Presiden Mesir, Hosni Mubarak akhirnya telah membuat keputusan untuk berundur daripada jawatan Presiden Mesir.
Di dalam satu pengumuman di siaran televisyen negeri itu, Timbalan Presiden Mesir, Omar Suleiman berkata, Mubarak telah menyerahkan kuasa kepada tentera.
Keputusan ini jelas sekali menggambarkan kemenangan besar rakyat Mesir yang sebelum ini telah melakukan tunjuk perasaan besar-besaran menggesa pemimpin zalim itu agar meletak jawatan.
Penguguman itu disambut dengan sorakan gembira, dan kibaran bendera oleh rakyat Mesir yang berkumpul sejak 18 hari lalu.
Laporan BBC News memetik ucapan timbalan Presiden Mesir Omar Suleiman seperti berikut,
"In the name of God the merciful, the compassionate, citizens, during these very difficult circumstances Egypt is going through, President Hosni Mubarak has decided to step down from the office of president of the republic and has charged the high council of the armed forces to administer the affairs of the country,".[BBC News]
MY COMMENT: Tahniah Rakyat Mesir...terkejut gak aku membaca perletakan jawatan HOSNI MUBARAKsebagai PRESIDEN MESIR...tapi KUASA RAKYAT boleh menjatuhkan pemimpin...Selepas Rakyat FILIPINA menjatuhkan MARCOS...Rakyat INDONESIA menjatuhkan SUHARTO...rakyat TUNISIA menjatuhkan BEN ALI dan terbaru rakyat MESIR menjatuhkan HOSNI MUBARAK...telah membuktikan walau sekuat mana pemerintah mesti tumbang atas tangan rakyat....SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT...
Pada pemimpin hargailah mandat yang diberikan oleh rakyat...jangan sampai dijatuhkan...seperti berlaku di negara2 lain...MALAYSIA ni aman...so jagalah keamanan kita..rakyat MALAYSIA masih percaya dengan demokrasi dan pilihanraya...JANGAN SAMPAI RAKYAT TAK PERCAYA DEMOKRASI SUDAH LAH...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan