Pengkikut blog

IKLAN lagi....

PERTABALAN YANG DIPERTUAN AGUNG....


Hari ini, sejarah bakal tercipta...

Istiadat pertabalan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah, akan diadakan pada hari ini, Rabu, 11 April 2012 di Balairong Seri, Istana Negara diikuti Majlis Santapan Diraja pada sebelah malam.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata, sempena istiadat tersebut kerajaan mengisytiharkan 11 April sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara.

‘‘Pengisytiharan hari kelepasan am tambahan ini dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan manakala Sabah dan Sarawak boleh mengambil tindakan mengikut undang-undang negeri masing-masing,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Istiadat pertabalan itu sempena pelantikan baginda bagi menggantikan Sultan Mizan Zainal Abidin yang telah tamat tempoh pemerintahan pada 12 November tahun lalu.

Baginda Tuanku dilahirkan pada 28 November 1927 dan ditabalkan sebagai Sultan Kedah ke-27 sejak 1958 sehingga kini.

Kali pertama Baginda Tuanku ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Agong ke-5 pada tahun 1970 dan tempoh berakhir pada tahun 1975.

Hari ini, sejarah bagi Malaysia bilamana buat kali keduanya, Baginda Tuanku Akan ditabalkan secara rasmi sebagai Yang Dipertuan Agong ke-14.

Merenung kembali rukun negara Malaysia yang kedua, KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA membuatkan aku merasakan detik ini amat bersejarah !

Perlu bagi setiap rakyat Malaysia menyemai rukun negara kedua ini didalam sanubari setiap dari kita dan wajar dipupuk semangat menghormati Agong dan Raja-Raja kerana pada hari ini, semangat ini aku lihat semakin luntur dek kerana politik sempit segelintir pihak.

Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.

Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja.

Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat.

Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

Perlu kita tahu, bahawa Agong dan Raja adalah tunggak agama Islam dan juga perpaduan setiap kaum walaupun kita dibawah naungan Raja-Raja Melayu.

Merafak sembah kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah, patik dan warga kerja I4TT menyembah tahniah diatas pertabalan Tuanku menaungi rakyat Malaysia sebagai Yang Dipertuan Agong Ke-14 pada hari ini.

Tuanku Payung Rakyat, Payung Negara ! Semoga Tuanku sentiasa dirahmati Allah S.W.T. 

Daulat Tuanku !!! 

Daulat Tuanku !!! 

Daulat Tuanku !!!







Tiada ulasan:

Catat Ulasan