Pengkikut blog

IKLAN lagi....

PARIT BUNTAR



Kalau aku naik Keretapi selalu nampak signboard ni *tanda pengenalan* (gambar terpaksa ditukar sebab ada orang sound tadi)

selalu orang bertanya pada aku,"hang asal mana"...soalan 2 sebenarnya susah aku nak jawab...sebab aku duk kat sempadan 3 negeri KEDAH,PENANG dengan Perak...memang ikut IC dia tulis aku asal Nibong Tebal...tapi bagi aku aku masih lagi anak PARIT BUNTAR....maklumlah aku lebih rapat dengan Parit Buntar...Pekan Parit Buntar lebih dekat dengan Taman aku dari Pekan Nibong Tebal....

Jam Besar menjadi lambang kepada Pekan Parit Buntar..

Parit Buntar terletak di Utara Perak...sempadan dengan Nibong Tebal,Pulau Pinang dengan Bandar Baharu di Kedah...pembagunan Parit Buntar nie tak pesat macam bandar2 lain tapi bandar ni ada keunikan dia sendiri...Kalau orang sampai Parit Buntar mesti takkan sesat punya sebab bandar ni simple ja..

Kenapa aku katakan aku duk Parit Buntar,sebab bandar ni jadi tempat aku buat aktiviti harian aku. macam aku pi bank ka isi minyak ka aku mesti pergi bandar Parit Buntar...
aku bersekolah menengah pun dekat SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI PERAK..dalam kawasan Parit Buntar juga...
BEKAS SEKOLAH KU....
apa yang special kat PARIT BUNTAR nie....CHAR KUEY TIAW... dengan harga RM2.50 orang boleh makan kenyang dah dengan Char Kuey Tiaw kat Parit Buntar


char kuey tiaw Parit Buntar mari!!!

Dulu kalau nak pi tengok wayang tak yah pi sampai Butterworth sebab kat Parit Buntar sendiri ada panggung wayang...tapi panggung wayang dia tayang filem yang lambat sebulan kekadang tu berpanas sebab panggung wayang nie pakai kipas ja...
tapi sekarang dah tak da dah sebab Tokey Wayang tu dah jual Panggung Wayang dia dekat Kedai makan Cina...
  KAPITOL DALAM KENANGAN * sekarang dah jadi kedai makan cina*
kalau bagi couple2 atau nak bawak keluarga beriadah mesti lepak kat tepi Sungai Kerian sebab situ je tempat best untuk warga Parit Buntar...Kalau kaki2 mancing pun kekadang diorang memancing ikan kat situ...

Bak kata orang tua tua,tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermain...Parit Buntar tempat yang akan ku kenang walaupun di mana aku belajar atau merantau ke mana pun....


3 ulasan:

  1. Assalamualaikum, orang PB memang sempoi lah...
    salam singgah kenai dari pCL...

    mohon izin copy paste pic trademark PB kat sini..silakan singgah ya...

    Suatu Ketika Dulu

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  3. That is great to hear, thank you for reading!

    BalasPadam

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers