Pengkikut blog

IKLAN lagi....

KARAK SINOPSIS

anyway for this entry aku nak cerita pasai sebuah filem keluaran KRU RECORDS....lakonan SHAHIR AF8  SHEERA AYOB,ALONG EYZIENDY,KILAFAIRY,DAN SIDEK HUSSIEN....filem nie adalah arahan YUSRI KRU...FILEM ini menghimpunkan cerita2 dari zaman 80an 90an dan 2000an yang jadi buah mulut orang time tu....filem nie adalah cerita sebenar yang dialami oleh abang YUSRI sendiri iaitu NORMAN yang hampir kemalangan akibat ternampak hantu.....

Sinopsis Filem Karak - Laluan Puaka

Empat pelajar kolej sedang menuju kembali ke Kuantan selepas bermalam di KL dan mereka terperangkap dalam kesesakan lalulintas yang teruk sepanjang Karak Highway.

Oleh kerana mereka mempunyai kelas pada keesokan awal paginya, mereka membuat keputusan untuk keluar dari lebuhraya dan meneruskan perjalanan mereka menggunakan jalan lama. Mereka tidak mengetahui bahawa keputusan ini akan mengubah hidup mereka selamanya.

bagi aku cerita nie mesti gempak sebab aku tengok trailer dia pun gempak...peh memang best 2011 nie banyak movie best2.....so pada sapa takda kerja dan minat cerita seram....nantikan filem nie k

HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH

"KITA BAKO JE RUMAH DIA KITA BAKO"
hahahahah walaupun agak ketinggalan sikit...cerita nie memang besh....menyesal plak aku tak tengok wayang hari tu...aku rasa kalau aku tengok wayang konfirm pecah gelak....aku nie lak memang suka gelak besar....memang besh ah...hahahahaha


CERITA nie lagi hebat dari 1st filem ZOMBIE KG PISANG....sebab lawak HANTU KAK LIMAH lagi nampak bersahaja...pada pendapat aku,lakonan AWIE,ZAMI ISMAIL,MAN KADIR dalam filem nie berkesan....KIRA FILEM nie jugak berlawak sambil menyindir.....skrip dia yang ringan memudahkan orang paham apa yang cuba disampaikan dalam filem nie....

watak paling aku suka dalam filem nie ialah watak USOP....memang best ah si USOP nie....lawak ah watak USOP  nie dah lah lembut lemah gemalai gitu...tapi loghat perak dia menyebabkan aku tergelak ja...anyway sekalung tahniah wat KREW dan pelakon HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH.....

VIDEO BLOGGING

assalamualaikum semua....whats up yo......eh macam ANWAR HADI plak aku hari nie...hahahahaha...apa video kat atas tu...tu ada bebudak mana ntah buat video pasal KAMI BENCI ANWAR HADI.... macam entry aku tadi....MALAYSIA nie NEGARA DEMOKRASI so tak kisah ah pasal apa depa cakap pasal ANWAR HADI.....pasal normal lah beb...ada orang suka ada orang tak suka...NORMAL KAN bro..

aku tak nak komen pasal budak2 yang buat video tu...tapi aku nak cakap sikit pasal YOUTUBE MANIAC....sejak dari CIKGU SHIDA FENOMENA.....kenal ke korang dengan CIKGU SHIDA...alah CIKGU yang duk miming lagu dengan gaya dia sendiri tu....sampai lah ke ANWAR HADI dan MATLUTFI...nampak dah berlaku fenomena baru dalam industri internet di MALAYSIA nie....VIDEO BLOGGING...wat video pasal apa yang korang rasa lepas tu upload dalam YOUTUBE bagi orang tengok...nampak dah tak lama lagi makin ramai ah buat macam nie CIKGU SHIDA ANWAR HADI dan MAT LUTFI....
aku rasa VIDEO BLOGGING nie lagi seronok dan dapat menarik ramai orang tengok....yelah kalau hangpa tengok sekarang....dalam video orang lagi kenai kita....betul tak....orang dari tak kenal jadi kenal dengan kita...muka macam tongkang pecah pun boleh jadi femes sebab YOUTUBE....macam nie.....

tau tak sapa nie...alah yang buat miming lagu JUSTIN BIEBER...memang lawak ah video diorang nie...hahahahah....so bagus ah video blogging nie sebab dari orang tak kenal sampai jadi femes...macam AKU CAKAP TADI AH....
Ada orang tanya aku,"BRO MANA LAGI LU MINAT ANWAR HADI OR MAT LUThFI??"bagi aku aku minat MAT LUTHFI lagi....dia memang best...dia tak poyo macam ANWAR HADI...oppss jangan marah ya    peminat Anwar Hadi....itu just pendapat aku....tak tau ah pendapat korang macam mana....MAT LUTHFI nie orang KEDAH macam ANWAR HADI gak....tapi sebab apa aku suka MAT LUTHFI lagi dari ANWAR HADI...sebab MAT LUTHFI suka gunakan BAHASA MELAYU yang lagi mendalam BAHASA MELAYU UTARA dalam video blogging dia....so lawak pun ada...muka dia pun lawak memang bergelak2 ah aku...hahahahaha
senang cerita ah aku suka lah tengok video blogging nie...sebab membuktikan kat MALAYSIA nie ada gak insan kreatif dalam bidang video....macam ANWAR HADI,MAT LUTFI dan sorang lagi maccaboyz91(sorry bro tak tau nama sebenar hang)...nampak diorang nie femes gak ah dari yang lain....aku suka gak depa nie...so terhibur gak ah tengok depa nie bervideo dalam YOUTUBE 2.......
PERNAH DENGAR TAK PASAL 1 TUBE???aku baru baru dengar...kira hebat gak ah anak MALAYSIA nie....boleh lawan YOUTUBE x....hmmm insyallah kalau angpa mantain...mesti boleh lawan YOUTUBE punya...nanti next entry aku cerita pasal 1TUBE plak k..








I LOVE KPMSI

HANGPA sakit hati x...bila tempat hangpa belajaq dikutuk kaw-kaw oleh orang...mungkin bagi orang biasa dia kata "BIASALAH 2"tapi bagi aku,aku cukup tak suka KOLEJ aku dihina macam nie...apa punca nya...meh sini aku jawabkan...

Memang dah jadi adat permainan ah KALAH DAN MENANG....tapi yang aku tak paham apahal depa tak puas hati pasal KALAH Konvensyen PSN hari tu...asal ada game je KALAU KPMSI menang mesti depa tak puas hati....dan kritik kaw-kaw KPMSI...sapa depa nie?Budak2 dari KPM BERANANG....

memang negara MALAYSIA nie negara DEMOKRASI....semua ada hak bersuara....tapi tak yah lah hina sampai macam 2....cakap lecturer bodoh semua macam hangpa saja yang pandai...buat macam KPMSI jahat gila2 ah...depa ja betul...Korang bleh kritik tapi tak yah lah menghina
memang aku pun menyampah dengan KPMSI kekadang ah...macam tempat parking masuk kena thumb print...tapi tak da lah aku hina KOLEJ aku belajaq sendiri....yelah aku belajaq kat sini aku duk kutuk tempat nie apa maksudnya...hampir 5 tahun aku belajaq kat sini nak habiskan HND (peh macam amik MASTER plak) banyak kenangan manis pahit suka duka aku kat sini...so aku makin sayang KOLEJ nie....so aku marah ah kalau orang hina KOLEJ aku...betul tak...
KPMSI I LOVE U!!!!!!

RAJA LAWAK....

sambil menunggu maggi goreng untuk breakfast lunch dan dinner di kedai makan area rumah aku....sempat juga aku menonton RAJA LAWAK di ASTRO PRIMA....lawak gak ah tengok telatah JOHAN dan ZIZAN yang jadi pengacara kat rancangan tu...depa memang terbaik dari ladang....ehehehe ayat NABIL
Kali terakhir aku ikuti RAJA LAWAK nie tahun 2009...masa tu SEPAH jadi champion....ditabalkan sebagai RAJA LAWAK...aku terhibur dgn depa....walaupun agak lucah tapi depa melawak tetap menjadi...boleh menghiburkan hati....LEPAS TU,aku dah tak ikut dah RAJA LAWAK...KENAPA??? sebab dah tak best dah macam RAJA LAWAK yang terdahulu....lawak depa macam dibuat-buat....dah lah tu audiens dalam tu nak gelak pun macam terpaksa ja....ada kala lawak diorang tu macam menghina....tak yah ah sampai macam tu punya lawak....lawak kekadang tu x perlu over reacted sangat....sampai penonton bukan nak tergelak tapi MENYAMPAH....

yang aku tengok tadi juri2 dia AFDLIN SHAUKI,SATHIA @ BABY FACE dan DAVID TEO....WTF DAVID TEO....aku tak paham kenapa DAVID TEO....memang lah dia penerbit terunggul MALAYSIA but dia tak layak ah jadi juri untuk RAJA LAWAK....dah lah tu BAHASA MALAYSIA dia tunggang terbalik pula tu....pening kepala ah nak paham.....kalau boleh mintak pihak ASTRO carilah orang lain gantikan DAVID TEO...Kalaupun nak sahut seruan kerajaan 1 MALAYSIA...tapi pilihlah orang lain...bukan DAVID TEO....

aku tengok RAJA LAWAK kali nie....ramai BADUT dari pelawak....memang lah bukan senang jadi PELAWAK....nak menghiburkan orang...kadang2 tu nak buat lawak tak jadi lawak...sebab penonton tak gelak...susah beb....Pada RAJA LAWAK kali nie...cuba belajar dari juri korang, AFDLIN SHAUKI mcam mana nak melawak dan buat orang gelak...dia adalah pelawak yang hebat...lawak dia ada mesej...aku suka lawak dia sebab bagi aku,lawak dia bukan lawak bodoh atau lawak buat2...dia memang naturally lawak...i like his style of humor...dia memang dilahirkan as pelawak....orang tengok dia pun tetap nak gelak....walaupun dia tak wat lawak.....

dahlah pelawak hebat pengarah yang hebat pulak tu...dia nie lah manusia yang layak digelar RAJA LAWAK....hehehehe....Buat masa kini AFDLIN SHAUKI is my RAJA LAWAK...TERBAIK LAH lu der....
kalau tak suka dengan AFDLIN SHAUKI....this is just my opinion...
BAK KATA NABIL "LU FIKIRLAH SENDIRI"

TANDA-TANDA LELAKI JATUH CINTA



tanda2 lelaki yg jatuh cinta dgn hebat ialah:
1. Dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela bukan krn terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yg kuat bercakap.
3. Dia byk menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap2.
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.
 8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
 9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian krn dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.
 10. Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
 11. Dia pandai merajuk hati krn ingin dipujuk oleh kekasihnya.
 12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama..
 13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
 14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
 15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya.
 16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting
 dengannya .
 17. Dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar.
 18. Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.
 19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya ..
 20. Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
 21. Dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
 22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
 23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang
 perempuan .

comment aku:
takde apa aku nak comment...tapi just nak tanya ada lagi ka lelaki macam nie dalam dunia nie...bagi aku lelaki macam nie mesti dipanggil "MAT BUNGA" "MAT JIWANG"..agaknya kalau macam nie lah LELAKI yang depa cari....hmmm...pakat tak dapatlah cek...pi lah bercinta dengan pengkid macam minah nie....yelah PENGKID kan paham depa macam mana?laki tak paham...yelah "PENGKID TU PEREMPUAN" memang sama jenis dengan depa.....yang lelaki nie memang lah tak paham sebab lain jenis dengan perempuan...eh teroverdose marah plak....senang cerita lah...bak kata member aku untuk dapat perfect person  memang susah,so terimalah seadanya....
bak pepatah orang tua-tua....(ke aku yang reka)
"BIAR BURUK RUPA,YANG PENTING BAIK BUDI"

I AM BACK!!!


lama gila aku x update blog....bukan ape blogwalking aku x de idea sangat nak update...x de isu baru....senang cerita  ah my new laptop sangat halus...dan agak berat untuk menaip satu entry blog...sebenarnya MALAS lah senang cerita....
aku baru balik dari TELUK BATIK.....hmmm lagi...dalam tahun nie sahaja 3kali aku gi TELOK BATIK....sampai tergolek separuh mati tengah laut akibat jatuh banana BOAT...hahahaha aku yang salah...bengong kan....mujur selamat....kalau tak konfirm yang taip blog nie sekarang adalah 
HANTU!!!!

hahahahaha...alhamdulillah aku masih panjang umur...sebenarnya ada 1 story lagi aku nak cerita kat semua....apa ek??aku lupa ah....japgi kat next entry aku cerita k....

BUT NOW MACAM TAJUK ENTRY AKU,I AM BACK..
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers