Pengkikut blog

IKLAN lagi....

UTUSAN MENYALAK LAGI

aku dalam keadaan tak larat....baru abis kena air kuat semalam....hahaha...terbukak laman web UTUSAN MALAYSIA....saja ja aku nak cari maklumat dari sumber kerajaan...tapi niat suci aku tu diganggu dengan kenyataan dalam UTUSAN MALAYSIA....


Di manakah Anwar Ibrahim?



Keratan blog http://novandri.blogspot.com


KUALA LUMPUR 25 Mac - Di mana Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di antara pukul 9.20 malam sehingga 11.38 malam pada 21 Februari apabila satu video seks yang didakwa melibatkan pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur dari China dirakamkan?
Itu antara persoalan yang timbul apabila Anwar yang mengadakan sidang akhbar pada 22 Mac lalu menolak dakwaan yang menyatakan beliau terbabit dalam aksi video seks tersebut.
Menurut laporan akhbar Nanyang Siangpau, Anwar pada sidang akhbar itu telah mengemukakan dua fakta yang membuktikan beliau tidak berada di tempat video seks tersebut dikatakan dirakamkan, sebaliknya bersama keluarga serta sedang mengemas kini laman sosial Facebook dan Twitter.
Selain Nanyang Siangpau, beberapa portal berita dan blog turut melaporkan mengenai Anwar yang tidak men'tweet' pada waktu berkenaan.
Penulis blog Minda Intelek Melayu (M.I.M), Dr. Novandri Hasan Basri menimbulkan persoalan yang mana pada sidang akhbar itu, tidak ada seorang pun mengaku berada bersama Anwar ketika tarikh dan waktu video seks itu dikatakan dirakamkan.
"Malah isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail hanya menjawab ringkas dengan menyatakan rasa terkejut dengan skandal terbaru suami beliau," katanya di dalam bloghttp://novandri.blogspot.com.
Katanya, Wan Azizah sendiri tidak menyatakan sama ada beliau bersama Anwar ketika itu malah kenyataan Anwar yang menyatakan bahawa dirinya sedang mengakses laman sosial Twitter pada hari dan waktu itu juga menimbulkan persoalan besar.
Dr. Novandri turut mempersoalkan kebenaran Anwar menggunakan Twitternya pada waktu video seks tersebut dirakam berdasarkan pada akaun Twitternya yang didapati 'senyap' kira-kira dua jam iaitu dari pukul 9.20 malam sehingga 11.39 malam pada tarikh berkenaan.
"Jika kita perhatikan Twitter Anwar, beliau adalah pengguna Twitter yang aktif dan seringkali men'tweet' serta menjawab soalan-soalan pengikutnya. Jika Twitter yang dimaksudkan adalah pada tahun ini, yang menimbulkan tanda tanya besar ialah ke manakah 'hilangnya' Anwar selepas pukul 9.20 malam sehingga 11.38 malam daripada Twitter pada 21 Februari?," katanya.
Dr. Novandri turut menyiarkan chat di antara Anwar dan pengikutnya itu yang menunjukkan kali terakhir Anwar menulis di laman sosial itu adalah pada pukul 9.20 malam yang berbunyi: "Blog: Kabinet bayangan "PM tak faham Istilah-Tian Chua:Dari TV Selangor Cabaran Datuk Seri Najib Razak..."
Anwar didapati hanya menjawab semula pertanyaan yang diajukan oleh rakan Twitternya bermula pukul 11.39 malam selepas itu yang berbunyi:Inshaallah @a_sufi DS, bila nk mai #Guar Chempedak ni...lama sangat dah sy rasa DS x mai..."
apa masalah UTUSAN MALAYSIA nie sebenarnya...ka dah tak da isu dah...sampai kutip dalam blog nak jadi bahan berita....geram aku dengan kebodohan UTUSAN MALAYSIA dan sidang pengarang dia...yang penulis blog nie pun bodoh ka hapa....macam ANWAR IBRAHIM tak da kerja lain....buat seks ja ka....benda dah terang-terang kantoi...dok pertahan lagi....nie blog bodoh tu http://novandri.blogspot.com/...nama minda intelek melayu...baca blog dia...kutuk PEMBANGKANG...intelek ka tu..takyah guna nama MELAYU sebagai nama blog kalau ang sendiri duk jadi tali barut....SORRY ah semua aku marah gila kali nie...meluat dah aku dengan POLITIK...wat rakyat jadi BODOH...diperbodohkan....hari-hari cerita seks,liwat....tak leh elok sikit ka....
UTUSAN MALAYSIA nie layak diboikot ja....memang surat khabar sampah...sumber berita tak relevan langsung....ambik kenyataan blog...utusan tak layak pakai MOTTO PEMANGKIN PEMIKIRAN RAKYAT...tapi PEROSAK MINDA RAKYAT...tu ja yang layak untuk UTUSAN MALAYSIA dan seisi kerabat dia.....
pada MINDA INTELEK MELAYU dan penulis blog nya....

P/S:aku marah gila kali ni....fedup dah aku dengan POLITIK MALAYSIA...aku bukan ORANG BESAR...aku hanya RAKYAT yang bosan diperbodohkan....U can fool some other people some other time but u can never fool all the people all the time...


FIRST LADY MALAYSIA Sifatkan Malapetaka Jepun Satu Pengajaran


lama gila aku tak UPDATE pasal POLITIK.....
aku nak tergelak kenyataan "FIRST LADY MALAYSIA"Datin Seri Rosmah Mansur yang menyatakan bahawa kejadian TSUNAMI di JEPUN sebagai pengajaran kepada negara tersebut yang tidak mengamalkan bumi hijau....eh eh eh...asal lawak bona kenyataan dia nie...apa ke bengong FIRST LADY MALAYSIA nie....Stupid statement by her...itu dah kejadian alam jangan lah dikatakan sebagai pengajaran...itu adalah bencana alam tiada kena mengena dengan kegiatan manusia...
kekadang aku nak gelak gak dengan FIRST LADY OF MALAYSIA nie....kenyataan2 bodoh dia menyebabkan 1 MALAYSIA ditaja suaminya digelak seluruh dunia...apa daa???aku malas nak kritik2 dia nie tapi study first before make a statement...jangan hentam kromo ja....you are the wife of PRIME MINISTER...jangan nampak bodoh sombong sangat....aku tak suka mengkritik dia nie lebih-lebih...but,kenyataan dia menonjolkan diri dia so stupid di mata rakyat....macam mana rakyat nak respect dia kalau dia angkuh macam nie....sorry ah aku berpolitik dalam entry nie...but this is the truth...salam!!!








ANWAR HADI VS MAT LUTFI

 
MAT LUTHFI VS ANWAR HADI......
WELL HELLO THERE....hehehehe sekali skala....
aku selalu gak tengok ANWAR HADI dan MAT LUTHFI....aku tak nafikan depa dua-dua nie best....depa nie dua-dua orang UTARA (ANWAR HADI dan MAT LUTHFI anak KEDAH)...ada AURA UTARA ah tu....macam aku gak orang utara....bangga aku sebagai orang UTARA tengok dua anak utara popular macam depa nie....


1 thumbs up for this two guys....Pada pendapat aku,aku minat lagi Mat Luthfi dari Anwar Hadi.....bukan aku cakap ANWAR HADI tak bagus.....dia pun ada idea gak...cara penyampaian dia terbaik sama dengan MAT LUTHFI...but i prefer MAT LUTHFI because dia ada idea yang bernas dan cara penyampaian dia bersahaja....aku tak putus gelak tengok video MAT LUTHFI walaupun dah berulang kali tengok....memang best ah MAT LUTHFI....siap boleh berlakon dengan muka dia yang semula jadi lawak.....memang kalau nak release tension tengok ah video MAT LUTHFI.....


Nie pun salah sorang yang besh gak video2 dia nie...nama dia van deanvar....sama best dengan ANWAR HADI dan MAT LUTHFI....dia nie asal tempat aku gak (NIBONG TEBAL) aku mengenali video2 dia masa duk cari video ANWAR HADI gak...dia pun kreatif gak...tapi mungkin dia tak sefamous ANWAR HADI dan MAT LUTHFI...hmm maybe one day....kalau nak follow blog dia sila layari 
http://fulamakvd.blogspot.com/ dan kalau nak follow youtube dia....Van DeanVar Channel...selamat menonton...!!!!


TAHNIAH!!!!


Tahniah kepada AWIN (LENE LANG,milikbonda) dan suami atas mendapat cahaya mata hari sabtu hari tu...wei tahniah awin dan syed...aku tumpang gembira atas kelahiran anak perempuan diorang ni...MOGA depa dapat bahagia di samping orang baru dalam keluarga depa...TAHNIAH dari MOHD Hazim dan HAZIM TERITORY....

Tahniah gak untuk diri sendiri...sebab aku dah start kerja esok malam.....yeay....hapy betul...sebab selama nie menanti kerja kat SHELL TRONOH akhirnya termakbul juga...ALHAMDULLILAH,aku janji akan kerja sungguh2 demi menanggung hidup aku kat SERI ISKANDAR yang indah nie...NEW JOB NEW VISSION...

HINA @ MELAWAK

apa rasa hangpa tengok gambar nie??
LAWAK??? MENGHINA??
Karikatur nie diambil ari akhbar BERITA MINGGU @ BERITA HARIAN...semalam....gambar nie menggambarkan HERO kebanggaan JEPUN (ULTRAMAN) melarikan diri bila JEPUN dilanda TSUNAMI...it seems to me that,ini satu penghinaan kepada JEPUN yang baru dilanda TSUNAMI....Tak serik lagi ke KUMPULAN BERITA HARIAN ni....dulu dah keluar karikatur HINA ISLAM...saksikan entry aku sebelum nie...(HINA LAGI)hmmm entah ah....mungkin depa tak ambik pengajaran dari karikatur 2...nie bukan hina ISLAM tapi hina sahabat2 kita kat JEPUN yang kena TSUNAMI
TSUNAMI yang melanda Jepun akibat daripada GEMPA BUMI berukuran bermagnitud 8.9 pada skala richter pada hari JUMAAT lepas memusnahkan bandar di kawasan pantai JEPUN...Ombak dikatakan setinggi 10 meter dilaporkan melanda kawasan tertentu menyebabkan banyak kecederaan dan kemusnahan.Tsunami kali nie sama hebat dengan Tsunami yang melanda beberapa ASIA TENGGARA termasuk MALAYSIA...dan mengorbankan 200,000 manusia pada 2004....1000 orang dikhuatiri terbunuh dalam TSUNAMI kali ini...100 rakyat MALAYSIA yang tinggal di kawasan tersebut dipercayai SELAMAT...
insaf kejap ah tengok berita tentang TSUNAMI kat Jepun tu yelah kat MALAYSIA pun pernah jadi kan....aku kehilangan seorang kawan dari PLKN ketika sedang mandi di PANTAI BATU FERINGGI pada pagi 26 DISEMBER 2004...hmmmm bukan itu ja...TSUNAMI hampir memusnahkan ACHEH....wah besaq betul kekuasaan ALLAH....sebagai manusia,ini ialah satu pengajaran kepada kita semua (termasuk aku) supaya tidak alfa dengan kebesaran ALLAH ini...



TERIMA KASIH

TERIMA KASIH..THANK YOU.....Dan segala ucapan terima kasih aku kat angpa yang baca blog aku....aku tumpang bangga ah sebab ada gak orang baca blog aku yang tak seberapa nie...malu cek aih....
Pasal entry aku semalam aku banyak dapat feedback dari member2 aku (perempuan)sebab macam mana nak tau depa ada pakwe ke x....siap ada bertelagah dalam facebook menjawab pasal entry aku semalam....

SUZANNE KHOON
ADAH CULLEN
aku nak ucap TERIMA KASIH tidak terhingga pada depa dua orang nie (SUZZANE KHOON dan ADAH CULLEN) yang komen dalam fb diorang (siap bertelagah lagi)...betul gak apa diorang cakap memang aku tengok dari pihak lelaki tapi bagi pihak perempuan....depa dah bagi jawapan dah...anyway thanx wei...lagipun hangpa dorang banyak tolong aku dengan SI DIA...tu...banyak nasihatkan aku di kala aku moral down...kiranya selain budak rumah aku,hangpa dorang lah tempat aku kadang wat lawak..cerita masalah...angpa pun sanggup layan otak *wink-wink aku pasal DIA....ANYWAY THANX WEI....
jawapan aku 1 ja untuk pertelagahan depa nie (padahal 1 rumah dengan DIA gak)...ops sorry aku x leh print screen sebab????laptop aku punya hal lah....nie link dia


 http://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=169644059754137&id=100001016707963
 kalau nak tengok pertelagahan depa 
tu...masing2 ada pendapat masing2 aku tak kata aku betul dan depa salah....so itu dari perpekstif org lah...tapi aku appericiate gak pendapat orang lain....hehehehehe THANX WEI....ANy way good luck for the assignment...bersiap sedia untuk menjadi BURUNG HANTU dan ZOMBIE yer malam nie.....
insyallah nanti aku wat entry pasal nie korang dorang bleh gak bertelagah lagi....anyway pada sapa yang like MYSARAH,ZARIFAH DAN LAIN2 dan siap komen dalam blog aku THANX...I REALLY APPERICIATE THAT...

5 Teknik Mengetahui Si Awek Sudah Berpunya atau Belum

hari ni aku nak cerita pasai teknik mengetahui awek tu dah berpunya ke belum...mana boleh angpa jumpa awek tepi jalan...lepas tu tanya "AGAK-AGAK BILA KITA BOLEH COUPLE" tu memang dapat ah DAPAT MAKI ka DAPAT TAPAK KAKI....berkawan lah dulu....nie aku bagi teknik macam mana nak tau awek yang hangpa minat tu ada PAKWE ke belum....
1. Gunakan Facebook untuk tengok status relation dia.
selalu awek yang aku kenai...depa mesti buh status relationship depa dengan pakwe depa....kalau x da tu atau single...memang konfirm single ah...tapi ada plak jadi trend zaman sekarang buh "in relationship" dengan kawan depa (perempuan)....tak mau kena ngorat ke cik kak oii...yang nie pun susah disyaki gak sebab mungkin depa nie dah ada pakwe yang takdak facebook atau depa tak mau depa kena kacau...tu hangpa kena tanya tu...takut terngorat awek orang plak....
2. Tengok kekerapan si awek memegang handphone di tangan
yang ni mata hangpa kena usha tajam sikit....selalu nya orang bercinta nie konfirm 24 jam dengan handphone ja....tak kira di mana pun....kalau angpa tengok tangan dia bergerak-gerak dengan SMS...sahlah dia ada pakwe dah....

3. Intonasi suara ketika bercakap di handphone
yang nie angpa leh tengok sendiri ah...awek nie kalau dengan kawan2 sora dia mengalahkan halilintar....sembang punya deraih...tapi bila angkat phone,suara depa tu habis cover ah...halus ja dengarnya...lepas letak phone jadi suara halilintar balik...ah sah lah dia dah ada pakwe...sebab selalunya cover baik ah sora tu...dengan pakwe...
4. Tanya member si awek
selalunya perempuan nie dengan member rapat depa...depa tak da rahsia....depa selalu hangout skali...selalunya budak 1 rumah ka,budak 1 kelas ka....aku tau hangpa segan tanya direct dekat awek tu...so sebelum memulakan proses mengorat...better hangpa tanya kawan2 awek tu sama ada dia dah berpunya ke belum...silap2 depa tolong masuk line hangpa untuk awek tu...
5. Jadi jantan sejati dan pergi tanya direct je
teknik ni abis kering ah....dijamin 100% sama ada hangpa dapat awek tu....hangpa straight to the point ja tanya
"SAYA MINAT KAT AWAK AH,AWAK DAH BERPUNYA KE BELUM?"
Konfirm 100% hangpa dapat jawapan dia time tu jugak....
So what are you waiting for....try ah salah 1 teknik aku bagi nie...Makin lambat hangpa cuba,makin tinggi ah risiko awek tu dah berpunya....


KENAPA AWAK SAYANG SAYA.....

Pernah tak awek hangpa tanya soalan macam nie.... 
"KENAPA AWAK SAYANG SAYA???"
soalan nie memang KILLER bagi mana2 lelaki....memang nampak simple tapi nak jawab....banyak persoalan...salah jawab...nahas lah jawapannya...silap2 clash tang tu gak...kadang-kadang kita yakin jawapan kita betui...tapi bagi si perempuan, banyak persoalan bermain di pemikiran depa....
nie aku ada tips untuk menghadapi soalan KILLER nie

1. Bila si awek tanya je korang soalan nie, jangan fikir panjang terus bagi satu jawapan. Hentam ajerlah jawapan apa pun. Jangan berfikir atau terhenti sejenak untuk berfikir. Itu akan menampakkan seolah-olah korang tengah berfikir “Betul ke aku sayang kat dia nie“. Silap besar tue beb.
2. Pandang direct ke mata dia. Tenung macam nak makan si awek. Eye contact sangat penting. Masa anda bagitau jawapan tue, renung ke dalam mata dia untuk menunjukkan keikhlasan dan keyakinan anda. Walaupun jawapan anda merapu, Abang Nara boleh confirmkan si awek akan terima jawapan anda.
3. Jangan sesekali guna jawapan seperti “Saya sayang awak sebab awak cun” atau “Saya sayang awak sebab body awak hot macam Enot“. Nanti confirm si awek akan counter dengan kata-kata “Oooo, kalau saya tak cun awak tak suka saya la ek?” atau “Nanti saya dah tak hot awak cari pompuan lain la ek?“. Jawapan ini mampu membuatkan anda clash.
4. Jawapan yang bagus ialah menampakkan betapa lemahnya kita tanpa si dia. Contoh jawapan yang bagus ialah “Saya sayangkan awak kerana tanpa awak hidup saya sepi semacam je“. Nak yang lagi mantap gunakan jawapan “Saya sayangkan awak kerana tanpa awak saya rasa jantung saya nak berhenti berdenyut”. Gunakan ayat-ayat menampakkan anda memang memerlukan dia. Confirm cair tahap tertinggi.
5. Kalau anda seorang lelaki kacak, macho dan menjadi pujaan ramai wanita macam Abang Nara, gunakan ajer jawapan nie. “Saya sayangkan awak sebab awak sayangkan saya“. Tapi pastikan anda betul-betul kacak tahap gaban dulu. Kalau tak confirm clash.
selamat mencuba...AKU PUN TAK PERNAH TRY LAGI...selalu tips pertama tu jelah aku buat....main jawab hentam ja....








KEMALASAN

aku agak kemalasan sekarang nie....dah lah benda yang paling menakutkan telah berlaku dalam hidup aku...selama 2 bulan aku simpan rahsia nie akhirnya rahsia nie dah diketahui oleh famili aku....tapi mujur famili aku paham...walaupun kena marah tapi aku dapat menjelaskan perkara sebenar dengan tenang....alhamdulillah diorang paham....
walaupun kena marah dengan MAK AYAH aku...aku terima lah sebab tu salah aku....mana boleh merahsiakan benda nie kat diorang....aku tak sanggup bagitau diorang sebab benda nie menyebabkan diorang risaukan aku...tapi semua dah setel...RAYUAN aku diterima untuk masuk balik KOLEJ aku..Aku bersyukur pada ALLAH...
diorang suruh aku balik kampung tapi aku dah dapat kerja...mujur diorang paham...berlaku sedikit argument ah tadi...tapi takpa....aku bebas wat kerja kat sini....sebab aku dah dapat kerja kat SHELL TRONOH...takpelah aku nak belajar hidup sendiri....tak nak beban mak ayah dah...tak da dah elaun PA MA...lepas nie...hehehehehe
Aku juga berjaya bagi satu barang kat 1 minah nie tanda mintak maaf dekat dia...sedih dowh sebab aku x berani berhadapan dengan dia....menyesal gak sebab aku yang wat salah dengan dia...tapi aku tak berhadapan dengan dia...hmmm janji aku dah wat kan....memang aku malas sikit hari nie....
sambil on9 dan update blog...aku sempat melayan cerita GEMILANG kat TV3...cerita lakonan SHAH JAZLE dan KAMAL ADLI memang best sebab semangat 2 cikgu untuk bukak sekolah untuk budak2 kampung aku puji....ok ah bro!aku nak layan cita nie jap...chow....



FOR LENE LANG


Kepada LENE LANG @ ADLIN NOR Maz'AWIN BINTI MAZLAN(sallah jangan marah ya)....hehehehe nama penuh tu....tak lama lagi dia nak dapat BABY hasil perkahwinan dia dengan suaminya,Syed Razle Al-Shahabuddin...semoga dapat baby yang comel dan korang berdua bahagia selama2nya...
dia nie femes dengan blog kontroversi dan hot dia "ANAK MAZLAN BINI SYED"(http://milikbonda.blogspot.com/)...kalau hangpa nak tau,dia nie kira sifu aku dalam blog...aku je yang anggap macam tu...padahal dia tak de pun...
aku suka baca blog dia sebab blog dia best..bukan aku saja dengan member2 aku pun suka baca blog dia....sebab blog dia agak kontroversi dan banyak entry dia yang menarik untuk dibaca oleh semua lapisan masyarakat....

Kepada AWIN dan Syed semoga dapat baby yang comel...tak sabar aku nak tengok AWIN JR.....hehehehehe...begitu dengan bekas ahli rumah aku SYAUQI @ SEMAN dengan isteri dia AZIE yang akan menimang cahaya mata dalam bulan 3 nie gak...memang tak sabar aku nak tengok anak diorang nie....moga bayi diorang sihat dan diorang bahagia hingga akhir hayat....
SYAUQI dan AZIE








ASSIGNMENT


kenapa tajuk entry aku kali nie pasal assignment....hmmmm sebenarnya aku rindukan assignment...agak poyo statement aku kan....hahahaha biasalah bila dah tak da baru dirindui...masa ada dulu menyumpah2 nak siapkan...nak bagi cepat siap ja....janji hantar sampai tak tido malam....peh biasalah lumrah manusia kan....
masa jadi student dulu (sekarang tengah "bercuti selama 6 bulan") punya payah ah nak siapkan assignment...tapi dulu femes ah dengan ayat "COPY AND PASTE"...masih teringat dalam kotak memori ku...macam mana merayu2 mintak assignment senior...dapat je assignment konon wat contoh ah....lepas tu,ape lagi bermula lah aktiviti COPY AND PASTE...just tukar2 ayat ja...tu kira rajin lagi tu kalau malas,pakai je ayat assignment dulu tu...tapi risiko gak takut KANTOI dengan lecturer....kantoi PLAYGIAT ah....lagi risiko beb....mau kena repeat balik subjek tu...MAMPOIH....

aku nie memang suka wat assignment LAST MINUTE...baru banyak ilham masuk....memang tak tido malam ah sampai 2-3 malam sebab nak siapkan assignment yang berlambak...kadang-kadang due date hantar assignment dekat-dekat...mau duk jadi ZOMBA ah...eh silap ZOMBIE...pernah sampai termuntah2 depan dekstop(sebelum pakai laptop)sebab mengadap lama sangat monitor....hahahaha...masa tu klinik jual MC mmg untung ah....sebab ramai student ponteng kelas...tido di siang hari dan wat kerja di malam hari....macam kata aku time 2 "MALAM KU SIANG,SIANG KU MALAM"
ada yang jadi burung hantu time nak siapkan assignment...minumlah KOPI lah konon tak mau bagi mengantuk...lepas tu tak sampai 2-3 jam wat assignment...PENGSAN...lepas tu bila due date dah dekat waktunya (selalunya sebelum pukul 4) baru menggelabah bewak menaip....paling lawak kalau time nak gi hantar assignment tu tak sempat mandi...sebab nak kejar waktu....hahahahah lawak2...

lepas hantar assingment kepala jadi free gila...tak fikir assigment lagi satu teruih terbongkang macam kucing tido nya...sampai je rumah teruih ke tilam....(tu selalu jadi kat aku)...letih kot 2-3 malam tak tido so amik peluang ah...tidur!!!!!!!!!!!
itu menjadi kenangan yang tersemat dalam kotak memory otak aku....1 JE nasihat aku pada junior-junior ku...jangan lah duk buat assignment last minit...nanti tak berkualiti ah hasil kerja kita tu....pada sesapa yang tengah wat assignment tu...SELAMAT MENJADI ZOMBIE....good luck semua...wat leklok k...
p/s:gi tengok cermin muka hangpa jadi macam nie x???

LELAKI VS PEREMPUAN


KEADAAN BILA POMPUAN KUAR NGN KWN2
si laki : nk bckp ngn abg ke kwn2?
si ppuan : ngn abg  [walaupun dia kuar ngn kwn2]
KEADAAN BILA LELAKI KUAR NGN KWN2
si ppuan : syg nk ckp ngn abg
si laki : mcg je lah..abg nk berbual ngn kwn2 ni
KEADAAN BILA POMPUAN MAIN GAME
si laki : main jelah game tu smbil ckp dgn abg
si ppuan : ok sayang
KEADAAN BILA LELAKI MAIN GAME
si ppuan : syg ke game?
si laki : syg
si ppuan : jgn main game
si laki : jap syg jap..jap ag abg call syg balik eh..abg main game jap..jap je
KEADAAN BILA BATERI HPONE POMPUAN KONG
si laki : pergilah cas hpone tu cepat
si ppuan : yelah..ngah cas lah ni
KEADAAN BILA BATERI HPONE LELAKI KONG
si ppuan : g lah cas bang..
si laki : charger xmsk ni..jap ag lah abg call syg semula k
KEADAAN BILA POMPUAN TGH MAKAN
si laki : syg mkn apa tu..mkn ngn sape..mkn kat mana?
si ppuan : syg mkn nasi ni..mkn ngn dak umah..mkn kat umah lah..
KEADAAN BILA LELAKI TGH MAKAN
si ppuan : abg mkn apa tu..mkn ngn sape..mkn kat mana?
si laki : abg nk mkn ni..jap ag abg cal syg semula k
KEADAAN BILA POMPUAN NGAH TONTON TV
si laki : syg g lah masuk bilik jap..ckp ngn abg..
si ppuan : ok abg [ sambil bngun utk ke bilik ]
KEADAAN BILA LELAKI NGAH TONTON TV
si ppuan : abg bngun lah msk bilik..syg nk ckp ngn abg ni
si laki : jap lah..abg tgk tv dulu ngn mak ni..nanti abg cal syg semula

My Comment: komen aku senang ja....biasalah lelaki kan banyak urusan lain...diorg tak fikir pasal awek sahaja k....betul tak....tak syok ah asyik nak layan si awek ja 24 hours...kan?kalau lepak dengan member takkan nak layan awek plak...nanti member kata apa plak....hmmm jangan fikir lelaki nie penting diri ja...tak da lah...depa sayang tak tunjuk kat awek depa....Tu yang perempuan tak paham....betul tak....


KARAK SINOPSIS

anyway for this entry aku nak cerita pasai sebuah filem keluaran KRU RECORDS....lakonan SHAHIR AF8  SHEERA AYOB,ALONG EYZIENDY,KILAFAIRY,DAN SIDEK HUSSIEN....filem nie adalah arahan YUSRI KRU...FILEM ini menghimpunkan cerita2 dari zaman 80an 90an dan 2000an yang jadi buah mulut orang time tu....filem nie adalah cerita sebenar yang dialami oleh abang YUSRI sendiri iaitu NORMAN yang hampir kemalangan akibat ternampak hantu.....

Sinopsis Filem Karak - Laluan Puaka

Empat pelajar kolej sedang menuju kembali ke Kuantan selepas bermalam di KL dan mereka terperangkap dalam kesesakan lalulintas yang teruk sepanjang Karak Highway.

Oleh kerana mereka mempunyai kelas pada keesokan awal paginya, mereka membuat keputusan untuk keluar dari lebuhraya dan meneruskan perjalanan mereka menggunakan jalan lama. Mereka tidak mengetahui bahawa keputusan ini akan mengubah hidup mereka selamanya.

bagi aku cerita nie mesti gempak sebab aku tengok trailer dia pun gempak...peh memang best 2011 nie banyak movie best2.....so pada sapa takda kerja dan minat cerita seram....nantikan filem nie k

HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH

"KITA BAKO JE RUMAH DIA KITA BAKO"
hahahahah walaupun agak ketinggalan sikit...cerita nie memang besh....menyesal plak aku tak tengok wayang hari tu...aku rasa kalau aku tengok wayang konfirm pecah gelak....aku nie lak memang suka gelak besar....memang besh ah...hahahahaha


CERITA nie lagi hebat dari 1st filem ZOMBIE KG PISANG....sebab lawak HANTU KAK LIMAH lagi nampak bersahaja...pada pendapat aku,lakonan AWIE,ZAMI ISMAIL,MAN KADIR dalam filem nie berkesan....KIRA FILEM nie jugak berlawak sambil menyindir.....skrip dia yang ringan memudahkan orang paham apa yang cuba disampaikan dalam filem nie....

watak paling aku suka dalam filem nie ialah watak USOP....memang best ah si USOP nie....lawak ah watak USOP  nie dah lah lembut lemah gemalai gitu...tapi loghat perak dia menyebabkan aku tergelak ja...anyway sekalung tahniah wat KREW dan pelakon HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH.....

VIDEO BLOGGING

assalamualaikum semua....whats up yo......eh macam ANWAR HADI plak aku hari nie...hahahahaha...apa video kat atas tu...tu ada bebudak mana ntah buat video pasal KAMI BENCI ANWAR HADI.... macam entry aku tadi....MALAYSIA nie NEGARA DEMOKRASI so tak kisah ah pasal apa depa cakap pasal ANWAR HADI.....pasal normal lah beb...ada orang suka ada orang tak suka...NORMAL KAN bro..

aku tak nak komen pasal budak2 yang buat video tu...tapi aku nak cakap sikit pasal YOUTUBE MANIAC....sejak dari CIKGU SHIDA FENOMENA.....kenal ke korang dengan CIKGU SHIDA...alah CIKGU yang duk miming lagu dengan gaya dia sendiri tu....sampai lah ke ANWAR HADI dan MATLUTFI...nampak dah berlaku fenomena baru dalam industri internet di MALAYSIA nie....VIDEO BLOGGING...wat video pasal apa yang korang rasa lepas tu upload dalam YOUTUBE bagi orang tengok...nampak dah tak lama lagi makin ramai ah buat macam nie CIKGU SHIDA ANWAR HADI dan MAT LUTFI....
aku rasa VIDEO BLOGGING nie lagi seronok dan dapat menarik ramai orang tengok....yelah kalau hangpa tengok sekarang....dalam video orang lagi kenai kita....betul tak....orang dari tak kenal jadi kenal dengan kita...muka macam tongkang pecah pun boleh jadi femes sebab YOUTUBE....macam nie.....

tau tak sapa nie...alah yang buat miming lagu JUSTIN BIEBER...memang lawak ah video diorang nie...hahahahah....so bagus ah video blogging nie sebab dari orang tak kenal sampai jadi femes...macam AKU CAKAP TADI AH....
Ada orang tanya aku,"BRO MANA LAGI LU MINAT ANWAR HADI OR MAT LUThFI??"bagi aku aku minat MAT LUTHFI lagi....dia memang best...dia tak poyo macam ANWAR HADI...oppss jangan marah ya    peminat Anwar Hadi....itu just pendapat aku....tak tau ah pendapat korang macam mana....MAT LUTHFI nie orang KEDAH macam ANWAR HADI gak....tapi sebab apa aku suka MAT LUTHFI lagi dari ANWAR HADI...sebab MAT LUTHFI suka gunakan BAHASA MELAYU yang lagi mendalam BAHASA MELAYU UTARA dalam video blogging dia....so lawak pun ada...muka dia pun lawak memang bergelak2 ah aku...hahahahaha
senang cerita ah aku suka lah tengok video blogging nie...sebab membuktikan kat MALAYSIA nie ada gak insan kreatif dalam bidang video....macam ANWAR HADI,MAT LUTFI dan sorang lagi maccaboyz91(sorry bro tak tau nama sebenar hang)...nampak diorang nie femes gak ah dari yang lain....aku suka gak depa nie...so terhibur gak ah tengok depa nie bervideo dalam YOUTUBE 2.......
PERNAH DENGAR TAK PASAL 1 TUBE???aku baru baru dengar...kira hebat gak ah anak MALAYSIA nie....boleh lawan YOUTUBE x....hmmm insyallah kalau angpa mantain...mesti boleh lawan YOUTUBE punya...nanti next entry aku cerita pasal 1TUBE plak k..