Pengkikut blog

IKLAN lagi....

KEBAHAGIAAN DALAM PERPISAHAN 2....

SEBENARNYA BLOG NIE UNTUK SESEORG....KALAU DIA BACA BACA AH KALAU TAK TAK TAU AH....
AWAK,Firstly, saya nak minta maaf dan nak
 berterima kasih pada awak. Minta maaf sebab banyak buat silap kat awak. Sebab saya ni manusia biasa,saya bukan malaikat yang tak pernah wat silap.Saya nak ucap terima kasih sebab awak selalu wat saya happy...thank u bebanyak..Saya sentiasa doakan awak....semoga awak bertemu bahagia bersama sesiapa yang awak pilih.dari dulu lagi saya sedar saya tak mampu bahagiakan awak...selama nie saya cuma uji awak...tapi dalam nguji2 2 awak dah ada orang lain...semoga awak bahagia dengan sesiapa pown awak pilih...saya happy...
saya memang jiwa kacau....sebab banyak masalah dan bila saya mula happy dengan awak...akhirnya jadi begini....takpa saya redha...mungkin awak bukan jodoh saya...mungkin betui jodoh saya dah lama mati eksiden...saya happy...biarlah saya sendirian....

saya janji takkan kacau awak lagi....saya tak nak jadi pengacau kebahagiaan awak dan si dia....biarkan saya k....saya dah tak boleh senyum macam dulu.....no awak saya dah delete...fb awak mungkin lepas nie sama ada saya block or awak block...anggap sahaja saya dah mati untuk awak....terima kasih k...



ENTRY MALAM NI....



Sebelum memulakan hari ni...aku nak memohon maaf kepada seseorg yang terasa dengan entry aku semalam...sebenarnya entry semalam x da kena mengena antara hidup dan mati...itu adalah hanya lawak semata2...kepada sesiapa yang terasa.....aku minta maaf bebanyak


SEBENARNYA....TIADA NIAT UNTUK MENGHINA SESIAPA....AKU HANYA INGIN BERGURAU....tapi ada orang sudah terasa....kepada orang tu aku nak cakap...


WAKENABEB....AKU nak tengok hang leh sabaq x dengan perangai aku...hahahaha...anyway thanx k...aku suka dengan maki hang pagi tadi....THANX OK


P/S:- LEPAS NIE BERHATI2 DALAM ENTRY...walaupun niat nak bergurau.....

MAAFKAN AKU K....



Ketahui Sifat-Sifat Yang Perlu Ada Pada Wanita


Setiap wanita ada sifat-sifat yang tertentu di dalam diri mereka sejak dari azali lagi dan sifat-sifat ini biasanya ditunjukkan oleh mereka setelah meningkat dewasa dan lebih-lebih lagi ketika sudah berumah tangga.
Setiap lelaki juga mengimpikan untuk memiliki wanita yang memenuhi ciri-ciri idamannya dan para wanita juga perlu mengetahui apakah sifat-sifat wanita yang di idamkan oleh lelaki. Berikut adalah sifat-sifat wanita yang menjadi idaman para lelaki.

Sikap Keibuan

Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuatkan lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas, gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja.
Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.

Keanak-anakkan

Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda.
tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

Penuh Pengertian

Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya.
Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan-bukan sebaliknya cuba mengerti dan menyelesaikan masalah bersama.

Menghargai

Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

Menjaga Penampilan

Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya.
Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Lelaki mana yang tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3?

Pandai berbicara


Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik.
Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri

Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda.
Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

Menghormati Diri Sendiri

Lelaki suka dengan wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.
Jadi dia tahu apa yang dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

Simpati dan prihatin

Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah dan mempesona.






COMMENT DMH:
AGREE BANGAT....mana nak cari perempuan cam nie di dunia zaman sekarang nie?

MALAM KU SIANG SIANG KU MALAM....




alhamdulillah selepas 2 bulan mencari kerja....aku dah dapat kerja sebagai penjaga cc di waktu malam.....sejak tu aq jarang jumpa matahari....sedeh kan...kena berhenti awal nie...nak betulkan tidoq balik....sebelum sambung belajaq kat KPTM CHERAS....


di malam yang hening nie.....aku amat merindui si dia....kerana peristiwa semalam...dia marah bangat dgn aku....memang aku yang salah....aku yang jahat....aku tak pandai jaga ati ang..aku memang tak layak untuk hang....kan....thanx k sebab jadi kawan aku....aku dah mula sayangkan hang...tapi bila benda nie jadi...aku hilang mood teruih..walaupun makian ku itu hanya untuk menguji ang sabaq x dgn aq tapi aq rasa aku tak patut maki ang....sorry k....i am sorry sesangat....


Nur ezati binti zainuddin....aku minta maaf sesangat....aku tak patut maki ang macam tu....walaupun aku takda niat cam tu...aku hanya nak menguji kesabaran ang ja....aku tau aku gagal...tapi ang tak gagal dalam ujian aku....aku minta maaf banyak2 sebab aku yang maki ang tak ingat dunia....kalau ang baca tolong lah reply mesej aku....aku amat merindui dirimu...walaupun ang dah benci dgn aku...aku x pernah benci ang....aku amat sayang dgn hang....walaupun sampai mati aku tunggu jawapan hang...aku sanggup tunggu....thanx k....


P/S:- LAYAN SUPER SPONTAN AH KEJAP......

TUNTUTAN BERSIH 3.0

KEPADA MANUSIA YANG TAK TAU APA TUNTUTAN BERSIH 3.0 PADA 28 APRIL LALU....SILA BACA NIE....


1. Bersihkan senarai undi
• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.
• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.
2. Mereformasikan undi pos
• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.
• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.
• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.
3. Gunakan dakwat kekal
• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.
4. Masa kempen minima 21 hari
• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.
• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.
5. Akses media yang bebas dan adil
• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.
• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.
• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.
6. Kukuhkan institusi awam
Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.
Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.
Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.
Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.

7. Hentikan rasuah
Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.
Pembelian undi harus dihentikan!
Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.
8. Hentikan politik kotor
BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.
OK....JELAS?PAHAM? 
AKU NAK TANYA MANUSIA2 YANG DOK KATA SOKONG BERSIH SOKONG LGBT LAH...BUANG MELAYU AH....ADA TAK TUNTUTAN BERSIH 2 KATA 
"UNDANG2 LGBT DIHAPUSKAN"
OR "HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU DIHAPUSKAN"
TANYA JA......
ADA ORANG TANYA AKU....AMBIGA TU KAN SOKONG LGBT...."
AKU TANYA BALIK,KALAU TENGKU RAZALIEGH ANJUR BERSIH ANGPA SOKONG X?


BERSIH 3.0

LAMANYA AKU TAK MENULIS KAT BLOG NIE...

ASAL BLOG AKU JADI LAIN MACAM....DAH TAK LAWA  CAM DULU DAH LAH SUSAH NAK TULIS....ARGH....




Unit Amal Menahan Orang Ramai masuk DATARAN MERDEKA

KENAPA GAMBAR2 DI ATAS AKU LETAK....KAN INI DALAM PERHIMPUNAN BERSIH 3.0....
THANX TO AMENO WORLD (http://amenoworld.blogspot.com/2012/04/konspirasi-serangan-dataran-merdeka.html )YANG MENYEBABKAN AKU NAK MENYIASAT TENTANG BENDA NIE

HASIL PENYELIDIKAN AKU AKU RASA ADA ORANG YANG MENYEBABKAN BENDA NIE TERJADI KORANG BOLEH TENGOK GAMBAR DI BAWAH
ANWAR IBRAHIM MEMBERI ISYARAT TANGAN MACAM MENGARAH KE ARAH DATARAN MERDEKA。PERSOALAN NYA KENAPA DS ANWAR MEMBUAT ISYARAT SEBEGITU。。。


      MULA-MULA AKU TAK PERCAYA YANG DS ANWAR YANG BAGI ARAHAN SUPAYA REMPUH PAGAR TU...TAPI BILA AKU TENGOK APA YANG YB AZMIN ALI TUNJUK KE ARAH BELAKANG MENYEBABKAN AKU TERFIKIR....KENAPA ANWAR BAGI ARAHAN CAMNIE?ADAKAH BELIAU MENGARAHKAN AZMIN MEREMPUH DATARAN MERDEKA....?MUNGKIN!

SEBELUM AZMIN TURUN DARI KON BELIAU BERCAKAP KEPADA ORANG DI BAWAHNYA....AKU POWN X JELAS APA YANG DICAKAPKAN...SEBAB TAKDA BUNYI PERCAKAPAN MEREKA....SELEPAS DIA MENERIMA ARAHAN DARI DS ANWAR.....MUNGKIN DIA MENYAMPAIKAN ARAHAN DS ANWAR KEPADA ORANG DI BAWAHNYA....MUNGKIN!


AKU NAMPAK CIKGU BARD AGAK TERKEJUT DAN BERTANYA KEPADA ANWAR TENTANG ARAHAN ITU TAPI DAH TERLAMBAT....BELUM CHEGU BARD MEMBERI ARAHAN SUPAYA JANGAN REMPUH....DIORANG DAH REMPUH PENGHADANG TU....AND THEN BOLEH FIKIR SENDIRI APA YANG TERJADI......


KALAU DUK MACAM NIE KAN SENANG....AMAN  JA TAKDA KEKACAUAN....MEMANG AH PESERTA BERSIH 3.0 PATUTNYA DUDUK KAT DATARAN...TAPI POLIS DAH MINTAK PERINTAH MAHKAMAH....SO TAKYAH AH NAK BERDEGIL SANGAT....SORRY TO SAY....KALI NI AKU RASA AMBIGA SIVANESAN TAK SALAH....TAPI AKU TERFIKIR GAK

SIAPA DS ANWAR IBRAHIM DALAM BERSIH 3.0?
KENAPA PESERTA BERSIH 3.0 NAK IKUT ARAHAN DS ANWAR AND AZMIN ALI?

KALAU TAK DA ARAHAN DARI DS ANWAR DAN AZMIN ALI PASTI AMAN DAMAI BERSIH 3.0.....




KALAU BETUL SEPERTI CAKAP DATO ZAHARIN MOHD YASSIN...ATAU HANYA PSIKOLOGI...TAPI AKU RASA MEMANG RAMAI POLIS (SPECIAL BRANCH) DALAM NIE....MEREKA INI YANG PROVOKE SUPAYA TERJADI PERGADUHAN.....
TENGOK GAMBAR BAWAH NIE.......


SO BOLEH FIKIR SENDIRI SAPA YANG WAT...........AKU TAK SALAHKAN POLIS SEBAB NIE KERJA DEPA...DEPA PUN IKUT ARAHAN ORANG ATAS...TAPI SEBAB ADA MANUSIA YANG WAT PROVOKASI...TU MENYEBABKAN SEMUA BENDA INI TERJADI.....

P/S:- KALAU ADA SALAH DAN SILAP BAGI LAH TEGURAN...SEBAB MUNGKIN ADA BENDA AKU TERLEPAS PANDANG...MAAF!