Pengkikut blog

IKLAN lagi....

TERBONGKAR SAPA SEBENARNYA USTAZ AZHAR?

LISTEN! LISTEN! BACA ARTIKEL DI BAWAH DAN NILAIKAN SENDIRI!(BUKAN HASIL DARI AKU YA)
Model antarabangsa yang mirip Ustaz Azhar Idrus (UAI)?

Dewasa ini kecoh kononnya terdapat seorang individu yang mempunyai aura sakti 'Super Star' yang mampu menarik perhatian dan minat orang ramai untuk hadir setiap program atau ceramahnya di mana-mana sahaja.

Untuk merasai bahang saktinya dan fenomena kononnya melanda umat melayu sekarang ini, penulis telah hadir dalam satu ceramahnya di Masjid Sultan Salahuddin Abd. Aziz Shah di Shah Alam.

Memang terbukti! Untuk pertama kalinya masjid kebanggaan penduduk di Shah Alam itu penuh sepenuhnya hingga penulis terpaksa berjalan kaki sejauh 1km untuk sampai ke Masjid kerana parkir jauh.

Kepadatan jemaah yang hadir juga dikatakan melebihi bilangan jemaah ketika Solat Jumaat. Terdetik di hati penulis, memang sakti gaban ini!

Keadaan di Masjid seolah-olah seperti pesta. Dengan gerai-gerai penuh didirikan di sekitar Masjid. Tidak ketinggalan gadis-gadis solehah antara yang hadir mencuit perhatian penulis.

Penulis sempat cuci mata. Kata-kata orang tua, di Masjid lah sesuai untuk cari pasangan hidup. Namun melihat kepada suasana di sana, penulis tidak pasti akan kebenaran kata-kata itu.

Ketika sibuk cuci mata sambil menunggu azan maghrib berkumandang. Penulis tertarik dengan sebuah gerai yang menjadi tumpuan orang ramai di situ.

Penulis mendekati untuk mengetahui apa yang berlaku di sana. Wow! rupanya gerai itu menjual baju, sticker dan lain-lain eksesori yang tertera gambar Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang menjadi penceramah pada malam itu.

Melihat gelagat orang-ramai di gerai itu, memang ramailah yang taksub kepada UAI ini, bisik hati penulis.

Ruang solat Utama memang 'pack'. Jemaah berebut-rebut untuk masuk hingga ada aksi tolak-menolak. Penulis geleng kepala melihat gelagat tok-tok janggut itu. Harapkan janggot je panjang, tapi gelagat macam jenglot!

Selepas selesai solat Maghrib, ingatkan nak buat Solat Sunat selapas Maghrib. Malangnya, sudah tiada lagi ruang untuk sujud. Tiada lagi ruang untuk bergerak. Ini kerana orang ramai semakin berpusu-pusu masuk ke dalam ruang solat utama hingga keadaan dah macam 'tin sardin'.

Adakah ini fenomena atau penyakit umat melayu sekarang?

Keadaan itu membuatkan penulis semakin tertanya-tanya dan bersemangat untuk mengetahui apa yang membuatkan sehingga orang ramai bersikap sedemikian rupa terhadap UAI.

Kemuncaknya sudah tiba, sebaik diumumkan ketibaan UAI, penulis dapat melihat perubahan wajah rata-rata jemaah. Penulis dapat melihat keghairahan mereka untuk meyaksikan kelibat UAI. Terus terang, situasi ketika itu tidak menggambarkan kami berada di dalam Masjid. Keadaan seperti berada di 'Anugerah Bintang Popular'.

Penulis cuba memberi tumpuan untuk mendengar ceramah UAI. Sekali lagi penulis jadi pelik, tertanya dalam hati. Ini ceramah ke persembahan 'Raja Lawak'.

Mana tidaknya, apa sahaja yang keluar dari mulut UAI pasti jadi bahan ketawa jemaah yang hadir. Penulis semakin pelik!

Penulis merasakan ceramahnya biasa sahaja. Mungkin lawaknya yang luar biasa. Tiada beza antara Zizan 'raja lawak' dan UAI. Yang membezakan adalah penampilan mereka sahaja. Penampilan UAI yang berjanggut panjang malah lebat serta pemakaian jubah dan kopiahnya yang menampakkan dia seperti ulama dan warak.

Dari segi perwatakan biasa sahaja. UIA adalah pelawak seperti pelawak-pelawak lain yang sentiasa mendapat sambutan hangat orang ramai yang dahagakan lawak-lawak mereka. Itu Sahaja!

Itulah ikon orang muda yang kononnya yang cuba disensasikan dan digunakan oleh PAS dalam program-program mereka.

Malam itu adalah malam 'pelik sedunia' buat penulis.

Mungkin sedikit sebanyak video di bawah boleh memberi gambaran siapa Azhar Idrus sebenarnya.
 SUMBER:http://shahalamrebels.blogspot.com/2012/06/terbongkar-siapa-sebenarnya-ustaz-azhar.html 
HOK BODO!AKU BACA TAJUK PUN AKU DAH RASA BANGANG KENAPA?
INILAH SIKAP MELAYU,TAK LEH TENGOK ORANG LAIN BERJAYA, MULALAH SIKAP BERDENGKI!
BAGI AKU ITU CARA USTAZ AZHAR MENARIK PENONTON...X SALAH PENDEKATAN DIA..ITU MUNGKIN CARA DIA...MEMANG DIA AGAK PRO PAKATAN RAKYAT.TAPI, DIA JARANG BERPOLITIK DALAM CERAMAH2 DIA...KALAU TAK,MACAM MANA DIA BOLEH MASUK ASTRO OASIS? SIAP ADA RANCANGAN SENDIRI "KEMAH KEMING USTAZ AZHAR"....AKU PUN TAK CUKUP AMALAN TAPI TAKDALAH NAK KUTUK USTAZ MACAM NI...

\

DMH: TANDA KIAMAT DAH NAMPAK, BILA ULAMA DISANGGAH, DAN ORANG JAHIL DIANGKAT....RENUNG-RENUNGKAN!!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan