Pengkikut blog

IKLAN lagi....

KARAOKE


Malam nie aku dengan budak rumah aku LUQMAN FIQ DGN ALANG sekali dengan tetamu,ARIP nak gi karaoke dekat MANJUNG...peh lama gila tak karaoke dengan bebudak nie...Last sekali kitorang gi time tu tutup plak karaoke kat situ...so kitorg lepak kat LUMUT and kena ceramah MLM hampir 2 jam oleh 1 "brader"...Memang celaka lah kan...
SYARIKAT yang diceramahkan oleh brader tu kat kitaorang
SEBELUM CERAMAH
SELEPAS CERAMAH
yang aku ingat dia ceramah 2 pasal ND LALA NETWORK yang lain 2 masuk telinga kanan keluaq telinga kiri...peh memang serik ah aku nak lepak sana lagi dah takut jumpa brader 2 lagi...bangang betul mai nak lepak2 last2 kena pujuk masuk MLM...tak nak lah teman...
aku harap malam nie aku aku tak jumpa lah brather 2...dan janganlah ditutup pulak kedai karaoke 2 aku dah ketagih gila dah nie...menggeletar badan aku rasanya....
p/s:takdalah sampai nak makan microphone tu pulak....CIK SITI MUNIRAH jangan jelaous ya...saya nak gi karaoke nie...

30 Rahsia Perempuan yang Lelaki Perlu Tahu!

hahahaha saja wat gempak gambar....sebenarnya perempuan nie agak complicated untuk difahami tapi ini ade 30 rahsia perempuan yang kita sebagai lelaki kena tahu....!!! so kepada lelaki (expecially aku) mesti kena baca dan ambik sebagai ilmu...

1.Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bsedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sdang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yg patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dgn sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sdg keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita mmg sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dgn gadis yg sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dlm diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan "HI" sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa..
dengan rahsia nie...barulah lelaki bleh paham pempuan camna....so renung2kan dan selamat beramal...
HIASAN SEMATA2

BAHAGIA2

happy aku bila member baik aku EMELIA MERRISA dah rujuk balik dengan pakwe dia...aku tolong happykan dia dan rileks kan dia...sekarang nie dia dah bahagia balik dengan pakwe dia..takpe aku tumpang happy...aku mendoakan dia bahagia selama2nya dengan pakwe dia....


sekarang aku kena tabahkan hati untuk menghadapi hari mendatang...sekarang bukan masa aku nak kecewa dalam bercinta...sebab cinta itu adalah seperti api dalam hidup aku sekarang...dulu aku memang terhegeh-hegeh nak bercinta sebab jeles tengok kawan-kawan aku asyik bercinta ja...tapi tak pa sekarang aku leh terima hakikat aku tak layak untuk mencintai dan dicintai...so lebih baik aku sendiri...

dulu aku marah orang panggil aku "LOSER" skarang aku dah tak kisah dah...mungkin ALLAH belum bagi aku kekasih sejati aku...aku tak pernah salahkan ALLAH tapi aku salahkan diri aku sendiri sebab mungkin ada yang tak kena dalam hidup aku...sebab aku ada kekurangan dalam diri aku sendiri yang tak melayakkan aku untuk bercinta...sekarang time untuk aku majukan diri...PEREMPUAN SEMUA LETAK TEPI...sekarang masanya untuk cari duit...

maybe one day aku akan dapat kekasih sejati...bak kata EMI "MANUSIA MAMPU MERANCANG,ALLAH YANG TENTUKAN" kekadang bila kita tak nak,ada ja yang datang...moga  kali nie dapat ditabahkan hati aku untuk tidak berkaple lagi...


for u SITI MUNIRAH...dulu ko buka hati aku untuk bercinta...tapi sekarang ko dan aku kawan baik...andai ko jodohku....aku terima seadanya...AKU AMAT SAYANGKAN DIA...tapi malas nak letak harapan...moga dia paham....aku belum bersedia nak luah perasaan...tapi biarlah...ada jodoh adalah 2....
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers