Pengkikut blog

IKLAN lagi....

TIGA FILEM DALAM KEPALA


tengah berfikir dalam kepala hotak aku sekarang antara tiga filem MELAYU yang menarik untuk ditonton pada cuti sem ni....

1) Ngangkung
Sinopsis:
Filem ngangkung mengisahkan Azim, seorang pemandu lori yang hidup sederhana di sebuah perkampungan pinggir bandar bersama isteri, Suri dan anak perempuannya. Azim mempunyai dua orang kawan baik iaitu Tasnim dan Wan. Tasnim dan Wan memang merupakan ‘kaki ekor’ d8an aktiviti mereka memang diketahui oleh isteri masing-masing.
Azim yang pada asalnya tidak pernah menghiraukan aktiviti rakan-rakannya akhirnya terpengaruh juga kerana desakan dan kesempitan hidup. Ditambah pula dengan kejayaan Tasnim mengubah gaya hidup setelah berjaya memenangi nombor ekor hasil ngangkung. Bermula dengan hanya untuk melihat, kian hari Azim semakin seronok mengikut Tasnim dan Wan walaupun secara senyap tanpa pengetahuan Suri.
Pelbagai cara dan berbagai jenis bomoh mereka jumpa demi mendapatkan nombor untuk mereka beli. Banyak kejadian seram dan lucu terjadi sepanjang mereka mengangkung. Perubahan ketara dalam hidup Azim berlaku apabila dia terlibat secara lebih serius sehingga mengabaikan keluarga akibat taksub untuk mendapatkan nombor ekor. Begitu juga dengan Tasnim dan Wan.
Sehingga satu hari berlaku kejadian yang benar-benar mengubah hidup mereka. Apakah kesudahan hidup mereka? Dan berjayakah mereka mendapatkan apa yang mereka hajati? Segalanya terjawab dalam “NGANGKUNG”. 

2) Aku masih dara.
Sinopsis:

Sebuah filem yang menyentuh isu kerosakkan akhlak di kalangan remaja dan mengupas ragam kehidupan gadis-gadis zaman sekarang yang bebas dewasa tanpa bimbingan ibubapa yang terlalu sibuk mencari wang bagi menyara kehidupan. Aleesya, Sofea dan Hani merupakan tiga rakan rapat yang mempunyai latarbelakang keluarga yang berbeza. Masing-masing juga mempunyai pandangan berbeza tentang Islam, berdasarkan cara mereka dibesarkan oleh ibubapa masing-masing. Aleesya mempunyai didikan agama yang asas – boleh mengaji dan tahu sembahyang.

Namun, membesar dalam persekitaran yang serba moden dan sosial menyebabkan beliau leka pada tuntutan agama. Sofea pula dibesarkan tanpa didikan agama, Sofea dibesarkan dalam suasana serba kebaratan, Sofea tidak tahu solat dan tak tahu mengaji. Hidupnya penuh dosa dan noda sehingga dia kurang tenang walaupun mempunyai segala galanya. Hani pula membesar dalam keluarga yang susah. Beliau kurang didikan agama lantaran ibubapa yang terlalu sibuk mencari sesuap nasi untuk mereka sekeluarga. Hani senantiasa menyalahkan ibubapanya dan adakala salahkan Tuhan kerana tidak mengubah nasib beliau sekeluarga. Untuk hidup senang, beliau mengambil jalan mudah, menjadi pengedar dadah secara kecil-kecilan dan menjerumus dalam hidup penuh noda, dunia yang mana semuanya ‘halal’.

Hani mendapat bekalan dadah daripada teman lelakinya, Zachery, yang merupakan ketua pengedar dadah di kawasan flat tempat tinggalnya. Perbezaan pandangan mereka tidak menghalang persahabatan mereka bertiga sehingga kemunculan Firdaus, sepupu Aleesya yang warak. Firdaus pentingkan hukum Tuhan dan beliau sedar, sebagai seorang Islam yang berpendidikan, adalah menjadi tanggungjawabnya untuk mendidik saudara Islam yang terlencong. Firdaus yang berasal dari kampung, datang ke Kuala Lumpur untuk mengikuti kursus keusahawanan, dan menumpang di rumah bapa saudaranya yang juga bapa kepada Aleesya. Menyedari Aleesya hilang arah, Firdaus sering menegur tindak tanduk Aleesya, menyebabkan Aleesya amat membenci Firdaus kerana terlalu ‘menjaga tepi kainnya’.

Namun, kehadiran Firdaus mulai mengubah diri Sofea yang mencari ketenangan. Sofea yang sudah puas hidup tanpa agama, menemui ketenangan apabila berkawan dengan Firdaus. Menerusi Firdaus, Sofea belajar tentang Islam dan mulai menyintai agama yang selama ini, sekadar status di kad pengenalannya. Kemesraan antara Firdaus dan Sofea, menyebabkan Sofea mula renggang dari Aleesya dan Hani. Sofea yang mahu Aleesya berubah mulai dimusuhi Aleesya yang menyangka Sofea berlakon untuk meniduri Firdaus. Apabila Sofea mengikut Firdaus ke kampung, bagi mendalami Islam tanpa gangguan, Aleesya semakin liar dan mula hilang pertimbangan sehingga sanggup mengikut Hani ke dalam dunia ‘pil khayal dan parti seks bebas’. Semasa mengikuti sebuah parti seks yang dianjurkan oleh Zachery, Aleesya ‘hilang dara’, menyebabkan beliau tersedar dari kebodohannya.

Hani yang sudah lama ‘hilang dara’ cuba tenangkan Aleesya dan memberitahunya, pada zaman sekarang, dara tidak penting. Menyedari beliau bukan dara lagi, Aleesya yang hilang maruah, mengambil keputusan untuk bertaubat dan mendekatkan diri dengan Allah. Beliau meminta bantuan Firdaus untuk mendidiknya juga menyelamatkan maruahnya dengan cara menikahinya. Aleesya ditemani Hani, pergi ke kampung Firdaus. Permintaan Aleesya menyebabkan Firdaus berada dalam dilemma, kerana Firdaus yang sudah tertarik pada Sofea, berjanji mahu mengahwini Sofea. Sofea pula memberitahu Firdaus bahawa walaupun dia hidup tanpa agama, dia masih dara kerana dia berpegang pada pegangan bahawa, ‘mahkotanya’ hanya untuk seorang lelaki yang boleh mendidiknya menjadi isteri yang baik.


3) Hantu Kak Limah Pulang Ke Rumah.


Sinopsis:



Husin yang telah lama bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang. Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya, Kak Limah yang langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam. Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur. Husin bergegas ke warung Pak Munawer, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung yang mungkin Kak Limah sudah menjadi hantu. Abi Hurairah juga setuju dengan pendapat Husin kerana beliau juga mengalami peristiwa pelik ketika melihat Kak Limah di kawasan kubur. Pak Jabit yang memang bengang dengan Husin (kerana memutuskan ikatan kasih dengan anak gadisnya, Che Nin), menuduh Husin adalah pembawa nasib buruk kepada Kampung Pisang. Sebelum ini keadaan aman damai, sebaik sahaja Husin muncul, keadaan kembali kacau bilau.
Pak Abu mencadangkan agar mereka menyiasat apa yang berlaku sebenarnya. Beramai-ramai mereka ke rumah Kak Limah. Mereka menemui mayat Kak Limah yang hampir reput. Namun, setelah pengebumian jenazah Kak Limah, kampung mereka masih dihantui makhluk misteri di tengah-tengah malam.
Pelbagai bomoh dipanggil untuk menghalau hantu, malangnya tiada satupun bomoh yang berjaya menghalau hantu tersebut. Hantu apakah itu sebenarnya? Siapa yang berjaya menghurai misteri hantu Kak Limah tersebut? Temui jawapannya dalam ‘Hantu Kak Limah Pulang Ke Rumah’
Ah peningnya nak pilih cerita menarik untuk cuti sem nie kalau pilih tiga2 sekali mau "bankrupt"mak ayah aku...
tolong ya pilihkan untuk aku??

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers