Pengkikut blog

IKLAN lagi....

CARA - CARA MENDAPATKAN TIDUR MALAM YANG NYENYAK

Petua2 nak bagi tidur kita dalam keadaan nyenyak (complete set dengan mengeruh sekali)

Pertama.
Set masa tidur kita...kalau pukul 12 dah baring atas katil @ tidur...kena buat SETIAP HARI diulangi SETIAP HARI...mengantuk atau tidak...baring je atas katil.
Kedua.
Tutup semua lampu,tv,laptop,radio yang paling penting handphone..Switch off handphone sebab boleh ngelakkan kita dari sms pakwe/makwe,call, @ bagi perempuan tengok pakwe hensem KOREA.Letak handphone tu jauh dari katil atau tilam kita tidur yang tak tercapai oleh tanganmu (macam lagu elyana plak)
Ketiga.
Bayangkan pukul berapa kita nak bangun.kena buat hari- hari tak kisah lah hari biasa atau hari minggu kerana kita boleh set pukul berapa kita bangun esok.Orang tua-tua selalu kata,kena tepuk bantal yang kita nak guna sebelum tidur sambil niat pukul berapa nak bangun esok.Selalu aku buat macam nie berkesan walaupun aku tidur lambat.
Keempat.
Elakkan tidur siang.Jangan tidur siang sangat kalau rasa mengantuk di waktu siang tidur tidak lebih dari 45 minit dan jangan tidur selepas ASAR.Untuk mengelakkan mengantuk di waktu siang.bagi kena cahaya matahari sekurang2 nya 45 minit.
Kelima.
Elakkan minum KOPI masa makan malam.Kopi dan minuman bercaffien nie menyebabkan kita tak boleh tidur.sebab tu kalau rasa mengantuk digalakkan minum kopi.

Keenam.
Hisap rokok sekurang-kurang nya 2 jam sebelum tidur.Pada penagih rokok (macam aku) hisap rokok sekurang2 nya 2 jam sebelum tidur.

Ketujuh.
Jadikan katil sebagai tempat untuk tidur. Jangan duk UPDATE BLOG (macam aku) atas katil,buat kerja pun atas katil,makan pun kalau boleh atas katil.Jangan diamalkan.Cuba displinkan diri yang katil tu hanya untuk tidur sahaja.So bila kita baring mesti rasa tidur punya lah.

Kelapan.
Minum Susu.kalau boleh minum susu ang ada lactium macam susu badan sebab kita boleh rasa calm macam bayi rasa lepas menyusu.Tapi kalau dah besar minum DUTCH LADY cukup lah.Tok sah duk menggatai cari susu badan.

Kesembilan.
Pakai baju tidur untuk tidur. pakai lah t-shirt dengan seluar ke kain pelikat ka boxer ka tak pakai apa pun tak palah janji korang pakai untuk tidur SAHAJA.asingkan baju tidur dengan baju jalan dengan seluar jeans.Sebab bila kita pakai baju tidur,otak kita tahu yang kita dah nak tidur so automatik mengantuk pun akan tiba.

Aku pun mesti amalkan benda nie sebab semua nya nie betul dan fakta.sebenarnya mata aku pun duk mengantuk nak tidur.

 GOOD NITE SEMUA...NAK COVER TAK CUKUP TIDUR SEMALAM.

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers