Pengkikut blog

IKLAN lagi....

KISAH LEPAT


RAMAI INGAT LAGI KISAH LEPAT? AKU PUN INGAT LAGI KISAH LEPAT...KISAH SEORANG AYAH YANG DI LARIKAN ANAK NYA OLEH BEKAS ISTERI NYA.




Tiga belas tahun anak dilarikan bekas isteri


KUALA LUMPUR: Pelukis potret, Ismail Ariffin atau Lepat yang mengalami tekanan perasaan sejak 13 tahun lalu selepas anaknya, Sunni Sazali, dilarikan bekas isterinya, mahu menyaman Mahkamah Syariah negara ini. Lepat, 42, mengakui kejadian masih menghantui dirinya hinggakan beliau mengalami gangguan emosi dan tekanan hidup kronik kerana berjauhan dengan anaknya yang ketika itu berusia dua tahun. Dia kecewa dan mendakwa Mahkamah Syariah Pulau Pinang tidak membantu memastikan kes hak penjagaan Sunni mencapai keputusan sama ada memihak kepadanya atau bekas isterinya, warga Britain, Aishah Jane Brummit.

“Selepas berfikir sekian lama, saya rasa keadilan perlu dituntut kerana ia berpunca daripada kelemahan pihak terbabit (Mahkamah Syariah) hingga menyebabkan saya kehilangan Sunni.

“Bila terkenangkan nasib Sunni, terutama soal iman dan risaukan kalimah syahadah Sunni, saya menjadi runsing dan bimbang,” dakwanya ketika dihubungi di Bremen, Jerman di sini, semalam.

Tiga belas tahun lalu, negara dikejutkan berita mengenai Aishah melarikan anaknya hasil perkongsian hidup dengan Lepat selepas pertemuan dengan anaknya atas perintah Hakim Mahkamah Syariah Pulau Pi-nang, Othman Ibrahim.
Pada 1 April 1997, mahkamah berkenaan mengeluarkan perintah membenarkan Aishah bertemu Sunni setiap pagi Sabtu di pekarangan Balai Polis Lebuh Pantai, Georgetown.

Bagaimanapun, Aishah mengambil kesempatan daripada perintah itu dengan merancang melarikan Sunni ke luar negara menerusi sempadan di Bukit Kayu Hitam.

Malah, insiden itu bukan yang pertama, sebaliknya setahun sebelum itu, Aishah pernah melarikan Sunni ke negara asalnya sebelum Lepat berusaha ‘merampas’ anak sulungnya itu ketika sedang tidur di kediaman keluarga mentuanya di Devon, England.

Kini, pasangan yang sudah berpisah itu membawa haluan masing-masing dengan Aishah, 38, menetap bersama Sunni, 15, di Devon, manakala Lepat yang berkahwin kali kedua dengan rakyat Jerman, kini tinggal bersama isteri yang juga penuntut peringkat sarjana bidang psikologi di Universiti Bremen, Nor Azlina Caesar Abdullah, 26, dan anak perempuan mereka, Siti Aminah yang berusia tiga tahun di negara berkenaan.

Lepat yang berasal dari Bagan Lebai Tahir, Butterworth, mendakwa kelemahan sistem kehakiman mahkamah berkenaan, di tambah persepsi negatif terhadap dirinya menyebabkan beliau terpaksa menanggung rindu berpisah dengan Sunni.

Menyingkap kejadian pada 5 Julai 1997, Lepat yang menjalani pembedahan pankreas tahun lalu dan menghidap penyakit buah pinggang, berkata tindakannya ‘mengintai’ Sunni dan Aishah dari bangunan bersebelahan balai polis menimbulkan rasa tidak puas hati bekas isterinya, menyebabkan mahkamah mengarahkan beliau tidak mengulangi perbuatan itu.

“Arahan itu juga menyebabkan Sunni berjaya dibawa ke luar negara kerana tidak ada pihak yang mengawasi pergerakan Aishah. Ketika itu, saya ke kedai makanan segera membeli kentang goreng untuk Sunni dan apabila tiba di pekarangan balai polis, kelibat kedua-duanya sudah tidak kelihatan,” dakwanya.

INFO
Rentetan peristiwa
Februari 1996 – Aishah larikan Sunni ke England kali pertama sebelum
Lepat merampasnya dan membawa pulang ke Malaysia.

5 Julai 1997 – Sunni dilarikan Aishah buat kali kedua dengan menyeberangi sempadan di pintu Bukit Kayu Hitam.

Ogos 1997 - Aishah mendapat hak penjagaan terhadap Sunni daripada mahkamah di London.

SUMBER:-
http://www.bharian.com.my/articles/LepatmahusamanMahkamahSyariah/Article/ 

ANAK LEPAT YANG DILARIKAN, SUNNI

LEPAT SEKARANG BAHAGIA DI BREMEN, GERMAN BERSAMA ISTERI, LINA DAN DUA ANAK NYA AMINAH DAN AHMAD AZALI.WALAUPUN BAHAGIA, SAKIT RINDU TERHADAP ANAKNYA,SUNNI MAKIN MENEBAL.


ANYWAY SEKARANG LEPAT DOK WAT VIDEO DALAM YOUTUBE.COM..SEARCH justpLt..BOLEH AH KORANG TENGOK DIA BERSAMA KAWAN2 NYA BERBICARA TENTANG ISU SEMASA DI MALAYSIA.

SEBENARNYA BANYAK BENDA DIDEDAHKAN DALAM VIDEO NIE YANG JARANG DIKETAHUI SEPERTI ILMU MENGENAL DIRI DAN MENGENAL ALLAH DAN SEBAGAINYA.INGAT DALAM MASTIKA, LEPAT JADI HANGAT DAN DITUDUH SESAT OLEH HARIAN METRO.NOW WE WILL HEAR OTHER SIDE OF THAT STORY FROM LEPAT.THANX BRO.!!!

COMELKAN ANAK LEPAT AMINAH DAN AZALI
MEMANG PADA KITA YANG TAK KENA BOLEH KATA LEPAT MACAM2, GILA LAH, SESAT LAH, IMEJ DREADLOCK DIA LAH...CUBA BAYANGKAN KITA DI TEMPAT DIA.ENTAH APA KITA BUAT YA?
P/S:- ANYWAY AKU TAK DA KATA NAK STORY DAH TENTANG LEPAT.....ANYWAY, LEPAT, I SEE ALL YOUR VIDEO AND I WANT TO SAY 3 WORDS, I RESPECT YOU!!!!











TERBONGKAR SAPA SEBENARNYA USTAZ AZHAR?

LISTEN! LISTEN! BACA ARTIKEL DI BAWAH DAN NILAIKAN SENDIRI!(BUKAN HASIL DARI AKU YA)
Model antarabangsa yang mirip Ustaz Azhar Idrus (UAI)?

Dewasa ini kecoh kononnya terdapat seorang individu yang mempunyai aura sakti 'Super Star' yang mampu menarik perhatian dan minat orang ramai untuk hadir setiap program atau ceramahnya di mana-mana sahaja.

Untuk merasai bahang saktinya dan fenomena kononnya melanda umat melayu sekarang ini, penulis telah hadir dalam satu ceramahnya di Masjid Sultan Salahuddin Abd. Aziz Shah di Shah Alam.

Memang terbukti! Untuk pertama kalinya masjid kebanggaan penduduk di Shah Alam itu penuh sepenuhnya hingga penulis terpaksa berjalan kaki sejauh 1km untuk sampai ke Masjid kerana parkir jauh.

Kepadatan jemaah yang hadir juga dikatakan melebihi bilangan jemaah ketika Solat Jumaat. Terdetik di hati penulis, memang sakti gaban ini!

Keadaan di Masjid seolah-olah seperti pesta. Dengan gerai-gerai penuh didirikan di sekitar Masjid. Tidak ketinggalan gadis-gadis solehah antara yang hadir mencuit perhatian penulis.

Penulis sempat cuci mata. Kata-kata orang tua, di Masjid lah sesuai untuk cari pasangan hidup. Namun melihat kepada suasana di sana, penulis tidak pasti akan kebenaran kata-kata itu.

Ketika sibuk cuci mata sambil menunggu azan maghrib berkumandang. Penulis tertarik dengan sebuah gerai yang menjadi tumpuan orang ramai di situ.

Penulis mendekati untuk mengetahui apa yang berlaku di sana. Wow! rupanya gerai itu menjual baju, sticker dan lain-lain eksesori yang tertera gambar Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang menjadi penceramah pada malam itu.

Melihat gelagat orang-ramai di gerai itu, memang ramailah yang taksub kepada UAI ini, bisik hati penulis.

Ruang solat Utama memang 'pack'. Jemaah berebut-rebut untuk masuk hingga ada aksi tolak-menolak. Penulis geleng kepala melihat gelagat tok-tok janggut itu. Harapkan janggot je panjang, tapi gelagat macam jenglot!

Selepas selesai solat Maghrib, ingatkan nak buat Solat Sunat selapas Maghrib. Malangnya, sudah tiada lagi ruang untuk sujud. Tiada lagi ruang untuk bergerak. Ini kerana orang ramai semakin berpusu-pusu masuk ke dalam ruang solat utama hingga keadaan dah macam 'tin sardin'.

Adakah ini fenomena atau penyakit umat melayu sekarang?

Keadaan itu membuatkan penulis semakin tertanya-tanya dan bersemangat untuk mengetahui apa yang membuatkan sehingga orang ramai bersikap sedemikian rupa terhadap UAI.

Kemuncaknya sudah tiba, sebaik diumumkan ketibaan UAI, penulis dapat melihat perubahan wajah rata-rata jemaah. Penulis dapat melihat keghairahan mereka untuk meyaksikan kelibat UAI. Terus terang, situasi ketika itu tidak menggambarkan kami berada di dalam Masjid. Keadaan seperti berada di 'Anugerah Bintang Popular'.

Penulis cuba memberi tumpuan untuk mendengar ceramah UAI. Sekali lagi penulis jadi pelik, tertanya dalam hati. Ini ceramah ke persembahan 'Raja Lawak'.

Mana tidaknya, apa sahaja yang keluar dari mulut UAI pasti jadi bahan ketawa jemaah yang hadir. Penulis semakin pelik!

Penulis merasakan ceramahnya biasa sahaja. Mungkin lawaknya yang luar biasa. Tiada beza antara Zizan 'raja lawak' dan UAI. Yang membezakan adalah penampilan mereka sahaja. Penampilan UAI yang berjanggut panjang malah lebat serta pemakaian jubah dan kopiahnya yang menampakkan dia seperti ulama dan warak.

Dari segi perwatakan biasa sahaja. UIA adalah pelawak seperti pelawak-pelawak lain yang sentiasa mendapat sambutan hangat orang ramai yang dahagakan lawak-lawak mereka. Itu Sahaja!

Itulah ikon orang muda yang kononnya yang cuba disensasikan dan digunakan oleh PAS dalam program-program mereka.

Malam itu adalah malam 'pelik sedunia' buat penulis.

Mungkin sedikit sebanyak video di bawah boleh memberi gambaran siapa Azhar Idrus sebenarnya.
 SUMBER:http://shahalamrebels.blogspot.com/2012/06/terbongkar-siapa-sebenarnya-ustaz-azhar.html 
HOK BODO!AKU BACA TAJUK PUN AKU DAH RASA BANGANG KENAPA?
INILAH SIKAP MELAYU,TAK LEH TENGOK ORANG LAIN BERJAYA, MULALAH SIKAP BERDENGKI!
BAGI AKU ITU CARA USTAZ AZHAR MENARIK PENONTON...X SALAH PENDEKATAN DIA..ITU MUNGKIN CARA DIA...MEMANG DIA AGAK PRO PAKATAN RAKYAT.TAPI, DIA JARANG BERPOLITIK DALAM CERAMAH2 DIA...KALAU TAK,MACAM MANA DIA BOLEH MASUK ASTRO OASIS? SIAP ADA RANCANGAN SENDIRI "KEMAH KEMING USTAZ AZHAR"....AKU PUN TAK CUKUP AMALAN TAPI TAKDALAH NAK KUTUK USTAZ MACAM NI...

\

DMH: TANDA KIAMAT DAH NAMPAK, BILA ULAMA DISANGGAH, DAN ORANG JAHIL DIANGKAT....RENUNG-RENUNGKAN!!



AMANAT HAJI HADI???




Saudara-saudara sekalian percayalah, kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.percayalah saudara-saudara sekalian.

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, kita tidak perlu masuk Hindu, kita tidak perlu masuk Kristian, tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ?politik suku, agama suku?. 



UNTUK PENGETAHUAN SEMUA, INI ADALAH "AMANAT HAJI HADI" YANG DIUCAPKAN OLEH TUAN GURU HAJI HADI AWANG (PRESIDEN PAS) PADA 1981 DI KAMPUNG BANGGUL PRADUNG.

AKU RASA ISU NIE DAH 32 TAHUN DIKELUARKAN TAPI BARU - BARU NIE UTUSAN/UMNO MENGELUARKAN ISU NIE BALIK PASAL SEBUAH BUKU "KAFIRKAH AKU" OLEH CN AL AFGHANI YANG MENCERITAKAN KESAN2 AMANAT HAJI HADI INI...AKU TAK SURE BENDA INI BETUL KE TAK, BAGI AKU KENAPA BARU SEKARANG UNGKIT BALIK ISU NI.ADAKAH KERANA DEKAT PRU 13,MEREKA TERDESAK SAMPAI UNGKIT ISU LAMA-LAMA...

AKU TAK BOLEH ULAS LEBIH-LEBIH TAPI AKU SETUJU  ANDAI TUAN GURU HAJI HADI AWANG DIBERI PELUANG MEMBERI PENJELASAN DALAM MEDIA ARUS PERDANA...KENAPA X NAK BAGI? AKU SETUJU SEBAB BAGI RAKYAT MALAYSIA FAHAM...TAKU GUNA SERANG TANPA MEMBERI PELUANG TUAN PUNYA BADAN BAGI PENJELASAN....ITU NAMA SERANG PENGECUT! TAKUT KA?ANDAI BETUL AMANAT HADI INI SESAT, MAJLIS FATWA DAN JAKIM PERLU AMBIL TINDAKAN PADA TUAN GURU....SIASATLAH!


P/S:- ASAL PRU KELUAR ISU NI....ADAKAH PRU 13 NIE UMNO BEGITU TERDESAK???KALAU KERAJAAN UMNO/BN AMAL AJARAN ISLAM YANG SEBENAR, KENAPA TERASA?? BAK KATA NABIL RAJA LAWAK, LU FIKIRLAH SENDIRI?




I AM BACK




LAMA GILA X UPDATE BLOG


BANYAK BENDA AKU NAK UPDATE PASAL ISU SEMASA TAPI KEMALASAN MENGUASAI DIRI....ANYWAY SORRY PADA PEMINAT SETIA (ADA KA?) BLOG AKU....KALAU AKU DAH LAMA X UPDATE 2 BERMAKSUD AKU MALAS AH TU....SEKARANG LAK AKU STUDY KAT KOLEJ DEKAT KUALA LUMPUR UNTUK AMBIK IJAZAH.AND SEKARANG AKU TENGAH PRAKTIKAL KAT PEJABAT KERAJAAN KAT PULAU PINANG. SO INSYALLAH ADA ISU AKU UPDATE CAM DULU...
AKU RASA CAM LAMBAT LAK....ANYWAY AKU NAK WISH SELAMAT TAHUN BARU 2013...SELAMAT DATANG 2013...AIII UMUR DAH BERTAMBAH...AKU DOAKAN SEMOGA TAHUN 2013 MENJADI TAHUN YANG LEBIH BAIK DARI TAHUN2 LEPAS.


PADA RAKYAT MALAYSIA YANG MAHUKAN PERUBAHAN...JEMPUT DATANG KE HIMPUNAN #KL112 SABTU NIE, 12 JANUARY 2013....AKU MINTA MAAF TAK DAPAT TURUN...SEBAB AKU ADA KAT PENANG DAH (BERCUTI SAMBIL PRAKTIKAL)..KALAU AKU DA KAT KL INSYALLAH AKU PERGI...

ROKOK JOHN YANG JADI PENEMAN AKU JIKA STRESS STUDY!

 INSYALLAH KALAU AKU RAJIN AKU AKAN HIDUPKAN BLOG NIE BALIK.DOAKAN AKU RAJIN UPDATE.

:)