Pengkikut blog

IKLAN lagi....

YB KE LIMA KELUAR PKR


Bekas naib presiden PKR, N Gobalakrishnan, yang juga ahli parlimen Padang Serai, hari ini mengumumkan melepaskan semua jawatannya di dalam parti itu.

Pengumuman itu dibuatnya menerusi laman sosial twitter.
"Selamat pagi kepada semua rakyat Malaysia. Saya dengan ini letak semua jawatan dalam PKR dan teruskan kerja saya melalui NGO baru," katanya dalam mesej yang diposkannya jam 10.50 pagi tadi.

Namun Gobalakrishnan, tidak menyebut nama badan bukan kerajaan (NGO) baru yang akan disertainya bagi meneruskan kerja-kerjanya.
Di Kulim, Bernama melaporkan Gobalakrishnan, juga mengisytiharkan dirinya keluar daripada PKR dan
kini menjadi ahli parlimen Bebas berkuat kuasa serta merta.

Gobalakrishnan, 50, mengumumkan keputusan itu pada sidang media yang diadakan di pejabatnya di Paya Besar Lunas, dekat Kulim.

Dengan keputusannya itu, katanya beliau turut melepaskan jawatan sebagai Ketua Cabang PKR Padang Serai.

Bagaimanapun, katanya beliau tidak akan mengeluarkan sebarang surat mengenai perkara itu kepada PKR.


Sudah fed up

"Saya sudah fed up (bosan) dengan (Penasihat PKR) (Datuk Seri)Anwar (Ibrahim) serta (Timbalan Presiden PKR) Azmin Ali, yang kini telah mengawal 100 peratus pentadbiran PKR," katanya.

Katanya beliau bersama beberapa orang temannya terdiri daripada peguam, jurutera, doktor dan lain-lain akan menubuhkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk memperjuangkan dan menjaga kepentingan pengundi di kawasan Parlimen Padang Serai.

Beliau juga sempat membidas Anwar yang dakwanya bukan sahaja memperkudakan kaum Melayu dan Cina sahaja dalam mencapaikan cita-citanya tetapi kaum India juga tidak terkecuali.

Katanya beliau yakin hasrat Anwar untuk menakluk Putrajaya akan tersasar sekaligus gagal kerana bagaimana mahu mentadbir negara dengan masalah dalaman parti pun semakin teruk.

"Kerana itulah saya membuat keputusan keluar parti yang saya juga menjadi salah seorang pengasas ketika penubuhannya. Nampaknya parti ini sudah nak runtuh, jadi biarlah saya keluar sebelum “rumah” ini runtuh," katanya.

Gobalakrishnan berkata tindakannya keluar parti adalah tindakan bersendirian dan terpulanglah kepada penyokong-penyokongnya sama ada mahu ikut bersamanya atau kekal sebagai anggota PKR

Sementara itu, Setiausaha PKR Cabang Padang Serai S Nagalingam yang turut hadir pada sidang media itu berkata timbalan pengerusi cabang berkenaan Johari Ismail akan memangku jawatan ketua cabang yang dilepaskan Gobalakrishnan.


Majoriti 2/3
Empat ahli parlimen telah meninggalkan PKR sejak pilihan raya umum 2008 - Zahrain Mohd Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng(Nibong Tebal), Mohsin Fadzil Samsuri (Bagan Serai) dan Wee Choo Keong (Wangsa Maju) manakala seorang lagi Zulkifli Nordin(Kulim-Bandar Bahru) dipecat dari parti.

PKR kini mempunyai 23 kerusi di Dewan Rakyat, berbanding 30 yang dimilikinya selepas pilihan raya umum Mac 2008.

Selain yang dipecat dan berpaling tadah, mereka juga gagal mempertahankan kerusi Hulu Selangor berikutan kematian penyandangnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad.
DAP mempunyai 29 kerusi dan PAS pula, 23.
BN hanya memerlukan tiga lagi wakil rakyat Pakatan Rakyat untuk berpaling tadah untuk mendapatkan majoriti dua pertiga di Parlimen.


Jumlah yang diperlukan adalah 148 kerusi dan ini boleh dicapai menerusi 138 kerusi yang dimenanginya bersama sokongan tujuh ahli Bebas yang mesra BN (termasuk MP Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali) berserta tiga yang lain.


Sudah diduga
Keputusan yang diambil Gobalakrishnan bukan sesuatu yang memeranjatkan kerana beliau dikatakan enggan menjawap surat tunjuk sebab PKR yang dikemukakan pada 4 Januari lalu.

Sebaliknya dalam jawapan angkuhnya di Twitter pada 21 Januari lalu, Gobalakrishnan berkata, "Kenapa mesti saya jawab surat tunjuk sebab? Ketua umum PKR, Anwar Ibrahim dan parti mesti jawap soalan saya dulu. Saya tak akan berhenti sehingga mereka jawab.”
Kemarahan Gobalakrishnan memuncak apabila beliau tewas pada pemilihan PKR yang didakwanya dicemari penyelewengan.

Beliau semakin berang apabila kepemimpinan parti itu, melantik pendatang baru, N Surendran sebagai naib presiden. Gobalakrishnan mendakwa ahli politik novis itu tidak mampu mewakili kepentingan masyarakat India.

Serangan terakhirnya ke atas PKR apabila dia mengecam pemimpin parti itu kerana terbabit dengan perasmian Kuil Sivan di Petaling Jaya dan mendakwa Anwar secara peribadi mengarahkan kuil itu ditutup menyaksikan beliau diberi amaran.

Namun, Gobalakrishnan enggan menutup mulut tetapi sebaliknya, beliau banyak memuat-naikkan beberapa ulasan di Twitter di mana beliau membidas pemimpin parti, khususnya Anwar dan timbalan presiden, Azmin Ali.
sumber berita:
MY COMMENT: Agak mengecewakan apabila semakin ramai MP PKR meninggalkan parti tersebut.Dalam soal ini aku tak salahkan ANWAR IBRAHIM atau PKR.bagi aku yang mentah dalam politik,PKR kena muhasabah diri.jangan terlalu yakin sangat nak ke PUTRAJAYA sampai suara seperti GOBALA diabaikan.untuk misi menawan PUTRAJAYA,PKR kena memilih calon yang berkaliber supaya tiada lagi insiden keluar parti dan menjadi MP bebas..kalau dah menang,PKR tak boleh bersikap 'bias' seolah-olah berpihak pada 1 pemimpin saja.nama pun PARTI KEADILAN RAKYAT,tapi kalau pemimpin sendiri mula bersikap "BIAS" di mana letaknya keADILan dalam PKR?


TEMURAMAH CALON PRK TENANG

VS 
benda ini aku dapat dari mstar.com...boleh dikira macam debat antara Calon PAS,Normala Sudirman dan Calon BN,Mohd.Azahar Bin Ibrahim...kenapa aku katakan ini macam debat sebab wartawan MSTAR ini mengajukan soalan yang sama kepada kedua-dua calon ini...

Mstar: Adakah anda mempunyai blog atau akaun laman web sosial seperti Facebook?

Cikgu Mala: Saya ada laman blog dan akaun Facebook. Saya akan menghabiskan masa sekurang-kurangnya setengah jam untuk mengemaskini medium online ini. Kedua-duanya saya gunakan untuk berkomunikasi dengan masyarakat mengenai pandangan serta masalah mereka.

Tok Ai: Saya tidak mempunyai blog, tetapi saya mempunyai akaun Facebook untuk berhubung dengan rakan-rakan saya sejak enam bulan yang lalu.


Mstar: Adakah anda meminati apa-apa cabang seni?

Cikgu Mala: Saya tidak pernah belajar bermain apa-apa alat muzik tetapi saya suka dengar muzik nasyid kerana melodi dan liriknya memberi ketenangan kepada saya. Kumpulan nasyid yang saya gemari ialah, In Team dan Hijjaz.

Tok Ai: Kalau menari dengan main alat muzik rasanya tak ada. Tapi kalau menyanyi adalah, saya suka karaoke. Saya suka dengan muzik R&B.


Mstar: Adakah anda suka menonton wayang?

Cikgu Mala: Saya bukan kaki tengok wayang dan saya tak ada filem yang betul-betul saya minati. Ini disebabkan tugas saya sebagai seorang ibu dan sibuk dengan aktiviti parti menyebabkan saya tidak mempunyai masa untuk menonton wayang.

Tok Ai: Kadang-kadang, saya suka menonton filem aksi terutamanya Die Hard 3, End of Days dan 2012.


Mstar: Anda suka membaca? Buku apa yang anda gemari? :

Cikgu Mala: Saya suka baca buku agama dan perjuangan nasionalisme kerana di sini saya mendapat inspirasi untuk amalan kehidupan seharian.

Tok Ai: Majalah Asia Week, Civil War dan buku berkaitan politik seperti Kronologi Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Obama.


Mstar: Makanan kesukaan anda?

Cikgu Mala: Saya suka makan nasi goreng kampung dan ikan siakap masak stim.

Tok Ai: Ikan baung masak lemak cili api.


Mstar: Apakah yang anda gemar lakukan pada waktu lapang?

Cikgu Mala: Saya suka membaca buku pada waktu lapang dan saya suka pergi sauna selepas melalui aktviti yang meletihkan. Namun disebabkan oleh jadual yang padat, saya hanya dapat tidur tiga jam sehari dan yang mengejutkan ini tidak langsung memenatkan saya kerana saya sentiasa teruja untuk berkhidmat kepada masyarakat.

Tok Ai: Saya suka melancong dengan keluarga pada masa lapang. Antara tempat yang pernah saya lawati, Sydney, England, Ireland, Russia, Dhaka, Scotland dan Beijing.


Mstar: Sukan apa yang anda gemari?

Cikgu Mala: Saya suka bermain bola jaring dan aktif di sekolah. Saya juga suka menyaksikan pelajar saya bermain bola jaring ketika saya menjadi guru.

Tok Ai: Saya suka main golf dengan kawan-kawan sekurang-kurangnya seminggu sekali.


Mstar: Adakah anda mempunyai nama samaran atau timbangan?

Cikgu Mala: Teman rapat dan ahli keluarga memanggil saya Nor tetapi sejak saya menjadi cikgu mereka panggil saya Cikgu Mala dan gelaran itu kekal hingga hari ini.

Tok Ai: Arwah ayah saya dulu Ketua Kampung. Ketika saya darjah lima, kawan-kawan dan orang kampung mula panggil saya, ‘Tok Ai’. Gelaran itu dipanggil kerana gabungan nama ayah sebagai ketua kampung, ‘Tok’ dan ‘Ai’ itu merujuk kepada saya sebagai anaknya. Sampai sekarang gelaran itu lekat pada saya.


Mstar: Bahasa yang anda kuasai?

Cikgu Mala: Selain Bahasa Malaysia. Saya boleh berbahasa Inggeris dan cakap bahasa Jawa. Selalunya saya lebih banyak bercakap dalam Bahasa Malaysia.

Tok Ai: Bahasa Melayu dan Inggeris.


Mstar: Anda mempunyai binatang peliharaan?

Cikgu Mala: Saya suka haiwan dan saya ada bela kucing namanya ‘Mickey’.

Tok Ai: Saya tak suka bela haiwan, tapi sejak anak saya suka bela sepasang kura-kura, ‘Lulu dan Lala’ saya jadi suka kepadanya.


Mstar: Siapakah idola anda?

Cikgu Mala: Idola saya, Nabi Muhammad SAW. Baginda sumber insipirasi kepada saya dan kegigihan, ketabahan serta kepayahan yang dihadapinya merupakan contoh kepada orang Islam.

Tok Ai: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Saya meminati gaya kepimpinan dan kebolehan beliau mentadbir negara selama lebih 21 tahun.


Mstar: Pelakon yang anda sukai?

Cikgu Mala: Saya suka P. Ramlee. Dia seorang legenda dan salah seorang artis tempatan yang paling berbakat kita pernah miliki.

Tok Ai: Kalau artis saya minat pelakon aksi, Steven Seagal.


Mstar: Perkara yang anda sukai tentang Malaysia?

Cikgu Mala: Kepelbagaian budaya, agama serta adat resam yang kita miliki. Kepelbagaian budaya dan masyarakat menjadikan Malaysia sebuah negara yang istimewa dan unik untuk dikunjungi.

Tok Ai: Saya suka tempat-tempat pelancongan menarik yang ada di Malaysia terutamanya taman negara, air terjun, pulau-pulau cantik seperti Pulau Langkawi.


Mstar: Perkara yang anda tidak suka tentang Malaysia pula?

Cikgu Mala: Satu faktor yang saya tidak suka tentang Malaysia ialah kita masih belum mempratikkan nilai demokrasi sebenar. Banyak yang masih boleh diperbaiki lagi dan kita sudah pasti akan bergerak ke arahnya.

Tok Ai: Sikap pentingkan diri sendiri terutamanya ketika memandu. Kalau di bandar kadang-kadangnya orangnya tidak peramah dan sombong.

MY COMMENT: Esok berlangsungnya pilihanraya kecil kali ke 15 iaitu di DUN TENANG,aku berharap rakyat di kawasan Tenang membuat pemilihan yang tepat untuk memilih pemimpin yang membawa suara mereka ke DUN Johor.selepas berakhirnya kempen maka semua mata akan tertumpu ke MERLIMAU pula."MAKE THE BEST CANDIDATE WIN" itu je yang mampu aku katakan untuk pilihanraya kali ini.

5 TANDA KAU TERALU LAMA SINGLE


AYO single pun susah tak single lagi lah bermasalah
sebenarnya single nie best...bebas melakukan apa saja...leh lepak dengan member-member...boleh lepak dengan awek mana yang kita suka...Senang ceritalah lantak lah nak wat pa pun...tapi kebebasan nie akan merubah lelaki...dari 1 artikel aku baca,perubahan ini biasanya bukan perubahan yang baik. Tabiat buruk seorang bujang akan segera menjadi kebiasaan dan kau akan kehilangan motivasi atau lebih teruk lagi ketajaman akal lelaki. Menjadi single terlalu lama adalah kitaran menurun yang menjadikan seorang lelaki itu sedih, keseorangan dan gersang.aku pun single gak...
so kat sini aku nak bagi 5 tanda seorang lelaki tu terlalu lama single


1)  Perasan semua awek suka pada kau
Pantang tengok awek lalu ja,lepas tu senyum dengan kita,mulalah perasaan diri macam awek tu nak mengorat kita.Walaubagaimanapun, menjadi single untuk masa yang terlalu lama ini membuatkan seorang lelaki tu jadi confiden.time 2 ah cuba nak mengorat,last-last diri sendiri dapat malu.sebab mungkin awek tu senyum sebab gaya selekeh atau ada cili kat gigi ka...dah digelar "JEJAKA PERASAN"


2) Membina tabiat makan yang tidak elok
dulu time kaple,selalu awek masakkan untuk kita.so bila single yang terlalu lama tabiat makan kita pun jadi tak elok.kalau asyik melantak maggi ja ataupun asyik makan kat kedai mamak ja,sahlah kita nie dah terlalu lama single.


3) Asyik main games.
Counter Strike?Dota (DUNIA ORANG TANPA AWEK)?PES? nie semua games2 yang femes bagi belia untuk mengisi masa lapang.Mungkin time kaple dulu kita jarang main games atau tak mau main games.Tapi kalau asyik main games berejam2 time bila kita nak cari awek?Siang tidur malam main games...bila time nya?umpama aku sendiri pernah kata,MALAMKU SIANG SIANGKU MALAM.dah tak de life sebab life asyik dengan game saja.lagi pula time hujung minggu...orang lain sibuk berdating kita sibuk depan komputer main games.


4) Asyik meluahkan perasaan dekat perempuan.
Apa tanda lagi kalau dah terlama single?ada membe perempuan kita tanya "Camner life sekarang?"Kita pun membebel panjang tentang life single kita dengan penuh emosi sekali.aku rasa kalau makcik kantin dengar pun dia kesian kat kita sebab dah desperate sangat nak cari awek.


5) mula stalk awek lama kau
yang nie aku boleh kata paling kronik sekali...bila terlalu lama single...fikiran mesti ingat awek lama...lepas tu stalker lah awek tu...Duduk depan PC .. guna ruangan sembang, Google, cari facebook, friendster segala bagai ... menyamar jadi orang lain .. dan jadi fren pada awek lama. boleh tengok apa dia buat setiap hari.life dia lepas putus dengan kita.lepas tu curi gambar,wat simpanan peribadi.Come on lah bukan awek tu saja yang ada kat dunia ni...Manusia dilahirkan berpasangan...kalau dia bukan jodoh kita so cari lain ah...

Jadi jika anda lelaki ... kalau ada benda nie dalam diri...cepat2lah cari awek...termasuklah aku hahahaha...



P/S:PROMOTE DIRI KEJAP...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers