Pengkikut blog

IKLAN lagi....

UTUSAN MENYALAK LAGI

aku dalam keadaan tak larat....baru abis kena air kuat semalam....hahaha...terbukak laman web UTUSAN MALAYSIA....saja ja aku nak cari maklumat dari sumber kerajaan...tapi niat suci aku tu diganggu dengan kenyataan dalam UTUSAN MALAYSIA....


Di manakah Anwar Ibrahim?



Keratan blog http://novandri.blogspot.com


KUALA LUMPUR 25 Mac - Di mana Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di antara pukul 9.20 malam sehingga 11.38 malam pada 21 Februari apabila satu video seks yang didakwa melibatkan pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur dari China dirakamkan?
Itu antara persoalan yang timbul apabila Anwar yang mengadakan sidang akhbar pada 22 Mac lalu menolak dakwaan yang menyatakan beliau terbabit dalam aksi video seks tersebut.
Menurut laporan akhbar Nanyang Siangpau, Anwar pada sidang akhbar itu telah mengemukakan dua fakta yang membuktikan beliau tidak berada di tempat video seks tersebut dikatakan dirakamkan, sebaliknya bersama keluarga serta sedang mengemas kini laman sosial Facebook dan Twitter.
Selain Nanyang Siangpau, beberapa portal berita dan blog turut melaporkan mengenai Anwar yang tidak men'tweet' pada waktu berkenaan.
Penulis blog Minda Intelek Melayu (M.I.M), Dr. Novandri Hasan Basri menimbulkan persoalan yang mana pada sidang akhbar itu, tidak ada seorang pun mengaku berada bersama Anwar ketika tarikh dan waktu video seks itu dikatakan dirakamkan.
"Malah isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail hanya menjawab ringkas dengan menyatakan rasa terkejut dengan skandal terbaru suami beliau," katanya di dalam bloghttp://novandri.blogspot.com.
Katanya, Wan Azizah sendiri tidak menyatakan sama ada beliau bersama Anwar ketika itu malah kenyataan Anwar yang menyatakan bahawa dirinya sedang mengakses laman sosial Twitter pada hari dan waktu itu juga menimbulkan persoalan besar.
Dr. Novandri turut mempersoalkan kebenaran Anwar menggunakan Twitternya pada waktu video seks tersebut dirakam berdasarkan pada akaun Twitternya yang didapati 'senyap' kira-kira dua jam iaitu dari pukul 9.20 malam sehingga 11.39 malam pada tarikh berkenaan.
"Jika kita perhatikan Twitter Anwar, beliau adalah pengguna Twitter yang aktif dan seringkali men'tweet' serta menjawab soalan-soalan pengikutnya. Jika Twitter yang dimaksudkan adalah pada tahun ini, yang menimbulkan tanda tanya besar ialah ke manakah 'hilangnya' Anwar selepas pukul 9.20 malam sehingga 11.38 malam daripada Twitter pada 21 Februari?," katanya.
Dr. Novandri turut menyiarkan chat di antara Anwar dan pengikutnya itu yang menunjukkan kali terakhir Anwar menulis di laman sosial itu adalah pada pukul 9.20 malam yang berbunyi: "Blog: Kabinet bayangan "PM tak faham Istilah-Tian Chua:Dari TV Selangor Cabaran Datuk Seri Najib Razak..."
Anwar didapati hanya menjawab semula pertanyaan yang diajukan oleh rakan Twitternya bermula pukul 11.39 malam selepas itu yang berbunyi:Inshaallah @a_sufi DS, bila nk mai #Guar Chempedak ni...lama sangat dah sy rasa DS x mai..."
apa masalah UTUSAN MALAYSIA nie sebenarnya...ka dah tak da isu dah...sampai kutip dalam blog nak jadi bahan berita....geram aku dengan kebodohan UTUSAN MALAYSIA dan sidang pengarang dia...yang penulis blog nie pun bodoh ka hapa....macam ANWAR IBRAHIM tak da kerja lain....buat seks ja ka....benda dah terang-terang kantoi...dok pertahan lagi....nie blog bodoh tu http://novandri.blogspot.com/...nama minda intelek melayu...baca blog dia...kutuk PEMBANGKANG...intelek ka tu..takyah guna nama MELAYU sebagai nama blog kalau ang sendiri duk jadi tali barut....SORRY ah semua aku marah gila kali nie...meluat dah aku dengan POLITIK...wat rakyat jadi BODOH...diperbodohkan....hari-hari cerita seks,liwat....tak leh elok sikit ka....
UTUSAN MALAYSIA nie layak diboikot ja....memang surat khabar sampah...sumber berita tak relevan langsung....ambik kenyataan blog...utusan tak layak pakai MOTTO PEMANGKIN PEMIKIRAN RAKYAT...tapi PEROSAK MINDA RAKYAT...tu ja yang layak untuk UTUSAN MALAYSIA dan seisi kerabat dia.....
pada MINDA INTELEK MELAYU dan penulis blog nya....

P/S:aku marah gila kali ni....fedup dah aku dengan POLITIK MALAYSIA...aku bukan ORANG BESAR...aku hanya RAKYAT yang bosan diperbodohkan....U can fool some other people some other time but u can never fool all the people all the time...


Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers