Kenyataan Media
29 Januari 2013
MISTERI BERKENAAN PENGANUGERAHAN KONTRAK KEPADA Samsung
Engineering & Construction UNTUK MEMBINA PERAI POWER PLANT, PULAU
PINANG
Merujuk laporan media bertarikh 22 Januari 2013 yang melaporkan
Majlis Tandatangan Penganugerahan Pembinaan Prai Power Plant yang
dianugerahkan kepada sebuah syarikat asing iaitu Samsung Engineering
& Conctruction.
Keputusan untuk menganugerahkan projek bernilai RM2.47 billion ini
kepada sebuah syarikat asing dengan mengenepikan sepenuhnya syarikat
tempatan yang berkemampuan mengundang seribu satu persoalan. Ini jelas
melanggar nilai merit yang diambil kira dalam penilaian tender dan
menjadi polisi kerajaan iaitu sebuah syarikat asing harus bergabung (JV)
dengan syarikat tempatan demi perkongsian pengalaman dan agar dana yang
besar tidak hanya teralir keluar tetapi turut dinikmati dan
memperkukuhkan korporat tempatan.
Menurut semakan ringkas yang SAMM lakukan Samsung Enggineering &
Conctruction bukan asing di Malaysia, antara projek besar yang syarikat
ini pernah terlibat di Malaysia ialah 2ndtower KLCC, namun
rekod menyatakan pembinaan tersebut hampir 100 % menggunakan khidmat
kontraktor Korea Selatan dan luar negara yang dipilih Samsung sendiri.
Langsung tidak ada perkongsian dengan syarikat tempatan. Ini beerti
hampir 100% wang negara teralir ke luar. Malah selepas siap Samsung
Engeenering dikatakan terus keluar dan langsung tidak ada sumbangan
kalau ada pun ia amat minima dalam negara lagi.
Selepas itu nama syarikat Korea Selatan ini senyap sehinggalah wujud
tawaran pembinaan menara warisan 118 tingkat. Samsung mula mendekati
beberapa mereka yang berkedudukan penting dalam negara.
Dirakamkan juga pertemuan telah dilakukan di Korea Selatan bersama
Perdana Menteri dengan Presiden Samsung untuk usaha melobi. Malah lobi
bukan sahaja berlaku dikalangan mereka berkedudukan rasmi sahaja malah
turut libat anak PM sendiri.
Nampaknya mungkin kerana usaha lobi sudah terlalu giat akhirnya
walaupun menara warisan 118 tingkat masih belum tentu hujung pangkal
namun Samsung Engineering & Construction mendapat anugerah projek
Prai Power Plant yang bernilai keuntungan jauh lebih besar dari menara
Warisan.
Namun seribu satu persoalan muncul atas penganugerahan tersebut.
- Mengapa syarikat tempatan seperti Ranhill Berhad / Malakoff / Paremba yang jelas berkemampuan dan berpengalaman yang menawarkan diri serta ada yang menawarkan harga yang lebih murah gagal mendapat kontrak tersebut. SAMM mungkin banyak tidak bersetuju dengan sykt tempatan dinyatakan tetapi dengan memberikan anugerah kepada sykt asing dengan mengenepikan sykt tempatan berkelayakan adalah sesuatu yang salah.
- Mungkin panel selective tender yang membuat keputusan tersebut berfikiran dijajah iaitu hanya syarikat asing boleh buat projek besar mengapa tidak dipilih syarikat asing yang menawarkan JV dengan syarikat tempatan bagi membantu ekonomi tempatan
- Prai Power Plant berkapasiti 1000 MW sama seperti kemampuan Manjung Power Plant namun mengapa perbezaan kos agak keterlaluan.
- Diingatkan Prai Power Plant tidak seperti Manjung dan Tanjung Bin ketika proses tender dan dan pembinaan beberapa kali kenyataan media dibuat mengumumkan kos dan peringkat proses bersesuaian dengan ia projek berkepentingan negara.
- Sewaktu pembinaan Manjung Power Plant 40% bahan adalah dari dalam negara, boiler steel works dibuat di Malaysia. Maka secara relatifnya kos dalam dimanafaat dalam negara.
Persoalan paling utama ialah berdasarkan laporan media pada 20 Mac
2012 menyatakan secara jelas Jawatankuasa tender telah mengumumkan 9
pembida telah disenarai pendek. Ini agak sedikit mengejutkan kerana
sebelum ini hanya 5 -6 syarikat sahaja yang disenarai pendek.
Antara syarikat pembida yang telah disenarai pendek berdasarkan artikel yang disiar media pada20 Mac 2012 itu ialah
- 1 Malaysia Development Bhd yang berusaha sama dengan Hyundai Engineering & Conctruction
- YTL Power International Bhd berusa sama dengan Marubeni Corp of Japan
- CI Holding Bhd bergabung bersama Teknologi Tenaga Perlis Consortium yang berusaha sama dengan Daelim Industrial Co. Limited
- Amcorp Power Sdn Bhd yang berusaha sama dengan Mitsui & Co Limited
- Malakoff Corp Bhd bergabung dengan Petronas Power yang berusa sama dengan Mitshubisi Corp.
- Pendekar Power Sdn Bhd yang dimiliki oleh Powertek Sdn Bhd.
- Mastika Lagenda Sdn Bhd yang dimiliki Genting Berhad
- Genting Sanyen Power Sdn Bhd
- Sime Darby Power Sdn Bhd
Langsung tidak wujud nama Samsung dalam 9 yang disenarai pendek.
Namun apabila diumumkan Samsung yang langsung tidak ada dalam senarai
pendek telah mendapat projek ini yang bernilai RM 2.47 billion
berdasarkan laporan media 1 Disember 2012.
SAMM mengajak rakyat agar memerhatikan perkembangan ini dari dekat kerana ;
- TNB sebuah agensi penting negara, perbelanjaan TNB melampau seperti pembinaan janakuasa dengan harga tidak munasabah akan memberikan kesan jangka masa panjang kepada rakyat.
- Membiarkan projek bernilai tinggi hanya dimonopoli tanpa perkongsi syarikat tempatan adalah pengkianatan kepada ekonomi negara.
- Akur dengan dunia makin hilang nilai sempadan namun dalam perkara ini kerajaan harus memastikan kewujudan gabungan asing dan tempatan bagi memastikan aliran kewangan terkawal, peluang pekerjaan, perniagaan & kemahiran, serta kemahiran teknologi disalurkan pada warga negara setimpal dengan kos wang rakyat yang diguna pakai.
Melalui sidang media ini juga SAMM ini menimbulkan persoalan ;
- Projek bernilai RM2.47 billion ini seolah diluluskan bukan sahajakepada syarikat tidak disenarai pendek tetapi agak tergesa – gesa dan dalam keadaan cuba berselindung. Majlis penganugerahan kontrak sebesar RM2.47 billion ini tidak diberikan perhatian sewajarnya media dan tidak dihadiri oleh Menteri seperti mengelak perhatian rakyat seperti ada yang cuba diselindungkan ?
- Adakah ia tergesa – gesa ada kaitan dengan cubaan mencairkan dana bagi tujuan membantu kewangan pihak tertentu menjelang PRU ke 13.
SAMM meragui mungkin ada ‘sesuatu’ dibelakang semua ini. SAMM telah
mendapatkan kerjasama dengan beberapa sumber dari Korea Selatan juga
berkemungkinan menghantar pasukan ‘carian’ ke sana dan dalam masa
terdekat akan membuat pendedahan usaha lobi melibatkan syarikat Korea
Selatan tersebut.
Untuk peringkat ini SAMM bagi pihak rakyat Malaysia yang menggunakan
elektrik dan membayar tarif yang mahal dan semakin meningkat saban masa
mendesak agar TNB dapat tampil memberikan penjelasan dalam isu ini.
Sekian.
che’GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia
P/S:- MAKIN DAH NAK TENGGELAM KAPAL BN NIE.....DAH MACAM2 DIDEDAHKAN PELBAGAI PIHAK TENTANG SKANDAL YANG DILAKUKAN BN...NAK BAGI RAKYAT NAMPAK TAPI RAKYAT DITUTUP DENGAN PERKARA2 REMEH....MAAF BN!! INI KALI UBAHLAH!KITA KENA BERUBAH KERAJAAN....MAYBE LEBIH BAIK DARI KERAJAAN DULU!TAHNIAH SAMM!DEDAHKAN BANYAK LAGI SKANDAL BN SAMPAI RANAP PARTI MAKSUM ITU!