Kenapa AKU pilih lagu nie...sebenarnya AKU dalam terkejut lagi bila melihat wrestler kegemaranku,Jeff Hardy menjadi jahat dengan bersekongkol dengan HULK HOGAN dan ERIC BISHOFF dan juga FORTUNE di TNA...
Nie kira first time JEFF HARDY jadi jahat dalam sepanjang kerjaya nya...peh...dia top penjahat di TNA sebab dia pegang TNA WORLD CHAMPION....AKU memang minat dia sebab dia paling best antara terbest di dalam GUSTI sama ada WWE atau TNA....LEPAT suka tengok dia sebab skill dia bergusti mmang besh...dengan SWANTON BOMB dia yang amazing...
AKU bukan nak cerita pasal Jeff Hardy sangat...Point utama ialah perubahan...kita berubah dari sesuatu ke sesuatu yang lain...macam JEFF HARDY berubah dari baik (face) ke jahat (heel)...bukan AKU suruh semua jadi jahat...tapi perubahan...
Perubahan nie maksud dia luas...tak kisah ah perubahan diri ka perubahan sikap ka perubahan kerajaan ka ( eh termasuk bab politik sekejap)...sebenarnya perubahan nie tertakluk pada diri sendiri....kalau kita mampu menghadapi cabaran untuk berubah...insyallah kita akan berubah...walaupun orang suka ke x suka dengan perubahan tu...bukan diorang yang tanggung perubahan...diri sendiri..Orang yang tidak mahu berubah, sebenarnya dia adalah orang yang tidak mahu mencapai apa-apa kecemerlangan dalam hidupnya.Orang yang sanggup berubah, terbukti dia adalah orang yang mahu mencapai kecemerlangan hidup.
Setiap orang dalam hidupnya pasti akan mengalami fasa perubahan hidup....Namun perubahan itu,tidak semua individu mengalami perubahan di hidupnya dengan waktu fasa datar.Yang dimaksud dengan fasa datar iaitu,perubahan itu dapat terjadi secara lambat atau cepat.
2010 hampir menghilang 2011 menjelang tiba...AKU nak melakukan perubahan *bukan itu ayat tiap2 tahun AKU cakap* mungkin perubahan yang AKU nak buat banyak...sebab AKU akan atur untuk 2011....
INSYALLAH....doakan AKU K..awek2 semua belakang cerita..AKU dah tak kisah dah....kalau makin AKU kisah,makin sakit hati ja AKU rasa....dengan yang penipu pun ada..AKU dah x sanggup menerima kelukaan hati lagi...cukup sampai di sini...AKU dah 25 tahun (tahun depan) so selagi AKU tak dapat apa AKU nak...lebih baik "BIAR KU SENDIRI"..alamak macam MUS MAY lak..Tapi "Manusia punya Usaha,Allah punya Kuasa" AKU hanya mampu merancang tapi ALLAH yang menentukan...AKU memohon kepada ALLAH supaya AKU dikuatkan semangat untuk melakukan perubahan untuk masa depan diri AKU yang tak berapa muda nie...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan