Pengkikut blog

IKLAN lagi....

SEIN DAN NANA BERPISAH???

Sein & Nana Cerai Talak Satu

Peserta Sehati Berdansa 3, Sein & Nana Cerai Talak Satu
SHAH ALAM: Juara rancangan realiti, Sehati Berdansa Musim Ketiga, Sein dan Nana bercerai dengan talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, pada Rabu.
Sein, 27, yang merupakan anggota kumpulan Ruffedge melafazkan talak pada pukul 2.46 petang, selepas mahkamah membenarkan permohonan Nana, 26, untuk berpisah secara baik.
Nana yang pernah mencuba nasib dalam dunia seni dengan menyertai rancangan realiti, Mentor musim pertama memfailkan permohonan itu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.
Prosiding perceraian tersebut berlangsung di hadapan Hakim Syarie Zainor Rashid Hassin dan Nana diwakili peguam syarie, Zuri Zabudin Budiman. Sein atau nama sebenarnya Syed Hussein Syed Mustafa tidak diwakili peguam syarie.
sein & nana
Zuri Zabudin memberitahu, permohonan untuk bercerai itu difailkan ekoran pasangan tersebut tidak lagi mempunyai persefahaman dalam rumah tangga yang dibina sejak Julai 2006.
“Pasangan ini tidak dapat lagi menjalani kehidupan sebagai suami isteri dan telah wujud perbalahan yang berpanjangan. Mereka masih tinggal serumah tetapi tidak tidur bersama. Pelbagai usaha telah dijalankan tetapi tiada jalan penyelesaian,” katanya.
Zainor Rashid selepas mendengar lafaz tersebut, mensabitkan gugur talak satu kali pertama secara rajie terhadap Nana dan memerintahkan dia untuk beredah selama tiga kali suci. Beliau juga memerintahkan supaya perceraian itu didaftarkan di Pejabat Agama Daerah Petaling dan surat nikah pasangan tersebut dibatalkan.
Pada prosiding sama, mahkamah juga merekodkan persetujuan bersama Nana atau nama sebenarnya, Noor Diyana Muhammad dengan Sein yang timbul daripada perceraian tersebut. Ia meliputi nafkah edah, mutaah dan harta sepencarian serta hak penjagaan dua anak mereka, iaitu Syed Tamriz Al-Qudsy, 3, dan Sharifah Inaiya Al-Qudsy, 1,
Hak jagaan anak diberikan kepada Nana manakala Sein diberikan hak melawat dan bermalam selama tiga hari bermula pukul 12 tengah hari Jumaat sehingga 12 tengah hari Isnin atau pada masa-masa munasabah yang dipersetujui bersama.
Pasangan itu juga bersetuju agar hak untuk bersama dan bermalam semasa cuti persekolahan dibahagi secara rata manakala giliran berhari raya dibuat secara bergilir-gilir dan bertukar setiap tahun. Sein juga akan membayar nafkah dua anaknya sebanyak RM1,000 sebulan yang meliputi keperluan harian seperti makan minum, yuran persekolahan dan kelas tambahan.
Dia juga bersetuju untuk menanggung perbelajaan musim persekolahan dan Hari Raya Aidilfitri sebanyak RM500 setiap satu untuk setiap seorang anak. Nana pula bersetuju untuk menerima nafkah edah RM500 setiap bulan bagi tiga bulan, RM500 sebagai mutaah dan semua bayaran tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun banknya.
Pasangan itu juga bersetuju tidak akan membuat sebarang tuntutan berhubung harta sepencarian antara satu sama lain. Zainor Rashid pada penghakimannya memuji penyelesaian yang dibuat oleh Sein dan Nana untuk menyelesaikan isu perceraian itu secara baik.
“Mahkamah berpendapat kedua-dua pihak tidak mementingkan diri dan lebih mengutamakan anak-anak hasil pernikahan. Perdamaian ini yang digalakkan oleh Islam dan dapat mendatangkan kebaikan,” katanya. via – Mstar Online
Comment Lepat:

Susah nak percaya penceraian juara Sehati Berdansa Musim Ketiga...masuk pasangan ini,dah 8 pasangan dah bercerai...sebab diorang nie memang sweet couple...so susah nak percaya sikit lah...alah x palah jodoh pertemuan di tangan tuhan kalau tak sesuai tu bercerai je lah...hope Sein dgn Nana dapat cari jalan penyelesaian yang terbaik sebab cerai bukan jalan terbaik...bergegar Arasy Allah bila mendapat berita penceraian pasangan anak Adam...lepas nie giliran siapa pula????

GI JUMPA MAK MERTUA


Apa kena mengena filem "Ibu Mertua ku" dengan entry aku kali ni.Saja ja tajuk entry kasi gempak sikit buat macam aku nak jumpa bakal mak mertua aku...memang pun tapi teman membe aku ja...Sebenarnya satgi aku nak gi teman membe aku NAJMI gi kedai 'mak mertua' dia kat TITI SERONG...Sebenarnya dia nak gi jumpa makwe dia dekat kedai mak dia sebab mak dia meniaga laksa dekat TITI SERONG..dekat dengan Masjid Tebuk Haji Musa Titi Serong

Najmi dekat dah dengan masjid boleh aku bawak hang pi menikah ja...mak dan ayah dia pun dah dekat dengan masjid ni..hahahaha....anyway petang ni aku dapat makan LAKSA free dengan ABC sambil menikmati pemandangan rumah kampung...


tengok2 macam ni tetiba rasa lapar lak



PARIT BUNTAR



Kalau aku naik Keretapi selalu nampak signboard ni *tanda pengenalan* (gambar terpaksa ditukar sebab ada orang sound tadi)

selalu orang bertanya pada aku,"hang asal mana"...soalan 2 sebenarnya susah aku nak jawab...sebab aku duk kat sempadan 3 negeri KEDAH,PENANG dengan Perak...memang ikut IC dia tulis aku asal Nibong Tebal...tapi bagi aku aku masih lagi anak PARIT BUNTAR....maklumlah aku lebih rapat dengan Parit Buntar...Pekan Parit Buntar lebih dekat dengan Taman aku dari Pekan Nibong Tebal....

Jam Besar menjadi lambang kepada Pekan Parit Buntar..

Parit Buntar terletak di Utara Perak...sempadan dengan Nibong Tebal,Pulau Pinang dengan Bandar Baharu di Kedah...pembagunan Parit Buntar nie tak pesat macam bandar2 lain tapi bandar ni ada keunikan dia sendiri...Kalau orang sampai Parit Buntar mesti takkan sesat punya sebab bandar ni simple ja..

Kenapa aku katakan aku duk Parit Buntar,sebab bandar ni jadi tempat aku buat aktiviti harian aku. macam aku pi bank ka isi minyak ka aku mesti pergi bandar Parit Buntar...
aku bersekolah menengah pun dekat SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI PERAK..dalam kawasan Parit Buntar juga...
BEKAS SEKOLAH KU....
apa yang special kat PARIT BUNTAR nie....CHAR KUEY TIAW... dengan harga RM2.50 orang boleh makan kenyang dah dengan Char Kuey Tiaw kat Parit Buntar


char kuey tiaw Parit Buntar mari!!!

Dulu kalau nak pi tengok wayang tak yah pi sampai Butterworth sebab kat Parit Buntar sendiri ada panggung wayang...tapi panggung wayang dia tayang filem yang lambat sebulan kekadang tu berpanas sebab panggung wayang nie pakai kipas ja...
tapi sekarang dah tak da dah sebab Tokey Wayang tu dah jual Panggung Wayang dia dekat Kedai makan Cina...
  KAPITOL DALAM KENANGAN * sekarang dah jadi kedai makan cina*
kalau bagi couple2 atau nak bawak keluarga beriadah mesti lepak kat tepi Sungai Kerian sebab situ je tempat best untuk warga Parit Buntar...Kalau kaki2 mancing pun kekadang diorang memancing ikan kat situ...

Bak kata orang tua tua,tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermain...Parit Buntar tempat yang akan ku kenang walaupun di mana aku belajar atau merantau ke mana pun....


Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers