Pengkikut blog

IKLAN lagi....

DOA AKHIR TAHUN 2010

ADAKAH AKU BERSALAH??

ADAKAH AKU BERSALAH?
ADAKAH AKU BERSALAH?
Perkataan itu sering kedengaran di telinga seorang insan bernama NAJMI.Najmi termenung di pintu penjara....di bilik akhir menantikan hukuman...menantikan hukuman yang entah bila dilaksanakan...Masa seumpama lambat berlaku.benar kata orang "PENANTIAN ITU SATU PENYIKSAAN".itu yang dialami Najmi.

Najmi hanya seorang despatch di sebuah syarikat guaman..Hidup Najmi serba sederhana di tengah kota Kuala Lumpur...Hanya berbekalkan motor 125-Z milik nya yang dibeli dengan duitnya...dia mencari rezeki yang halal untuk menanggung diri nya dan adiknya,Hazilla yang masih bersekolah...ibu bapanya sudah kembali menemui ALLAH dalam satu kemalangan jalan raya 7 tahun lalu.Hazilla hanya tinggal bersama neneknya yang sudah uzur dan hanya berkerja di kebun sahaja...

Hidup Najmi berubah selepas mengenali FARAHANA.Pengenalan mereka bermula apabila moto Najmi terlanggar pintu kereta Farahana.sejak itu mereka berkawan baik sehinggalah pada hari jadi Farhana,Najmi meluahkan perasaan cinta nya kepada Farahana.Farahana sebenarnya berat hati untuk menerima Najmi tetapi atas kesabaran Najmi hampir setahun menunggu jawapan dari Farahana...dan dari niat ikhlas Najmi.Akhirnya hati Farahana juga tunduk dengan cinta Najmi dan akhirnya mereka saling bercinta...

Farahana anak orang berada..ayahnya Dato Yazid seorang jutawan perkapalan..tapi keluarga mereka tidak memandang kebendaan sebagai penghalang untuk berkawan dengan sesiapa pun.Dato Yazid amat mengenali Najmi dan memberikan bantuan membantu persekolahan adik Najmi.Sepanjang perjalanan cinta mereka,Najmi dan Farahana tak penah kenal erti bosan untuk berjalan, berdating dan segalanya bersama. Erti bosan, penat, menyampah tidak pernah ada dalam diari percintaan mereka.Ramai rakan-rakan Najmi selesa dengan Farahana kerana Najmi selalu mengajak mereka melepak bersama di kedai mamak bersama dengan Farahana kerana Farahana seorang yang senang masuk kepala.

Pada suatu hari,Farahana terjumpa dengan bekas kekasihnya ARIF.Arif meninggalkan Farahana atas desakan keluarga Arif yang inginkan anak mereka itu menyambung pelajaran di England.Sejak itu hubungan Arif dan Farhana terputus.Farahana merasa kecewa apabila mendapat berita Arif telah berkahwin dengan wanita England dan menetap di sana.Pertemuan mereka amat mengejutkan Farahana kerana dia menyangka Arif sudah melupakannya tapi rupanya dalam hati Arif masih lagi ada Farahana.

Hubungan Najmi dan Farahana mula renggang.ditambah pula Najmi sudah berhenti kerja sebagai despatch dan kembali ke kampung untuk mengusahakan tanah peninggalan keluarga nya selepas kematian neneknya.mereka jarang ber-SMS dan Farahana jarang menghubungi Najmi.Najmi mula mengesyaki kekasih hatinya itu mempunyai orang lain.Sangkaan Najmi itu tidak silap apabila salah seorang rakannya menghubungi Najmi mengatakan Farahana keluar dengan Arif di KLCC.itu membuatkan amarah Najmi makin meluap-luap.Dia tidak sangka bahawa kekasih hatinya itu sanggup bermain kayu tiga di belakangnya.Najmi mula bersikap dingin dengan Farahana.setiap kali Farhana menghubunginya Najmi tidak menjawab.bagi Najmi,Farhana yang bersalah atas apa yang berlaku.

Untuk membetulkan keadaan,Arif datang ke kampung Najmi untuk menemuinya.Arif menyatakan bahawa dia dan Farahana hanya sebagai rakan tapi tidak dipercayai oleh Najmi.Najmi tetap menyangkakan bahawa Arif dan Farhana ada hubungan sulit.Dengan amarah yang meluap-luap Najmi mengambil sebilah pisau Rambo dan menghalakan pisau itu kepada Arif.Arif cuba memujuk Najmi supaya bersabar tetapi tidak dipedulikan oleh Najmi.Najmi menikam Arif dengan tiga kali tikaman dan membunuh Arif di tempat kejadian.Najmi mula takut.Perasaan nya mula berdebar-debar.Najmi benar-benar takut kerana dia telah membunuh orang.Pisau rambo di tangan nya dilepaskan ke tanah dan dia melarikan diri meninggalkan mayat Arif.Pada keesokan nya,mayat Arif dijumpai oleh orang kampung.Najmi menyembunyikan diri dalam hutan dan akhirnya berjaya diberkas oleh polis.

Di mahkamah,Najmi mengaku dia yang membunuh Arif.Dia juga mengatakan kepada mahkamah bahawa dia sanggup menerima apa sahaja hukuman atas kesalahannya itu.Mahkamah menjatuhkan HUKUMAN GANTUNG SAMPAI MATI kepada Najmi atas kesalahan membunuh dengan niat Arif.
Ketika di dalam penjara,seorang pegawai penjara menyerahkan sekeping surat kepada Najmi.surat itu pemberiaan Farahana kepada Najmi.Isi Kandungan surat itu:

Sayang,
Happy anniversary yang ke 3 tahun perkenalan kita.Ayang amat bahagia bersama sayang.Ayang minta maaf kerana selama ini Sayang marah kat Ayang tentang hubungan Ayang dengan Arif.sesungguhnya Ayang dengan Arif hanya kawan sahaja.Ayang tidak mempunyai perasaan kepada dia kerana hati dan perasaan Ayang telah Ayang berikan kepada Sayang.Ayang lama tidak menghubungi Sayang kerana Ayang tidak mahu mengacau Sayang bekerja.Tapi Sayang jangan risau,kasih dan sayang Ayang hanya pada Sayang sorang sahaja.
Tentang kawan Sayang jumpa Ayang dengan dia tu.dia ajak Ayang teman membeli belah baju pengantin dia.Sebenarnya dia dah nak berkahwin semula dengan bekas isterinya itu.
Sayang jangan risau,walaupun kita tiada jodoh di dunia ini kasih dan sayang Ayang pada Sayang tidak akan berubah.Ayang redho walaupun Sayang tetap menyalahkan Ayang atas apa yang berlaku.sebenarnya tiada siapa yang salah.mungkin kerana salah faham,semuanya menjadi begini.
Tapi Ayang nak Sayang tahu 1 perkara ja,cinta Ayang kepada Sayang tidak akan berubah.Ayang cintakan Sayang sampai ke akhir hayat Ayang.
Ayangmu
Farahana.

Najmi mula rasa bersalah.setiap masa dia terfikirkan "ADAKAH AKU BERSALAH?"Kini Najmi mula menyedari bahawa sikap cemburu buta nya menjadikan keadaan ni berlaku.Kini beliau redha kerana tali gantung sedang menantinya.

 Sorry bloggers...aku tak pandai sangat menaip so harap korang baca lah karya aku yang tak seberapa nie...THANK YOU

MENIKMATI MALAM TERAKHIR 2010


Aku baru sampai dari kampung aku menziarahi mak tok aku sakit...dah dekat 1tahun sakit..agak lama gak lah aku tak balik rumah mak tok aku so tadi 2 sesat gak ah...simpang x jumpa...(cilaka pi runtuh bus stop aku duk wat petanda simpang rumah tok aku)

sebelum balik rumah aku singgah makan dekat RESTORAN NASMIR makan MURTABAK dengan KOPI O AIS....peh sedap gila ah...sambil tu layan cerita AYOUB...anyway aku baru tau yang abang aku dapat mengajar kat JOHOR...3hb nie dia kena lapor diri...so baru lah MAMA dengan ABAH aku tinggal berdua ja...sebab aku dengan abang aku dah belajar jauh-jauh...heheheheh...baru dikira honeymoon....ok nak tengok ADAMAYA jap baru tido

 SELAMAT TINGGAL 2010...WELCOME 2011..
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers