"Tensen betul aku hari cuti macam ni pun kena kerja..bak kata P.RAMLEE,Selagi belum tutup mata Kerja Kerja,Kerja.tak pasal-pasal kena tunggu bas sengsorang kat sini.
Merungut Haikal sambil menunggu bas yang tak kunjung tiba.Haikal memang rajin bekerja.walaupun hari cuti pun dia pergi bekerja.dah nama pun kerja tukang masak kedai makan memang ah kena kerja.kalau tak, kebulur lah pelanggan kedai dia.lagipun masakan Haikal memang sedap sampai orang jatuh cinta dengan makanan nya.
Ketika dia tengah tunggu bas,dia nampak teksi tengah lalu tapi arah bertentangan.dengan pantasnya dia menjerit jerit memanggil teksi tersebut sehingga menyeberang jalan dan tidak perasan ada sebuah kereta hampir melanggarnya.Haikal jatuh ke atas jalan.Kereta tersebut berhenti mengejut di hadapan nya.Seorang gadis keluar dan meluru ke arahnya.Mata gadis tersebut dan mata Haikal saling bertenung.
"peh cantik nya awek ni"
Hilang segala sakit Haikal melihat gadis tersebut.Bagi nya gadis tersebut sangat cantik dari gadis-gadis yang dijumpainya.Memang susah Haikal nak jatuh cinta.Boleh kata tak pernah ah jatuh cinta sejak dia hidup kerana sibuk dengan dapur ja.
"Awak tak apa-apa"Tanya gadis itu.Haikal dengan berlagak macho terus bangun dan berkata " Dont worry saya ok"
Gadis tersebut menghulurkan tangan nya dan berkata " Saya Nur Aimi".Haikal menyambut tangan tersebut "Saya Haikal"Sejak itu terjalinlah hubungan antara mereka.Hubungan mereka dari berkawan sudah bertukar menjadi cinta.Haikal yang dari pandangan pertama sudah jatuh cinta dengan Nur Aimi mula melamar Nur Aimi dan Nur Aimi menerima nya.
Selama 4 bulan cinta mereka hanya melalui SMS sahaja sehinggalah Nur Aimi mengajak Haikal berjumpa.Haikal memang agak takut sebab ini pertama kali dia keluar berdating.Selama ini dia tak pernah pun jatuh cinta.Jauh sekali lah berdating.Malam sebelum nya, Haikal senyum seorang diri sambil memikirkan kata-kata yang harus diucapkan bila berjumpa Nur Aimi esok.
Petang itu,Haikal meminjam kereta kawan serumahnya, Akram.Haikal pergi menjemput Nur Aimi di rumahnya.Hampir setengah jam Haikal menunggu Nur Aimi di rumah sewanya.Aimi keluar dari rumah sambil tersenyum.Senyuman Nur Aimi menyebabkan Haikal semakin gemuruh.
"Lama tunggu ka?Sorry B..Baby baru lepas mandi masa B datang"kata Nur Aimi penuh rasa bersalah.
"Takpe biasalah tu.saya memang suka menunggu"jawab Haikal dengan nada bergurau.Dalam kereta kedua-dua nya membisu sahaja.Apabila tiba di sebuah kedai makan,seorang pelayan menghampiri meja mereka.
"B nak minum apa" tanya Nur Aimi
"Teh ais,Baby?"
"Eh nampaknya selera kita sama,"Nur Aimi tergelak kecil.
Haikal hanya tersenyum."Kalau dah selera sama.lepas nie boleh lah hidup bersama."
"Lepas ni kita nak ke mana Baby?"
"Apa kata kita pergi berjalan ke taman tasik ye B" Haikal tergamam."Ok jugak tu"
Sepanjang hari itu Haikal dan Nur Aimi hanya berjalan di taman tasik.Pada hari itu lah Haikal meluahkan isi hati nya kepada Nurul Aimi.Nurul Aimi hanya tersenyum.Bagai gugur jantung Haikal melihat senyuman Nur Aimi.
Petang tu,selepas menghantar Nur Aimi pulang.Haikal terus drive balik ke rumah."Mungkin Akram dah balik dari kerja agaknya"Kata Haikal di dalam hati.Haikal tersenyum sendirian mengenangkan detik-detik indah bersama Nur Aimi sebentar tadi.
Sesampainya di rumah,dia melihat Akram sedang tersenyum-senyum sambil memanggil Haikal datang kepadanya.Tak sempat Haikal bercerita tentang pengalamannya hari itu,Akram pula tak sabar-sabar bercerita tentang awek yang baru dikenalinya melalui FACEBOOK.
"Cun....."Itulah ayat Akram sambil menunjukkan isyarat bagus.
"Ada gambar tak..meh aku nak tengok"Tanya Haikal sambil tersenyum melihat gelagat kawan baiknya itu.
"Mestilah ada.sempat aku tangkap gambar dia tadi..esok aku nak keluaq dating dengan dia" Kata Haikal yang pekat berbahasa Kedah.
"Bak ah aku nak tengok gambar dia. Aku dah tak sabar nie."
"Nah ambik lah,"Balas Akram sambil menghulur handphone kepada Haikal.
"Aimi???"Tergamam Haikal melihat gambar Nur Aimi dalam handphone Akram.
"Hang kenai ka awek ni?"Tanya Akram dengan penuh kehairanan.
"Err...nie awek aku lah.aku baru keluar dating dengan dia tadi,"Suara Haikal tersekat-sekat.Rasa kecewa kerana dipermainkan.Kali pertama bercinta sudah dikecewakan.Haikal terus berlalu sambil menunduk kepalanya ke lantai.
"Woi Ekal!"Panggil Akram."Rileks ah bro!Takkan nak frust kot.Ramai lagi awek kat Malaysia ni"Akram cuba memujuk aku
"Takpe lah Akram,Biar la aku bercinta dengan sudip dengan periuk ja.itu lebih baik.Aku dah fedup dah dengan awek2 ni.ingat nie cinta aku awal dan akhir tapi rupanya awek ni tipu aku"Kata Haikal dengan kecewa.
"Hahahahaha!Rileks lah Ekal!hang ambiklah awek tu,aku pun tak mau ah kat dia"Kata Akram selamba.
"Eh awek tu dah permainkan kita ko boleh cakap macam tu lagi"Bentak Haikal.Akram tetap dengan muka selamba.
"Aku cuma nak test hang sama ada hang betul sayang ka nak main-mainkan awek tu"Kata Akram sambil tersenyum.
"Ape maksud ko nie Akram?"Kata Haikal sambil mengaru-garu kepalanya yang tak gatal.
"Nur Aimi,awek yang hang sayang dan cinta tu adik aku!hahahahaha"Sampai terduduk Akram ketawa.Muka Haikal merah sebab malu.
"Adik engkau Akram?Haikal mula ceria kembali.
"Haah,Nur Aimi tu adik aku,dia selalu cerita kat aku pasai hang.yelah sebagai satu-satunya abang yang ada kat dunia ni.aku nak tau gak sapa bakal adik ipaq aku.dia tu serius ka,kuat bekerja ka,Walaupun hang nie tak hensem mana pun tapi hang ikhlas menyanyangi adik aku.hang pun rajin bekerja sampai restoran hang kerja tu maju.Kebetulan pulak,hang kawan rumah aku dan sahabat baik aku dan aku dah masak sangat dengan perangai hang tu,"Panjang lebar Akram menjawab soalan Haikal.Rasa kecewa Haikal hilang semuanya dan rasa gembira dalam hatinya terasa ingin memeluk bakal abang iparnya itu.
"Dah dah.yang hang duk sengih macam kerang busuk nie awatnya?"Kata Akram yang seolah mengetahui perasaan Haikal."Jom la"Kata Akram lagi.
"Nak ke mana?"Kata Haikal.
"Belanja aku makan ah,aku dah cemuih makan masakan hang ja.sekali sekala nak rasa jugak makan kat luaq.bila lagi hang nak belanja abang ipaq hang nie makan"
"Ok ok jom jom..Sup Gajah pun aku sanggup belanja ko."Kata Haikal sambil tersenyum.
Haikal menjadi gembira.hubungan nya dengan Nurul Aimi direstui oleh abang ipar merangkap kawan baik nya sendiri.Haikal menghantar rombongan untuk meminang Nur Aimi.Mereka memilih 1hb Januari sebagai tarikh pernikahan mereka kerana pada tarikh tersebut tarikh perkenalan mereka.dan pada tarikh itu Haikal mula mengenal erti cinta melalui Nur Aimi.
Kini sudah lima tahun mereka mendirikan rumah tangga.Haikal sudah membuka restoran nya sendiri apabila tuan kedai tempat dia bekerja dahulu menyerahkan kedai tersebut kepadanya.Kini Haikal sudah tidak menunggu bas lagi kerana dia dah membeli sebuah kereta untuk kegunaan nya.
Dia kini bahagia bersama Nur Aimi dan 3 orang anak mereka.Setiap kali menjelang tahun baru akan menjadi kenangan kepada Haikal kerana itulah bermulanya episod kebahagiaan bagi Haikal dengan Nur Aimi.1 Januari yang sentiasa menjadi sejarah bagi mereka berdua.