Pengkikut blog

IKLAN lagi....

Kalau lah abang tahu

Sepasang couple asik saja berjalan dalam kampus. Hazim dan Kamilah tak penah kenal erti bosan untuk berjalan, berdating dan segalanya bersama. Erti bosan, penat, menyampah tak pernah ada dalam diary percintaan mereka. Masa terus berlalu, Hazim pergi meninggalkan Kamilah lebih awal kerana Hazim terpaksa berhenti kolej setelah ayahnya meninggal di sebabkan cancer. Kamilah yang selama ini selalu bersama Hazim mula terpukul dengan dunia baru. Hazim berkerja di sebuah bank sebagai seorang kerani. atas nama cinta mereka tidak pernah terputus hubungan. Telefon, ym, FB semuanya di jadikan tempat untukmereka terus berhubung. 

Kamilah yang masih berasa dengan ketiadaan Hazim selalu mendiamkan diri di bilik. Kamilah jarang bersuka ria walaupun di ajak teman-teman. Setiap malam Kamilah sibok menelefon Hazim, tetapi semakin lama Hazim semakin susah untuk di hubungi. Kamilah mula merasa tidak selesa. Jika dulu 3 bulan sekali mereka pasti bertemu walaupun sekali, sekarang Hazim semakin sibok, di tambah pula sejak dia di naikkan pangkat. Bukan kerana apa tetapi di sebabkan kebijakkan Hazim, beliau di hantar oleh bank untuk kursus2 yang akhirnya melayakkan dia menjadi seseorang yang agak berjaya. Tidak berhenti di situ, Hazim di tanggung oleh Bank untuk menyambung pengajiannya. Kamilah mula berasa hati dengan sikap Hazim yang asik sibok. Akhirnya, tawaran untuk Kamilah sambung belajar ke peringkat seterusnya di terimanya hanya kerana ingin membalas kesibokkan Hazim, dalam hati Kamilah berharap Hazim terasa akan apa yang di rasainya. Malangnya Hazim sedikit pun tidak terpukul akan keadaan itu. Kecewa dengan sikap Hazim masih belom cukup untuk mematahkan semangat Kamilah untuk  Hazim.

Atas pujukkan kawannya Kamilah mula membuat rancangan untuk membuat kejutan buat Hazim dengan harapan Hazim sedar yang Kamilah masih lagi menantinya. Duit di kumpul untuk perjalan dari Perak ke Johor selain untuk membeli hadiah, dan kek. Sesampai di Johor Kamilah menginap di rumah mak ciknya. Keesokkannya, Kamilah pergi mengambil hadiah buat kekasih hatinya.. Selepas siap semuanya, Kamilah terus pulang ke rumah. Disiapkan semuanya bersama mak cik yang sedia berkongsi keterujaan anak saudaranya. Tiba-tiba, Kamilah tersedar yang dia lupa membeli kek untuk Hazim. Jam menunjukkan pukul 8 malam. Dengan memandu kereta milik mak ciknya, Kamilah terus memandu ke kedai kek berdekatan. Semasa sampai di satu persimpangan Kamilah ternampak akan kelibat seseorang yang amat di kenalinya, di berhentikan keretanya di tepi jalan untuk memastikan jejaka itu bukanlah lelaki yang di kenalinya. Ya Allah!! itu memang Hazim! Hazim sedang enak memeluk seorang wanita sambil menuju ke arah kedai kek yang memang ingin di tuju Kamilah. Hancur luluh hatinya melihat Hazim begitu, tetapi di kuatkan juga semangat untuk ke sana, sesampai di sana Hazim tidak perasan akan kelibat Kamilah, selepas di beli sebiji kek kegemaran Hazim, Kamilah terus menuju ke meja pasangan itu. Di letaknya kek itu di atas meja mereka. Terkejut dengan kehadiran Kamilah, Hazim terus terbangun. Kamilah hanya tersenyum, lilin terus di pasang dan Kamilah terus berkata "SELAMAT HARI LAHIR  n HAPPY 5th ANNIVERSARY first love". Selepas itu Kamilah terus pergi. Terduduk Hazim di situ. "Patotlah Kamilah tanya aku, hari ni aku sibuk tak.." kata hatinya. Kek di atas meja di pandang dengan mata yang bergenang air mata.. Wanita di sebelah tidak di hiraukan lagi. Dia tersedar, dia curang dengan wanita yang amat setia dengannya..Wanita yang selalu memberi sokongan buatnya,wanita yang tidak pernah putus asa dalam menjaga hubungan mereka, wanita yang selalu tersenyum melihatnya, wanita yang cantik, wanita yang dahulu di kejarnya... Maafkan Abang...

 Keesokkannya, Hazim terus ke rumah mak cik Kamilah. Tetapi hampa apabila mak cik Kamilah tidak berada di rumah. Seminggu berlalu, dia langsung tak menerima panggilan dari Kamilah, sms yang di hantar, maaf yang di pinta langsung tak di balas. Hazim serabut, hatinya terus menyalahkan dirinya. Ya dia berdosa kerana khianati cinta suci wanita itu. Sepanjang seminggu itu jugalah dia bercuti. Hazim terus mencari Kamilah, rumah mak cik Kamilah tak pernah Hazim lepas pandang, setiap pagi dia pergi untuk melihat jikalau mak cik Kamilah atau Kamilah sudah pulang. Masok hari ke 10, kelibat mak cik Kamilah kelihatan, berdebar-debar hati Hazim untuk ke rumah itu. Salam di beri, kelihatan wajah mak cik Kamilah sayu. Kehadiran Hazim di sambut dengan linangan air mata.

Kamilah koma??? Ya! itu jawapan yang Hazim terima selepas berjumpa mak cik Kamilah, mak dan ayah kamilah sudah seminggu lebih berada di hospital menanti Kamilah untuk sedar kembali. Kamilah koma kerana pada malam kejadian itu, Kamilah telah di samun, pencuri menikam perut Kamilah bertubi-tubi, hanya keran Kamilah mempertahankan jam tangan kesayangannya. Jam tangan, itu hadiah pemberian Hazim ketika kali terakhir Hazim ada di kampus sebelum Hazim pergi meninggalkan Kamilah.

Sesampai di hospital, Hazim menjadi lagi sebak. Wayar berselirat di badan cinta hatinya itu. dia terus menuju ke katil sambil melihat sekujur tubuh kaku di situ yang cuba untuk  terus bernafas. Di genggamnya tangan itu dan di kucupnya berkali-kali.. Maafkan abang cinta hati, maafkan abang! hanya itu yang mampu di ucapnya.. Tiba-tiba badan yang kaku tadi mengelupur kuat, darah mula keluar dari mulut dan telingan Kamilah, suasana panik, doktor masuk dan Hazim di tolak keluar dari ICU itu. Kamilah meninggal sejam selepas  betarung nyawa. Hazim terduduk. Suasana menjadi sebak. "Sayang tunggu abang datang minta maaf ke?? kenapa lepas abang minta maaf sayang terus pergi?? saya tak cakap pun sayang maafkan abang ke tak?? kenapa sayang buat abang rasa macamni?? sayang kan tak suka abang rasa sedihkan??...Sayang bangun cepat cakap dengan abang!!!!" jeritan Hazim buat Kamilah yang sudah kaku benar-benar membuatkan suasana sebak.

Di tanah perkuburan, Hazim diam mambatu, tidak langsung berganjak untuk pergi walaupun semuanya selesai. Tiba-tiba, mak cik Kamilah datang, membawa hadiah yang telah siap di balut untuk Hazim. Diambilnya hadian itu dan di buka. Sekeping kad merah jatuh, kad buatan tangan itu agak kurang menarik, saiznya agak tebal seperti surat. Kamilah memang tak kreatif, bisik hatinya, di buka surat itu,

 "First love, hari ni genaplah awak berumur 23tahun dan genap jugak 5 tahun kita bercinta. Segala pahit manis semua kita alami bersama. Ingat lagi tak first time Abang nak tackle sayang?? Abang beli ice-cream hari-hari kasi Sayang tapi sebenarnya Sayang tak makan sangat. Sayang kasi anak mak cik kafe kekadang tu.. hahah maaf abang. Lepas tu bila dah dapat respond, abang cakap abang nak ajak Sayang couple tapi bukan sekarang sebab abang nak kita couple bila abang dah kata kita boley couple.. camtu kan?? Abang sabenarnya nak propose sayang on your birthday je sebab abang kata itu di kira hadiah paling best untuk abang. Terharu sayang. Abang ingat lagi tak masa Abang pergi lawan bola untuk kolej tu?? Pemain pihak lawan saja nak kasi abang hilang konsentrasi dengan kenyit-kenyit mata dekat sayang, abang punya marah abang terus nak tumbuk dia,hahah jelez betol abang ni, tapi last-last menang jugak kan?? 

Kalau la abang tahu, masa abang berhenti kolej, sayang selalu cry sorang-sorang. Kalau la abang tahu, masa abang kasi sayang jam ni sayang tido pun sayang pakai jam ni. Kalau la abang tahu, masa sayang call abang and abang tak jawab, sayang tak pernah give up untuk call, kalau la abang tahu, masa sayang nak datang sini, nak beli hadiah buat abang ni, sayang kumpul duit sendiri, sayang jualkan banyak baju-baju kegemaran sayang dekat blog, sayang jual jeans paling sayang sayang, sayang jual handbag sayang jugak. Sayang bukan tak nak minta duit dari mama papa, tapi sayang nak Abang bangga dengan sayang! Kalau la abang tahu, mak cik la tolong tempahkan hadiah kita ni, tapi design tu sayang yang reka. heheh Kalau la abang tahu yang sayang rindu sangat dekat abang! dan kalau la abang tahu, sayang cinta sangat dekat abang!!!! ok la abang dah panjang betol ni. Abang jangan kutuk kad sayang taw! I LOVE u" 

 Air mata Hazim semakin deras jatuh tika membaca surat Kamilah. Hadiah di tarik keluar dan kelihatan t-shirt bergambar mereka berdua ada di situ. Hatinya luluh bila terpandang t-shirt itu. Mak cik Kamilah terus menghulurkan satu lagi t-shirt yang serupa pada Hazim, "t-shirt nie Mila plan nak pakai waktu nak surprisekan  kamu malam tu. Mak cik yang pergi tempah t-shirt nie sebab mila tak boley datang awal untuk buat t-shirt nie, pagi tu dia pergi ambil dan dia beli baranag-barang nak buat kad nie.."

Maafkan abang, sayang......Kalau la abang tak mainkan cinta sayang semua ni takkan jadi...Kalau la abang tahu hargai sayang, sayang takkan pergi..maafkan abang..maafkan abang..

MALAYSIA MENANG WALAUPUN KALAH

TAHNIAH MALAYSIA...WALAUPUN TEWAS 2-1 di Stadium Bung Karno Jakarta tapi MALAYSIA menewaskan INDONESIA dgn Aggregat 4-2....sangat puas hati sebab berjaya gak kita merangkul piala AFF wat kali pertama tahniah MALAYSIA.

TAHNIAH PADA K.RAJAGOPAL SAFFE SALI DAN SKUAD MALAYSIA kerana mengembalikan PIALA 2 ke MALAYSIA...I AM PROUD OF U

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers