Pengkikut blog

IKLAN lagi....

RON97 naik 10 sen lagi


Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuatkuasa tengah malam ini menurut satu sumber industri.
Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter (RM2.40 sebelumnya).
Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.
Kenaikan harga ini juga dilakukan sehari selepas pilihan raya kecil DUN Tenang yang berlangsung semalam.
Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini.
Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.
Apungan itu diperkenalkan tahun lalu dan satu gred baru petrol RON95 turut diperkenalkan.
Harga bagi RON95 kini ditetapkan pada kadar RM1.80 seliter.
Pengurangan subsidi bagi bahan keperluan seperti petrol telahpun mula diperkenalkan melalui Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) sejak awal tahun lalu.
Badan berkenaan ditubuhkan bagi mengurangkan beban subsidi negara.

SUMBER: http://malaysiakini.com/news/155023

MY COMMENT:
Malas aku nak comment lebih2...lagipun tak lama lagi minyak RON 95 pun konfirm naik gak nie...sama ja...nie kira macam hadiah jugak lah dari kerajaan BARISAN NASIONAL sebab undi depa masa PRK TENANG SEMALAM....so lepas nie undi lah depa sampai harga minyak seliter sama harga dengan DUNHILL SEKOTAK....RM 10.00...Terima kasih kepada kerajaan BN kerana menaikkan lagi harga minyak RON 97. Kita patut mengucapkan terima kasih atas apa yang dilakukan oleh mereka.Senang cerita..saper pakai RON 97 tu orang yang banyak duit la....Kerajaan dah tak kontrol dah...

TERIMA KASIH BARISAN NASIONAL....!!!

ANWAR CABAR NAJIB BERDEBAT...


tergelak besar aku tengok cabaran ANWAR terhadap NAJIB....Sudah sudahlah 2 ANWAR....masalah parti sendiri PKR x selesai...duk cari pasai dengan orang pasai apa...??takyah nak tunjuk hero ah....lebih baik selesaikan masalah PKR yang retak menanti belah dek kerana ANWAR dan AZMIN
 aku kekadang fedup dengan PKR terutama AZMIN....lagi 1 insan bernama SAIFUDIN Nasution..dah banyak aduan ahli PKR buat...dia leh buat tak tau ja....Anwar pun 1 bias sangat...asyik menangkan AZMIN ja...patutlah GOBALA dengan ZAID keluar PKR....rakyat sebenarnya fedup asyik tuduh MP keluar PKR sebab dapat duit dari UMNO ja...SUDAHLAH!MUHASABAH DIRI! berubah lah...nak suruh rakyat ajaq PKR masa PRU13 baru PKR nak sedaq...
takkan rakyat kena tunggu lagi 5 tahun untuk jatuhkan BARISAN NASIONAL/UMNO....kalau macam nie lebih baik tak yah sokong sesapa...dengan PEMIMPIN UMNO/BN asyik menipu ja...PEMIMPIN PKR asyik bertelagah dengan bersikap tidak adil  ja...kat mana lagi rakyat nak pilih untuk jadi kerajaan....bak kata member aku "lebih baik aku pilih BN PRU 13 dari pilih PR yang belum tentu stabil kerajaan nya nanti..."ini hanya pandangan 1 orang rakyat kalau semua berpendapat macam tu tak kalah PR....PUNCA PKR ja...

aku sokong DATO SERI ANWAR dari tahun 1998 (masa tu aku darjah 6) dan aku masih menyokong dia sampai umur aku sekarang (25)...memang suara aku tak sehebat EZAM,ZUL NORDIN,GOBALA...tapi kira aku pun penyokong awal ANWAR gak....aku sokong ANWAR sebab bagi aku dia sorang ja yang mampu menguatkan ekonomi negara dan mengembalikan keyakinan pelabur asing...bagi aku dia boleh tolong rakyat...tapi dengan sikap dia ni ja menyebabkan aku jelek dengan PKR dan ANWAR....tapi tak semestinya aku sokong BN...aku rasa lebih baik bersama PAS sebab PAS memperjuangkan ISLAM...dan ISLAM untuk semua...MAAF ANWAR aku mengkritik bukan sebab dibayaq UMNO...ini dari isi hati aku sendiri yang dah fedup dengan keadaan PKR...

CHOME CHAI

time2 tak leh tido nie rasa nak wat tunjuk kat semua bloggers kucing satu rumah aku...nama dia chomechai...comel sangat...biasalah kucing siam....mata dia cantik....memang original kucing siam...

meh tengok meh kucing 1 rumah aku sayang sangat nie...






Amacam comel tak kucing kitorang....lepas rindu ah seminggu duk kat rumah awek syimir...kalau tak comel pun kena cakap comel juga...boleh lah pelepas rindu tension kat dia...nie duk wat bunyi mengawan nie pun sapa tak marah dia sebab jadi tak gamak...kalau kucing lain dah kena sepak dah nie....
Thanks SYIMIR MAZLAN and ZARIFAH RAZIFF for bringing CHOMECHAI 2 our house....

MALAM NIE

malam nie malam ISNIN...31st JANUARI 2011...
dah sebulan rupanya kita berada di tahun 2011...sekejap je kan...aku mengharap dapat masuk belajar balik kat KPMSI tapi dah x de rezeki...entahlah aku rasa kena prank kot...sebab aku call member aku tadi dia cakap semua rayuan lepas raya cina nie...so mana aku nak percaya...sama ada member aku yang aku kawan tu prank aku atau benda tu betul...nampak sangat aku tak leh menghadapi kenyataan...kalau betul aku kena prank...benda nie bukan lawak...benda nie benda serius...member aku 2 sanggup tengok kesedihan kawan yang lain dengan benda bodoh nie...dahlah aku jenis susah percaya kat orang...memang kena macam nie lagilah hilang kepercayaan aku kat orang tu...



aku baru nak release tension dan marah baru nak lelapkan mata kucing belaan aku pulak buat hal...nie kucing aku aku bela kat rumah sewa aku...nama dia CHOMECHAI...aduh time2 nie dia buat bunyi macam nak mengawan pulak....peh memang lah tertekan aku time nak tido...aku tido kat luar....so memang suara dia yang mendayu2 2 menyebabkan aku tak leh tido...aiya..
nak cari mood tidur jap...aku rasa macam nak pergi kedai mamak....beli air beli rokok sebatang balik boleh tidur dah kot ok daaaaaaaa

YB KE LIMA KELUAR PKR


Bekas naib presiden PKR, N Gobalakrishnan, yang juga ahli parlimen Padang Serai, hari ini mengumumkan melepaskan semua jawatannya di dalam parti itu.

Pengumuman itu dibuatnya menerusi laman sosial twitter.
"Selamat pagi kepada semua rakyat Malaysia. Saya dengan ini letak semua jawatan dalam PKR dan teruskan kerja saya melalui NGO baru," katanya dalam mesej yang diposkannya jam 10.50 pagi tadi.

Namun Gobalakrishnan, tidak menyebut nama badan bukan kerajaan (NGO) baru yang akan disertainya bagi meneruskan kerja-kerjanya.
Di Kulim, Bernama melaporkan Gobalakrishnan, juga mengisytiharkan dirinya keluar daripada PKR dan
kini menjadi ahli parlimen Bebas berkuat kuasa serta merta.

Gobalakrishnan, 50, mengumumkan keputusan itu pada sidang media yang diadakan di pejabatnya di Paya Besar Lunas, dekat Kulim.

Dengan keputusannya itu, katanya beliau turut melepaskan jawatan sebagai Ketua Cabang PKR Padang Serai.

Bagaimanapun, katanya beliau tidak akan mengeluarkan sebarang surat mengenai perkara itu kepada PKR.


Sudah fed up

"Saya sudah fed up (bosan) dengan (Penasihat PKR) (Datuk Seri)Anwar (Ibrahim) serta (Timbalan Presiden PKR) Azmin Ali, yang kini telah mengawal 100 peratus pentadbiran PKR," katanya.

Katanya beliau bersama beberapa orang temannya terdiri daripada peguam, jurutera, doktor dan lain-lain akan menubuhkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk memperjuangkan dan menjaga kepentingan pengundi di kawasan Parlimen Padang Serai.

Beliau juga sempat membidas Anwar yang dakwanya bukan sahaja memperkudakan kaum Melayu dan Cina sahaja dalam mencapaikan cita-citanya tetapi kaum India juga tidak terkecuali.

Katanya beliau yakin hasrat Anwar untuk menakluk Putrajaya akan tersasar sekaligus gagal kerana bagaimana mahu mentadbir negara dengan masalah dalaman parti pun semakin teruk.

"Kerana itulah saya membuat keputusan keluar parti yang saya juga menjadi salah seorang pengasas ketika penubuhannya. Nampaknya parti ini sudah nak runtuh, jadi biarlah saya keluar sebelum “rumah” ini runtuh," katanya.

Gobalakrishnan berkata tindakannya keluar parti adalah tindakan bersendirian dan terpulanglah kepada penyokong-penyokongnya sama ada mahu ikut bersamanya atau kekal sebagai anggota PKR

Sementara itu, Setiausaha PKR Cabang Padang Serai S Nagalingam yang turut hadir pada sidang media itu berkata timbalan pengerusi cabang berkenaan Johari Ismail akan memangku jawatan ketua cabang yang dilepaskan Gobalakrishnan.


Majoriti 2/3
Empat ahli parlimen telah meninggalkan PKR sejak pilihan raya umum 2008 - Zahrain Mohd Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng(Nibong Tebal), Mohsin Fadzil Samsuri (Bagan Serai) dan Wee Choo Keong (Wangsa Maju) manakala seorang lagi Zulkifli Nordin(Kulim-Bandar Bahru) dipecat dari parti.

PKR kini mempunyai 23 kerusi di Dewan Rakyat, berbanding 30 yang dimilikinya selepas pilihan raya umum Mac 2008.

Selain yang dipecat dan berpaling tadah, mereka juga gagal mempertahankan kerusi Hulu Selangor berikutan kematian penyandangnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad.
DAP mempunyai 29 kerusi dan PAS pula, 23.
BN hanya memerlukan tiga lagi wakil rakyat Pakatan Rakyat untuk berpaling tadah untuk mendapatkan majoriti dua pertiga di Parlimen.


Jumlah yang diperlukan adalah 148 kerusi dan ini boleh dicapai menerusi 138 kerusi yang dimenanginya bersama sokongan tujuh ahli Bebas yang mesra BN (termasuk MP Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali) berserta tiga yang lain.


Sudah diduga
Keputusan yang diambil Gobalakrishnan bukan sesuatu yang memeranjatkan kerana beliau dikatakan enggan menjawap surat tunjuk sebab PKR yang dikemukakan pada 4 Januari lalu.

Sebaliknya dalam jawapan angkuhnya di Twitter pada 21 Januari lalu, Gobalakrishnan berkata, "Kenapa mesti saya jawab surat tunjuk sebab? Ketua umum PKR, Anwar Ibrahim dan parti mesti jawap soalan saya dulu. Saya tak akan berhenti sehingga mereka jawab.”
Kemarahan Gobalakrishnan memuncak apabila beliau tewas pada pemilihan PKR yang didakwanya dicemari penyelewengan.

Beliau semakin berang apabila kepemimpinan parti itu, melantik pendatang baru, N Surendran sebagai naib presiden. Gobalakrishnan mendakwa ahli politik novis itu tidak mampu mewakili kepentingan masyarakat India.

Serangan terakhirnya ke atas PKR apabila dia mengecam pemimpin parti itu kerana terbabit dengan perasmian Kuil Sivan di Petaling Jaya dan mendakwa Anwar secara peribadi mengarahkan kuil itu ditutup menyaksikan beliau diberi amaran.

Namun, Gobalakrishnan enggan menutup mulut tetapi sebaliknya, beliau banyak memuat-naikkan beberapa ulasan di Twitter di mana beliau membidas pemimpin parti, khususnya Anwar dan timbalan presiden, Azmin Ali.
sumber berita:
MY COMMENT: Agak mengecewakan apabila semakin ramai MP PKR meninggalkan parti tersebut.Dalam soal ini aku tak salahkan ANWAR IBRAHIM atau PKR.bagi aku yang mentah dalam politik,PKR kena muhasabah diri.jangan terlalu yakin sangat nak ke PUTRAJAYA sampai suara seperti GOBALA diabaikan.untuk misi menawan PUTRAJAYA,PKR kena memilih calon yang berkaliber supaya tiada lagi insiden keluar parti dan menjadi MP bebas..kalau dah menang,PKR tak boleh bersikap 'bias' seolah-olah berpihak pada 1 pemimpin saja.nama pun PARTI KEADILAN RAKYAT,tapi kalau pemimpin sendiri mula bersikap "BIAS" di mana letaknya keADILan dalam PKR?


TEMURAMAH CALON PRK TENANG

VS 
benda ini aku dapat dari mstar.com...boleh dikira macam debat antara Calon PAS,Normala Sudirman dan Calon BN,Mohd.Azahar Bin Ibrahim...kenapa aku katakan ini macam debat sebab wartawan MSTAR ini mengajukan soalan yang sama kepada kedua-dua calon ini...

Mstar: Adakah anda mempunyai blog atau akaun laman web sosial seperti Facebook?

Cikgu Mala: Saya ada laman blog dan akaun Facebook. Saya akan menghabiskan masa sekurang-kurangnya setengah jam untuk mengemaskini medium online ini. Kedua-duanya saya gunakan untuk berkomunikasi dengan masyarakat mengenai pandangan serta masalah mereka.

Tok Ai: Saya tidak mempunyai blog, tetapi saya mempunyai akaun Facebook untuk berhubung dengan rakan-rakan saya sejak enam bulan yang lalu.


Mstar: Adakah anda meminati apa-apa cabang seni?

Cikgu Mala: Saya tidak pernah belajar bermain apa-apa alat muzik tetapi saya suka dengar muzik nasyid kerana melodi dan liriknya memberi ketenangan kepada saya. Kumpulan nasyid yang saya gemari ialah, In Team dan Hijjaz.

Tok Ai: Kalau menari dengan main alat muzik rasanya tak ada. Tapi kalau menyanyi adalah, saya suka karaoke. Saya suka dengan muzik R&B.


Mstar: Adakah anda suka menonton wayang?

Cikgu Mala: Saya bukan kaki tengok wayang dan saya tak ada filem yang betul-betul saya minati. Ini disebabkan tugas saya sebagai seorang ibu dan sibuk dengan aktiviti parti menyebabkan saya tidak mempunyai masa untuk menonton wayang.

Tok Ai: Kadang-kadang, saya suka menonton filem aksi terutamanya Die Hard 3, End of Days dan 2012.


Mstar: Anda suka membaca? Buku apa yang anda gemari? :

Cikgu Mala: Saya suka baca buku agama dan perjuangan nasionalisme kerana di sini saya mendapat inspirasi untuk amalan kehidupan seharian.

Tok Ai: Majalah Asia Week, Civil War dan buku berkaitan politik seperti Kronologi Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Obama.


Mstar: Makanan kesukaan anda?

Cikgu Mala: Saya suka makan nasi goreng kampung dan ikan siakap masak stim.

Tok Ai: Ikan baung masak lemak cili api.


Mstar: Apakah yang anda gemar lakukan pada waktu lapang?

Cikgu Mala: Saya suka membaca buku pada waktu lapang dan saya suka pergi sauna selepas melalui aktviti yang meletihkan. Namun disebabkan oleh jadual yang padat, saya hanya dapat tidur tiga jam sehari dan yang mengejutkan ini tidak langsung memenatkan saya kerana saya sentiasa teruja untuk berkhidmat kepada masyarakat.

Tok Ai: Saya suka melancong dengan keluarga pada masa lapang. Antara tempat yang pernah saya lawati, Sydney, England, Ireland, Russia, Dhaka, Scotland dan Beijing.


Mstar: Sukan apa yang anda gemari?

Cikgu Mala: Saya suka bermain bola jaring dan aktif di sekolah. Saya juga suka menyaksikan pelajar saya bermain bola jaring ketika saya menjadi guru.

Tok Ai: Saya suka main golf dengan kawan-kawan sekurang-kurangnya seminggu sekali.


Mstar: Adakah anda mempunyai nama samaran atau timbangan?

Cikgu Mala: Teman rapat dan ahli keluarga memanggil saya Nor tetapi sejak saya menjadi cikgu mereka panggil saya Cikgu Mala dan gelaran itu kekal hingga hari ini.

Tok Ai: Arwah ayah saya dulu Ketua Kampung. Ketika saya darjah lima, kawan-kawan dan orang kampung mula panggil saya, ‘Tok Ai’. Gelaran itu dipanggil kerana gabungan nama ayah sebagai ketua kampung, ‘Tok’ dan ‘Ai’ itu merujuk kepada saya sebagai anaknya. Sampai sekarang gelaran itu lekat pada saya.


Mstar: Bahasa yang anda kuasai?

Cikgu Mala: Selain Bahasa Malaysia. Saya boleh berbahasa Inggeris dan cakap bahasa Jawa. Selalunya saya lebih banyak bercakap dalam Bahasa Malaysia.

Tok Ai: Bahasa Melayu dan Inggeris.


Mstar: Anda mempunyai binatang peliharaan?

Cikgu Mala: Saya suka haiwan dan saya ada bela kucing namanya ‘Mickey’.

Tok Ai: Saya tak suka bela haiwan, tapi sejak anak saya suka bela sepasang kura-kura, ‘Lulu dan Lala’ saya jadi suka kepadanya.


Mstar: Siapakah idola anda?

Cikgu Mala: Idola saya, Nabi Muhammad SAW. Baginda sumber insipirasi kepada saya dan kegigihan, ketabahan serta kepayahan yang dihadapinya merupakan contoh kepada orang Islam.

Tok Ai: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Saya meminati gaya kepimpinan dan kebolehan beliau mentadbir negara selama lebih 21 tahun.


Mstar: Pelakon yang anda sukai?

Cikgu Mala: Saya suka P. Ramlee. Dia seorang legenda dan salah seorang artis tempatan yang paling berbakat kita pernah miliki.

Tok Ai: Kalau artis saya minat pelakon aksi, Steven Seagal.


Mstar: Perkara yang anda sukai tentang Malaysia?

Cikgu Mala: Kepelbagaian budaya, agama serta adat resam yang kita miliki. Kepelbagaian budaya dan masyarakat menjadikan Malaysia sebuah negara yang istimewa dan unik untuk dikunjungi.

Tok Ai: Saya suka tempat-tempat pelancongan menarik yang ada di Malaysia terutamanya taman negara, air terjun, pulau-pulau cantik seperti Pulau Langkawi.


Mstar: Perkara yang anda tidak suka tentang Malaysia pula?

Cikgu Mala: Satu faktor yang saya tidak suka tentang Malaysia ialah kita masih belum mempratikkan nilai demokrasi sebenar. Banyak yang masih boleh diperbaiki lagi dan kita sudah pasti akan bergerak ke arahnya.

Tok Ai: Sikap pentingkan diri sendiri terutamanya ketika memandu. Kalau di bandar kadang-kadangnya orangnya tidak peramah dan sombong.

MY COMMENT: Esok berlangsungnya pilihanraya kecil kali ke 15 iaitu di DUN TENANG,aku berharap rakyat di kawasan Tenang membuat pemilihan yang tepat untuk memilih pemimpin yang membawa suara mereka ke DUN Johor.selepas berakhirnya kempen maka semua mata akan tertumpu ke MERLIMAU pula."MAKE THE BEST CANDIDATE WIN" itu je yang mampu aku katakan untuk pilihanraya kali ini.

5 TANDA KAU TERALU LAMA SINGLE


AYO single pun susah tak single lagi lah bermasalah
sebenarnya single nie best...bebas melakukan apa saja...leh lepak dengan member-member...boleh lepak dengan awek mana yang kita suka...Senang ceritalah lantak lah nak wat pa pun...tapi kebebasan nie akan merubah lelaki...dari 1 artikel aku baca,perubahan ini biasanya bukan perubahan yang baik. Tabiat buruk seorang bujang akan segera menjadi kebiasaan dan kau akan kehilangan motivasi atau lebih teruk lagi ketajaman akal lelaki. Menjadi single terlalu lama adalah kitaran menurun yang menjadikan seorang lelaki itu sedih, keseorangan dan gersang.aku pun single gak...
so kat sini aku nak bagi 5 tanda seorang lelaki tu terlalu lama single


1)  Perasan semua awek suka pada kau
Pantang tengok awek lalu ja,lepas tu senyum dengan kita,mulalah perasaan diri macam awek tu nak mengorat kita.Walaubagaimanapun, menjadi single untuk masa yang terlalu lama ini membuatkan seorang lelaki tu jadi confiden.time 2 ah cuba nak mengorat,last-last diri sendiri dapat malu.sebab mungkin awek tu senyum sebab gaya selekeh atau ada cili kat gigi ka...dah digelar "JEJAKA PERASAN"


2) Membina tabiat makan yang tidak elok
dulu time kaple,selalu awek masakkan untuk kita.so bila single yang terlalu lama tabiat makan kita pun jadi tak elok.kalau asyik melantak maggi ja ataupun asyik makan kat kedai mamak ja,sahlah kita nie dah terlalu lama single.


3) Asyik main games.
Counter Strike?Dota (DUNIA ORANG TANPA AWEK)?PES? nie semua games2 yang femes bagi belia untuk mengisi masa lapang.Mungkin time kaple dulu kita jarang main games atau tak mau main games.Tapi kalau asyik main games berejam2 time bila kita nak cari awek?Siang tidur malam main games...bila time nya?umpama aku sendiri pernah kata,MALAMKU SIANG SIANGKU MALAM.dah tak de life sebab life asyik dengan game saja.lagi pula time hujung minggu...orang lain sibuk berdating kita sibuk depan komputer main games.


4) Asyik meluahkan perasaan dekat perempuan.
Apa tanda lagi kalau dah terlama single?ada membe perempuan kita tanya "Camner life sekarang?"Kita pun membebel panjang tentang life single kita dengan penuh emosi sekali.aku rasa kalau makcik kantin dengar pun dia kesian kat kita sebab dah desperate sangat nak cari awek.


5) mula stalk awek lama kau
yang nie aku boleh kata paling kronik sekali...bila terlalu lama single...fikiran mesti ingat awek lama...lepas tu stalker lah awek tu...Duduk depan PC .. guna ruangan sembang, Google, cari facebook, friendster segala bagai ... menyamar jadi orang lain .. dan jadi fren pada awek lama. boleh tengok apa dia buat setiap hari.life dia lepas putus dengan kita.lepas tu curi gambar,wat simpanan peribadi.Come on lah bukan awek tu saja yang ada kat dunia ni...Manusia dilahirkan berpasangan...kalau dia bukan jodoh kita so cari lain ah...

Jadi jika anda lelaki ... kalau ada benda nie dalam diri...cepat2lah cari awek...termasuklah aku hahahaha...



P/S:PROMOTE DIRI KEJAP...

STALKER

Assalamualaikum blogger...

aku baru balik dari TELUK BATIK selepas wat kerja gila mandi laut pukul 8 pagi...hahahah dari kul 6 aku lepak dekat TELUK BATIK memang best ah...insyallah gambar kat TELUK BATIK aku akan update nanti k...sebab member aku gi IPOH pula dengan member2 dia...
\

kenapa aku pilih tajuk STALKER sebagai tajuk entry aku...dulu aku digelar STALKER FACEBOOK oleh member2 aku sebab aku suka sangat like status orang...yelah sebelum aku gila blogging aku gila facebook...sekarang dah tak de masa dah...sebenarnya dalam blog nie ade blog yang aku suka sangat stalker dan usha blog dia akan aku senaraikan kat bawah...
 blog ini milik LENE LANG @ PUAN AWIN....memang favorite aku untuk stalker...sebab blog awin nie memang best...dari sebelum aku ada blog pun aku suka baca baca blog dia...blog dia nie umpama suara hati dia...apa benda dia tak puas hati dia cerita dekat blog dia...kita yang baca jadi excited lak...aku ingat aku sorang ja suka blog nie tapi bebudak rumah aku pun suka gak dengan blog nie...kalau dia update mesti aku dan bebudak rumah aku baca....memang besh ah...AWIN you are the best...

blog ke 2 yang aku suka stalker dan baca ialah OH ZILA...blog nie milik NORZILAWATIE BINTI ZAHIDIN...dia nie memang penyanyi....layan gak lah lepak kat blog dia sebab macam AWIN gak dia apa benda yang terbuku di hati dia akan cerita dalam blog dia...lagipun dia memang minat menyanyi...dia suka sangat buh video dia nyanyi dalam blog dia...macam artis pula...tapi terhibur gak lah tengok blog dia...ada ketawa ada menangis...ok ZILA tak nak puji lelebih...tapi blog ko memang best ah...

blog yang ke 3 nie pulak milik ATYN JUNAIDI....salah seorang member facebook aku gak...(budak kampung aku)...aku suka baca gak blog dia sebab memang best dengan maki hamun orang sesuka hati menyebabkan aku jadi suka baca blog dia....boleh menghiburkan hati yang sedang tensen2...blog ang memang best ah ATYN....rakan segila aku dalam facebook...
sbenarnya banyak blog lagi aku nak buh dalam nie...tapi aku cerita yang jadi best favorite aku lah...sebenarnya diorg nie aku anggap macam sifu aku dalam arena blog...kalau takde diorang takde lah aku wat blog macam sekarang...anyway thanks sebab hiburkan aku dengan blog korang yang best2
NOW ITS TIME TO DRAGON TIGER GATE...


KARAOKE


Malam nie aku dengan budak rumah aku LUQMAN FIQ DGN ALANG sekali dengan tetamu,ARIP nak gi karaoke dekat MANJUNG...peh lama gila tak karaoke dengan bebudak nie...Last sekali kitorang gi time tu tutup plak karaoke kat situ...so kitorg lepak kat LUMUT and kena ceramah MLM hampir 2 jam oleh 1 "brader"...Memang celaka lah kan...
SYARIKAT yang diceramahkan oleh brader tu kat kitaorang
SEBELUM CERAMAH
SELEPAS CERAMAH
yang aku ingat dia ceramah 2 pasal ND LALA NETWORK yang lain 2 masuk telinga kanan keluaq telinga kiri...peh memang serik ah aku nak lepak sana lagi dah takut jumpa brader 2 lagi...bangang betul mai nak lepak2 last2 kena pujuk masuk MLM...tak nak lah teman...
aku harap malam nie aku aku tak jumpa lah brather 2...dan janganlah ditutup pulak kedai karaoke 2 aku dah ketagih gila dah nie...menggeletar badan aku rasanya....
p/s:takdalah sampai nak makan microphone tu pulak....CIK SITI MUNIRAH jangan jelaous ya...saya nak gi karaoke nie...

30 Rahsia Perempuan yang Lelaki Perlu Tahu!

hahahaha saja wat gempak gambar....sebenarnya perempuan nie agak complicated untuk difahami tapi ini ade 30 rahsia perempuan yang kita sebagai lelaki kena tahu....!!! so kepada lelaki (expecially aku) mesti kena baca dan ambik sebagai ilmu...

1.Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bsedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sdang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yg patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dgn sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sdg keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita mmg sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dgn gadis yg sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dlm diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan "HI" sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa..
dengan rahsia nie...barulah lelaki bleh paham pempuan camna....so renung2kan dan selamat beramal...
HIASAN SEMATA2

BAHAGIA2

happy aku bila member baik aku EMELIA MERRISA dah rujuk balik dengan pakwe dia...aku tolong happykan dia dan rileks kan dia...sekarang nie dia dah bahagia balik dengan pakwe dia..takpe aku tumpang happy...aku mendoakan dia bahagia selama2nya dengan pakwe dia....


sekarang aku kena tabahkan hati untuk menghadapi hari mendatang...sekarang bukan masa aku nak kecewa dalam bercinta...sebab cinta itu adalah seperti api dalam hidup aku sekarang...dulu aku memang terhegeh-hegeh nak bercinta sebab jeles tengok kawan-kawan aku asyik bercinta ja...tapi tak pa sekarang aku leh terima hakikat aku tak layak untuk mencintai dan dicintai...so lebih baik aku sendiri...

dulu aku marah orang panggil aku "LOSER" skarang aku dah tak kisah dah...mungkin ALLAH belum bagi aku kekasih sejati aku...aku tak pernah salahkan ALLAH tapi aku salahkan diri aku sendiri sebab mungkin ada yang tak kena dalam hidup aku...sebab aku ada kekurangan dalam diri aku sendiri yang tak melayakkan aku untuk bercinta...sekarang time untuk aku majukan diri...PEREMPUAN SEMUA LETAK TEPI...sekarang masanya untuk cari duit...

maybe one day aku akan dapat kekasih sejati...bak kata EMI "MANUSIA MAMPU MERANCANG,ALLAH YANG TENTUKAN" kekadang bila kita tak nak,ada ja yang datang...moga  kali nie dapat ditabahkan hati aku untuk tidak berkaple lagi...


for u SITI MUNIRAH...dulu ko buka hati aku untuk bercinta...tapi sekarang ko dan aku kawan baik...andai ko jodohku....aku terima seadanya...AKU AMAT SAYANGKAN DIA...tapi malas nak letak harapan...moga dia paham....aku belum bersedia nak luah perasaan...tapi biarlah...ada jodoh adalah 2....
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers