Pengkikut blog

IKLAN lagi....

DOA AKHIR TAHUN 2010

ADAKAH AKU BERSALAH??

ADAKAH AKU BERSALAH?
ADAKAH AKU BERSALAH?
Perkataan itu sering kedengaran di telinga seorang insan bernama NAJMI.Najmi termenung di pintu penjara....di bilik akhir menantikan hukuman...menantikan hukuman yang entah bila dilaksanakan...Masa seumpama lambat berlaku.benar kata orang "PENANTIAN ITU SATU PENYIKSAAN".itu yang dialami Najmi.

Najmi hanya seorang despatch di sebuah syarikat guaman..Hidup Najmi serba sederhana di tengah kota Kuala Lumpur...Hanya berbekalkan motor 125-Z milik nya yang dibeli dengan duitnya...dia mencari rezeki yang halal untuk menanggung diri nya dan adiknya,Hazilla yang masih bersekolah...ibu bapanya sudah kembali menemui ALLAH dalam satu kemalangan jalan raya 7 tahun lalu.Hazilla hanya tinggal bersama neneknya yang sudah uzur dan hanya berkerja di kebun sahaja...

Hidup Najmi berubah selepas mengenali FARAHANA.Pengenalan mereka bermula apabila moto Najmi terlanggar pintu kereta Farahana.sejak itu mereka berkawan baik sehinggalah pada hari jadi Farhana,Najmi meluahkan perasaan cinta nya kepada Farahana.Farahana sebenarnya berat hati untuk menerima Najmi tetapi atas kesabaran Najmi hampir setahun menunggu jawapan dari Farahana...dan dari niat ikhlas Najmi.Akhirnya hati Farahana juga tunduk dengan cinta Najmi dan akhirnya mereka saling bercinta...

Farahana anak orang berada..ayahnya Dato Yazid seorang jutawan perkapalan..tapi keluarga mereka tidak memandang kebendaan sebagai penghalang untuk berkawan dengan sesiapa pun.Dato Yazid amat mengenali Najmi dan memberikan bantuan membantu persekolahan adik Najmi.Sepanjang perjalanan cinta mereka,Najmi dan Farahana tak penah kenal erti bosan untuk berjalan, berdating dan segalanya bersama. Erti bosan, penat, menyampah tidak pernah ada dalam diari percintaan mereka.Ramai rakan-rakan Najmi selesa dengan Farahana kerana Najmi selalu mengajak mereka melepak bersama di kedai mamak bersama dengan Farahana kerana Farahana seorang yang senang masuk kepala.

Pada suatu hari,Farahana terjumpa dengan bekas kekasihnya ARIF.Arif meninggalkan Farahana atas desakan keluarga Arif yang inginkan anak mereka itu menyambung pelajaran di England.Sejak itu hubungan Arif dan Farhana terputus.Farahana merasa kecewa apabila mendapat berita Arif telah berkahwin dengan wanita England dan menetap di sana.Pertemuan mereka amat mengejutkan Farahana kerana dia menyangka Arif sudah melupakannya tapi rupanya dalam hati Arif masih lagi ada Farahana.

Hubungan Najmi dan Farahana mula renggang.ditambah pula Najmi sudah berhenti kerja sebagai despatch dan kembali ke kampung untuk mengusahakan tanah peninggalan keluarga nya selepas kematian neneknya.mereka jarang ber-SMS dan Farahana jarang menghubungi Najmi.Najmi mula mengesyaki kekasih hatinya itu mempunyai orang lain.Sangkaan Najmi itu tidak silap apabila salah seorang rakannya menghubungi Najmi mengatakan Farahana keluar dengan Arif di KLCC.itu membuatkan amarah Najmi makin meluap-luap.Dia tidak sangka bahawa kekasih hatinya itu sanggup bermain kayu tiga di belakangnya.Najmi mula bersikap dingin dengan Farahana.setiap kali Farhana menghubunginya Najmi tidak menjawab.bagi Najmi,Farhana yang bersalah atas apa yang berlaku.

Untuk membetulkan keadaan,Arif datang ke kampung Najmi untuk menemuinya.Arif menyatakan bahawa dia dan Farahana hanya sebagai rakan tapi tidak dipercayai oleh Najmi.Najmi tetap menyangkakan bahawa Arif dan Farhana ada hubungan sulit.Dengan amarah yang meluap-luap Najmi mengambil sebilah pisau Rambo dan menghalakan pisau itu kepada Arif.Arif cuba memujuk Najmi supaya bersabar tetapi tidak dipedulikan oleh Najmi.Najmi menikam Arif dengan tiga kali tikaman dan membunuh Arif di tempat kejadian.Najmi mula takut.Perasaan nya mula berdebar-debar.Najmi benar-benar takut kerana dia telah membunuh orang.Pisau rambo di tangan nya dilepaskan ke tanah dan dia melarikan diri meninggalkan mayat Arif.Pada keesokan nya,mayat Arif dijumpai oleh orang kampung.Najmi menyembunyikan diri dalam hutan dan akhirnya berjaya diberkas oleh polis.

Di mahkamah,Najmi mengaku dia yang membunuh Arif.Dia juga mengatakan kepada mahkamah bahawa dia sanggup menerima apa sahaja hukuman atas kesalahannya itu.Mahkamah menjatuhkan HUKUMAN GANTUNG SAMPAI MATI kepada Najmi atas kesalahan membunuh dengan niat Arif.
Ketika di dalam penjara,seorang pegawai penjara menyerahkan sekeping surat kepada Najmi.surat itu pemberiaan Farahana kepada Najmi.Isi Kandungan surat itu:

Sayang,
Happy anniversary yang ke 3 tahun perkenalan kita.Ayang amat bahagia bersama sayang.Ayang minta maaf kerana selama ini Sayang marah kat Ayang tentang hubungan Ayang dengan Arif.sesungguhnya Ayang dengan Arif hanya kawan sahaja.Ayang tidak mempunyai perasaan kepada dia kerana hati dan perasaan Ayang telah Ayang berikan kepada Sayang.Ayang lama tidak menghubungi Sayang kerana Ayang tidak mahu mengacau Sayang bekerja.Tapi Sayang jangan risau,kasih dan sayang Ayang hanya pada Sayang sorang sahaja.
Tentang kawan Sayang jumpa Ayang dengan dia tu.dia ajak Ayang teman membeli belah baju pengantin dia.Sebenarnya dia dah nak berkahwin semula dengan bekas isterinya itu.
Sayang jangan risau,walaupun kita tiada jodoh di dunia ini kasih dan sayang Ayang pada Sayang tidak akan berubah.Ayang redho walaupun Sayang tetap menyalahkan Ayang atas apa yang berlaku.sebenarnya tiada siapa yang salah.mungkin kerana salah faham,semuanya menjadi begini.
Tapi Ayang nak Sayang tahu 1 perkara ja,cinta Ayang kepada Sayang tidak akan berubah.Ayang cintakan Sayang sampai ke akhir hayat Ayang.
Ayangmu
Farahana.

Najmi mula rasa bersalah.setiap masa dia terfikirkan "ADAKAH AKU BERSALAH?"Kini Najmi mula menyedari bahawa sikap cemburu buta nya menjadikan keadaan ni berlaku.Kini beliau redha kerana tali gantung sedang menantinya.

 Sorry bloggers...aku tak pandai sangat menaip so harap korang baca lah karya aku yang tak seberapa nie...THANK YOU

MENIKMATI MALAM TERAKHIR 2010


Aku baru sampai dari kampung aku menziarahi mak tok aku sakit...dah dekat 1tahun sakit..agak lama gak lah aku tak balik rumah mak tok aku so tadi 2 sesat gak ah...simpang x jumpa...(cilaka pi runtuh bus stop aku duk wat petanda simpang rumah tok aku)

sebelum balik rumah aku singgah makan dekat RESTORAN NASMIR makan MURTABAK dengan KOPI O AIS....peh sedap gila ah...sambil tu layan cerita AYOUB...anyway aku baru tau yang abang aku dapat mengajar kat JOHOR...3hb nie dia kena lapor diri...so baru lah MAMA dengan ABAH aku tinggal berdua ja...sebab aku dengan abang aku dah belajar jauh-jauh...heheheheh...baru dikira honeymoon....ok nak tengok ADAMAYA jap baru tido

 SELAMAT TINGGAL 2010...WELCOME 2011..

Kalau lah abang tahu

Sepasang couple asik saja berjalan dalam kampus. Hazim dan Kamilah tak penah kenal erti bosan untuk berjalan, berdating dan segalanya bersama. Erti bosan, penat, menyampah tak pernah ada dalam diary percintaan mereka. Masa terus berlalu, Hazim pergi meninggalkan Kamilah lebih awal kerana Hazim terpaksa berhenti kolej setelah ayahnya meninggal di sebabkan cancer. Kamilah yang selama ini selalu bersama Hazim mula terpukul dengan dunia baru. Hazim berkerja di sebuah bank sebagai seorang kerani. atas nama cinta mereka tidak pernah terputus hubungan. Telefon, ym, FB semuanya di jadikan tempat untukmereka terus berhubung. 

Kamilah yang masih berasa dengan ketiadaan Hazim selalu mendiamkan diri di bilik. Kamilah jarang bersuka ria walaupun di ajak teman-teman. Setiap malam Kamilah sibok menelefon Hazim, tetapi semakin lama Hazim semakin susah untuk di hubungi. Kamilah mula merasa tidak selesa. Jika dulu 3 bulan sekali mereka pasti bertemu walaupun sekali, sekarang Hazim semakin sibok, di tambah pula sejak dia di naikkan pangkat. Bukan kerana apa tetapi di sebabkan kebijakkan Hazim, beliau di hantar oleh bank untuk kursus2 yang akhirnya melayakkan dia menjadi seseorang yang agak berjaya. Tidak berhenti di situ, Hazim di tanggung oleh Bank untuk menyambung pengajiannya. Kamilah mula berasa hati dengan sikap Hazim yang asik sibok. Akhirnya, tawaran untuk Kamilah sambung belajar ke peringkat seterusnya di terimanya hanya kerana ingin membalas kesibokkan Hazim, dalam hati Kamilah berharap Hazim terasa akan apa yang di rasainya. Malangnya Hazim sedikit pun tidak terpukul akan keadaan itu. Kecewa dengan sikap Hazim masih belom cukup untuk mematahkan semangat Kamilah untuk  Hazim.

Atas pujukkan kawannya Kamilah mula membuat rancangan untuk membuat kejutan buat Hazim dengan harapan Hazim sedar yang Kamilah masih lagi menantinya. Duit di kumpul untuk perjalan dari Perak ke Johor selain untuk membeli hadiah, dan kek. Sesampai di Johor Kamilah menginap di rumah mak ciknya. Keesokkannya, Kamilah pergi mengambil hadiah buat kekasih hatinya.. Selepas siap semuanya, Kamilah terus pulang ke rumah. Disiapkan semuanya bersama mak cik yang sedia berkongsi keterujaan anak saudaranya. Tiba-tiba, Kamilah tersedar yang dia lupa membeli kek untuk Hazim. Jam menunjukkan pukul 8 malam. Dengan memandu kereta milik mak ciknya, Kamilah terus memandu ke kedai kek berdekatan. Semasa sampai di satu persimpangan Kamilah ternampak akan kelibat seseorang yang amat di kenalinya, di berhentikan keretanya di tepi jalan untuk memastikan jejaka itu bukanlah lelaki yang di kenalinya. Ya Allah!! itu memang Hazim! Hazim sedang enak memeluk seorang wanita sambil menuju ke arah kedai kek yang memang ingin di tuju Kamilah. Hancur luluh hatinya melihat Hazim begitu, tetapi di kuatkan juga semangat untuk ke sana, sesampai di sana Hazim tidak perasan akan kelibat Kamilah, selepas di beli sebiji kek kegemaran Hazim, Kamilah terus menuju ke meja pasangan itu. Di letaknya kek itu di atas meja mereka. Terkejut dengan kehadiran Kamilah, Hazim terus terbangun. Kamilah hanya tersenyum, lilin terus di pasang dan Kamilah terus berkata "SELAMAT HARI LAHIR  n HAPPY 5th ANNIVERSARY first love". Selepas itu Kamilah terus pergi. Terduduk Hazim di situ. "Patotlah Kamilah tanya aku, hari ni aku sibuk tak.." kata hatinya. Kek di atas meja di pandang dengan mata yang bergenang air mata.. Wanita di sebelah tidak di hiraukan lagi. Dia tersedar, dia curang dengan wanita yang amat setia dengannya..Wanita yang selalu memberi sokongan buatnya,wanita yang tidak pernah putus asa dalam menjaga hubungan mereka, wanita yang selalu tersenyum melihatnya, wanita yang cantik, wanita yang dahulu di kejarnya... Maafkan Abang...

 Keesokkannya, Hazim terus ke rumah mak cik Kamilah. Tetapi hampa apabila mak cik Kamilah tidak berada di rumah. Seminggu berlalu, dia langsung tak menerima panggilan dari Kamilah, sms yang di hantar, maaf yang di pinta langsung tak di balas. Hazim serabut, hatinya terus menyalahkan dirinya. Ya dia berdosa kerana khianati cinta suci wanita itu. Sepanjang seminggu itu jugalah dia bercuti. Hazim terus mencari Kamilah, rumah mak cik Kamilah tak pernah Hazim lepas pandang, setiap pagi dia pergi untuk melihat jikalau mak cik Kamilah atau Kamilah sudah pulang. Masok hari ke 10, kelibat mak cik Kamilah kelihatan, berdebar-debar hati Hazim untuk ke rumah itu. Salam di beri, kelihatan wajah mak cik Kamilah sayu. Kehadiran Hazim di sambut dengan linangan air mata.

Kamilah koma??? Ya! itu jawapan yang Hazim terima selepas berjumpa mak cik Kamilah, mak dan ayah kamilah sudah seminggu lebih berada di hospital menanti Kamilah untuk sedar kembali. Kamilah koma kerana pada malam kejadian itu, Kamilah telah di samun, pencuri menikam perut Kamilah bertubi-tubi, hanya keran Kamilah mempertahankan jam tangan kesayangannya. Jam tangan, itu hadiah pemberian Hazim ketika kali terakhir Hazim ada di kampus sebelum Hazim pergi meninggalkan Kamilah.

Sesampai di hospital, Hazim menjadi lagi sebak. Wayar berselirat di badan cinta hatinya itu. dia terus menuju ke katil sambil melihat sekujur tubuh kaku di situ yang cuba untuk  terus bernafas. Di genggamnya tangan itu dan di kucupnya berkali-kali.. Maafkan abang cinta hati, maafkan abang! hanya itu yang mampu di ucapnya.. Tiba-tiba badan yang kaku tadi mengelupur kuat, darah mula keluar dari mulut dan telingan Kamilah, suasana panik, doktor masuk dan Hazim di tolak keluar dari ICU itu. Kamilah meninggal sejam selepas  betarung nyawa. Hazim terduduk. Suasana menjadi sebak. "Sayang tunggu abang datang minta maaf ke?? kenapa lepas abang minta maaf sayang terus pergi?? saya tak cakap pun sayang maafkan abang ke tak?? kenapa sayang buat abang rasa macamni?? sayang kan tak suka abang rasa sedihkan??...Sayang bangun cepat cakap dengan abang!!!!" jeritan Hazim buat Kamilah yang sudah kaku benar-benar membuatkan suasana sebak.

Di tanah perkuburan, Hazim diam mambatu, tidak langsung berganjak untuk pergi walaupun semuanya selesai. Tiba-tiba, mak cik Kamilah datang, membawa hadiah yang telah siap di balut untuk Hazim. Diambilnya hadian itu dan di buka. Sekeping kad merah jatuh, kad buatan tangan itu agak kurang menarik, saiznya agak tebal seperti surat. Kamilah memang tak kreatif, bisik hatinya, di buka surat itu,

 "First love, hari ni genaplah awak berumur 23tahun dan genap jugak 5 tahun kita bercinta. Segala pahit manis semua kita alami bersama. Ingat lagi tak first time Abang nak tackle sayang?? Abang beli ice-cream hari-hari kasi Sayang tapi sebenarnya Sayang tak makan sangat. Sayang kasi anak mak cik kafe kekadang tu.. hahah maaf abang. Lepas tu bila dah dapat respond, abang cakap abang nak ajak Sayang couple tapi bukan sekarang sebab abang nak kita couple bila abang dah kata kita boley couple.. camtu kan?? Abang sabenarnya nak propose sayang on your birthday je sebab abang kata itu di kira hadiah paling best untuk abang. Terharu sayang. Abang ingat lagi tak masa Abang pergi lawan bola untuk kolej tu?? Pemain pihak lawan saja nak kasi abang hilang konsentrasi dengan kenyit-kenyit mata dekat sayang, abang punya marah abang terus nak tumbuk dia,hahah jelez betol abang ni, tapi last-last menang jugak kan?? 

Kalau la abang tahu, masa abang berhenti kolej, sayang selalu cry sorang-sorang. Kalau la abang tahu, masa abang kasi sayang jam ni sayang tido pun sayang pakai jam ni. Kalau la abang tahu, masa sayang call abang and abang tak jawab, sayang tak pernah give up untuk call, kalau la abang tahu, masa sayang nak datang sini, nak beli hadiah buat abang ni, sayang kumpul duit sendiri, sayang jualkan banyak baju-baju kegemaran sayang dekat blog, sayang jual jeans paling sayang sayang, sayang jual handbag sayang jugak. Sayang bukan tak nak minta duit dari mama papa, tapi sayang nak Abang bangga dengan sayang! Kalau la abang tahu, mak cik la tolong tempahkan hadiah kita ni, tapi design tu sayang yang reka. heheh Kalau la abang tahu yang sayang rindu sangat dekat abang! dan kalau la abang tahu, sayang cinta sangat dekat abang!!!! ok la abang dah panjang betol ni. Abang jangan kutuk kad sayang taw! I LOVE u" 

 Air mata Hazim semakin deras jatuh tika membaca surat Kamilah. Hadiah di tarik keluar dan kelihatan t-shirt bergambar mereka berdua ada di situ. Hatinya luluh bila terpandang t-shirt itu. Mak cik Kamilah terus menghulurkan satu lagi t-shirt yang serupa pada Hazim, "t-shirt nie Mila plan nak pakai waktu nak surprisekan  kamu malam tu. Mak cik yang pergi tempah t-shirt nie sebab mila tak boley datang awal untuk buat t-shirt nie, pagi tu dia pergi ambil dan dia beli baranag-barang nak buat kad nie.."

Maafkan abang, sayang......Kalau la abang tak mainkan cinta sayang semua ni takkan jadi...Kalau la abang tahu hargai sayang, sayang takkan pergi..maafkan abang..maafkan abang..

MALAYSIA MENANG WALAUPUN KALAH

TAHNIAH MALAYSIA...WALAUPUN TEWAS 2-1 di Stadium Bung Karno Jakarta tapi MALAYSIA menewaskan INDONESIA dgn Aggregat 4-2....sangat puas hati sebab berjaya gak kita merangkul piala AFF wat kali pertama tahniah MALAYSIA.

TAHNIAH PADA K.RAJAGOPAL SAFFE SALI DAN SKUAD MALAYSIA kerana mengembalikan PIALA 2 ke MALAYSIA...I AM PROUD OF U

MOOD MALAM NIE



sejak balik dari PENANG aku banyak mengelamun berbekalkan lagu dalam cd kereta aku aku asyik mengelamun ja....banyak benda yang bermain dalam fikiran aku...

aku cuba melupakan dirinya dari hidup ku...masuk ni dah tiga kali cinta aku ditolak...apa lah nasib aku mungkin ni dikatakan nasib gamaknya...aku memang tak layak bercinta...mungkin aku ditakdirkan untuk single selamanya...keputusan berat aku wat tadi fb dia terpaksa aku delete...macam semalam aku delete no dia dan segalanya....hahahahaah puas hati aku...aku memang zalim aku memang kejam...tapi kurang aku x sakit hati tengok dia...


lupakan pasal cinta...sekarang dah masuk 2011...umur aku pun dah 25 tahun (ish tua nya) tapi apa kejayaan aku dah wat untuk 24 tahun masa yang dibazirkan,...zero kan...so mulai 2011 nie aku nak buat kejayaan supaya aku berjaya dalam hidup aku...perempuan awek leh pergi jahanam....sekarang masa aku nak cari duit....insyallah sebelum umur aku 30 tahun atau 33 tahun aku memang akan jadi silent MILLIONAIRE...itu target aku....time 2 baru dia tau sapa aku sebenarnya...

nak ke tandas pulak...ok kawan2 jumpa lagi salam...BYE...sambil2 tu leh hisap rokok sekali

PENANG HERE I COME

tak sabar rasanya diri aku untuk pergi ke PULAU PINANG...bersama rakan-rakanku...rasanya lama gila aku tak turun ke PULAU PINANG...rasanya sejak 15 MAC 2008 ( akan ku ingat tarikh tu sebab aku terlibat secara tak langsung dalam tunjuk perasaan UMNO pasal DEB depan KOMTAR)..walaupun aku anak PULAU PINANG...tapi memang lama gila ah aku tak turun PULAU PINANG...memang rindu ah...sambil2 berjalan ke PULAU PINANG...leh singgah KAMPUNG MELAYU...rumah arwah tok aku...sambil2 tu bleh makan NASIK KANDAR KAMPUNG MELAYU...sedap oooo....

Nasi kandar Kampung Melayu tak sefamous NASI KANDAR LINE CLEAR....lagi puas hati...suasana dia tepi jalan ja...tak de kedai2 macam kedai nasi kandar lain...itu specialnya nasi kandar line clear...dengan kari kepala ikan dia yang memang hang akan terangkat...peh puas hati lah...dah 45 tahun depa beroperasi tapi still maintain lagi masakkannya...


satu lagi tarikan ke Pulau Pinang ialah PESTA PULAU PINANG....mmg besh...rugi sapa tak mai Penang kalau tak pi Pesta Penang...umpama macam nasi kandar tak da dalca...macam tulah kalau mai penang tak pi pesta penang...
Sebenarnya aku dengan member-member aku pi Pulau Pinang sebab aku nak pi End Of The World...tempat tu berada di hujung Pulau Pinang...2 jam Hiking dari TELOK BAHANG...nanti aku upload gambar aku kat sana untuk hangpa...insyallah...tapi memang best ah sebab korang tenang kepala hotak korang kat sana...SO 22hb DECEMBER WELCOME TO PULAU PINANG GUYS...
PENANG HERE I COME...

LELAKI HENSEM VS LELAKI TAK HENSEM DARI PANDANGAN PEREMPUAN


Kalau lelaki handsome pendiam 

Perempuan akan cakap:: "woow, cool giler...
kalau lelaki tak handsome pendiam 
Perempuan akan cakap: "eh perasan bagus..."

kalau lelaki handsome berbuat jahat 

Perempuan akan kata: "nobody's perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat 
perempuan akan cakap: "memang.... muka pun macam pecah rumah!"

kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu 

perempuan akan cakap: "wah.. machonya.. macam hero filem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu 
Perempuan akan kata: "entah2 kawan dia..."

kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik 

perempuan akan kata: "sepadan sangat...
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik 
perempuan akan kata: "mesti kena bomoh perempuan tuh!"

kalau lelaki handsome ditinggal kekasih 

perempuan akan kata: "jangan sedih, kan saya ada...
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih 
perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya 
meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)...

kalau lelaki handsome penyayang binatang 

perempuan akan cakap: "perasaannya halus...penuh kasih sayang
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang 
perempuan akan cakap: "sesama keluarga memang harus menyayangi..."

kalau lelaki handsome bawa BMW 

perempuan akan cakap: "matching... hebat luar dalam
kalau lelaki tak handsome bawa BMW 
perempuan akan cakap: "bang, bosnya mana...?"

kalau lelaki handsome tak mau bergambar 

perempuan akan cakap: "pasti takut kalau-kalau gambarnya tersebar
kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar 
perempuan akan kata: "tak sanggup melihat hasilnya ya..."

kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan 

perempuan akan cakap:"ini barulah lelaki gentlemen
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan 
perempuan akan cakap: "naluri pembantu, memang begitu...."

kalau lelaki handsome bersedih hati 

perempuan akan cakap: "let me be your shoulder to cry on
kalau lelaki tak handsome bersedih hati 
perempuan akan kata: "kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?

RENUNG-RENUNGKAN....


AWEK!!!!

wah entry aku kali nie pasal PEREMPUAN...ataupun "AWEK"..ramai tanya aku asal  "HANG DAH ADA AWEK KE" Sebenarnya lama dah aku "SINGLE"...adalah dalam 9 bulan hahahaha....lepas tu siap leh cakap lagi "ABIS 2 PEREMPUAN 2???eh eh...bila masa lak perempuan 2 awek aku...itu kawan aku ah...mmg nampak aku macam kaple tapi PEREMPUAN tu member aku ja....


Sebab dah lama single...aku dah malas fikir untuk ade awek...sehingga aku jumpa "AWAK" ah malas fikir ah pasal dia... aku pun sendiri da rasa malas nak fikir bab awek ni dah. baik la aku menghabiskan duit yang officially mak bapak aku kasi untuk aku je. buat ape nk menghabiskan duit kt anak orang?aku pun tak berduit nak bagi duit kt orang plak...mesti orang ingat aku jeles sebab aku tak de awek jeles dengan orang yang berawek...mmg kekadang aku jeles gak tapi takda faedah aku nak jeles..lain lah aku jeles pasal study ka dia lagi kaya dari aku ka..ade faedah gak lah aku jeles..
sebenarnya aku bahagia dengan hidup aku sekarang...aku ada kenal satu perempuan @ awek...dia bukan budak KOLEJ aku...dia ex awek member aku (dah lama dah putus,dan awek tu hilang) hampir 1 1/2 tahun aku kenai dia dan simpan perasaan dekat dia...dia tempat aku luah masalah dan tensen aku...tapi aku bahagia dengan dia...hampir 2 kali gak aku luah perasaan tapi dia cakap dia belum bersedia lagi sebab dia sayangkan ex-pakwe dia...bangang betul ex pakwe dia...awek punya baik nie ditinggalkan...ko nak awek macam mana ah...sorry aku teremetional kejap...hehe...tapi sekarang kami lebih selesa berkawan...kekadang tu terasa gak apa dia wat...meletup gak...tapi lama2 aku fikir saja ja pekena dia...hehehe
F******* I LOVE U SO MUCH walaupun ko x nampak tapi aku tetap sayangkan ko....!!! saja nak cetus kontroversi jap....hehehehe mungkin ko belum bersedia lagi sebab ko nak kejar karier ko tapi aku pun sama gak...nak kejar apa yang aku patut dapat sebelum aku kahwin...IJAZAH?KERJA TETAP? RUMAH?KERETA?baru aku masuk meminang ko dan kahwin dengan ko.eh berangan je aku nie...hehehehe kalau ada jodoh kahwin ah...moga aku dan ko bertemu jodoh...AMIN...
Pasal "AWAK" aku dah mula lupakan dia...dah 2 minggu aku tak msg dia...memang dulu seronok msg dengan dia...tapi tu dulu ah....sebenarnya aku dah tak nak ingat pasai "AWAK" tapi nak wat lagu mana...dia dah bahagia watpa nak sedih-sedih...LIFE MUST GO ON....tapi aku akan ingat dia dan stupid decision dia...aku berdoa pada ALLAH semoga "AWAK" berbahagia dengan DIA... walaupun bukan aku...alamak tersedih lak...tapi sekarang aku dah ok...tak larat nak bawak title "LOSER"...Andai dia tak bahagia...aku takkan jilat balik ludah yang aku buat...SORRY....!!!Pasal keputusan emosi "AWAK" aku rasa loser gila...tapi sekarang aku dah ok dah..

"i am happy with your decisions...but i have to sacrifice my heart to  make it HAPPY....MY fizikal is happy but my heart who knows about it"

24 Ciri-Ciri Orang Yang Mencintai Kamu


  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  6. Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
  8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
  9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
  10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
  12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
  15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
  16. Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’
  17. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  18. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
  19. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
  20. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akanmengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
  21. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
  22. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
  23. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
  24. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
“Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut… Kamu akan menyesal melakukannya!”



CARA - CARA MENDAPATKAN TIDUR MALAM YANG NYENYAK

Petua2 nak bagi tidur kita dalam keadaan nyenyak (complete set dengan mengeruh sekali)

Pertama.
Set masa tidur kita...kalau pukul 12 dah baring atas katil @ tidur...kena buat SETIAP HARI diulangi SETIAP HARI...mengantuk atau tidak...baring je atas katil.
Kedua.
Tutup semua lampu,tv,laptop,radio yang paling penting handphone..Switch off handphone sebab boleh ngelakkan kita dari sms pakwe/makwe,call, @ bagi perempuan tengok pakwe hensem KOREA.Letak handphone tu jauh dari katil atau tilam kita tidur yang tak tercapai oleh tanganmu (macam lagu elyana plak)
Ketiga.
Bayangkan pukul berapa kita nak bangun.kena buat hari- hari tak kisah lah hari biasa atau hari minggu kerana kita boleh set pukul berapa kita bangun esok.Orang tua-tua selalu kata,kena tepuk bantal yang kita nak guna sebelum tidur sambil niat pukul berapa nak bangun esok.Selalu aku buat macam nie berkesan walaupun aku tidur lambat.
Keempat.
Elakkan tidur siang.Jangan tidur siang sangat kalau rasa mengantuk di waktu siang tidur tidak lebih dari 45 minit dan jangan tidur selepas ASAR.Untuk mengelakkan mengantuk di waktu siang.bagi kena cahaya matahari sekurang2 nya 45 minit.
Kelima.
Elakkan minum KOPI masa makan malam.Kopi dan minuman bercaffien nie menyebabkan kita tak boleh tidur.sebab tu kalau rasa mengantuk digalakkan minum kopi.

Keenam.
Hisap rokok sekurang-kurang nya 2 jam sebelum tidur.Pada penagih rokok (macam aku) hisap rokok sekurang2 nya 2 jam sebelum tidur.

Ketujuh.
Jadikan katil sebagai tempat untuk tidur. Jangan duk UPDATE BLOG (macam aku) atas katil,buat kerja pun atas katil,makan pun kalau boleh atas katil.Jangan diamalkan.Cuba displinkan diri yang katil tu hanya untuk tidur sahaja.So bila kita baring mesti rasa tidur punya lah.

Kelapan.
Minum Susu.kalau boleh minum susu ang ada lactium macam susu badan sebab kita boleh rasa calm macam bayi rasa lepas menyusu.Tapi kalau dah besar minum DUTCH LADY cukup lah.Tok sah duk menggatai cari susu badan.

Kesembilan.
Pakai baju tidur untuk tidur. pakai lah t-shirt dengan seluar ke kain pelikat ka boxer ka tak pakai apa pun tak palah janji korang pakai untuk tidur SAHAJA.asingkan baju tidur dengan baju jalan dengan seluar jeans.Sebab bila kita pakai baju tidur,otak kita tahu yang kita dah nak tidur so automatik mengantuk pun akan tiba.

Aku pun mesti amalkan benda nie sebab semua nya nie betul dan fakta.sebenarnya mata aku pun duk mengantuk nak tidur.

 GOOD NITE SEMUA...NAK COVER TAK CUKUP TIDUR SEMALAM.

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati

LAYAN MOVIE

oleh kerana malam nie aku baru dapat MOVIE dari PAIS...


so aku ingat malam nie mission nak tengok movie 3-3 sekali....


JANGAN PANDANG BELAKANG CONGKAK 2
ESTET
KARATE KID
So apa lagi layan...
Tapi perut rasa lapar plak leh makan CUCUR IKAN BILIS dengan AYAM GORENG...
alamak rangka tak da plak...