Pengkikut blog

IKLAN lagi....

TAHUN BARU CINA

GONG HEI GONG HEI,....

Selamat menyambut tahun baru cina....bangga aku sebagai anak 1 Malaysia sebab kat negara nie sebab semua rakyat Malaysia menyambut semua perayaan bersama...leh dapat LIMAU MANDARIN yang boleh dimakan...kepada peminat blog aku yang berbangsa CINA selamat menyambut tahun baru cina...
sambil makan buah limau di tahun baru cina,teringat aku dekat rakyat MALAYSIA dekat Mesir....dengan kekacauan yang berlaku di sana..tentu wujud kebimbangan di kalangan ibu bapa mereka meminta mereka dibawa pulang dengan segera....semoga KERAJAAN membawa keluar mereka dengan segera dan bawa mereka pulang ke tanah air dengan segera..

aku membantah sekeras-keras nya sekatan terhadap media baru seperti blog dan facebook oleh kerajaan...
Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Mahmood Adam berkata pihaknya telah meminta Jabatan Peguam Negara mengkaji definisi penerbitan dalam akta itu sama ada ia boleh meliputi terbitan dalam bentuk multimedia termasuk kandungan internet, Facebook dan perisian.Kenapa aku membantah?sebab kerajaan dah kawal media cetak dan elektronik dari menyiarkan berita yang menentang mereka...mana hak rakyat untuk dapatkan berita yang benar selain dari internet...yes akta ini digunakan untuk menyekat hasutan...tapi takut ia disalahgunakan oleh kerajaan untuk menyekat berita yang tidak menyokong mereka..macam sekarang...media arus perdana dikawal mereka...dari menyiarkan berita tentang pembangkang kalau ada pun sikit saja..selebihnya memuji BN dan mengutuk pembangkang...aku respek SINAR HARIAN sebab suratkhabarnya yang memberi laporan adil kepada kedua2 pihak...kepada kerajaan BN takkan pilihanraya dah dekat semua nak disekat.GENTELMAN lah sikit...

esok selamat berangkat lah aku meninggalkan SERI ISKANDAR yang indah ini untuk pulang ke kampung iaitu PARIT BUNTAR kampung halaman ku....berat hati nak berangkat tapi rindu di hati siapa yang tahu.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers