Pengkikut blog

IKLAN lagi....

WARKAH SEORANG BAPA

Salam buat Along , Angah , Kakak , Alang dan Adik ..

Terima Kasih kerana SUDI muncul dalam hidup ayah . Kalian anugerah terbesar sepanjang kehidupan ayah di dunia ini . TERIMA KASIH ,ALLAH ..Terima Kasih kerana memberi peluang kesemua anak - anak ku membaca setiap isi surat usang ini ..

Pertama sekali , ayah nak minta maaf sekiranya ayah gagal dalam mendidik kalian untuk menjadi penyayang . Penyayang yang bagaimana ayah maksudkan ??
Menjadi seorang penyayang yang ADIL . Adil kepada kedua ibu bapa .

Surat ayah mungkin membuatkan kalian bosan tetapi , ayah MOHON di luangkan 5 minit ini sahaja untuk ayah terangkan kegagalan ayah sehingga kita semua tidak berada di dalam satu keluarga yang aman . Ayah harap , ini permintaan terakhir ayah untuk di beri perhatian oleh semua anak - anak yang sekian lama ayah SAYANGI .

Along , Angah ,Kakak , Alang dan Adik ..
Pernah tak kalian membenci ayah saat ayah mulai naik tangan ? Ayah mohon seribu kemaafan . Tidak terbit di hati ayah untuk menjadi seorang bapa yang kaki pukul . Untuk pengetahuan semua ,kalian ayah sering JULANG di luar rumah agar keturunan ayah tidak terlalu di pijak selepas ketiadaan ayah . Mungkin ayah GAGAL menjulang harta kita yang tak seberapa tapi , ayah mengaku atas nama ALLAH , ayah berang apabila nama keluarga kita di injak kerana kita TIADA HARTA . Ayah usaha ... Ayah benar - benar usaha . Tapi .. mungkin belum cukup ...

Ayah sedar dan faham , kalian pernah malu ber'bin/ binti kan ayah yang jelas TIADA APA - APA . Tiada tanda kebanggaan dari kalian ke atas nama ayah . Ayah mengaku ayah gagal menggali seperti PAHLAWAN PERNIAGAAN yang lain sehingga kalian bertindak keluar dari rumah dan meninggalkan ayah seorang di rumah .
Anak - anak ayah ,
Saat kalian memberi tindakbalas sewaktu di dalam perut , SUBHANALLAH .. Betapa tak sabar nya ayah nak tengok hasil yang TUHAN anugerahkan itu . Ayah bersedia untuk menatang kalian . Tak putus doa ayah agar anak yang keluar itu bakal menjadi seseorang yang ayah MAMPU bangga kan . Ayah bangga mempunyai kalian sehingga saat  tangisan itu kedengaran .. Alhamdulillah .. ayah sudah punya baka .
Along , 
Dah besar anak ayah . Ayah selalu lupa tarikh hari jadi anak ayah . Sering ayah bayangkan anak ayah ni kecil lagi sehinggalah along dah pandai meninggi suara . Maaf ayah kata kan ... ayah menangis selepas along pertikaikan tanggungjawab ayah . Ayah tak lupa tanggungjawab ayah tetapi tempat ayah bertugas tak membayar hasil titik peluh mengikut harga yg sepatutnya . Untuk pengetahuan along , duit yang ayah beri utk along beli kasut roda sempena tournament di bandar itu ayah dapat dari hasil ayah niagakan kain dari jiran seberang kampung . Tanpe hasil tu , mane lagi tempat utk ayah gali duit utk anak yang ayah sayang ni .Ade satu ketika , ayah tak balik rumah sebab malu duit ayah tak mencukupi utk tanggung adik - adik yg lain . Duit ayah cukup utk beli barang yg along nak . Tapi sekembali di rumah , along tinggi suara . Along tuduh ayah ade hubungan dengan jiran seberang . Ape yg patut ayah rasa pada saat itu ? Along nak apa sahaja , ayah usaha tapi di balas dengan tuduhan . Ayah kecewa tapi cepat ayah maafkan . Tuduhan itu ayah tukar menjadikan ia tanda prihatin oleh anak sulung ayah . terima kasih .
Along berjaya sehingga ke menara gading . Bangga hati seorang ayah . Tak pe lah sekiranya along jauh lebih menyanjungi suami . Itu selayaknya berbanding mahu menghormati ayah yang jelas tidak membanggakan ini .

Along anak yang ayah harapkan untuk memberitahu adik - adik yang lain betapa ayah sanggup bergolok bergadai untuk hidupkan anak - anak ayah .. Tapi , mungkin nasib ayah tidak terlalu baik sehingga tinggi harapan itu .

Angah ..
Anak bujang ayah ...
Besar dah PAHLAWAN ayah yang sorang ni . Besar sehingga angah mampu untuk membalas tumbukan ke atas ayah . Hebat anak ayah . Dulu , ayah rasa boleh pegang tangan anak ayah . Pimpin sewaktu lintas jalan . Sekarang , tangan yang ayah pegang itu naik semula ke muka ayah dan jalan yang pernah jadi saksi ayah pimpin tangan anak ayah ni , sekali lagi jadi saksi apabila ayah jatuh tersembam di bahu jalan .

Maaf sekiranya angah rasa ayah bukanlah individu yg layak untuk menegur angah berlumba di jalan . Niat ayah tak pernah kotor . Sekotor - kotor ayah , ayah tetap mahu sesuatu yg bersih melekat dalam kehidupan kalian .Angah nak motor baru tapi ayah tak mampu . Angah ade hak untuk marah sebab kawan - kawan yg lain dapat hadiah daripada ayah mereka . Maaf sekali lagi angah . Di sebabkan hal itu , hubungan kita jauh dan semakin jauh .
Kakak ,
Tahniah dengan perkahwinan yang bakal berlangsung . Ayah tak punya apa - apa untuk di hadiahkan tetapi doa ayah tak kan putus selagi kakak masih berbinti kan ayah . Bagus pilihan kakak . Tegap cinta kakak terhadap bakal suami sehingga terlupa bahawa ayah masih lelaki pertama yang mendukung kakak sampailah kakak boleh berjalan dan berlari sendirinya. Sehingga dah kukuh tapak kaki di bumi Allah , wajar lah seseorang itu bertindak kukuh dalam menegakkan hak masing - masing . Halangan ayah akan hubungan kakak dengan dia bukan halangan kosong .. tetapi , ayah tak mahu nasib kita berulang . memilih lelaki yg tiada kerjaya akan menjadikan hidup lebih teruk dari yang ayah telah BUKTIKAN . anak ayah pandai ... "duit tak boleh bawak ke mati la , ayah . ayah miskin tuh , tak pe???!!" .. ayah faham . anak ayah tak lagi boleh terima teguran dan maaf ayah nak kate kan , sayang ... Ayah terkilan kerana kemiskinan ayah tak boleh di terima kakak tetapi lelaki miskin lain , KUKUH kakak pertahankan . Tak mengapalah ... Sekurang-kurangnya , ayah tahu , anak ayah masih mempunyai sebab untuk membuat pilihan begitu.
Alang , 
Peperiksaan SPM bakal tiba . Ayah doakan yang terbaik buat semua anak - anak ayah .Maaf ye , nak . Ayah terlalu marah awal tahun dahulu sehingga memaksa tangan ayah naik buat kali kedua ke atas anak ayah ni . Ayah mana tak sedih setelah anak yang di pupuk dari kecil , tetapi ini hasil nya .

Anak ayah dah pandai membenarkan lelaki lain menyentuh kesemua anggota tubuh .. Pernah tak alang terfikir , adakah lelaki itu ikhlas memperisterikan alang setelah semua anggota dia mampu pegang sebelum tiba waktu sesuai ? "Ayah tau ape ???!!! Aku punya pasal la . Nak berjantan ke beromen!! Ayah sendiri tak reti jaga rumahtangga , jangan sibuk - sibuk nak jaga anak . Konon bapak bertanggungjawab" ..


Layak ke ayah terima ayat sebegitu ? Ayah mengaku keruntuhan rumahtangga ayah dan ibu adalah kerana ayah tak mampu menyediakan keperluan keluarga . Tetapi , kenapa anak - anak tak pernah percaya bahawa setiap detik adalah takdir Tuhan ? Demi Allah , tiada mana - mana lelaki (terutama yang sudah bergelar BAPA) mahu meruntuhkan rumahtangga dengan tanpa rasa bersalah . Akad ayah adalah ikhlas sehingga kalimah dengan kalimah bertemu dan ayah ibu di satukan . Ayah bangga mengenali ibu dan ayah bangga , kamu la insan yang muncul di antara kami .

Adik ...
Gambar sewaktu lahir ini akan ayah kenang sehingga ke liang lahad .

Anak ayah dah menjangkau 15 tahun .. Cantik . Bertuah siapa yang bakal menjaga adik kelak . Bakal suami adik mesti kacak . Sepadan dengan adik . Terima kasih di atas kad hari jadi yang adik buat utk ayah 10 tahun dahulu . Ayah simpan . Terima kasih sekali lagi . Seronok hati ayah bila adik dah pandai menulis . Melukis lagi . Ya Allah ... anak - anak ayah semua bijak . Cepat belajar . Sayang betul ayah tak dapat tunggu sehingga adik habis sekolah .
Adik selamanya akan ayah kenang sebagai anak terakhir yang tak menghampakan ayah . Cute . Kecil je . Sepertimana along , adik pon ayah lupa bila adik membesar sehingga satu saat adik dah pandai cakap  "mane cukup duit belanje banyak ni . ayah ni makin lama makin kedekut . tak pe . tak nak bagi duit lebih , sudah lah! tak mati pon tak de duit ayah bagi . benci la ayah ni " ...
anak - anak ayah semua dah pandai pulangkan ayat yang tak terjangkau dek kepala seorang ayah . Ayah lupa ... anak ayah dah besar .. bukan di bawah pengaruh kata - kata seorang ayah lagi .. semua dah bijak ..

Itu sahaja yang ayah nak sampaikan .. Ayah terkilan tetapi ayah sama sekali tidak menyumbang dosa kepada anak - anak dengan menyimpan perasaan hampa ni . Kemaafan seorang ayah akan sentiasa iringi kehidupan anak - anak . Ayah faham kehendak dan keperluan 5 ORANG anak - anak ayah walau ayah tiada daya memenuhi setiap baris permintaan kalian..Anak - anak sekalian ,  walaupon kelima - lima anak ayah gagal fahami hati seorang ayah , AYAH MAAFKAN SEMUANYA .Doa ayah , semoga nasib dan usaha kelima - lima kalian mampu merubah corak hidup seperti yang di impikan .

Ayah minta maaf .. Ayah gagal memberi gambaran hidup yang selesa sehingga memaksa kalian membenam ayah di lubuk yang paling hina . Ayah sedar , kesilapan ayah yang tidak mampu mandikan anak ayah dengan wang .. tetapi , percaya lah .. SAYANG seorang ayah ini akan menjadi saham akhirat kalian kelak ..

Ayah minta maaf .. ayah minta maaf ..

Ayah cuma inginkan ucapan terima kasih SEKALI sahaja dari wakil anak - anak .. tetapi , sehingga surat ini habis di tulis (dan mungkin sehingga ianya habis di baca) , masih tiada suara dari WAKIL anak ayah ..

Along , angah , kakak , alang dan adik ...
Dosa kalian dengan ayah , TIADA . Hutang kalian dengan ayah , TIADA ... Cuma .. permintaan ayah , didik anak sehingga ia mampu menyerap segala ilmu . Bukan sekadar ilmu dunia .. tetapi juga akhirat .. Didik anak untuk menyayangi kalian .. Didik anak untuk pandai berterima kasih .. Bukan menyisih ..

Anak - anak LAMBANG KEBANGGAAN AYAH ...
Sudi tak sekiranya ayah ingin sekali di SEDEKAHkan sepotong ayat sewaktu di pusara nanti ? Ayah mohon . Ayah tak pernah buat permintaan sepanjang hayat ayah ,bukan ?? Ayah minta jasa baik anak - anak ayah ... Ayah minta 'perjumpaan singkat' itu di penuhi dengan doa dari kalian . Mungkin ayah tak mampu mendapat kasih sayang anak - anak walau tak terkira betapa sayang nya ayah terhadap kalian ..

Pinta ayah , al - fatihah sesingkat 30 saat itu mampu buat ayah tersenyum ...
Terima kasih , kesemuanya ..
Terima kasih buat semua anak - anak yang sudi membaca ...
Surat ini adalah surat pertama dan terakhir yang kalian terima . Percaya lah ..sehingga ke hari ini , seandainya ayah di benarkan hidup 1000 tahun lagi , akan ayah rombak segalanya segagah yang boleh sepertimana sejuta permintaan anak - anak terhadap ayah . Ayah tak minta di kenang ..  Ayah berbangga pernah menjadi HERO anak - anak walaupon anak - anak tak pernah dapat menilai ... Ayah bangga memegang JAWATAN sebesar ini ... Ayah bangga mempunyai anak ... Ayah bangga bergelar ayah sepanjang hidup ini ...

WASSALAM ...



COMMENT LEPAT:

ayah,abah,daddy ataupown apa panggilan untuk seorg bapa 2...mereka lah yang memberi kita kehidupan...mereka sanggup bersusah payah untuk kita..Marah bapa tanda sayang..Pukul Ayah tanda mengajar...tiada niat untuk mendera...
Bapa lah hero semua anak2...Hubungan bapa dengan anak tiada penghujung...walaupown berjauhan walaupown bertukar isteri kasih sayang seorg ayah tetap utuh.selagi darah yang mengalir ialah dari darah nya...selamanya dia ialah BAPA.

MAAL HIJRAH

hari ni 5 Disember 2010 bersamaan 29 Zulhijjah 1431 
hari ni merupakan hari terakhir dalam tahun 1431 Hijrah...bersamaan esok seluruh umat ISLAM seluruh dunia menyambut MAAL HIJRAH
APA MAKSUD HIJRAH?
Hijrah bermaksud perpindahan dari suatu keadaan kepada dimensi yg lebik baik dan di redhai. Hijrah juga boleh di kategori kan sebagai menanam semangat yg jitu untuk memperbaiki diri sendiri.
semoga dalam tahun 1432 Hijrah nanti nasib aku lebih baik dan aku berazam akan memperbaiki diri aku semoga lebih baik dari tahun2 lepas..



SALAM MAAL HIJRAH dari LEPAT BUNGKUS untuk SEMUA!!!Moga tahun 1432 Hijrah ni lebih baik dari tahun2 sebelumnya...

SAHABAT...

sebelum aku start entry nie aku nak tengok kawan2 aku nie dulu...eh silap sahabat..diorg nie adalah budak rumah aku dekat KPMSI 
Skuad Budak Rumah Aku.
NASRY,RAJA,SYIMIR,ARIP,LUQMAN,DAN SYAUQI
Ahli Tetap Rumah Aku.
FIQ ALANG WAN INDAH.
tapi sekarang semua dah berubah....
Nasry,Raja dengan Wan Indah dah grad
Arip dengan Syauqi dah "kecundang" (tak sempat grad) 
harap diorg berjaya dalam kerjaya masing2..
sebenarnya aku bangga dapat sahabat bukan kawan dengan diorg nie...diorg nie sahabat aku dunia dan akhirat..
sebab kitaorg kuat dengan "BROTHERHOOD"
atas apa yang terjadi pun kami tetap bersama

pindah rumah pown sampai 3X pown kami tetap bersama

bukan pindah asing2 tapi pindah 1 rumah sekali...

bak kata kawan 2 "korang nie tak pernah kekal dekat 1 rumah lebih 7 bulan"

walaupun apa yang jadi kami tetap bersama....walaupun pelbagai masalah petelingkahan semua selesai macam 2 ja

bertapa kuatnya kami....tapi setiap persahabatan ada cabaran....

aku sekarang masih belajar lagi dekat KPMSI ada lagi 6 bulan.... sekali dengan SYIMIR,ALANG,FIQ,LUQMAN dan penambahan ahli baru BOB...

x pelah...aku grad lambat dari NASRY,RAJA dengan WAN...maybe ada hikmah supaya aku belajar dari kesilapan...

pada sahabat ku yang dah grad atau "kecundang"

aku berharap korang berjaya dalam lapangan hidup masing2 pada yang masih belajar macam aku gak...kita belajar bersungguh2 supaya dapat grad gak macam diorg....


segala kenangan kita bersama akan aku ingat sampai mati... moga persahabatan kita akan kekal sampai akhir hayat....amin!!!




KAWAN TIKAM BELAKANG....


saja ja aku amik gambar nie...biasalah kawan tikam belakang...aku rasa ramai dah biasa kena kawan tikam belakang kan
memang sakit kena tikam belakang nie..bukan sakit sikit2 nie tahap sakit melampau lampau.
sebab tu ada orang pernah berkata jangan mudah sangat percaya dengan kawan...Siapa yang tak sedih kalau kawan kita yang kita percaya, depan kita je baik, belakang bukan main kutuk kita. Contoh lain, selalu aku tengok drama dan baca novel, kalau A putus cinta dengan B, kawan si A nie pujuk la apa la, kata si B tu jahat, tak layak dengan A, alih2 dia yang couple dengan B. Korang pernah alami tak?

aku tak nafikan aku pernah tengok benda ni....aku tengok jalan cerita member aku sendiri... 

A kawan baik dengan B....B kaple dengan C....bila putus je C dgn B..A mula kenen2  C...bila si A dapat rapat dengan  C...dia cerita perkara buruk kat C tentang B.. last2 C kaple dengan A dan hubungan dia kekal sampai skrg...tapi kesian plak kat B...B pulak terus putus hubungan dengan A dengan C nie lah namanya "KAWAN TIKAM BELAKANG".

bagi aku kawan yang tikam belakang bukan kawan yang baik....kalau kawan yang baik mana wat macam nie betul x?
Dalam persahabatan,jangan dengki berdengki..sebab sifat dengki ni lah wujudnya "KAWAN TIKAM BELAKANG". Bak kata orang Inggeris "backstabber"






Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers