Pengkikut blog

IKLAN lagi....

CURANG



kalau semalam aku cerita pasal "KAWAN TIKAM BELAKANG".hari nie aku nak cerita pasal "Curang".Apakah maksud Curang?Curang adalah menghancurkan sebuah Kepercayaan. Sedangkan Kepercayaan itu sendiri adalah “Hayat” kepada hubungan yang bahagia. 

Pernahkah korg terfikir kekasih yang korang sayangi bagai nak gila berubah hati?dulu dia hubungi korg lepas 2 tiap masa korg dengan dia berjumpa,bermesej,calling2 tapi segalanya dah berubah.

Ramai orang beranggapan bahawa kekasih yang dicintai tidak berlaku curang, tapi dah  jadi lumrah manusia lebih tertarik kepada benda yang lebih baik daripada benda yang sedia ada.

sekarang ni orang yang paling rapat dengan kita pun tak boleh percaya 100%. kengkadang insan yang kita sayang bagai nak rak sepenuh hati tapi bagi dia, kita tak tau dia menyanyangi kita sepenuh hati ataupun tidak.

kat sini aku nak bagi keadaan yang boleh kita rasa dia mula curang dengan kita...supaya kita berhati2 apabila pasangan kita mula berperangai macam nie cepat2 kita menyiasat dan kalau betul kita ambik tindakan

1.SERING MEMBERI ALASAN
Si dia sering membatalkan temu janji bersama mu pada saat-saat akhir dengan alasan sibuk dan pelbagai alasan. Mungkin si dia berbuat demikian kerana si dia mempunyai temu janji bersama kekasih gelapnya dan si dia sanggup membatalkan temu janji bersama mu semata-mata kekasih gelapnya.

2.TIDAK DAPAT DIHUBUNGI
Setiap kali kamu mahu menelefonya pasti si dia tidak akan menjawab panggilan mu ataupun masuk ke dalam peti voice mail nya. Sudah pasti kamu akan berasa bosan apabila menelefonya berkali-kali tetapi tidak berjawab. Apabila anda bertanya akan hal TIDAK MENJAWAB TELEFON itu si dia akan memberi 1001 alasan kepada mu dan jangan sekali-kali kamu mempercayai 100% apa yang diperkatakannya.

3.SERING MENERIMA PANGGILAN RAHSIA
Panggilan rahsia yang dimaksudkan ialah panggilan daripada kekasih gelapnya. Apabila kamu bertanya akan siapa yang menelefonya pasti dia akan teragak-agak mahu menjawabnya pertanyaan anada tersebut. Ini kerana si dia takut kamu tahu kegiatannya di luar.

4.HILANG KHABAR BERITA
Jika dahulu si dia rajin menelefon kamu atau menghantar SMS kepadamu semata-mata mahu menceritakan apa yang telah berlaku padanya sepanjang hari tetapi telefon bimbit mu kini sepi tanpa khabar berita darinya. Perkara tersebut berlaku kerana si dia sedang cuba menjauhkan dirinya daripada kamu dan dalam proses melupakan kamu.

5.SERING MENCARI KESALAHAN
Si dia kini menjadi sangat tajam mata dan sering mencari kesalahanmu walua sekecil kuman. Hal ini kerana kesalahan-kesalahan yang kamu lakukan akan si dia jadikan punca sebagai perpisahan antara kamu berdua.

kalau korang rasa pasangan korang dah wat perangai macam ni,better korang siasat dulu betul ke tak dia curang.kalau betul cepatlah korang bertindak kalau tak merana korang nanti.

Bak kata pepatah "MENYESAL DULU PENDAPATAN,MENYESAL KEMUDIAN TAK BERGUNA LAGI"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers