Pengkikut blog

IKLAN lagi....

LAPTOP BARU...

aku baru dapat LAPTOP baru....bukan laptop ah....NOTE BOOK...AKU baru dapat semalam (thanx mama dengan abah)boleh lah aku on9 FACEBOOK dan UPDATE BLOG dengan rakusnya tanpa memerlukan pinjaman dari sahabat kat rumah aku...THANX ALANG...For bagi pinjam laptop walaupun terpaksa..hehehehehe jasamu ku kenang...
sekarang aku sedang menonton MERLIN selepas tersiksa menonton MENTOR 5 yang penuh dengan drama...tak paham aku adakah penting jadi penyanyi sehingga sanggup memalukan diri menangis...bagi aku banyak kerja lain lagi selain dari penyanyi...tak yah lah buloq sangat nak jadi penyanyi kalau bakat lebih kurang ja...sorry aku tau sora aku tak sesedap mana..tapi aku tak sanggup memalukan diri aku masuk tv...
entah lah...kadang2 tu lawak gak tengok.
memang statement aku agak poyo...mesti depa kata aku jeles...tapi tak ah takda masa aku nak jeles...Adakah korang nak jadi penyanyi sebab nak jadi glamor...tak payah ah....biar low profile tapi rezeki tu halal...kalau ada bakat 2 pilah masuk AKADEMI AL-QURAN....lagi baguih....

PENGKID

Saja aku bawak ENTRY ini...PENGKID nie merupakan gaya penampilan perempuan yang maskulin dan kadangkala berorientasi homoseksual.Penampilan mereka termasuk gerak laku, berpakaian, penampilan, percakapan dan rupa seolah-olah lelaki, di mana kesemua ciri-ciri ini sering dikaitkan dengan lesbianisme. Golongan ini menonjolkan identiti gender dan seksualiti yang sering dilaporkan sebagai naluri semulajadi mereka.nak kenal PENGKID senang ja...Pengkid tidak berbaju kurung, tidak bersolek dan jauh sekali memakai kasut bertumit tinggi, pastinya. Memakai seluar slack atau jeans, berkemeja menjadi pilihan. Malah ramai keluar menampilkan diri di khalayak ramai berseluar pendek dan menggenakan t-shirt sukan.



Dalam Islam pengkid nie haram dan
 tidak dibenarkan dalam ISLAM....kat MALAYSIA sendiri statistik PENGKID nie tak menurun...cuma aku nak tau apa motif mereka jadi PENGKID..ada aku pernah sembang dengan seorang pengkid...dia kata dia jadi PENGKID sebab kecewa dengan lelaki...apa punya reason macam 2....ada gak pempuan yang cun2 pilih pengkid sebab depa memahami naluri wanita....aduh tak paham aku...dah nama pun perempuan mesti paham naluri kaum sejenis macam lelaki bercinta dengan PONDAN ah....

Kepada insan-insan bergelar PENGKID,INSAFLAH....korang pun perempuan juga...tak yah nak melawan ketentuan ALLAH....


Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers