RAMAI INGAT LAGI KISAH LEPAT? AKU PUN INGAT LAGI KISAH LEPAT...KISAH SEORANG AYAH YANG DI LARIKAN ANAK NYA OLEH BEKAS ISTERI NYA.
Tiga belas tahun anak dilarikan bekas isteri
KUALA LUMPUR: Pelukis potret, Ismail Ariffin atau Lepat yang mengalami tekanan perasaan sejak 13 tahun lalu selepas anaknya, Sunni Sazali, dilarikan bekas isterinya, mahu menyaman Mahkamah Syariah negara ini. Lepat, 42, mengakui kejadian masih menghantui dirinya hinggakan beliau mengalami gangguan emosi dan tekanan hidup kronik kerana berjauhan dengan anaknya yang ketika itu berusia dua tahun. Dia kecewa dan mendakwa Mahkamah Syariah Pulau Pinang tidak membantu memastikan kes hak penjagaan Sunni mencapai keputusan sama ada memihak kepadanya atau bekas isterinya, warga Britain, Aishah Jane Brummit.
“Selepas berfikir sekian lama, saya rasa keadilan perlu dituntut kerana ia berpunca daripada kelemahan pihak terbabit (Mahkamah Syariah) hingga menyebabkan saya kehilangan Sunni.
“Bila terkenangkan nasib Sunni, terutama soal iman dan risaukan kalimah syahadah Sunni, saya menjadi runsing dan bimbang,” dakwanya ketika dihubungi di Bremen, Jerman di sini, semalam.
Tiga belas tahun lalu, negara dikejutkan berita mengenai Aishah melarikan anaknya hasil perkongsian hidup dengan Lepat selepas pertemuan dengan anaknya atas perintah Hakim Mahkamah Syariah Pulau Pi-nang, Othman Ibrahim.
Pada 1 April 1997, mahkamah berkenaan mengeluarkan perintah membenarkan Aishah bertemu Sunni setiap pagi Sabtu di pekarangan Balai Polis Lebuh Pantai, Georgetown.
Bagaimanapun, Aishah mengambil kesempatan daripada perintah itu dengan merancang melarikan Sunni ke luar negara menerusi sempadan di Bukit Kayu Hitam.
Malah, insiden itu bukan yang pertama, sebaliknya setahun sebelum itu, Aishah pernah melarikan Sunni ke negara asalnya sebelum Lepat berusaha ‘merampas’ anak sulungnya itu ketika sedang tidur di kediaman keluarga mentuanya di Devon, England.
Kini, pasangan yang sudah berpisah itu membawa haluan masing-masing dengan Aishah, 38, menetap bersama Sunni, 15, di Devon, manakala Lepat yang berkahwin kali kedua dengan rakyat Jerman, kini tinggal bersama isteri yang juga penuntut peringkat sarjana bidang psikologi di Universiti Bremen, Nor Azlina Caesar Abdullah, 26, dan anak perempuan mereka, Siti Aminah yang berusia tiga tahun di negara berkenaan.
Lepat yang berasal dari Bagan Lebai Tahir, Butterworth, mendakwa kelemahan sistem kehakiman mahkamah berkenaan, di tambah persepsi negatif terhadap dirinya menyebabkan beliau terpaksa menanggung rindu berpisah dengan Sunni.
Menyingkap kejadian pada 5 Julai 1997, Lepat yang menjalani pembedahan pankreas tahun lalu dan menghidap penyakit buah pinggang, berkata tindakannya ‘mengintai’ Sunni dan Aishah dari bangunan bersebelahan balai polis menimbulkan rasa tidak puas hati bekas isterinya, menyebabkan mahkamah mengarahkan beliau tidak mengulangi perbuatan itu.
“Arahan itu juga menyebabkan Sunni berjaya dibawa ke luar negara kerana tidak ada pihak yang mengawasi pergerakan Aishah. Ketika itu, saya ke kedai makanan segera membeli kentang goreng untuk Sunni dan apabila tiba di pekarangan balai polis, kelibat kedua-duanya sudah tidak kelihatan,” dakwanya.
INFO
Rentetan peristiwa
Februari 1996 – Aishah larikan Sunni ke England kali pertama sebelum
Lepat merampasnya dan membawa pulang ke Malaysia.
5 Julai 1997 – Sunni dilarikan Aishah buat kali kedua dengan menyeberangi sempadan di pintu Bukit Kayu Hitam.
Ogos 1997 - Aishah mendapat hak penjagaan terhadap Sunni daripada mahkamah di London.
SUMBER:-
http://www.bharian.com.my/articles/LepatmahusamanMahkamahSyariah/Article/
ANAK LEPAT YANG DILARIKAN, SUNNI |
LEPAT SEKARANG BAHAGIA DI BREMEN, GERMAN BERSAMA ISTERI, LINA DAN DUA ANAK NYA AMINAH DAN AHMAD AZALI.WALAUPUN BAHAGIA, SAKIT RINDU TERHADAP ANAKNYA,SUNNI MAKIN MENEBAL.
ANYWAY SEKARANG LEPAT DOK WAT VIDEO DALAM YOUTUBE.COM..SEARCH justpLt..BOLEH AH KORANG TENGOK DIA BERSAMA KAWAN2 NYA BERBICARA TENTANG ISU SEMASA DI MALAYSIA.
SEBENARNYA BANYAK BENDA DIDEDAHKAN DALAM VIDEO NIE YANG JARANG DIKETAHUI SEPERTI ILMU MENGENAL DIRI DAN MENGENAL ALLAH DAN SEBAGAINYA.INGAT DALAM MASTIKA, LEPAT JADI HANGAT DAN DITUDUH SESAT OLEH HARIAN METRO.NOW WE WILL HEAR OTHER SIDE OF THAT STORY FROM LEPAT.THANX BRO.!!!
COMELKAN ANAK LEPAT AMINAH DAN AZALI |
MEMANG PADA KITA YANG TAK KENA BOLEH KATA LEPAT MACAM2, GILA LAH, SESAT LAH, IMEJ DREADLOCK DIA LAH...CUBA BAYANGKAN KITA DI TEMPAT DIA.ENTAH APA KITA BUAT YA?
P/S:- ANYWAY AKU TAK DA KATA NAK STORY DAH TENTANG LEPAT.....ANYWAY, LEPAT, I SEE ALL YOUR VIDEO AND I WANT TO SAY 3 WORDS, I RESPECT YOU!!!!
salute to u n lepat
BalasPadamAbang Lepat need Justice! Dah lah secara paksa haknya sebagai seorang ayah dirampas, dan kini, adakah anaknya masih menganggap beliau ayah? Sedangkan Sunny tidak jelas duduk perkara sebenar yang berlaku.
BalasPadamABG lepat seorang yang baik walaupun aku tak mengenalinya...tapi aku rasa dia seorang yang baik orang nya...semga Abg lepat bahagia dan dipermudahkan segala urusan
Padami love lepat
BalasPadamsalam semua....trima kaseh pasai hampa slalu ambil berat pasal saya dan keluarga....
BalasPadamAbang lepat.pls call sy.sy dah follow semua yg Abg suh DLM Nk kenal diri.0199386930(zack)
PadamSaya dah baca buku abg lepat..terima kasih si babi hutan..byk nasihat2 dari arwah ayah abg lepat dan dari abg lepat sdri..xrugi beli..
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Padamapa saja untuk abg lepat..
BalasPadamkebenaran harus ditegakan!!..
really respect him..
BalasPadamAda sebab
BalasPadamTanya diri
Segera daftarkan diri Anda bersama S128Cash.
BalasPadamS128Cash merupakan Situs Betting Online Teraman dan Terpercaya yang menyediakan semua permainan Populer, seperti Sportsbook, Live Casino, Sabung Ayam Online, IDN Poker dan masih banyak permainan lainnya.
Kini S128Cash hadir dengan memberikan berbagai PROMO BONUS, seperti :
- BONUS NEW MEMBER 10%
- BONUS DEPOSIT SETIAP HARI 5%
- BONUS CASHBACK 10%
- BONUS 7x KEMENANGAN BERUNTUN !!
Jadi bagi Anda yang mencari Situs Betting Online Teraman dan Terpercaya, disinilah tempatnya !!
Untuk informasi lebih lanjut, bisa hubungi kami melalui :
- Livechat : Live Chat Judi Online
- WhatsApp : 081910053031
Link Alternatif :
- http://www.s128cash.biz
Judi Bola
Situs Judi Bola Online
Makrifat tgi hilang anak dh down
BalasPadamsaya ad seorang kawan .. dia trlalu taksub dengn lepat dan dia bgitau lepat ' muhamad ' .. so disini saya harap sngat dapat berhubung sendiri dengan lepat .. tlong hubungi saya
BalasPadamSumer org got masaalah brov
BalasPadamPemuda Sarawak hadir. Lama dah blog ni rupanya. Aku tergerak hati nk tau tentang Lepat. Apapun semoga lepat di permudahkan segala urusan dunia dan di akhirat 🤲
BalasPadamHanya jauh hari mengenal manikam
BalasPadamSemoga lepat dirahmati Allah setelah mengharungi pelbagai ujian kehidupan
BalasPadam