Pengkikut blog

IKLAN lagi....

Sera - Di Badai Asmara (HQ Audio)



Sera

Di Badai Asmara

Haruskah...
Aku terus merayu padamu
Haruskah...
Aku taburi janji beribu
Untuk menembusi
Tembok hati sanubarimu
Ataupun... aku hanya penanti

Mengapa
Dikau meragui keikhlasan
Setelah kuberi
Pengorbanan dan kesetiaan
Aku jadi perindu
Pada istana madu
Kini menjadi sangkar hempedu

( 1 )
Mungkin ku pentafsir
Yang gagal mencari
Pengertian cinta
Akhirnya melara

( korus )
Kau insan misteri
Penuh rahsia cinta
Kulemas dalam arena
Meredah nestapa
Sukarnya menguasai
Bahasa cinta kita
Berilah kepastian sebuah cinta

Bisakah
Silap kata menjadi penanda
Dapatkah
Kecewa ku menjadi harapan
Marilah berganding
Mengharungi badai asmara
Dunia dikecapi penuh bahgia

( ulang 1 & korus & korus )

KOMEN: 
LAGU NIE FAVORITE DMH KALAU KARAOKE...LAGU NIE MEMANG MAKAN DALAM...SO LAYAN K....

PENDAM @ LUAH



2011,TAHUN DAH BERUBAH..TAPI HIDUP AKU TETAP TAK BERUBAH….BAGI AKU 2011 MEMBAWA BANYAK SUKA DUKA DALAM HIDUP KU…CUMA YANG BERUBAH,AKU BUKAN LAGI STUDENT DIPLOMA.AKU SEKARANG MENUNGGU NAK MELANJUTKAN PENGAJIAN.NAK AMBIK IJAZAH…TAPI BUKAN ITU AKU NAK CERITAKAN.HANYA PENGALAMAN CINTA YANG GAGAL MEMATANGKAN SIKAP AKU.

RAMAI ORANG CAKAP AKU SUKA PENDAM PERASAAN…SEBAB TU AKU TAK PERNAH ADA KEKASIH @GIRLFRIEND..TAPI BETUL KA? MEMANG AKU PERNAH ADA KEKASIH TAPI TIME TU AKU BELUM BERSEDIA UNTUK BERCINTA….MUNGKIN SEBAB KISAH LAMA YANG PERNAH MENGHANTUI AKU CUKUP UNTUK AKU JADI SEORANG ANTI-PEREMPUAN.MAYBE KERANA PENDAM LAH AKU MENYAKSIKAN ORANG YANG AKU SAYANG BERSAMA DENGAN ORANG LAIN.

KEKADANG AKU CEMBURU DENGAN KAWAN2 AKU YANG BAHAGIA BERSAMA PASANGAN MASING-MASING.BUKAN AKU TAK TERINGIN NAK BERCINTA,TAPI SIKAP TAKUT DITOLAK CINTA MENYEBABKAN AKU MENGAMBIL SIKAP PENDAM PERASAAN.AKU JUGA INGIN DISAYANGI TAPI TAKUT DITOLAK CINTA MENYEBABKAN AKU AMBIL SIKAP MEMENDAM PERASAAN.SEBENARNYA PENDAM2 NIE MENYAKITKAN HATI JA.LEBIH BAIK BAGITAHU APA YANG KITA RASA PADA PEREMPUAN YANG KITA SUKA TU.TAK PEDULI LAH DIA SUKA ATAU TIDAK KERANA KURANG2 NYA KITA BERANI BERITAHU DIA APA PERASAAN KITA.

SEKARANG AKU MENGENALI SEORANG PEREMPUAN YANG BAIK.WALAUPUN AKU TAHU DIA TAK SEDIA LAGI SEBAB NAK FOKUS STUDY.AKU TERIMA.ANDAI DIA SUDAH BERSEDIA.AKU BERSEDIA MENJADI ORANG PERTAMA.WALAUPUN DIA MAHU ATAU TIDAK,AKU SEDIA TERIMA.KURANG-KURANG AKU TAK RASA MERANA LAGI.

NFS , I LOVE YOU.
ANDAI AWAK TAK TERIMA SAYA FAHAM.TAPI KURANG-KURANG SAYA BAGITAU AWAK YANG SAYA SAYANGKAN AWAK.WALAUPUN KITA TAK PERNAH BERJUMPA…SAYA DAH MULA SAYANGKAN AWAK!ANDAI ENTRY NIE MENYEBABKAN KITA PUTUS HUBUNGAN..SAYA TAK KISAH DAH SEBAB SAYA DAH BOLEH TERIMA  KERANA SAYA DAH BAGITAHU APA YANG SAYA RASA…SAYA MENYANYANGI AWAK DARI MULA SAYA KENAL AWAK…ANDAI AWAK TAK TERIMA SAYA,SAYA SEDIA TUNGGU SAMPAI AWAK BOLEH TERIMA SAYA.TAPI ANDAI JODOH AWAK UNTUK ORANG LAIN.SAYA DOAKAN AWAK BAHAGIA BERSAMA NYA.TAPI YANG PENTING SAYA PUAS HATI DAH MELUAHKAN PADA AWAK APA YANG SAYA RASA TANPA MEMPERDULIKAN AWAK SUKA ATAU TIDAK.THANX NFS BECAUSE BEING PART OF MY LIFE.

P/S:-SAMBIL LAYAN CERITA ROBOT (ENTHARAN) KAT TV2..BOLEH PULA DMH MENGUPDATE BLOG NIE DI RUMAH UNTUK BACAAN SEMUA….KALAU TAK SUKA JANGAN BACA K….JANGAN KUTUK YA.!

MEMANG HARAM JADAH!




SAKIT HATI TAK KORANG TENGOK MAMAT NIE ANGKAT FUCK KAT NAMA ALLAH?

WOI AGAK2 AH…HORMAT AH SIKIT AGAMA ORANG LAIN.JANGAN LAH BIADAP SANGAT.TAK PERNAH ORANG ISLAM BUAT KURANG AJAR DENGAN AGAMA LAIN…SO JANGAN LAH KURANG AJAR SANGAT..DMH TAK TAHU APA AGAMA MANGKUK NIE (MUNGKIN JUGA BERAGAMA ISLAM,MUNGKIN KAT RUMAH DIA) TAPI MEMANG MANGKUK NIE ANAK HARAM JADAH.SEBAB BIADAP SANGAT DENGAN NAMA ALLAH.

KALAU DIA BERAGAMA ISLAM.CEPAT2 LAH MANGKUK NIE BERTAUBAT…KALAU DIA TAK BERAGAMA ISLAM,JANGAN CABAR UMAT ISLAM!

MANA PIHAK PERKASA,PSGM DAN NGO ISLAM/MELAYU YANG LAIN…MANA DIA PANGLIMA2 PERANG YANG NAK LUDAH MUKA ADAM ADLI 2.DARI KORANG DOK SIBUK MARAH KAT ADAM ADLI SAMBIL MENGAMPU PM TU BAIK KORANG KELUAR KENYATAAN FASAL MANGKUK NIE…PADA PANGLIMA LUDAH TU,LEBIH BAIK MELUDAH KAT MUKA MANGKUK NI SEBAB TINDAKAN DIA BIADAP TERHADAP NAMA ALLAH…


ADAM ADLI............!!



SIAPA MAMAT NIE?BLEH KATA HENSEM JUGA LAH...MACHO!NAK TAU GAK SAPA MAMAT NIE...
TAPI DALAM KEMACHOAN....DIA ADA SATU SEMANGAT YANG ORANG LAIN TAK BOLEH BUAT IAITU MENURUNKAN BENDERA PERDANA MENTERI DEKAT PWTC

WALAUPUN UMNO CAKAP SI ADAM ADLI NIE BIADAP KA NAK LUDAH MACAM PANGLIMA NIE KA?
AH LANTAK AH YANG PENTING BAGI DMH ADAM ADLI DAH JADI PERWIRA PADA MAHASISWA DAN MAHASISWI SUPAYA AMBIK TAU PASAL POLITIK DAN TIDAK BUAT HAL SENDIRI...
AUKU MEMANG HARUS DITENTANG...SEBAB MENYEKAT SUARA MAHASISWA...DAN ADAM ADLI ADALAH WIRA MAHASISWA...MAAF PADA SAPA YANG TAK MENYOKONG...TAPI BAGI DMH ADAM ADLI ADALAH WIRA!

WE ARE ALL ADAM ADLI!

WANITA IDAMAN (DARI MATA SEORANG LELAKI)




MATA TAK BOLEH TIDOQ...WALAUPUN TV DAH HABIS SIARAN SO DI SINI DMH NAK CERITAKAN SIFAT WANITA YANG MENARIK HATI LELAKI DARI MATA SEORANG LELAKI...


1.KEANAK-ANAKAN
-SIFAT KEANAK-ANAKAN SEORANG WANITA ITU BOLEH MENARIK DAYA TARIKAN LELAKI...WANITA NIE SANGAT SUKA MANJA MENYEBABKAN LELAKI SUKA PADA NYA...TAK DINAFIKAN DMH SUKA WANITA YANG KEANAK-ANAKAN SEBAB DEPA BOLEH MASUK KEPALA DENGAN KITA...TAK SUKA SEBENARNYA PEMPUAN YANG "COVER CUN"MAJORITI LELAKI PUN TAK SUKA JUGA

2.PENUH PENGERTIAN.
WANITA YANG MEMAHAMI PASANGAN NYA AMAT DISUKAI OLEH LELAKI.SIFAT TIDAK CEMBURU MEMBABI-BUTA MUDAH MEMAAFKAN,MEMILIH MASA YANG SESUAI UNTUK BERBINCANG AMAT MENYENANGKAN SEORANG LELAKI.

3.MENGHARGAI.
WANITA YANG MENGHARGAI PASANGAN NYA ADALAH MENJADI IDAMAN LELAKI.LELAKI SUKA DIHARGAI.KADANG-KADANG BILA LELAKI MEMBERIKAN WANITA SESUATU BARANG SEBAGAI HADIAH.HARGAILAH DIA...PALING KURANG PUN UCAPKANLAH TERIMA KASIH.KERANA LELAKI RASA DIHARGAI.



4.MENJAGA PENAMPILAN
LELAKI SUKA PADA WANITA YANG MENJAGA PENAMPILAN.TAK PERLU LAH MAKE UP YANG TEBAL.BIARLAH NAMPAK BERSIH CANTIK DAN MENARIK DI MATA SEORANG LELAKI.ITU SUDAH CUKUP MENARIK HATI SEORANG LELAKI. 
"NATURAL BEAUTY" LAGI CANTIK DARI "MAKE UP" TETEBAL.

5.PANDAI BERBICARA
LELAKI SUKA PADA WANITA YANG PANDAI BERBICARA.SEORANG LELAKI MUDAH BERASA BOSAN.SO UNTUK MENGELAKKAN BOSAN,SEORANG WANITA TU HARUS PANDAI BERBUAL DENGAN LELAKI DAN PANDAI MEMILIH TOPIK YANG SESUAI.

6.PANDAI BERGAUL.
LELAKI SUKA WANITA YANG BOLEH BERGAUL DAN PANDAI MENYESUAIKAN DIRI.WANITA TU HARUS TAHU BERKOMUNIKASI DENGAN ORANG YANG LEBIH TUA DAN LEBIH MUDA.WANITA ITU TIDAK KEKOK UNTUK BERADA DI MANA SAHAJA TAK KIRA DI KOTA DAN DI KAMPUNG.

7.MENGHORMATI DIRI SENDIRI
LELAKI SUKA PADA WANITA YANG PANDAI MENJAGA MARUAH DIRI DAN BERSIFAT SOPAN.WANITA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN TERHADAP DIRI TIDAK AKAN MERASA RENDAH DIRI DAN MEMBIARKAN LELAKI MELAKUKAN APA-APA TERHADAP DIRINYA.

8.PRIHATIN.
LELAKI SUKA KEPADA WANITA YANG MURAH HATI, MENGAMBIL BERAT DAN SAYANGKAN KANAK-KANAK.WALAUPUN TIDAK CANTIK DARI SEGI LUARAN BIARLAH KECANTIKAN DALAMANNYA MENARIK HATI LELAKI.


INILAH CIRI WANITA IDAMAN (DARI PERPEKSTIF SEORANG LELAKI,DAH DMH NIE LELAKI)KALAU MEREKA ADA SEMUA NIE ATAU SEBAHAGIAN DARI NYA...MEMANG MENJADI WANITA IDAMAN SEMUA LELAKI...
P/S:THANX SEBAB BACA...TAK BOLEH TIDO PUNYA PASAL LAH NIE BOLEH KELUAR ENTRY MACAM NIE...GOOD NITE SEMUA

9 JANUARI 2012

LAMA DMH TAK TULIS PASAI POLITIK....9 JANUARI NIE..MAHKAMAH AKAN UMUMKAN KEPUTUSAN PERBICARAAN KES DATO SERI ANWAR IBRAHIM...RASANYA BLOGGER BOLEH AGAK KAN DENGAN MENYAKSIKAN GAMBAR DI BAWAH....
DMH TAHU KERAJAAN SEKARANG TENGAH PENING KEPALA SAMA ADA NAK PENJARAKAN ANWAR ATAU TAK...BUT FOR DMH,BETTER PENJARAKAN ANWAR....LAGI SENANG KERAJAAN NAK CONTROL...TAK DA SAPA LEH KRITIK DEPA DAH....TAPI BAGI RAKYAT...PENGHANTARAN ANWAR KE PENJARA MENANDAKAN GENDANG PRU 13 SUDAH BERMULA...DAN....PAHAM PAHAM AH SENDIRI....APA JADI PADA BN LEPAS PRU 13....

P.S:- MENANTI NAJIB MENGUMUMKAN PEMBUBARAN PARLIMEN...

cantik x facebook baru ku...

TENGOK AH BERTAPA CANTIKNYA FACEBOOK DMH JADI NYA....SEKALI DMH TENGOK MACAM BLOG PULA....

Kucing Warisi Harta RM39 Juta!


    ROME – Seekor kucing terbiar yang diselamatkan di jalan raya di bandar raya ini, mewarisi harta berjumlah AS$13 juta (RM39 juta) daripada tuannya, balu seorang jutawan hartanah.
    Maria Assunta meninggalkan hartanya kepada kucing kesayangannya itu, Tommaso, selepas meninggal dunia dua minggu lalu ketika berusia 94 tahun.
    Kekayaan yang diwarisi kucing itu, termasuk wang tunai dan juga hartanah di Rome dan Milan serta tanah di Calabria.
    Ketika mula sakit dua tahun lalu, Assunta yang tidak mempunyai anak, mula memastikan Tommaso dijaga dengan baik selepas kematiannya. – Agensi .
    SUMBER:- MY NEWS HUB
    COMMENT DMH:-
    CIS!Jeles betul dengan kucing nie...nie boleh membuatkan kucing nie jadi kucing paling kaya di DUNIA...Tuan dia punya sayang kat dia sampai bagi harta kat kucing dia...mesti kucing nie kucing paling beruntung sebab dari kucing JALANAN sampai jadi kucing paling kaya di dunia....
    P.S:Rasa macam nak culik Kucing nie buat tebusan boleh ambik harta dia....


    ‎10 petanda menunjukkan dia adalah jodoh kita

    ASSALAMUALAIKUM

    Oleh : Lovely  Gunakan seluruh pancaindera,Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.  Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang lovely perkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita ;  

    1. Bersahaja Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.  Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.  

    2. Senang atau selesa bersama Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.  Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.  

    3. Terima kita seadanya Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.  Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.  Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.  

    4. Sentiasa jujur Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.  Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.  Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.  

    5. Percaya Mempercayai Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.  Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.  Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.  

    6. Senang Bekerjasama Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.  Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.  Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.  Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?  

    7. Memahami diri kita Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.  Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.  Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.  Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita. 

    8. Tampilkan kelemahan Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.  Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.  

    9. Kata hati Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.  Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.  

    10. Mimpi Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.  Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.  Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita..?  “ Manusia merancang, Allah menentukan..”

    SUMBER:



    DAULAT TUANKU

    SEKALUNG TAHNIAH UNTUK RAKYAT NEGERI KEDAH KERANA SULTAN KEDAH SULTAN ABDUL HALIM MUAD'ZAM SYAH DILANTIK SEBAGAI YANG DIPERTUAN AGONG YANG KE 14.

    Sultan Abdul Halim adalah sultan yang pertama yang menjadi YDPA untuk kali kedua selepas pemerintahan baginda sebagai YDPA pada 21 September 1970 untuk tempoh lima tahun yang berakhir pada 20 September 1975. Dan Sultan Abdul Halim adalah YDPA pertama yang akan bersemayam di Istana Negara yang bari di Jalan Duta.
    Dari PATIK sebagai RAKYAT NEGERI PULAU PINANG dan RAKYAT MALAYSIA.....
    DAULAT TUANKU
    DAULAT TUANKU
    DAULAT TUANKU





    TENGKU SOFIA & SEMBANG RAKYAT

    ASSALAMUALAIKUM
    Comel tak AWEK nie...?Comel kan...muka macam AWEK SINETRON kan...tapi MULUT LONGKANG...

     




    Nama dia TENGKU SOPHIA....Dia berasal dari JAKARTA INDONESIA dan beragama KRISTIAN...Pasai apa DMH cakap dia nie MULUT LONGKANG....dia menghina ISLAM dan menghina MALAYSIA...
    tengok sendiri ah apa dia cakap dalam twiter nya....TengkuSophia malas nak cakap dan komen...sebab orang macam nie cakap macam mana pun tetap dengan sikap dia...
    nie lagi satu...kalau tadi di INDONESIA...nie di MALAYSIA pula....da satu YOUTUBE CHANNEL nama    video nie "SEMBANG RAKYAT" yang nie pulak boleh lak menghina HUKUM HUDUD....dalam video nie MUSIM HUDUD....Korang tengoklah sendiri bertapa bangangnya fakta yang dikeluarkan oleh pelakon2 nie
    Kalau nak berpolitik pun takyah lah dihina hukum hudud tu....Hukum Hudud tu HUKUM ALLAH bukan HUKUM MANUSIA...tak paham lah DMH dengan diorang ni...kalau nak berpolitik pun tak yah ah sampai dihina hudud....INI KAH CONTOH NEGARA ISLAM dan 1 MALAYSIA yang dibanggakan kerajaan sekarang....


    DMH tak kisah ah siapa yang taja "SEMBANG RAKYAT" nie...tapi diorang dah hina HUKUM ALLAH...tak takut kah si PELAKON,KREW,PENAJA VIDEO SEMBANG RAKYAT dengan AZAB ALLAH...semoga MEREKA dan TENGKU SOPHIA meminta maaf dan bertaubat...

    PETUA MENCARI ISTERI


    1. KETIKA MENCARI CALON
    Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

    2. KETIKA MELAMAR
    Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

    3. KETIKA AKAD NIKAH
    Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

    4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
    Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

    5. KETIKA MALAM PERTAMA
    Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

    6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
    Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

    7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
    Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

    8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
    Cintailah isteri atau suami anda 100%

    9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
    Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

    10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
    Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

    11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
    Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

    12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
    Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

    13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
    Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.