Pengkikut blog

IKLAN lagi....

RON97 naik 10 sen lagi


Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuatkuasa tengah malam ini menurut satu sumber industri.
Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter (RM2.40 sebelumnya).
Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.
Kenaikan harga ini juga dilakukan sehari selepas pilihan raya kecil DUN Tenang yang berlangsung semalam.
Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini.
Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.
Apungan itu diperkenalkan tahun lalu dan satu gred baru petrol RON95 turut diperkenalkan.
Harga bagi RON95 kini ditetapkan pada kadar RM1.80 seliter.
Pengurangan subsidi bagi bahan keperluan seperti petrol telahpun mula diperkenalkan melalui Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) sejak awal tahun lalu.
Badan berkenaan ditubuhkan bagi mengurangkan beban subsidi negara.

SUMBER: http://malaysiakini.com/news/155023

MY COMMENT:
Malas aku nak comment lebih2...lagipun tak lama lagi minyak RON 95 pun konfirm naik gak nie...sama ja...nie kira macam hadiah jugak lah dari kerajaan BARISAN NASIONAL sebab undi depa masa PRK TENANG SEMALAM....so lepas nie undi lah depa sampai harga minyak seliter sama harga dengan DUNHILL SEKOTAK....RM 10.00...Terima kasih kepada kerajaan BN kerana menaikkan lagi harga minyak RON 97. Kita patut mengucapkan terima kasih atas apa yang dilakukan oleh mereka.Senang cerita..saper pakai RON 97 tu orang yang banyak duit la....Kerajaan dah tak kontrol dah...

TERIMA KASIH BARISAN NASIONAL....!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers