Pengkikut blog

IKLAN lagi....

BANTAH UNIVERSITI



NIE APAHAL LAK NIE FAMES BETUI MAKCIK NIE...DAPAT MASUK FRONT PAGE PAPER UTUSAN MELOYA...AKU BACA BALIK APAHAL LAH MAKCIK NIE MARAH SANGAT...GILA BERITA CAM NIE MASUK FRONT PAGE 2
Jangan ambil hak kami
Sebahagian daripada 60 penduduk Kampung Genting, Balik Pulau, mengadakan bantahan terhadap kerajaan negeri di hadapan masjid kampung itu di Pulau Pinang, semalam. - BERNAMA
BALIK PULAU 4 Julai - Pemilik tanah di Kampung Genting di sini yang diarah berpindah oleh kerajaan DAP Pulau Pinang bagi memberi laluan kepada projek pembinaan sebuah universiti awam berikrar akan terus mempertahankan tanah warisan masing-masing.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung Persekutuan Kampung Genting, Rosman Long berkata, kebanyakan penduduk yang mendapat surat daripada kerajaan negeri pada 29 Jun lalu tidak mempunyai kediaman lain jika terpaksa menyerahkan tanah mereka.
“Saya faham kerajaan negeri berhak mengambil tanah ini melalui undang-undang iaitu Akta Kanun Tanah 1960 tetapi bagaimana dengan nasib penduduk kampung.
“Lagipun sudah banyak kolej swasta dan pusat pengajian tinggi di sini, mengapa mahu buat di tempat ini lagi? Ini sahaja tanah yang kami ada," katanya hari ini.
Beliau ditemui selepas mengetuai perhimpunan aman oleh kira-kira 50 pemilik tanah terbabit di hadapan Masjid Jamek Kampung Genting bagi membantah pembinaan universiti berkenaan.
Demonstrasi itu juga agak beremosi apabila ada dalam kalangan mereka menghamburkan kemarahan terhadap kerajaan negeri yang didakwa cuba ‘menghilangkan’ kampung yang telah wujud lebih 50 tahun dahulu.
Difahamkan sebanyak 12 lot tanah milik orang Melayu dan Cina serta lima lot tanah kepunyaan syarikat swasta dengan keluasan keseluruhan kira-kira 64.2 hektar terlibat dengan projek untuk membina universiti awam antarabangsa iaitu Asian Women Leadership University (AWLU).
Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Muhammad Farid Saad.
Rosman memberitahu, meskipun bantahan serupa pernah dibuat dua tahun lalu di hadapan bangunan Dewan Undangan Negeri, namun kerajaan negeri tidak memberikan sebarang reaksi mengenainya.
Katanya, penduduk kampung juga telah bertemu Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman, namun rayuan mereka langsung tidak diberi perhatian.
Sementara itu, seorang pemilik tanah, Hamdan Jaafar, 45, menjelaskan, mereka terpaksa keluar dari bahagian pulau jika diarahkan berpindah kerana tidak mampu membeli rumah di situ.
“Saya tidak mampu hendak tinggal di Balik Pulau lagi selepas tanah diambil kerana harga rumah di sini sangat mahal iaitu mencecah RM800,000. Mana hendak cari duit sebanyak itu?
“Apabila saya maklumkan kepada ibu yang sudah berusia lebih 70 tahun, dia memang sedih dan menasihatkan saya supaya tidak tertipu," ujarnya.
Katanya, dia berharap Ketua Menteri, Lim Guan Eng tidak memperbodohkan penduduk kampung lagi.
Seorang pesara guru, Aishah Budin, 75, berkata, selagi terdaya dia akan mempertahankan tanah itu daripada diambil kerajaan negeri.
“Saya tinggal di sini sejak kecil lagi dan ibu bapa membesarkan saya hasil daripada tanah pertanian ini.
“Saya membantah keras pembinaan universiti itu yang menyebabkan penduduk kampung terpaksa berpindah," katanya yang memiliki kira-kira 2 hektar tanah.
Seorang lagi penduduk, Koay Chew Weng, 77, berkata, dia juga berat hati untuk menerima tawaran itu kerana sudah lama menetap di situ.
“Saya tidak setuju tetapi kalau terpaksa juga saya harus mengalah, namun berharap mereka membayar pampasan sewajarnya," jelasnya.
SUMBER:-
DARI PEMBACAAN KU DALAM ISU NIE,AKU RASA DIORANG NIE BANTAH SEBAB NAK BUKAK UNIVERSITY BERNAMA "ASIAN UNIVERSITY FOR WOMEN" TAK SALAHKAN UNTUK PENDIDIKAN..KENAPA PERLU BANTAH?SEBAB KAWASAN MELAYU. 
(FACT:- KAWASAN BALIK PULAU ADALAH KAWASAN MELAYU,RAMAI ORANG MELAYU DUK BELAH SANA)

AKU HARAP KERAJAAN PULAU PINANG JELASKAN ISU NIE OK.TAKUT ISU NI DISALAHGUNAKAN OLEH PIHAK UMNO.MOGA DAPAT PENJELASAN CEPAT DARI KERAJAAN PULAU PINANG.

DIA NIE KETUA PEMUDA UMNO PULAU PINANG MAMAT NIE MELAYU KA MAMAK?JUST ASKING


  1. P/S:- APA MOTIF ISU NIE?PERKAUMAN?KE BETUL NAK BELA ORANG YANG DIHALAU?NAK AKU BUKA ISU ORANG MELAYU KENA HALAU PASAL PROJEK PEMBAGUNAN KAT AREA PULAU PINANG?MALAS AH NAK CAKAP!BIARKAN BERLALU!YELAH DAH DEKAT PRU KAN...



WHAT THE FUCK!

WHAT THE FUCK? APA NAK JADI NIE...INGAT BENDA INI MAIN2 KA....KEPALA HOTAK BETUL KEDAI NIE....GAMBAR NIE DI AMBIL KAT TESCO SERI PETALING..JUALAN SEMPENA RAMADHAN...KEPALA HOTAK..


MANA PUAK-PUAK PERKASA DAN PUAK JATI YANG NAK MEMPERTAHANKAN ISLAM DAN MELAYU...JANGAN SEBAB ISU POLITIK HANGPA PANDAI MENYALAK TAPI ISU BETUL2 MENGHINA ISLAM ANGPA WAT TAK TAU...NIE TERANG2 MENGHINA ISLAM...SEBAB GUNA NAMA BULAN MULIA IAITU BULAN RAMADHAN UNTUK MENJUAL ARAK.APA TINDAKAN JAIS?TOLONG AH AMIK TINDAKAN TERHADAP OWNER TESCO SERI PETALING NI.

P/S:- MENANTI JAWAPAN DARI HASSAN ALI (JATI) DAN IBRAHIM ALI (PERKASA).KORANG KAN JUARA PASAL ISU MELAYU....DI MANA KORANG...SILA BERI PENJELASAN...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers