahagia .
tapelah wei....takde rezeki...yang penting kita percaya takdir ALLAH...
nak mengamuk pun tak guna....nak bebal pun tak guna...
 Sekarang apa yang harus dilakukan?
SENYUM dan berfikir untuk masa hadapan...
bukan pandang ke belakang...aku dah lama maafkan semua yang wat kat aku macam nie...
memang aku sedih....tapi aku SENYUM untuk sembunyikan kedukaan ku nie...
mungkin F******* bukan jodohku...mungkin aku akan dapat yang lebih baik...
takpe...SENYUM dan terima dengan hati yang terbuka... 

p/s: bak kata JOKER.....Why so serious? 
 

MAHATHIR VS NIK AZIZ...

kenapa tajuk aku macam nie aku nak ceritakan tentang kritikan TUN DR MAHATHIR dekat TUAN GURU NIK AZIZ...
Ini kritikan Tun DR M kepada NIK AZIZ....

Mahathir dakwa Islam Nik Aziz lebih teruk banding Islam nasionalis

KUALA LUMPUR, 31 Jan — Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Islam dibawa oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat “lebih teruk dari Islam nasionalis” dan menjadi penyumbang kepada perpecahan orang Melayu Islam negara ini.
Justeru, kata Bekas perdana menteri, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS rela mempertahankan Lee Kuan Yew dengan menganggap cadangan bekas perdana menteri Singapura itu supaya orang Islam Singapura tidak terlalu kuat berpegang kepada ajaran Islam adalah tidak seburuk dari Islam nasionalis Melayu.
“Cadangan Lee Kuan Yew ini dianggap oleh Nik Aziz sebagai lebih baik dari segala-gala yang dilakukan oleh nasionalis Melayu di Malaysia. 
“Bayangkan sahaja Islam di bawah pemerintahan Nik Aziz dengan Karpal, Kit Siang, Guan Eng,” kata Dr Mahathir dalam tulisan entri terbaru dalam blog beliau hari ini.
Khamis lalu, Nik Aziz dilapor menyifatkan orang Melayu di Malaysia yang menolak Islam dan mengambil pendekatan nasionalisme lebih teruk dari Lee.
Kata Nik Aziz, Lee hanya meminta umat Islam di republik itu tidak terlalu berpegang kuat kepada ajaran Islam berbanding segelintir orang Melayu di negara ini yang membuang sama sekali Islam dan mengambil pendekatan nasionalisme.
“Orang Melayu sini pun tolak Islam, tolak Islam ambil kebangsaan lebih teruk daripada Lee Kuan Yew.
“Beliau cakap jangan pegang (Islam) kuat sangat, orang ini kata buang semua ambil kebangsaan, lebih teruk daripada Lee Kuan Yew,” katanya mengulas pandangan Lee dalam buku terbaru tulisannya “Lee Kuan Yew: Hard Truths to Keep Singapore Going”.
Dr Mahathir yang juga bekas presiden Umno seterusnya mengecam bahawa jika pendapat rakan bukan Islamnya menuntut supaya amalan ajaran Islam dilonggarkan, Nik Aziz mungkin bersetuju kerana Islam nasionalis lebih teruk daripada Lee.
“Ternampak Nik Aziz lebih utamakan peluang untuk memburuk musuh politiknya di Malaysia daripada mempertahankan serangan terhadap Islam dan penganutnya oleh Lee. 
“Nik Aziz anggap nasionalis Melayu lebih teruk ke-Islaman mereka,” kata Dr Mahathir.
Dr Mahathir seterusnya berkata, Nik Aziz dan PAS hanya berperanan untuk memecahbelahkan orang Melayu Islam di negara ini.
Dilihat pandangan mempertahankan dasar kerajaan BN, Dr Mahathir yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun berkata, pada zaman British ramai pembesar Melayu minum arak dan ada pekerja Melayu yang minum todi. 
“Masjid pun tidak banyak dan ramai yang tidak sembahyang. Hasil perjuangan nasionalis Melayu negara sekarang diperintah oleh orang Melayu Islam. 
“Mereka mengharamkan arak dalam majlis rasmi Kerajaan, menerap nilai-nilai Islam dalam pemerintahan, membekalkan wang Kerajaan untuk kegiatan-kegiatan agama Islam, memudahkan orang Islam buat kerja haji, mendirikan masjid-masjid, menubuhkan universiti Islam, Bank Islam, Takaful, badan-badan dakwah, mengharamkan loteri nasional dan berbagai-bagai lagi yang disuruh oleh agama Islam,” kata perdana menteri keempat.
Oleh itu soal beliau, “teruk sangatkah orang nasionalis ini dalam mengamal ajaran Islam?”
Sebaliknya kata bekas perdana menteri ini, apakah yang dilakukan oleh PAS dan Nik Aziz.
“Hasil yang terbesar ialah memecahbelahkan orang Islam di negara ini. 
“Penubuhan PAS itu sendiri berjaya memecahbelahkan orang Melayu Islam setelah mereka bersatu dalam Umno untuk memperjuangkan nasib bangsa yang beragama Islam,” katanya lagi.
Dr Mahathir juga berkata, PAS turut memecahbelahkan orang Melayu Islam di Malaysia sekali lagi apabila PAS mengadakan sembahyang Jumaat dua imam, larangan terhadap perkahwinan orang PAS dengan Umno, larangan ahli PAS menghadiri kenduri orang Umno dan pengasingan kubur orang PAS dari orang Umno dan seolah-olah di akhirat juga PAS ingin pecah belah orang Melayu Islam terus berlaku.
“Apabila PAS bertanding dalam pilihan raya 1955 dan seterusnya hingga 1986 ia mendakwa bahawa Umno yang bekerjasama dengan orang bukan Islam, mereka menjadi kafir. 
“Ini juga memecahkan perpaduan orang Islam di Malaysia,” katanya.
Menurut Dr Mahathir, kemudian PAS bergabung tenaga dengan Semangat 46 dan DAP dalam pilihan raya 1990 dan 1995. 
“Dengan ini Semangat 46, serpihan dari Umno mendapat nafas dan orang Melayu Islam terbahagi kepada tiga kumpulan,” katanya.
Beliau menambah apabila timbalan presiden Umno dikeluarkan dari parti, Nik Aziz dengan cepat memberi sokongan kuat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya parti serpihan yang ditubuh boleh menarik keluar sebahagian daripada ahli Umno dan penyokongnya supaya parti orang Melayu Islam yang terbesar ini menjadi lemah.
“Hasil daripada sokongan Nik Aziz orang Melayu sekali lagi berpecah tiga. Tidak cukup dengan ini Nik Aziz sanggup bekerja keras dengan DAP untuk menubuh Pakatan. 
“Bahawa dahulu PAS mendakwa kerjasama oleh Umno dengan orang bukan Islam menjadikan mereka kafir dilupakan sahaja kerana ingin menjadi Pakatan musuh Umno yang kuat,” katanya sambil menambah, “dengan cara ini Nik Aziz menentukan kali ini perpecahan orang Melayu Islam kepada tiga pasukan yang lemah menjadi kekal.”
“Inilah sumbangan Nik Aziz kepada Islam di Malaysia ini. Bahawa satu dari ajaran Islam yang penting ialah orang Islam itu bersaudara tidak dihirau oleh Nik Aziz,” kata Dr Mahathir yang bersara pada Oktober 2003.

Ini pula Jawapan TUAN GURU NIK AZIZ...

Saya gembira apabila Tun Dr. Mahathir memberikan ulasan berkenaan pandangan saya tentang nasionalisme. Bagi saya, ini membuktikan kesediaan beliau untuk mendengar pandangan dan berhujah. Ia baik untuk percambahan minda masyarakat agar masyarakat segar dengan hujah dan tidak bergantung kepada seringgit dua habuan menjelang pilihanraya semata-mata.
Jawapan saya ini bukan hanya untuk Tun Dr. Mahathir sahaja, tetapi juga merupakan jawapan yang saya cadangkan untuk dijawab pada hari di mana saya, Tun Mahathir dan manusia keseluruhannya berdiri di hadapan Allah SWT satu masa nanti. Ini kerana saya beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan di dunia ini akan diadili di akhirat nanti. Setiap kenyataan yang keluar melalui televisyen, akhbar bahkan blog sekalipun direkod oleh malaikat-malaikat yang ditugaskan oleh Allah SWT untuk dibentangkan di hari yang kita tidak lagi mempunyai kuasa ke atasnya.
Firman Allah SWT yang bermaksud : Pada hari (ketika), lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan. – Surah al-Nur, ayat 24
Hakikatnya saya sebenarnya diajak untuk menari dengan irama yang gendangnya dipalu oleh UMNO. Saya diajak untuk turut sama mengutuk Lee Kuan Yew seperti pimpinan UMNO. Padahal, apa yang berlaku di seberang sini jauh lebih dahsyat daripada apa yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew.
Pertama saya ingin nyatakan kepada Tun Mahathir bahawa asas Islam tidak sama dengan nasionalisme. Di dalam ajaran nasionalisme, tidak pernah dinyatakan apakah tujuan hidup ini. Tidak pernah saya terdengar sepatah kata dari pimpinan UMNO yang menghuraikan berkenaan tujuan hidup seorang manusia di muka bumi.
Jikapun ada, hanya sebaris dua dari menteri yang dimanahkan menjaga hal ehwal agama. Adapun pemimpin utama UMNO, tujuan hidup ini seolah-olah tidak menjadi agenda penting sehingga tidak pernah sedikitpun terkeluar isu ini dari bibir mereka.
Islam meletakkan bahawa tujuan hidup untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Justeru, manusia dihidupkan untuk diuji oleh Allah SWT siapakah di kalangan mereka yang terbaik amalannya.
Firman Allah SWT yang bermaksud : Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amal dan aktivitinya ; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) (Surah al-Mulk, ayat 2)
Apabila tujuan hidup untuk mengabdi kepada Allah SWT, dan hidup sendiri merupakan ujian untuk menguji siapakah yang beramal soleh, justeru manusia perlu bersyahadah dengan maksud sanggup menjadi saksi untuk menyatakan ketuhanan Allah SWT dan kenabian Nabi Muhammad SAW. Jika syahadah manusia pada lafaznya, maka syahadahnya pertubuhan ialah pada dasarnya.
Ingin saya bertanya kepada Tun Mahathir, apakah dasar perjuangan UMNO? Di celah manakah UMNO meletakkan Islam setelah dasar kebangsaan dijadikan sebagai dasar perjuangannya? Dari sudut praktikalnya, adakah perjuangan UMNO merupakan satu amal soleh?
Adakah pada saat UMNO yang menjadi tulang belakang kerajaan mengeluarkan lesen judi itu merupakan amal soleh? Adakah pada saat UMNO menghapuskan tulisan jawi pada tahun 1968 sehingga melahirkan generasi yang buta al-Quran itu merupakan amal soleh? Adakah pada waktu Tun Mahathir menarik balik peruntukan perkapita untuk sekolah agama rakyat itu merupakan amalan soleh?
Kedua, Tun Mahathir melabelkan saya dan PAS sendiri sebagai punca pecah belah orang Melayu. Barangkali kerana sayalah yang menyebabkan parti UMNO diharamkan pada tahun 1987 yang membawa kepada penubuhan Semangat 46.
Barangkali sayalah juga penyebabnya sehingga terpecat Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1999 yang membawa kepada penubuhan parti Keadilan dan kini dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat. Saya bimbang, Tun Mahathir sudah dijangkiti penyakit Melayu Mudah Lupa yang pernah disebutnya satu ketika dahulu.
Suka saya jelaskan. Islam meletakkan bahawa pecah belah ialah satu perkara yang pasti berlaku di kalangan masyarakat manusia.
Allah SWT berfirman yang bermaksud : “..dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)". – (Surah al-Baqarah, ayat 36)
Perpecahan telah digazetkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran lama sebelum PAS ditubuhkan lagi. Ia berlaku apabila ada yang memilih hidayah dan ada yang menolaknya. Nabi Muhammad SAW datang membawa hidayah daripada Allah SWT dan ditolak oleh kaum yang sebangsa dengannya.
Utbah bin Rabiah yang mewakili gerakan nasionalis Quraisy pada zamannya, bangkit dengan tegar melabelkan bahawa Nabi Muhammad SAW sebagai pemecah belah dengan kata-katanya yang bermaksud : Dengan agama yang kamu bawa, kamu telah memecahbelahkan kesatuan mereka!
Adakah benar baginda merupakan pemecah belah? Tentu sekali tidak, tetapi itulah natijahnya apabila membawa kebenaran seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.
Dari zahirnya kelihatan Tun Mahathir sebagai seorang yang sangat cintakan perpaduan Melayu. Sedarkah Tun Mahathir bahawa UMNOlah selama ini yang menzalimi orang-orang Melayu? Pada tahun 1961, siapakah yang menculik ADUN-ADUN PAS di Terengganu yang menyebabkan akhirnya kerajaan PAS pimpinan Allahyarham Daud Samad digulingkan dari pintu belakang?
Di Kelantan, mereka juga menculik lima wakil rakyat PAS dengan tujuan menggulingkan kerajaan yang dipimpinan oleh Allahyarham Dato Asri Muda namun usaha mereka gagal. Ini boleh disahkan oleh bekas wakil rakyat Tanah Merah Timur yang masih hidup sekarang ini, Che Omar Mohamad yang turut menjadi mangsa. Siapakah yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tidak demokratik ini kalau bukan UMNO?
Episod-episod kezaliman ini masih segar di ingatan pejuang-pejuang PAS. Bukan untuk menyemarak api permusuhan lama jauh sekali menyimpan dendam, tetapi sekadar untuk memperkukuhkan fakta sejarah buat generasi muda yang saya bimbang terbuai dengan dodoi Ketuanan Melayu yang ditaja oleh UMNO.
Di zaman Tun Mahathir, siapakah yang bertanggungjawab melakukan persempadanan pilihanraya pada tahun 2003 yang menafikan pertambahan kerusi parlimen dari negeri yang majoritinya orang Melayu kalau bukan UMNO di zaman Tun Mahathir?
Siapakah yang bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan beramai-ramai Ibrahim Libya di Memali bersama pengikut-pengikutnya yang kesemuanya terdiri daripada orang Melayu tanpa sebarang sebab yang munasabah kalau bukan UMNO di zaman Tun Mahathir? Siapakah yang memperkenalkan pengajian Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris yang kemudiannya ditolak sendiri oleh UMNO kalau bukan Tun Mahathir?
Hari ini, UMNO masih lagi menjuarai amalan tidak demokratik. Di Perak, mereka gulingkan kerajaan dari pintu belakang. Di Selangor, mereka melantik Setiausaha Kerajaan tanpa sedikitpun perbincangan dengan Menteri Besar.
Peliknya, juara Ketuanan Melayu inilah pula yang menentang usul mengembalikan kuasa sultan di Selangor. Tidak malukah mereka kepada DAP yang mereka dakwa sebagai parti cauvinis Cina? Di Kelantan, mereka nafikan royalti minyak serta menubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP). Jika begini, demokrasi pun tidak, federalism pun tidak, Islam jauh sekali!
Apa yang lebih penting, Islam tidak akan sempurna tanpa iman. Al-Quran sering menyebut Wahai orang-orang yang beriman tetapi al-Quran tidak menyebut Wahai orang-orang Islam. Ini kerana seorang yang mengerjakan rukun Islam sahaja belum layak dipanggil orang yang beriman jika hatinya tidak beriman dengan yakin kepada Allah SWT.
Jika Tun Mahathir berkata bukti UMNO berjasa kepada Islam dengan membina masjid, maka Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah SAW lebih dahulu membina masjid yang dikenali sebagai Masjid Dhirar.
Jika Tun Mahathir menyatakan bahawa UMNO berjasa kepada Islam dengan membina sekolah agama, maka di Thailand juga wujud sekolah-sekolah agama. Bahkan jika Tun Mahathir berkata bahawa jasa UMNO ialah arak tidak dihidangkan di majlis rasmi kerajaan, maka apakah bezanya jika arak tetap diberikan lesen secara besar-besaran dan judi pula terus dinikmati sekalipun bertentangan dengan nilai-nilai Islam dan kemanusiaan.
Pertanyaan saya pula kepada Tun Mahathir, sebutkan apakah yang saya lakukan di Kelantan yang bertentangan dengan Islam. Jika tidak ada, maka untuk apa kami dilawan?
Akhir kata, saya akui Tun Mahathir seorang yang bijak, dan alangkah baiknya kebijaksanaannya digunakan untuk Islam. Nasihat saya kepada Tun Mahathir, sebelum terlambat marilah sama-sama berfikir untuk menempuhi hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah SWT.
Jika saya ditanya adakah saya telah mengajak Tun Mahathir dan rakan-rakan sealiran dengannya agar meninggalkan aliran nasionalis sekular dan menerima Islam yang syumul, saya Insya-Allah akan menjawab : (Ya Allah, aku telah menyampaikan..)
HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Kg. Pulau Melaka, Kota Bharu.
Bertarikh : 29 Safar 1432H / 2 Februari 2011

So comment aku....TEPUK DADA TANYA IMAN...RAKYAT BOLEH MEMILIH...JANGAN BUTA HATI DAN PERASAAN...

VALENTINE'S DAY.....

Bile masuk bulan febuari.. kat tv pun da tunjuk cite2 cinta.. kedai2 bunga pun da mule start display bunga2 kaler merah.. gift shop pun da siap da kad2 ucapan.. dari mata kasar.. kite da nampak da la.. upcoming event tu.. yep! Valentine's Day..
Ape2 pun.. jom kite kongsi same2 asal usul sambutan nie.. Valentine’s Day atau pun Festival of love.. Festival of Love nie pd asal nye salah satu sambutan yg di buat oleh penduduk di Rom.. di mana pd ketika itu.. diorang ni xde agama lg.. (pagan) Waktu itu.. paganism adalah ajaran bg rakyat di Rom ni sejak kurun ke-17.. Konsep nye pd waktu itu ialah salah satu luahan atau expression kepada semangat cinta (spiritual love)
Jadi.. mereka pun menyambut festival ini pd pertengahan Febuari pd setiap tahun.. Diorang buat pun bukan kecik2 je.. party besar-besaran.. Salah satu ritual dlm festival itu ialah dengan mengorbankan seekor anjing dan seekor kambing. 2 orang pemuda yg gagah akan menyapu darah kambing dgn anjing tersebut ke seluruh tubuh diorang.. dan kemudiannye diorang akan basuh darah tersebut dgn susu.. Selepas itu.. diorang pun akan berarak dimulai dgn 2 orang pemuda td tu.. 2 orang pemuda nie.. diorang ade pegang kain.. dan kain yg dipegang ini akan terkene la kat orang2 di sekeliling yg lalu dekat perarakan itu. Wanita yg paling seronok sekali kalau terkene dgn kain yg dipegang itu konon nye diorang percaya yg ianya akan menyembuhkan kesuburan gitu..
Itu waktu diorang xde agama.. bila kristian mengambil alih Rom.. waktu tu la baru diorang tukar kan kepada Valentine’s Day.. Siape itu Valentine? Mengikut pd laman web nie.. www.orthodoxresearchinstitue.org .. Valentine atau pun Saint Valentine adalah seorang paderi berdekatan dgn bandar Rom lebey kurang pd tahun 270 A.D. Pd waktu itu.. gereja2 ni dlm krisis yg agak teruk la.. jd Valentine ni byk menolong orang2 Kristian. Hal ni ditentang oleh kerajaan Rom. Akhirnye.. Valentine ditangkap. Waktu tu agama kristian ni baru nak masuk la.. kerajaan Rom ketika itu.. diorang ade da ajaran sendiri.. dekat2 mcm tuhan2 Greek camtu la..
Yang ni korang kne igt betul2.. Ape itu Valentine’s day bg agama kristian? Valentine’s Day itu adalah hari untuk meraikan cinta diorang kpd tuhan diorang.. Cinta itu ditunjukkan dgn kehidupan dan kematian tuhan mereka.. dan juga kematian paderi2 ini.. atau dikenali dgn Martyrs. Martyrs bermaksud penganut yg sanggup mati demi ajaran kristian.. dlm kes ini.. Valentine itu la.. Bg diorang lg.. Cinta spt mana tuhan mereka iaitu Jesus sanggup menderita demi pengikut nye.. kalau nak di ikutkan byk lg maklumat dlm website tu.. tp aku x larat la nak baca sampai habis..
Dan sekarang nie.. soalan asas yg perlu ditanya.. kenapa kita meraikan Valentine’s Day ini? Boleh ke? Apa pandangan Valentine Day dr segi Islam? Kite check it out lg.. ini pula di ambil dari www.islam-qa.com .. Pada pandangan Dr. Su’ad Ibrahim Salih, professor di Universiti Al-Azhar. Beliau menyatakan:
Sememangnya Islam itu agama yg benar.. Cinta sejati dan kerjasama adalah suatu amalan yg bagus dan benar. Allah SWT bersabda: Sesungguh nya orang mukmim adalah bersaudara, maka damaikanlah antara kedua-dua saudara kamu, dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat (Al-Hujurat 49: 10)
Berbalik kepada soalan kita td.. mungkin ade pelbagai cara untuk meluahkan perasaan cinta yg berlandaskan pada ajaran agama.. dan ade juge yg tidak.. Seharusnya kite ummat Islam meletakkan rasa cinta kita kepada Allah SWT dan Muhammad SAW sebagai cinta yg teratas mengatasi cinta yg lain. Islam juga mengerti akan satu keadaan yg membawa kegembiraan dan mendekat kan ummat nya antara satu sama lain.. akan tetapi Islam tidak mengikut cara orang barat dengan menyambut nya seperti Valentine’s Day ini.. Menyambut Valentine’s Day adalah suatu bid’ah...
Yg menyedihkan kita sekarang ini.. walaupun ade sesetengah ummat Islam yg sudah tahu akan hal ini.. tetapi tidak mampu untuk melakukan apa2 kerana negara kita mengamalkan sambutan hari Valentine’s Day.. Walaupun tiada cuti umum diberikan.. Walaupun tidak ketara hal yg menunjukkan negara kita meraikan sambutan ini.. tetapi kita dpt lihat kedai2.. pasaraya yg menjual bunga dan kad ucapan.. malahan di kolej2 dan universiti juga turut menjual nya kerana disitu lah byk nye “love birds”.. siaran television yg menayangkan cerita cinta.. dan seumpamanya.. itulah hal yg kita masih tak mampu nk ubah walaupun negara kita di label sbg negara islam..
menurut website www.ztruth.typepad.com .. Di Saudi Arabia.. mereka melarang segala bentuk bunga berwarna merah.. malah apa2 yg berwarna merah yg ade kaitan dgn Valentine’s Day.. Mereka juga ade pasukan polis yg khusus mengenai Islam.. kalo kat Malaysia nie.. Mahkamah Syariah la contoh nya.. tp itu mahkamah.. diorang ni.. polis pun ade khas untuk hal2 berkaitan Islam.. polis ni bertindak untuk mencegah penjualan berkenaan Velntine’s Day.. Kat Kuwait lg bagus bila mana diorang cuba nak menggubal undang2 untuk melarang sambutan Valentine’s Day ini.. Indonesia pun turut sama membantah.. walaupun diorang pelbagai agama mcm kita.. tp nampak jugak lah ape yg diorang lakukan ye tak?
Jadi.. apa kate korang? Nak celebrate lagi ke? Mintak2 jgn lah.. penat je aku tulis panjang2.. siap search2 internet lg.. kalau boleh sebar2kan lah.. dpt gak kite menolong ummat islam yg lain lebey2 lg yg muda remaja nie.. hanyut je semua nye.. nnt yg nak memimpin negara.. kita la yg muda2 nie.. kalo kite tak halang.. alamat nye.. 20 tahun akan dtg.. Valentine’s Day jadi cuti umum la kut..
Salam..
SUMBER:
MY COMMENT:
Kekadang macam BODOH gak duk sambut benda2 macam nie...yang kita tak tau asal usulnya...kononnya hari VALENTINE nie bagus sangat ah...mengenang kekasih...adeh...tak paham aku...memang ah aku single..mesti orang cakap aku jeles...tapi tak da makna nya..

HARI NI...

alhamdulillah selepas perjalanan 3 jam aku akhirnya sampai ke SERI ISKANDAR yang indah permai....eh permai ka...aku kembali ke SERI ISKANDAR dengan harapan baru untuk menanti keputusan rayuan aku yang tak lepas2 lagi...peh rindu sial nak masuk KOLEJ balik....nak gi kelas balik....ayat poyo je kan...
tadi aku leh lepak dengan AMINUL RADZIFF kat SIMPANG PULAI...lama gila tak lepak dengan dia...last seingat aku lepak dekat SERI ISKANDAR dengan member2 aku....macam2 benda kitaorg sembang...almaklumlah lama x jumpa....aiii member2 dah grad dah lupa dengan membe2 yang tak grad2 lagi nie...(AKU)
Peh penat sial...baru sampai SERI ISKANDAR...macam2 rasa mengantuk ah letih ah...macam2 perasaan ada dalam badan nie...mungkin sebab aku tak makan lagi kot...nie lak kat rumah sewa aku ada RAJA MOHD HAFIZ dengan REDZUAN RAHIM....mau melayan gak diorang...yelah kita sampai tempat diorang diorg layan kita...takkan tak layan lak bila diorang ada sini betul tak...


SIAPA ANWAR HADI


SIAPA ANWARHADI nie...???
bukan yang nie...ini DATO SERI ANWAR dengan DATO SERI ABDUL HADI AWANG...bukan2 k...maybe angpa ingat ka tak ingat x aku pernah wat entry pasal mamat nie.EWWWWW  
haa ingat x???
Anwar Hadi nie berasal dari KEDAH...dia nie ambik TESL dan bakal berangkat ke SYDNEY AUSTRALIA pada 10/2/2011..dia akan wat degree selama dua atau tiga tahun lagi...dia pun macam orang lain gak suka YOUTUBE.

peh LISA SURIHANI pun minat dia....bukan sahaja Lisa Surihani,aku pun minat dia...malah dia mencetus FENOMENA BARU dalam dunia YOUTUBE..bagi aku dia nie hebat...dia cakap bahasa Inggeris dengan baik...maklumlah budak TESL...dan dia nie memang FUNNY. 
He tell us about the truth either we realize or not!...dia ada blog kalau rajin follow ah http://anakazman.blogspot.com/
tak sabar nak tengok lagi video2 ANWAR HADI minggu depan...aku dah mula minat dia...kalau nak follow youtube dia 

dulu Cikgu Shida sekarang ANWAR HADI akan jadi fenomena baru rakyat MALAYSIA





PASAR MALAM TAMAN PEKAKA

lama gila tak shopping2 kat PASAR MALAM...Aku baru balik dari PASAR MALAM TAMAN PEKAKA...Pasar Malam Taman Pekaka' yang terletak di Nibong Tebal. Taman Pekaka ni berdekatan dengan Pekan Lama Parit Buntar,Perak dan Kampus Kejuruteraan USM Transkrian. Maknanya sesiapa yang tinggal di kawasan Parit Buntar, Perak atau Bandar Baharu, Kedah atau tempat-tempat lain yang berdekatan seperti Lubuk Buntar, Serdang dan Jawi boleh la datang ke Pasar Malam Taman Pekaka ni sebab berdekatan:)hangpa boleh datang ke Pasar Malam Taman Pekaka ni pada setiap hari Ahad,bermula lebih kurang pada pukul 4.30ptg.
aku pun heran macam mana aku yang tak suka pasar malam tapi leh jalan kat PASAR MALAM TAMAN PEKAKA...yelah sesekali balik kampung mesti jalan2 maa....Kalau duk kat SERI ISKANDAR 2 tetiap minggu mengadap benda yang sama bosan gak....hahaha yelah kalau benda lama tak pi mesti rasa nikmatnya gak....

sementara aku duk rajin nak promote orang nie...nie aku nak promote member aku NORZILAWATIE BINTI ZAHIDIN untuk menjadi MPP KOLEJ PROFESIONAL MARA SERI ISKANDAR...pada sesiapa yang baca blog aku dan budak KPMSI sila2 ah undi ZILA sebagai MPP...Zila jangan marah aku promote hang sebagai MPP...ok x???Undi tau jangan tak undi...hahahahaha kalau menang belanja makan k...hahahahaha





MR LONELY


LONELY MR LONELY....I AM SO LONELY
Lonely kah aku...??? Lonely nie dalam bahasa Melayu maksudnya Sunyi...memang aku sunyi...aku sunyi tanpa teman istimewa...ye ke?

Pelik kan umur 25 tahun tapi tak da awek...hahahaha...tak da yang pelik biasalah 2...aku nie demanding gak ah orang nya...nak cari awek cun...muka x hensem nak awek cun HOT,,,,memang x dapat ah...aku dah banyak kali kecewa...so dah x kisah dah kalau kecewa lagi...dah serik dah....
Aku bersyukur sebab ada teman sejati...member2 yang bersama time senang dan susah....tak kisah ah ada awek ke x...yang penting ada kawan2 betul x?

ok lah aku nak out jap...nak jalan2 kat PASAR MALAM TAMAN PEKAKA....ok japgi leh update lagi...chow SALAM

 

Aiman - Cinta Terakhir

 
(BY AIMAN)
Kau Cinta pertamaku
Engkau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa menafikan kasih kita…
Kau ayu dimataku
Satu antara seribu
Tiada tara didunia…
Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir…
Mungkin kitakan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ditentukan Tuhan…

 
SITI MUNIRAH....

THIS SONG FOR U...I LOVE U SO MUCH....BUT ONE DAY U WILL KNOW IT....WITH OR WITHOUT ME....

EwwW


betul ka bahasa rempit...betul ka bahasa comel...peh aku dengar macam nak kena penampaq ja...A jadi EW...bajet comel lah 2...nyampah abaq hang dengar bahasa macam tu...expecially awek2...aku pun pakai gak especially AQ...memalukan je memakai bahasa macam nie memuntahkan BAHASA MELAYU....

TAHUN BARU CINA

GONG HEI GONG HEI,....

Selamat menyambut tahun baru cina....bangga aku sebagai anak 1 Malaysia sebab kat negara nie sebab semua rakyat Malaysia menyambut semua perayaan bersama...leh dapat LIMAU MANDARIN yang boleh dimakan...kepada peminat blog aku yang berbangsa CINA selamat menyambut tahun baru cina...
sambil makan buah limau di tahun baru cina,teringat aku dekat rakyat MALAYSIA dekat Mesir....dengan kekacauan yang berlaku di sana..tentu wujud kebimbangan di kalangan ibu bapa mereka meminta mereka dibawa pulang dengan segera....semoga KERAJAAN membawa keluar mereka dengan segera dan bawa mereka pulang ke tanah air dengan segera..

aku membantah sekeras-keras nya sekatan terhadap media baru seperti blog dan facebook oleh kerajaan...
Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Mahmood Adam berkata pihaknya telah meminta Jabatan Peguam Negara mengkaji definisi penerbitan dalam akta itu sama ada ia boleh meliputi terbitan dalam bentuk multimedia termasuk kandungan internet, Facebook dan perisian.Kenapa aku membantah?sebab kerajaan dah kawal media cetak dan elektronik dari menyiarkan berita yang menentang mereka...mana hak rakyat untuk dapatkan berita yang benar selain dari internet...yes akta ini digunakan untuk menyekat hasutan...tapi takut ia disalahgunakan oleh kerajaan untuk menyekat berita yang tidak menyokong mereka..macam sekarang...media arus perdana dikawal mereka...dari menyiarkan berita tentang pembangkang kalau ada pun sikit saja..selebihnya memuji BN dan mengutuk pembangkang...aku respek SINAR HARIAN sebab suratkhabarnya yang memberi laporan adil kepada kedua2 pihak...kepada kerajaan BN takkan pilihanraya dah dekat semua nak disekat.GENTELMAN lah sikit...

esok selamat berangkat lah aku meninggalkan SERI ISKANDAR yang indah ini untuk pulang ke kampung iaitu PARIT BUNTAR kampung halaman ku....berat hati nak berangkat tapi rindu di hati siapa yang tahu.....

PKR sudah jadi parti koyak rabak



MENGIKUTI perkembangan terbaru yang berlaku dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR), mungkin selepas ini parti itu lebih layak digelar Parti Koyak Rabak. Hati barisan pemimpin yang ikhlas berjuang untuk mencapai matlamat perjuangan parti yang ditubuhkan pada 1999 itu bukan sahaja telah carik, malah semakin koyak rabak angkara sikap penasihat parti itu sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ekoran itu, semakin banyak pemimpin PKR keluar parti selepas mendapati niat ikhlas mereka berjuang untuk memperkasakan PKR adalah sia-sia. Mereka kini sudah melihat bahawa perjuangan asal parti telah lari daripada matlamat asal sekali gus memaksa mereka angkat kaki. Mereka sedar bahawa selama ini, mereka hanya menjadi perkakas politik kepada Anwar yang beria-ria mahu menawan Putrajaya.
Mereka juga sedar bahawa PKR kini bergerak semata-mata untuk memperjuangkan nasib Anwar, bukannya nasib rakyat seperti yang dilagukan.
Tidak ada hebatnya kedudukan parti yang menyaksikan barisan pemimpinnya keluar meninggalkan perjuangan, seorang demi seorang. Kita tentu masih ingat Timbalan Presiden Chandra Muzaffar, Ketua Angkatan Muda PKR Ezam Mohd Noor, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Zainur Zakaria dan Datuk S. Nallakarupan, Naib Presiden Marina Yusuf dan Setiausaha Agung Anuar Tahir telah lama meninggalkan parti tersebut. Kenapa mereka keluar? Tidak setiakah mereka terhadap parti atau ada sesuatu yang memaksa mereka berbuat demikian.
Semalam seperti yang dilaporkan media tempatan, Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan mengisytiharkan keluar parti kerana kecewa dengan gaya kepimpinan Anwar yang terlalu memanjakan anak emasnya, Azmin Ali sehinggakan semua nasihat daripada barisan pemimpin parti itu tidak dipedulikan kerana sayangnya Anwar terhadap Azmin. Mungkin kenyataan Gobalakrishnan itu menjawab segala persoalan di atas.
Kita tertanya-tanya juga, apa agaknya ilmu yang ada pada Azmin sehinggakan Anwar sanggup kehilangan sebilangan besar pemimpin parti, semata-mata mempertahankan anak emasnya itu. Adakah ilmu penunduk, ilmu pengasih atau apa saja ilmu yang membuatkan Anwar lebih rela melihat kerosakan berlaku pada PKR daripada melihat kerosakan menimpa Azmin.
Dalam hal ini, hanya Allah SWT Yang Maha Mengetahui, selain yang empunya diri - Anwar dan Azmin tentang apa sebenarnya yang melanda parti tersebut. Jika dihitung satu persatu wajah-wajah pemimpin yang meninggalkan PKR seperti yang disiarkan akhbar ini semalam, jumlah mereka yang tekad meninggalkan parti itu adalah 36 orang, tidak termasuk Gobalakrishnan. Beliau menjadi pemimpin yang ke-37 keluar parti.
Kita percaya, selepas ini akan banyak lagi yang akan mengikut jejak mereka. Ini kerana mereka semakin sedar bahawa Penasihat PKR itu bersama Timbalan Presiden PKR berjuang bukan untuk kepentingan rakyat, tetapi untuk kepentingan sendiri. Disebabkan itulah, maka di antara empat kerajaan negeri yang dipimpin oleh pakatan pembangkang di negara ini, negeri Selangor yang dipegang oleh PKR menjadi negeri yang paling kucar kacir. Lebih menyayat hati apabila menteri besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sendiri panas punggung kerana kerusinya kini diintai oleh Azmin yang mendapat sokongan kuat Anwar.
Jika dalam sebuah pentadbiran negeri, sudah menampakkan kekalutan dalam pemerintahan, maka kita sudah dapat bayangkan betapa huru hara dan kacau bilau negara jika diperintah oleh pakatan pembangkang. Soalnya, PKR wujud untuk siapa dan apa perjuangannya? Memang rakyat wajar bertanya kerana mereka sendiri keliru adakah mereka telah tersalah memberi tanggungjawab kepada PKR dalam pilihan raya umum yang lalu.
Masih belum terlambat untuk rakyat membuat perubahan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti. Singkirkan terus parti koyak rabak ini daripada sanubari dan buatlah pilihan bijak demi masa depan agama, bangsa dan negara yang lebih menyakinkan di bawah kepimpinan kerajaan Barisan Nasional
sumber:
http://www.facebook.com/#!/home.php?sk=group_194098243939021&view=doc&id=199616506720528

My comment: 
memang aku tau ramai kecewa dengan keadaan PKR sekarang nie...selepas PRU 12 PKR dilihat bergolak sebab ramai nak berkuasa... pengeluaran ezam dan rakan dan penyertaan mereka memusnahkan PKR...aku pun agak kecewa dengan keadaan PKR sekarang...kekadang aku terfikir gak yang keluar PKR bukan kecik anak...pengasas2 PKR lagi tu...macam EZAM ZUL NORDIN dan yang terbaru GOBALA....kenapa diorang yang berjuang lama dalam PKR....tak mungkin sebab peribadi macam DATO ZAHRAIN sebab diorang berjuang dalam PKR sejak dari awal penubuhan tahun 1999...pernah kena tangkap....
PKR kena muhasabah diri...sebelum ditolak rakyat....Anwar pemimpin hebat tapi sikap dia yang pro AZMIN ALI harus diubah...pemimpin macam AZMIN ALI 2 yang merosakkan PKR....AKU MENCARI KEADILAN DALAM PARTI KEADILAN RAKYAT...MANA PERGINYA?

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers