Pengkikut blog

IKLAN lagi....

HINA LAGI?

apa maksud karikatur nie?
adakah bermotif untuk Pilihan Raya Kecil TENANG?
kalau untuk pilihanraya janganlah melampau sangat kempen...sampai ISLAM dihina...
karikatur nie keluar dalam HARIAN METRO hari ini...dalam "DIALOG KOTA RAYA"
mungkin ini dianggap lawak bagi setengah pihak tapi jangan sampai menghina agama sendiri...

8 TIPS MENULIS DENGAN BAIK

Sebelum tido....aku nak masukkan 8 tips untuk menulis dengan baik yang aku ambik kat blog himynameisasri.blogspot.com
Tips 1
Korang kena alert dengan isu-isu semasa. Tak kiralah isu semasa tentang hiburan ke, politik ke, sukan ke, korang kena peka. Kalau minat korang lebih cenderung kepada hiburan, jadi korang kena ikuti perkembangan pasal dunia hiburan. Begitu jugak dengan dunia politik, sukan dan sebagainya. Kenapa kena alert? Sebab kalau korang nak menulis apa-apa yang berkaitan dengan hiburan misalnya, korang kena tulis update terkini. Takkan lah tetiba entry hari ini korang tulis pasal Sudirman meninggal, padahal dah bertahun-tahun Allayarham meninggalkan kita. Al-Fatihah.

Tips 2
Dapatkan confirmation ataupun fakta yang betul ataupun dalam erti kata yang lain sila buat research dahulu sebelum post update terbaru. Jangan main taram je ikut sesuka hati korang nak letak fakta sesedap rasa. Pastikan cerita yang korang nak tulis tu dapat daripada sumber-sumber yang sahih. Information mestilah tepat kalau tak pembaca akan hilang kepercayaan kat korang kalau information yang korang bagi salah. Ingat! Pembaca sentiasa ingin mendapatkan info yang betul.

Tips 3
Variasikan topik anda. Variasikan topik di sini bermaksud korang tak boleh fokus dengan satu topik je. Macam tips pertama tadi, walaupun korang lebih cenderung kepada hiburan tak bermakna blog korang perlu menceritakan tentang hiburan sepanjang masa. Orang pun akan rasa muak untuk membaca. Kalau hari ini korang cerita pasal Fasha Sandha putus cinta dengan Jejai, entry berikutnya pulak korang cerita lah pulak pasal Hukum tidak menutup aurat. Ingat, jangan fokus pada topik yang sama sahaja. Walaupun blog korang memang fokus tentang Gosip Artis semata-mata tak salah kalau seminggu sekali korang masukkan sikit topik-topik lain. Ye lah, artis pun bukannya hari-hari ada gosip pasal diorang kan?

Tips 4
Selitkan unsur-unsur humor di dalam penulisan korang. Kalau nak ramai orang membaca blog korang, korang kena selitkan unsur-unsur lawak jenaka sikit. Tak banyak pun sikit pun sudah memadai. Bukannya apa, selalunya orang akan lebih cenderung untuk membaca penulisan yang ada unsur-unsur macam ni. Ingat, orang baca blog korang sebab untuk rehatkan minda bukannya nak menambahkan stress. Kalau orang tu tengah stress lepas tu dia baca blog korang yang ada unsur-unsur humor tu tenanglah sikit jiwa dia. Takde lah meroyan sangat jadinya.

Tips 5
Jangan mudah putus asa. Okay, sifat mudah putus asa ni tolong jangan ada dalam diri masing-masing kalau nak jadi penulis blog yang baik dan disegani. Chewah, ayat nak meletup je kan? Kalau korang ada sikap mudah putus asa ini sila campak jauh-jauh.

Tips 6
Tolong jangan plagiat idea orang lain. Kalau korang nak cepat naik ataupun nak tarik ramai pembaca sekalipun tolonglah jangan sesekali melakukan plagiarism. Idea yang datang dari korang sendiri kan lagi bagus. Once korang dah copy orang lain punya idea dan terkantoi pulak tu, sampai bila-bila orang lain tak akan percaya dengan korang meskipun entry yang seterusnya korang menulis dengan idea yang keluar dari kepala otak korang sendiri. Serius. Orang akan label korang sebagai copycat sampai bila-bila.

Tips 7
Okay, tips yang seterusnya ini sangat cliche, sebab kebanyakkan blogger pun selalu menulis tentang ini. Jangan sesekali menulis entry korang dengan menggunakan ejaan mat-mat rempit serta minah-minah rempit tu ataupun ejaan budak-budak baru nak up. Contohnya, ak rs ak da ml jth cnta nan diew. Ataupun tulisan yang kejap huruf besar kejap huruf kecik contohnya macam ni, My lIfE WoUlD SuCx wItHoUt u!!! It's really annoying. Understand!

Tips 8
Be yourself ataupun dalam bahasa ibunda kita disebut sebagai Jadilah diri-sendiri terutama sekali dari segi gaya penulisan korang. Macam aku, aku lebih selesa menggunakan bahasa rojak macam ni. Bahasa percakapan harian aku. Ayat yang senang serta mudah untuk difahami oleh semua orang hopefully. Sebabnya, kalau aku guna bahasa yang terlampau baku sampai terpaksa merujuk kamus dewan bahasa dan pustaka edisi ke-8, aku rasa tak ramai yang akan membacanya. Serius, aku tak tipu. Ini bukan website tetapi blog. Blog bagi aku perlu ditulis secara santai. So that, orang ramai akan enjoy untuk membacanya dan sekaligus akan wujud readers loyalty di situ.
My Comment: aku pun tak pandai sangat menulis..dengan ada nya tips nie boleh jadi panduan kat aku untuk menulis dengan baik.aku harap follower aku (secara rasmi dan tak rasmi) gembira baca blog aku..aku selalu dapat response dri membe2 aku tentang blog aku nie...so aku open minded terima kritikan...insyallah aku akan improve tulisan aku dari masa ke semasa...ok thats all folks chow...aku nak gi kedai mamak rahmat kejap dengan bebudak rumah aku...chow...



Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers