Pengkikut blog

IKLAN lagi....

BOSAN


Sebenarnya aku tengah bosan nie tak tau nak wat pa...saja ja nak update blog menceritakan kebosanan aku



aku tengah lepak kat cyber cafe kat TAMAN PEKAKA.online facebook pun tak de sapa friends aku yang boleh dikacau...so skrg ni aku nak blah dah untuk menghilangkan kebosanan dan sambil memikirkan idea2 baru untuk aku update dalam blog ni...sambil memikirkan idea tu aku nak mlepak kt kedai membe aku dulu dekat D'Kerepek!


Nie lah masalahnya tak da awek nie....kalau nak hilangkan bosan boleh gak bersms dengan awek... tapi tak kisah kawan ramai leh ajak bersembang....

PERBEZAAN KAD PENGENALAN DULU DAN KINI

bahan nie aku jumpa kat blog member aku....


bahan yang saya jumpe adalah......
"KAD PENGENALAN DIRI"
 saya just nak bezakan kad pengenalan dulu & sekarang.
banyak sangat perbezaan.
korang tak percaya?
tengok & nilai lah sendiri.




kad pengenalan dulu siap ada cop jari kat sebelah gambar. no kad pon lain.



yang nie dah improve sikit la.



nie lah kad pengenalan zaman sekarang. iblis pun kene ada kad pengenalan diri sebelum dye nak hasut umat islam tau. =)



ultraman pun ada kad pengenalan jugak. lepas nie leh la mintak tolong dye nak hapuskan makhluk-makhluk perosak yang ada sebab dye dok kat KL je.



yang nie lagi satu. selama nie dia orang Sabah. tak ngaku pulak. nasib baik lawak dye menjadi. kalau tak. hurm jantina tu rasanya kene selidik dulu kot. =)



dan yang terakhir kad pengenalan sponge bob. orang bote je.



berakhirlah sudah entri saya kali nie.
betol tak saya cakap.
banyak perbezaan antara kad pengenalan dulu & sekarang.








TIGA FILEM DALAM KEPALA


tengah berfikir dalam kepala hotak aku sekarang antara tiga filem MELAYU yang menarik untuk ditonton pada cuti sem ni....

1) Ngangkung
Sinopsis:
Filem ngangkung mengisahkan Azim, seorang pemandu lori yang hidup sederhana di sebuah perkampungan pinggir bandar bersama isteri, Suri dan anak perempuannya. Azim mempunyai dua orang kawan baik iaitu Tasnim dan Wan. Tasnim dan Wan memang merupakan ‘kaki ekor’ d8an aktiviti mereka memang diketahui oleh isteri masing-masing.
Azim yang pada asalnya tidak pernah menghiraukan aktiviti rakan-rakannya akhirnya terpengaruh juga kerana desakan dan kesempitan hidup. Ditambah pula dengan kejayaan Tasnim mengubah gaya hidup setelah berjaya memenangi nombor ekor hasil ngangkung. Bermula dengan hanya untuk melihat, kian hari Azim semakin seronok mengikut Tasnim dan Wan walaupun secara senyap tanpa pengetahuan Suri.
Pelbagai cara dan berbagai jenis bomoh mereka jumpa demi mendapatkan nombor untuk mereka beli. Banyak kejadian seram dan lucu terjadi sepanjang mereka mengangkung. Perubahan ketara dalam hidup Azim berlaku apabila dia terlibat secara lebih serius sehingga mengabaikan keluarga akibat taksub untuk mendapatkan nombor ekor. Begitu juga dengan Tasnim dan Wan.
Sehingga satu hari berlaku kejadian yang benar-benar mengubah hidup mereka. Apakah kesudahan hidup mereka? Dan berjayakah mereka mendapatkan apa yang mereka hajati? Segalanya terjawab dalam “NGANGKUNG”. 

2) Aku masih dara.
Sinopsis:

Sebuah filem yang menyentuh isu kerosakkan akhlak di kalangan remaja dan mengupas ragam kehidupan gadis-gadis zaman sekarang yang bebas dewasa tanpa bimbingan ibubapa yang terlalu sibuk mencari wang bagi menyara kehidupan. Aleesya, Sofea dan Hani merupakan tiga rakan rapat yang mempunyai latarbelakang keluarga yang berbeza. Masing-masing juga mempunyai pandangan berbeza tentang Islam, berdasarkan cara mereka dibesarkan oleh ibubapa masing-masing. Aleesya mempunyai didikan agama yang asas – boleh mengaji dan tahu sembahyang.

Namun, membesar dalam persekitaran yang serba moden dan sosial menyebabkan beliau leka pada tuntutan agama. Sofea pula dibesarkan tanpa didikan agama, Sofea dibesarkan dalam suasana serba kebaratan, Sofea tidak tahu solat dan tak tahu mengaji. Hidupnya penuh dosa dan noda sehingga dia kurang tenang walaupun mempunyai segala galanya. Hani pula membesar dalam keluarga yang susah. Beliau kurang didikan agama lantaran ibubapa yang terlalu sibuk mencari sesuap nasi untuk mereka sekeluarga. Hani senantiasa menyalahkan ibubapanya dan adakala salahkan Tuhan kerana tidak mengubah nasib beliau sekeluarga. Untuk hidup senang, beliau mengambil jalan mudah, menjadi pengedar dadah secara kecil-kecilan dan menjerumus dalam hidup penuh noda, dunia yang mana semuanya ‘halal’.

Hani mendapat bekalan dadah daripada teman lelakinya, Zachery, yang merupakan ketua pengedar dadah di kawasan flat tempat tinggalnya. Perbezaan pandangan mereka tidak menghalang persahabatan mereka bertiga sehingga kemunculan Firdaus, sepupu Aleesya yang warak. Firdaus pentingkan hukum Tuhan dan beliau sedar, sebagai seorang Islam yang berpendidikan, adalah menjadi tanggungjawabnya untuk mendidik saudara Islam yang terlencong. Firdaus yang berasal dari kampung, datang ke Kuala Lumpur untuk mengikuti kursus keusahawanan, dan menumpang di rumah bapa saudaranya yang juga bapa kepada Aleesya. Menyedari Aleesya hilang arah, Firdaus sering menegur tindak tanduk Aleesya, menyebabkan Aleesya amat membenci Firdaus kerana terlalu ‘menjaga tepi kainnya’.

Namun, kehadiran Firdaus mulai mengubah diri Sofea yang mencari ketenangan. Sofea yang sudah puas hidup tanpa agama, menemui ketenangan apabila berkawan dengan Firdaus. Menerusi Firdaus, Sofea belajar tentang Islam dan mulai menyintai agama yang selama ini, sekadar status di kad pengenalannya. Kemesraan antara Firdaus dan Sofea, menyebabkan Sofea mula renggang dari Aleesya dan Hani. Sofea yang mahu Aleesya berubah mulai dimusuhi Aleesya yang menyangka Sofea berlakon untuk meniduri Firdaus. Apabila Sofea mengikut Firdaus ke kampung, bagi mendalami Islam tanpa gangguan, Aleesya semakin liar dan mula hilang pertimbangan sehingga sanggup mengikut Hani ke dalam dunia ‘pil khayal dan parti seks bebas’. Semasa mengikuti sebuah parti seks yang dianjurkan oleh Zachery, Aleesya ‘hilang dara’, menyebabkan beliau tersedar dari kebodohannya.

Hani yang sudah lama ‘hilang dara’ cuba tenangkan Aleesya dan memberitahunya, pada zaman sekarang, dara tidak penting. Menyedari beliau bukan dara lagi, Aleesya yang hilang maruah, mengambil keputusan untuk bertaubat dan mendekatkan diri dengan Allah. Beliau meminta bantuan Firdaus untuk mendidiknya juga menyelamatkan maruahnya dengan cara menikahinya. Aleesya ditemani Hani, pergi ke kampung Firdaus. Permintaan Aleesya menyebabkan Firdaus berada dalam dilemma, kerana Firdaus yang sudah tertarik pada Sofea, berjanji mahu mengahwini Sofea. Sofea pula memberitahu Firdaus bahawa walaupun dia hidup tanpa agama, dia masih dara kerana dia berpegang pada pegangan bahawa, ‘mahkotanya’ hanya untuk seorang lelaki yang boleh mendidiknya menjadi isteri yang baik.


3) Hantu Kak Limah Pulang Ke Rumah.


Sinopsis:



Husin yang telah lama bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang. Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya, Kak Limah yang langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam. Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur. Husin bergegas ke warung Pak Munawer, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung yang mungkin Kak Limah sudah menjadi hantu. Abi Hurairah juga setuju dengan pendapat Husin kerana beliau juga mengalami peristiwa pelik ketika melihat Kak Limah di kawasan kubur. Pak Jabit yang memang bengang dengan Husin (kerana memutuskan ikatan kasih dengan anak gadisnya, Che Nin), menuduh Husin adalah pembawa nasib buruk kepada Kampung Pisang. Sebelum ini keadaan aman damai, sebaik sahaja Husin muncul, keadaan kembali kacau bilau.
Pak Abu mencadangkan agar mereka menyiasat apa yang berlaku sebenarnya. Beramai-ramai mereka ke rumah Kak Limah. Mereka menemui mayat Kak Limah yang hampir reput. Namun, setelah pengebumian jenazah Kak Limah, kampung mereka masih dihantui makhluk misteri di tengah-tengah malam.
Pelbagai bomoh dipanggil untuk menghalau hantu, malangnya tiada satupun bomoh yang berjaya menghalau hantu tersebut. Hantu apakah itu sebenarnya? Siapa yang berjaya menghurai misteri hantu Kak Limah tersebut? Temui jawapannya dalam ‘Hantu Kak Limah Pulang Ke Rumah’
Ah peningnya nak pilih cerita menarik untuk cuti sem nie kalau pilih tiga2 sekali mau "bankrupt"mak ayah aku...
tolong ya pilihkan untuk aku??

WANITA JANGAN JADI BIMBO

Apa itu bimbo? Mungkin ada yang biasa mendengarnya dan saya percaya jarang yang mendengar istilah ini.

Kenapa saya menasihati kaum wanita supaya tidak menjadi bimbo?

Ini kerana saya melihat semakin ramai di antara mereka menjadi bimbo tanpa mereka sedari.

Ini bahaya kerana jika tidak diperingati pasti mereka akan terus hanyut dan lupa diri.

Bimbo merujuk kepada wanita cantik dan menarik tetapi rendah tahap kebijaksanaan atau pendidikannya.

Sebenarnya perkataan bimbo merupakan istilah yang diambil daripada Bahasa Inggeris yang ditujukan khas kepada kaum lelaki.

Namun begitu, dengan situasi sekarang ia lebih sesuai digunakan kepada kaum wanita sehinggakan terbit istilah male bimbo apabila digunakan kepada lelaki.

Wanita mudah lemah dengan pujian.

Apabila dipuji, pasti jantung mereka berdebar kencang, lebih-lebih lagi apabila pujian tersebut daripada insan berlainan jantina.

Kerana itulah jangan terkejut jika mendengar cerita wanita mudah menyerahkan diri kepada lelaki yang baru mereka kenali. Ini adalah kerana mereka bimbo.

"Ala, bukan semua wanita macam tu".

Ya, benar. Mungkin sekali puji tidak terasa namun apabila berkali-kali pasti akan berbunga-bunga hati mereka dan akhirnya menyerahkan diri kepada pemberi pujian.

Bimbo biasanya terjadi kepada remaja di bangku sekolah.

Lihatlah kes pelajar sekolah yang lari mengikut lelaki. Entah berapa banyak kes seperti ini berlaku di negara kita.

Kes ini tidak hanya berlaku di kalangan remaja mentah namun turut melanda mahasiswi universiti dan lepasan universiti.

Mereka sanggup meninggalkan keluarga semata-mata mengikut lelaki yang tidak dikenali.

Kerana apa?

Kerana mereka adalah bimbo. Mudah terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki.

Bagi pasangan couple, kebimboan mereka jelas apabila mereka mula merelakan tangan mereka dipegang oleh lelaki.

Ingatlah wahai wanita, berpegangan tangan itu permulaan untuk menjerat dirimu.

Jika dulu, kamu dilihat keras menahan diri dari disentuh, namun apabila tangan kamu sudah berjaya dipegang, adegan yang lebih mesra lainnya pula bakal menyusul.

Berhati-hatilah kerana jika benar lelaki itu menghormati kamu, pasti tidak akan sanggup dia menyentuh kamu sebelum kamu menjadi halal untuknya.

Lelaki tidak memerlukan rupa untuk memikat wanita.

Lelaki hanya memerlukan kata-kata manis untuk mendapatkannya. Maka tidak hairanlah jika anda melihat seorang perempuan cantik tetapi berpasangan dengan lelaki yang kurang menarik.

Kenapa? Kerana mereka bimbo.

Tengok saja wanita-wanita yang diperdayakan oleh lelaki luar.

Mereka bagaikan disihir dengan kata-kata pujian tanpa menyedari ia hanyalah jerat semata.

Kita selalu pelik. Jangan pelik kerana mereka pandai bermain kata-kata dan mengambil kesempatan di atas kelemahan wanita.

Wanita jangan jadi bimbo. Mudah terpedaya dengan pujian lelaki.

Walaupun berpengajian tinggi, kadang-kadang mereka tetap menjadi bimbo kerana tahap kecerdikan rendah atau mudah tertipu dengan manisnya mulut lelaki.

Justeru, berhati-hatilah dengan lelaki yang memuji anda termasuklah boyfriend anda (kecuali dia adalah suami anda).

Jangan mudah tergoda dan perasan apabila dipuji. Lelaki yang bukan suami anda tetapi suka memuji anda, sebenarnya suka juga memuji wanita lain.

Jangan tertipu dengan sifat lelaki yang sememangnya gemar memuji untuk memikat.

Berbeza dengan lelaki, mereka tidak memerlukan pujian wanita untuk menyatakan mereka kacak. Lelaki lebih tertarik kepada rupa wanita berbanding pujian.

Mereka lebih tertarik dengan wanita yang cantik berbanding yang kurang cantik walaupun yang kurang cantik suka memuji.

Bagi wanita pula mereka lebih suka pujian dari lelaki walaupun lelaki itu tidak menarik.

Oleh sebab itu saya katakan lelaki tidak memerlukan rupa untuk memikat wanita.

Sebaliknya mereka hanya memerlukan kemahiran menyusun kata untuk mendapatkan wanita.

Maaf jika saya dilihat seperti menghina wanita. Tidak terlintas di hati saya untuk menghina bahkan hanya untuk memberi ingatan dan pesanan.

Juga untuk menyedarkan wanita lebih-lebih lagi muslimah supaya jangan merendahkan martabat anda.

Saya tahu ia agak sukar kerana sememangnya fitrah wanita yang berjiwa lembut dan lemah dengan pujian.

Terutamanya bagi remaja kerana mereka amat dahagakan pujian.

Terutamanya jika mereka mempunyai pasangan, pasti selalu inginkan pujian darinya.

Sebagai contoh. cuba bayangkan seorang lelaki memuji anda "awak cantiklah". Pasti hati berbunga-bunga riang, lebih-lebih lagi jika diselangi dengan madah bermadu kasih, lemah seluruh sendi.

Hati wanita dicipta dengan kelembutan. Oleh sebab itu mereka mudah termakan pujian.

Hati mereka dipenuhi dengan kasih sayang, disebabkan itu mereka terlalu mudah mempercayai dan menyerah diri kepada lelaki.

Jika kita lihat wanita yang berdampingan rapat dan berkasih sayang (lillahi taa'la) dengan rakan-rakan jemaah atau usrah mereka (sesama wanita), jarang terlibat dengan masalah berpasangan dengan lelaki kerana hati mereka sudah diisi dengan sifat tersebut.

Namun apabila hubungan mereka renggang atau berlaku sedikit krisis, mereka lebih mudah tertarik dengan lelaki untuk mengisi lompong kasih sayang itu.

Oleh itu, wanita perlu lebih berhati-hati dengan pujian daripada lelaki. Jangan mudah menyerah dengan hanya sedikit pujian.

Nilailah pujian berdasarkan mata hati, bukan mempercayai membuta tuli.

Akibatnya lebih kepada merendahkan maruah diri. Usah menjadi bimbo, sebaliknya nilailah sesuatu pujian secara matang.

http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/1270-wanita-jangan-jadi-bimbo.html






PEREMPUAN DAN FACEBOOK


Facebook? hari2 aku on9 facebook..kekadang 2 sambil update blog nie siap leh chatting lagi dengan friends aku kat facebook.

tapi kan bila aku jumpa artikel nie dekat satu blog, www.askmen.com baru aku fikir ramai gak perempuan yang aku kenal wat macam nie...artikel betulnya bertajuk "CRAZY THINGS WOMEN DO IN FACEBOOK".Benda nie dah banyak kali aku tengok perempuan buat dalam facebook...

1. Profile palsu
Lepas dah putus dengan boyfriend, perempuan akan remove/blocked bekas kekasih dia tu untuk menunjukkan dia protes akan perpisahan itu. Lepas tu pergi buat profile palsu semata-mata nak stalk Facebook bekas kekasihnya.yang nie pun pernah jadi gak. seorang perempuan (membe aku) terpaksa wat profile palsu sebab nak stalker ex pakwe dia dan wat kacau bila ada perempuan tulis comment kat ex pakwe dia.ish tak malu ah pempuan nie kacau privacy ex pakwe dia.Kalau dah sayang lagi tu cakap guna SMS ka Phone kata masih sayang lagi dengan ex pakwe dia...takyahlah wat kacau macam nie...hmmmm tak paham aku..!


2. Gambar
Gambar yang ni tak leh kata apa lah.perempuan memang suka berposing.kekadang 2 posing diorang agak melampau sampai nampak segala lurah tebing semua nampak.yang bertudung lak abis terselak tudung semua kalau bergambar tapi aku tau dalam facebook nie tak de gambar perempuan bogel ka berbikini ka...tu bagusnya facebook ni.tapi kekadang tu aksi diorang nie menyebabkan yang lelaki nie dapat dosa "free"..tapi tak semua macam ni..kebanyakan lah.

3. Status
Perempuan suka updated status mengenai hubungan percintaan dia dengan boyfriend nya.Kekadang 2 naik menyampah gak aku tengok status jiwang2 dalam facebook dengan boyfriend diorang.tapi kalau gaduh perempuan,memang ganas lah status diorg.sampai habis disebut luar dalam pasal perempuan yang diorang musuhi tu.kekadang tu kalau gaduh dengan boyfriend 2 status facebook gak jadi mangsa,wat ayat2 mendayu sampai kekadang 2 aku yang membaca jadi nak tergelak pula.Tak pernah aku tengok status laki macam nie.selalu aku tengok status kaum aku nie tak pernah mention langsung pasal girlfriend nya (except facebook dia dicontrol oleh aweknya).

4. Gambar Melampau
yang nie plak berlainan dengan gambar di atas,gambar dalam facebook yang aku maksudkan ialah gambar dengan boyfriend korang.gambar macam berpeluk dengan boyfriend 2 pown dah kira berdosa.dah lah dia bukan mahram korang.kalau dah sah jadi suami isteri tak palah korang nak upload gambar macam 2 dalam facebook.

5. Relationship Status
Perempuan suka wat status In Relationship dengan kawan perempuan yang lain contohnya Siti is in relationship dengan Minah.Tapi aku tak paham apasal hah? korang tak takut dicap lesbian ka?bila ditanya, dia akan jawab "kami kawan ja" tapi aku tak pernah tengok lak lelaki pun wat in relationship dengan lelaki contoh "Mat is in relationship dengan Dollah" takut dicap GAY ka?

So,tepuk dada tanya selera!! bak kata Nabil RAJA LAWAK "LU FIKIRLAH SENDIRI!"



9 MIMPI NABI MUHAMMAD S.A.W

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

“Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan…. ….”


1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.


2 . Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyeksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan- kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil kekumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang – benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.



Ya ALLAH semoga aku ditempatkan dalam golongan ini amin!



KISAH SEDIH SEBUAH PASANGAN


Cerita sedih sepasang kekasih

sedih giler tu......pastikan tisu berada di sisi anda...
Tersebut al-kisah 2 insan bercinta... yg laki tu nama Razak, yg pompuan tu nama Fatimah. Razak ni panggil fatimah ni sebagai 'imah' je (nak kasi nampak manje le tuh). imah ni lak panggil razak ni 'abang' je cos diorang ni dah close, lagi pun razak ni lagi tua drpd imah 4 tahun. Entah macam mana, diorang ni kena berpisah dlm jangka masa 3 tahun. Razak tu kena gi UK . lama gak tuh...
Imah ni kesepian le kat Singapura.


Since dah pisah lama gak.. then imah boring dok umah sorang ...Ada lak mamat yg bernama kamarul dtg jumpa imah. mula2 imah dgn kamarul ni kawan je, kamarul ajak gi shopping, gi makan satay, gi bowling. Entah macam mana, hati imah ni dah terpaut lak kat kamarul nih... maka hilang la bayang2 razak drpd hati imah..


Setelah genap 3 tahun.. razak pun pulang ke singapura. Beria2 le mamat nih nak jumpa imah. belum sempat nak call imah, razak ternampak imah dgn kamarul tengah date kat tengah2 town. maka berderai le jiwa raga razak.. sedih je mamat tuh... tak lalu makan. at the same time.. imah dok jalan2... sembang le dgn kawan2 dia.. ntah camna dia dpt tahu kamarul tu laki org. imah pun peras..cuba nak kembali kepada razak.
Masa tu dia lom tau lagi razak ni dah balik singapura.

Razak pun memberanikan diri dia... jumpa imah. dia gi le rumah imah. muka razak masam je.. imah tanya le apasal masam. razak cakap..
"susah lah.. aku dah tau apa yang ko buat masa sepeninggalanku" 
imah terperanjat... "err bila masa lak nih.. aku setia apa..." kata imah.
"Aku sudah tau perhubunganmu dgn dgn kamarul ..." imah terdiam..."tamat lah hubungan kita disini sahaja..." tambah razak. Razak amik gitar kapuk yg dibeli drpd UK tu......seraya berkata " dengarlah lagu ini..., khas untuk mu..."
razak start nyanyi sambil menatap wajah sedih imah yg sedang menangis...

I can tell by your eyes
That you've probably been crying forever
And the stars in the sky
Don't mean nothing to you
They're a mirror
I don't wanna talk about it 
How you broke my heart
If I stay here just a little bit longer
If I stay here won't you listen
To my heart, ohhh, my heart

imah terdiam... masih menangis....razak sambung...

If I stand all alone
Will the shadows hide the colours of my heart
Blue for the fears
Black for the night's fears
The stars in the sky
Don't mean nothing to you
They're a mirror

I don't wanna talk about it
How you broke my heart
If I stay here just a little bit longer
If I stay here won't you listen
To my heart, ohhh, my heart

suara razak terus mendayu2....

"My heart, oh my heart, this old heart........."
"I don't wanna to talk about it, how you broke my heart.
But if I stay here just a little bit longer,
if I stay here, won't you listen
to my heart, oh, my heart? My heart, oh, my heart!"

razak ulangi phrase yg sama.......imah terdiam...walaupun air mata masih mengalir...

My heart, oh my heart, this old heart........."
"I don't wanna to talk about it, how you broke my heart.
But if I stay here just a little bit longer,
if I stay here, won't you listen to my heart, oh, my heart?
My heart, oh, my heart!"

setelah tamat lagu yang dinyanyikan oleh razak untuk imah itu... tiba2 mulut imah berkata ... 
" abang, imah nak beritahu abang sesuatu" 
"katakan lah duhai imah" jawap razak dengan suara perlahan... 
" err...... err..." kata imah dlm keadaan bersalah...
"katakan lah .. katakan lah imah.. abang sanggup terima..." tambah razak...
perlahan2.. imah berkata :


"abang..."
"sebenarnya... 


"imah tak paham bahasa Inggeris..."
ish potong stim betul lah si imah nie...baru nak touching2 bca cita nie...leh lak ending dia macam 2...

Pengajaran dari cerita ini: 
1) jangan curang dengan pasangan anda
2) belajar2 lah Bahasa Inggeris ya nanti x paham lak!

CURANG



kalau semalam aku cerita pasal "KAWAN TIKAM BELAKANG".hari nie aku nak cerita pasal "Curang".Apakah maksud Curang?Curang adalah menghancurkan sebuah Kepercayaan. Sedangkan Kepercayaan itu sendiri adalah “Hayat” kepada hubungan yang bahagia. 

Pernahkah korg terfikir kekasih yang korang sayangi bagai nak gila berubah hati?dulu dia hubungi korg lepas 2 tiap masa korg dengan dia berjumpa,bermesej,calling2 tapi segalanya dah berubah.

Ramai orang beranggapan bahawa kekasih yang dicintai tidak berlaku curang, tapi dah  jadi lumrah manusia lebih tertarik kepada benda yang lebih baik daripada benda yang sedia ada.

sekarang ni orang yang paling rapat dengan kita pun tak boleh percaya 100%. kengkadang insan yang kita sayang bagai nak rak sepenuh hati tapi bagi dia, kita tak tau dia menyanyangi kita sepenuh hati ataupun tidak.

kat sini aku nak bagi keadaan yang boleh kita rasa dia mula curang dengan kita...supaya kita berhati2 apabila pasangan kita mula berperangai macam nie cepat2 kita menyiasat dan kalau betul kita ambik tindakan

1.SERING MEMBERI ALASAN
Si dia sering membatalkan temu janji bersama mu pada saat-saat akhir dengan alasan sibuk dan pelbagai alasan. Mungkin si dia berbuat demikian kerana si dia mempunyai temu janji bersama kekasih gelapnya dan si dia sanggup membatalkan temu janji bersama mu semata-mata kekasih gelapnya.

2.TIDAK DAPAT DIHUBUNGI
Setiap kali kamu mahu menelefonya pasti si dia tidak akan menjawab panggilan mu ataupun masuk ke dalam peti voice mail nya. Sudah pasti kamu akan berasa bosan apabila menelefonya berkali-kali tetapi tidak berjawab. Apabila anda bertanya akan hal TIDAK MENJAWAB TELEFON itu si dia akan memberi 1001 alasan kepada mu dan jangan sekali-kali kamu mempercayai 100% apa yang diperkatakannya.

3.SERING MENERIMA PANGGILAN RAHSIA
Panggilan rahsia yang dimaksudkan ialah panggilan daripada kekasih gelapnya. Apabila kamu bertanya akan siapa yang menelefonya pasti dia akan teragak-agak mahu menjawabnya pertanyaan anada tersebut. Ini kerana si dia takut kamu tahu kegiatannya di luar.

4.HILANG KHABAR BERITA
Jika dahulu si dia rajin menelefon kamu atau menghantar SMS kepadamu semata-mata mahu menceritakan apa yang telah berlaku padanya sepanjang hari tetapi telefon bimbit mu kini sepi tanpa khabar berita darinya. Perkara tersebut berlaku kerana si dia sedang cuba menjauhkan dirinya daripada kamu dan dalam proses melupakan kamu.

5.SERING MENCARI KESALAHAN
Si dia kini menjadi sangat tajam mata dan sering mencari kesalahanmu walua sekecil kuman. Hal ini kerana kesalahan-kesalahan yang kamu lakukan akan si dia jadikan punca sebagai perpisahan antara kamu berdua.

kalau korang rasa pasangan korang dah wat perangai macam ni,better korang siasat dulu betul ke tak dia curang.kalau betul cepatlah korang bertindak kalau tak merana korang nanti.

Bak kata pepatah "MENYESAL DULU PENDAPATAN,MENYESAL KEMUDIAN TAK BERGUNA LAGI"

UPGRADE FACEBOOK


FACEBOOK dah upgrade rupanya....wah macam serabut ja....

Begini ceritanya,

Petang tadi aku merayau2 ke facebook kawan2 aku heran asal jadi macam ni fb member2 aku...lepas 2 aku baca status aku "12 people had upgrade their profile"kemudian aku pun nampak 1 benda kat status 2 tulis "Change To New Profile"bermaksud suruh aku upgrade fb aku jadi profile baru.sekali tekan terus jadi macam kat atas 2.

mula2 biasa ja....semakin lama semakin tak kemas profile aku...tak macam dulu profile aku nampak kemas ja...

aduh serabut betul lah fb baru nie...gambar kawan2 aku besar terpampang kt depan profile aku...tapi aku jenis tak kisah punya...

tapi serius skrg nie aku pening dgn profile fb yang baru nie....mmmmmmm


Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers