Pengkikut blog

IKLAN lagi....

PERTABALAN YANG DIPERTUAN AGUNG....


Hari ini, sejarah bakal tercipta...

Istiadat pertabalan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah, akan diadakan pada hari ini, Rabu, 11 April 2012 di Balairong Seri, Istana Negara diikuti Majlis Santapan Diraja pada sebelah malam.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata, sempena istiadat tersebut kerajaan mengisytiharkan 11 April sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara.

‘‘Pengisytiharan hari kelepasan am tambahan ini dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan manakala Sabah dan Sarawak boleh mengambil tindakan mengikut undang-undang negeri masing-masing,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Istiadat pertabalan itu sempena pelantikan baginda bagi menggantikan Sultan Mizan Zainal Abidin yang telah tamat tempoh pemerintahan pada 12 November tahun lalu.

Baginda Tuanku dilahirkan pada 28 November 1927 dan ditabalkan sebagai Sultan Kedah ke-27 sejak 1958 sehingga kini.

Kali pertama Baginda Tuanku ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Agong ke-5 pada tahun 1970 dan tempoh berakhir pada tahun 1975.

Hari ini, sejarah bagi Malaysia bilamana buat kali keduanya, Baginda Tuanku Akan ditabalkan secara rasmi sebagai Yang Dipertuan Agong ke-14.

Merenung kembali rukun negara Malaysia yang kedua, KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA membuatkan aku merasakan detik ini amat bersejarah !

Perlu bagi setiap rakyat Malaysia menyemai rukun negara kedua ini didalam sanubari setiap dari kita dan wajar dipupuk semangat menghormati Agong dan Raja-Raja kerana pada hari ini, semangat ini aku lihat semakin luntur dek kerana politik sempit segelintir pihak.

Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.

Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja.

Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat.

Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

Perlu kita tahu, bahawa Agong dan Raja adalah tunggak agama Islam dan juga perpaduan setiap kaum walaupun kita dibawah naungan Raja-Raja Melayu.

Merafak sembah kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah, patik dan warga kerja I4TT menyembah tahniah diatas pertabalan Tuanku menaungi rakyat Malaysia sebagai Yang Dipertuan Agong Ke-14 pada hari ini.

Tuanku Payung Rakyat, Payung Negara ! Semoga Tuanku sentiasa dirahmati Allah S.W.T. 

Daulat Tuanku !!! 

Daulat Tuanku !!! 

Daulat Tuanku !!!







KAWAN AKU.....

OH AZFAR.....NAK SANGAT NAMA ANG DALAM BLOG AQ...NAH!DIA NIE BEKAS PENGHULU AKU...KAT KPMSI DULU...WOI AKU RINDU HANG LAH...!!!


MASIH BUJANG....BELUM KAWIN/.KAPLE....SILAKAN TEKEL K



SAHABAT!

"Seandainya engkau bertemu seorang kawan yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan, mendahulukan atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran, menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan, ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan tetapi seorang saudara & sahabat sejati yang sukar di cari ganti"


Sahabat adalah perisai ataupun kebinasaan
Rasulullah saw pernah berpesan: “Agama seseorang itu terletak di atas agama atau jalan yang dipilih oleh rakannya”. Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dalam memilih siapa yang harus dijadikan sahabat.










Apakah ciri-ciri sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut :

-Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
-Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
-Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
-Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
-Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
-Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
-Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
-Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.
-Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.
-Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.
-Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
-Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
TUHAN mengaturkn antara kita 1 pertemuan ditetapkn 2 hati. 
Dalam 2 hati diberikn 3 rasa : Sayang, Kasih & Kasihan
Dalam 3 rasa itu diselitkn 4 tujuan:Berkenalan, Berteman, Berkawan & Bersama.
Dalam 4 prkara itu tersembunyi 5 perkataan, iaitu: Teman Baik Selalu Di Sisi.
Dalam 5 prkataan itu trsmbunyi 6 impian iaitu :Sayang, Kekal, Setia, Mengerti, Menghargai dan Mengingati.


Dalam 6 impian itu tersimpul 7 huruf keramat iaitu : “SAHABAT”. 




Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers