Pengkikut blog

IKLAN lagi....

ROADSHOW SAMM NIBONG TEBAL




ASSALAMUALAIKUM...SEBENARNYA AKU BARU BALIK DARI CERAMAH ROADSHOW SOLIDARITI ANAK MUDA MALAYSIA DAN ASALKAN BUKAN UMNO DEKAT NIBONG TEBAL (KAMPUNG AKU) INI KENAPA AKU MULA DENGAN GAMBAR DI ATAS SEBAB AKU TENGOK CAT KUNING DISIMBAH DEKAT POSTER DEPAN TEMPAT  KERJA AKU 

APA MAKSUD NI? NAK SABOTAJ PROGRAM NIE KA? SAPALAH PUNYA KERJA NIE 

NIE GAMBAR-GAMBAR TIME CERAMAH ROADSHOW ABU.YANG DATANG BERCERAMAH IALAH CHEGU BARD (PENGERUSI SAMM) HARIS IBRAHIM (PENGERUSI ABU) DATO'FAUZI SHAARI (BEKAS KETUA POLIS) DAN KHALID ISMATH (SOLIDARITI MAHASISWA MALAYSIA)DENGAN TEMA
"TIPU PRU, RAKYAT BANGKIT HUMBAN KAMU"

PENTAS CERAMAH. DEKAT PASAR AWAM BUKIT PANCHOR

ALHAMDULILLAH CUACA CUKUP CERAH...TAK HUJAN WALAUPUN PETANG TADI MACAM NAK HUJAN....AKU SAMPAI TIME NIE KUL 8.30 MALAM....TAK DA ORANG LAGI DAN PIHAK PENGANJUR SAMM PENANG SEDANG SIAPKAN PENTAS..


SORRY CAMERA HANDPHONE X BERAPA CANTIK...CERAMAH BERMULA PUKUL 9 MALAM SEPERTI DIJANJIKAN...BERMULA DENGAN KETUA DAPSY NIBONG TEBAL ( TAK INGAT NAMA EH) MEMULAKAN SESI CERAMAH...



KEMUDIAN DITERUSKAN DENGAN SAUDARA KHALID ISMATH MEMBERI CERAMAH...DIA STORY TENTANG KEBANGKITAN MAHASISWA MENENTANG UMNO/BN






KEMUDIAN DITERUSKAN DENGAN DATO FAUZI SHAARI MEMBERIKAN CERAMAH...ENJOY GAK AH WALAUPUN AKU DIPERLI SEBAB TERLEPAS CAKAP "JANJI DICAPATI"...HEHEHEHEHE SORRY DATO'



UP NEXT,PENGERUSI ABU, HARIS IBRAHIM MEMBERI CERAMAH....WALAUPUN PANJANG....BANYAK MAKLUMAT YANG AKU DAPAT TIME DENGAR CERAMAH PENUH SEMANGAT DARI SAUDARA HARIS..PEGUAM NIE...JANGAN MEMAIN


SELEPAS SAUDARA HARIS MEMBERI CERAMAH,CIKGU YEOH (PENGERUSI DAP NIBONG TEBAL, AHLI MPSP) MEMBERIKAN CERAMAH.BANYAK ISU TEMPATAN DIKUPAS DALAM CERAMAH BELIAU...SAMBIL BELIAU BERCERAMAH DALAM BAHASA MANDARIN, AKU JADI TERUS TAK FAHAM





PENCERAMAH TERAKHIR, CHEGU BARD (PENGERUSI S.A.M.M) MEMBERIKAN UCAPAN...UCAPAN YANG PENUH SEMANGAT...DAN BELIAU AKAN MENDEDAHKAN HUTANG PEMIMPIN UMNO MINGGU DEPAN....DAN JUGA KEKAYAAN KETUA PEMUDA UMNO....SO TUNGUUUUUUUUUUUUUUUU!!!!!!!

AMARAN DARI RAKYAT MALAYSIA......ANDAI BN TIPU PRU KALI INI..... RAKYAT AKAN BANGKIT DAN HUMBAN KAMU DARI PUTRAJAYA....


UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA PIHAK PENGANJUR SOLIDARITI ANAK MUDA MALAYSIA YANG BANYAK BERTANGGUNGJAWAB MENGANJURKAN MAJLIS CERAMAH INI...


P:S:- TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT....WALAUPUN AKU TAK TERLIBAT DALAM MAJLIS INI....DAN AKU DATANG SEBAGAI PENONTON....SEKURANG2 NYA MEMBERI SEMANGAT UNTUK AKU MELIHAT PERUBAHAN YANG BERLAKU DI MALAYSIA NEGARA YANG TERCINTA INI.JANGAN RISAU,AKU TAK DIBAYAR RM 3000 SEBULAN UNTUK CAKAP BEBENDA INI!




"HANYA ROKOK JOHN MENJADI PENEMAN"







GEMPAR] MISTERI BERKENAAN PENGANUGERAHAN KONTRAK KEPADA Samsung Engineering & Construction UNTUK MEMBINA PERAI POWER PLANT, PULAU PINANG


gamuda-power1
SOLIDARITI ANAK MUDA MALAYSIA
www.anakmudamalaysia.com
samm4anakmuda@gmail
Kenyataan Media
29 Januari 2013
MISTERI BERKENAAN PENGANUGERAHAN KONTRAK KEPADA Samsung Engineering & Construction UNTUK MEMBINA PERAI POWER PLANT, PULAU PINANG
Merujuk laporan media bertarikh 22 Januari 2013 yang melaporkan Majlis Tandatangan Penganugerahan Pembinaan Prai Power Plant yang dianugerahkan kepada sebuah syarikat asing iaitu Samsung Engineering & Conctruction.
Keputusan untuk menganugerahkan projek bernilai RM2.47 billion ini kepada sebuah syarikat asing dengan mengenepikan sepenuhnya syarikat tempatan yang berkemampuan mengundang seribu satu persoalan. Ini jelas melanggar nilai merit yang diambil kira dalam penilaian tender dan menjadi polisi kerajaan iaitu sebuah syarikat asing harus bergabung (JV) dengan syarikat tempatan demi perkongsian pengalaman dan agar dana yang besar tidak hanya teralir keluar tetapi turut dinikmati dan memperkukuhkan korporat tempatan.
Menurut semakan ringkas yang SAMM lakukan Samsung Enggineering & Conctruction bukan asing di Malaysia, antara projek besar yang syarikat ini pernah terlibat di Malaysia ialah  2ndtower KLCC, namun rekod menyatakan pembinaan tersebut hampir 100 % menggunakan khidmat kontraktor Korea Selatan dan luar negara yang dipilih Samsung sendiri. Langsung tidak ada perkongsian dengan syarikat tempatan. Ini beerti hampir 100% wang negara teralir ke luar. Malah selepas siap Samsung Engeenering dikatakan terus keluar dan langsung tidak ada sumbangan kalau ada pun ia amat minima dalam negara lagi.
Selepas itu nama syarikat Korea Selatan ini senyap sehinggalah wujud tawaran pembinaan menara warisan 118 tingkat. Samsung mula mendekati beberapa mereka yang berkedudukan penting dalam negara.
Dirakamkan juga pertemuan telah dilakukan di Korea Selatan bersama Perdana Menteri dengan Presiden Samsung untuk usaha melobi. Malah lobi bukan sahaja berlaku dikalangan mereka berkedudukan rasmi sahaja malah turut libat anak PM sendiri.
Nampaknya mungkin kerana usaha lobi sudah terlalu giat akhirnya walaupun menara warisan 118 tingkat masih belum tentu hujung pangkal namun Samsung Engineering & Construction mendapat anugerah projek Prai Power Plant yang bernilai keuntungan jauh lebih besar dari menara Warisan.
Namun seribu satu persoalan muncul atas penganugerahan tersebut.
  • Mengapa syarikat tempatan seperti Ranhill Berhad / Malakoff / Paremba yang jelas berkemampuan dan berpengalaman yang menawarkan diri serta ada yang menawarkan harga yang lebih murah gagal mendapat kontrak tersebut. SAMM mungkin banyak tidak bersetuju dengan sykt tempatan dinyatakan tetapi dengan memberikan anugerah kepada sykt asing dengan mengenepikan sykt tempatan berkelayakan adalah sesuatu yang salah.
  • Mungkin panel selective tender yang membuat keputusan tersebut berfikiran dijajah iaitu hanya syarikat asing boleh buat projek besar mengapa tidak dipilih syarikat asing yang menawarkan JV dengan syarikat tempatan bagi membantu ekonomi tempatan
  • Prai Power Plant berkapasiti 1000 MW sama seperti kemampuan Manjung Power Plant namun mengapa perbezaan kos agak keterlaluan.
  • Diingatkan Prai Power Plant tidak seperti Manjung dan Tanjung Bin ketika proses tender dan dan pembinaan beberapa kali kenyataan media dibuat mengumumkan kos dan peringkat proses bersesuaian dengan ia projek berkepentingan negara.
  • Sewaktu pembinaan Manjung Power Plant 40% bahan adalah dari dalam negara, boiler steel works dibuat di Malaysia. Maka secara relatifnya kos dalam dimanafaat dalam negara.
Persoalan paling utama ialah berdasarkan laporan media pada 20 Mac 2012 menyatakan secara jelas Jawatankuasa tender telah mengumumkan 9 pembida telah disenarai pendek. Ini agak sedikit mengejutkan kerana sebelum ini hanya 5 -6 syarikat sahaja yang disenarai pendek.
Antara syarikat pembida yang telah disenarai pendek berdasarkan artikel yang disiar media pada20 Mac 2012 itu ialah
  • 1 Malaysia Development Bhd yang berusaha sama dengan Hyundai Engineering & Conctruction
  • YTL Power International Bhd berusa sama dengan Marubeni Corp of Japan
  • CI Holding Bhd bergabung bersama Teknologi Tenaga Perlis Consortium yang berusaha sama dengan Daelim Industrial Co. Limited
  • Amcorp Power Sdn Bhd yang berusaha sama dengan Mitsui & Co Limited
  • Malakoff Corp Bhd bergabung dengan Petronas Power yang berusa sama dengan Mitshubisi Corp.
  • Pendekar Power Sdn Bhd yang dimiliki oleh Powertek Sdn Bhd.
  • Mastika Lagenda Sdn Bhd yang dimiliki Genting Berhad
  • Genting Sanyen Power Sdn Bhd
  • Sime Darby Power Sdn Bhd
Langsung tidak wujud nama Samsung dalam 9 yang disenarai pendek. Namun apabila diumumkan Samsung yang langsung tidak ada dalam senarai pendek telah mendapat projek ini yang bernilai RM 2.47 billion berdasarkan laporan media 1 Disember 2012.
SAMM mengajak rakyat agar memerhatikan perkembangan ini dari dekat kerana ;
  • TNB sebuah agensi penting negara, perbelanjaan TNB melampau seperti pembinaan janakuasa dengan harga tidak munasabah akan memberikan kesan jangka masa panjang kepada rakyat.
  • Membiarkan projek bernilai tinggi hanya dimonopoli tanpa perkongsi syarikat tempatan adalah pengkianatan kepada ekonomi negara.
  • Akur dengan dunia makin hilang nilai sempadan namun dalam perkara ini kerajaan harus memastikan kewujudan gabungan asing dan tempatan bagi memastikan aliran kewangan terkawal, peluang pekerjaan, perniagaan & kemahiran, serta kemahiran teknologi disalurkan pada warga negara setimpal dengan kos wang rakyat yang diguna pakai.
Melalui sidang media ini juga SAMM ini menimbulkan persoalan ;
  • Projek bernilai RM2.47 billion ini seolah diluluskan bukan sahajakepada syarikat tidak disenarai pendek tetapi agak tergesa – gesa dan dalam keadaan cuba berselindung. Majlis penganugerahan kontrak sebesar RM2.47 billion ini tidak diberikan perhatian sewajarnya media dan tidak dihadiri oleh Menteri seperti mengelak perhatian rakyat seperti ada yang cuba diselindungkan ?
  • Adakah ia tergesa – gesa ada kaitan dengan cubaan mencairkan dana bagi tujuan membantu kewangan pihak tertentu  menjelang PRU ke 13.
SAMM meragui mungkin ada ‘sesuatu’ dibelakang semua ini. SAMM telah mendapatkan kerjasama dengan beberapa sumber dari Korea Selatan juga berkemungkinan menghantar pasukan ‘carian’ ke sana dan dalam masa terdekat akan membuat pendedahan usaha lobi melibatkan syarikat Korea Selatan tersebut.
Untuk peringkat ini SAMM bagi pihak rakyat Malaysia yang menggunakan elektrik dan membayar tarif yang mahal dan semakin meningkat saban masa mendesak agar TNB dapat tampil memberikan penjelasan dalam isu ini.
Sekian.

che’GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia



P/S:- MAKIN DAH NAK TENGGELAM KAPAL BN NIE.....DAH MACAM2 DIDEDAHKAN PELBAGAI PIHAK TENTANG SKANDAL YANG DILAKUKAN BN...NAK BAGI RAKYAT NAMPAK TAPI RAKYAT DITUTUP DENGAN PERKARA2 REMEH....MAAF BN!! INI KALI UBAHLAH!KITA KENA BERUBAH KERAJAAN....MAYBE LEBIH BAIK DARI KERAJAAN DULU!TAHNIAH SAMM!DEDAHKAN BANYAK LAGI SKANDAL BN SAMPAI RANAP PARTI MAKSUM ITU!



KISAH LEPAT


RAMAI INGAT LAGI KISAH LEPAT? AKU PUN INGAT LAGI KISAH LEPAT...KISAH SEORANG AYAH YANG DI LARIKAN ANAK NYA OLEH BEKAS ISTERI NYA.




Tiga belas tahun anak dilarikan bekas isteri


KUALA LUMPUR: Pelukis potret, Ismail Ariffin atau Lepat yang mengalami tekanan perasaan sejak 13 tahun lalu selepas anaknya, Sunni Sazali, dilarikan bekas isterinya, mahu menyaman Mahkamah Syariah negara ini. Lepat, 42, mengakui kejadian masih menghantui dirinya hinggakan beliau mengalami gangguan emosi dan tekanan hidup kronik kerana berjauhan dengan anaknya yang ketika itu berusia dua tahun. Dia kecewa dan mendakwa Mahkamah Syariah Pulau Pinang tidak membantu memastikan kes hak penjagaan Sunni mencapai keputusan sama ada memihak kepadanya atau bekas isterinya, warga Britain, Aishah Jane Brummit.

“Selepas berfikir sekian lama, saya rasa keadilan perlu dituntut kerana ia berpunca daripada kelemahan pihak terbabit (Mahkamah Syariah) hingga menyebabkan saya kehilangan Sunni.

“Bila terkenangkan nasib Sunni, terutama soal iman dan risaukan kalimah syahadah Sunni, saya menjadi runsing dan bimbang,” dakwanya ketika dihubungi di Bremen, Jerman di sini, semalam.

Tiga belas tahun lalu, negara dikejutkan berita mengenai Aishah melarikan anaknya hasil perkongsian hidup dengan Lepat selepas pertemuan dengan anaknya atas perintah Hakim Mahkamah Syariah Pulau Pi-nang, Othman Ibrahim.
Pada 1 April 1997, mahkamah berkenaan mengeluarkan perintah membenarkan Aishah bertemu Sunni setiap pagi Sabtu di pekarangan Balai Polis Lebuh Pantai, Georgetown.

Bagaimanapun, Aishah mengambil kesempatan daripada perintah itu dengan merancang melarikan Sunni ke luar negara menerusi sempadan di Bukit Kayu Hitam.

Malah, insiden itu bukan yang pertama, sebaliknya setahun sebelum itu, Aishah pernah melarikan Sunni ke negara asalnya sebelum Lepat berusaha ‘merampas’ anak sulungnya itu ketika sedang tidur di kediaman keluarga mentuanya di Devon, England.

Kini, pasangan yang sudah berpisah itu membawa haluan masing-masing dengan Aishah, 38, menetap bersama Sunni, 15, di Devon, manakala Lepat yang berkahwin kali kedua dengan rakyat Jerman, kini tinggal bersama isteri yang juga penuntut peringkat sarjana bidang psikologi di Universiti Bremen, Nor Azlina Caesar Abdullah, 26, dan anak perempuan mereka, Siti Aminah yang berusia tiga tahun di negara berkenaan.

Lepat yang berasal dari Bagan Lebai Tahir, Butterworth, mendakwa kelemahan sistem kehakiman mahkamah berkenaan, di tambah persepsi negatif terhadap dirinya menyebabkan beliau terpaksa menanggung rindu berpisah dengan Sunni.

Menyingkap kejadian pada 5 Julai 1997, Lepat yang menjalani pembedahan pankreas tahun lalu dan menghidap penyakit buah pinggang, berkata tindakannya ‘mengintai’ Sunni dan Aishah dari bangunan bersebelahan balai polis menimbulkan rasa tidak puas hati bekas isterinya, menyebabkan mahkamah mengarahkan beliau tidak mengulangi perbuatan itu.

“Arahan itu juga menyebabkan Sunni berjaya dibawa ke luar negara kerana tidak ada pihak yang mengawasi pergerakan Aishah. Ketika itu, saya ke kedai makanan segera membeli kentang goreng untuk Sunni dan apabila tiba di pekarangan balai polis, kelibat kedua-duanya sudah tidak kelihatan,” dakwanya.

INFO
Rentetan peristiwa
Februari 1996 – Aishah larikan Sunni ke England kali pertama sebelum
Lepat merampasnya dan membawa pulang ke Malaysia.

5 Julai 1997 – Sunni dilarikan Aishah buat kali kedua dengan menyeberangi sempadan di pintu Bukit Kayu Hitam.

Ogos 1997 - Aishah mendapat hak penjagaan terhadap Sunni daripada mahkamah di London.

SUMBER:-
http://www.bharian.com.my/articles/LepatmahusamanMahkamahSyariah/Article/ 

ANAK LEPAT YANG DILARIKAN, SUNNI

LEPAT SEKARANG BAHAGIA DI BREMEN, GERMAN BERSAMA ISTERI, LINA DAN DUA ANAK NYA AMINAH DAN AHMAD AZALI.WALAUPUN BAHAGIA, SAKIT RINDU TERHADAP ANAKNYA,SUNNI MAKIN MENEBAL.


ANYWAY SEKARANG LEPAT DOK WAT VIDEO DALAM YOUTUBE.COM..SEARCH justpLt..BOLEH AH KORANG TENGOK DIA BERSAMA KAWAN2 NYA BERBICARA TENTANG ISU SEMASA DI MALAYSIA.

SEBENARNYA BANYAK BENDA DIDEDAHKAN DALAM VIDEO NIE YANG JARANG DIKETAHUI SEPERTI ILMU MENGENAL DIRI DAN MENGENAL ALLAH DAN SEBAGAINYA.INGAT DALAM MASTIKA, LEPAT JADI HANGAT DAN DITUDUH SESAT OLEH HARIAN METRO.NOW WE WILL HEAR OTHER SIDE OF THAT STORY FROM LEPAT.THANX BRO.!!!

COMELKAN ANAK LEPAT AMINAH DAN AZALI
MEMANG PADA KITA YANG TAK KENA BOLEH KATA LEPAT MACAM2, GILA LAH, SESAT LAH, IMEJ DREADLOCK DIA LAH...CUBA BAYANGKAN KITA DI TEMPAT DIA.ENTAH APA KITA BUAT YA?
P/S:- ANYWAY AKU TAK DA KATA NAK STORY DAH TENTANG LEPAT.....ANYWAY, LEPAT, I SEE ALL YOUR VIDEO AND I WANT TO SAY 3 WORDS, I RESPECT YOU!!!!











TERBONGKAR SAPA SEBENARNYA USTAZ AZHAR?

LISTEN! LISTEN! BACA ARTIKEL DI BAWAH DAN NILAIKAN SENDIRI!(BUKAN HASIL DARI AKU YA)
Model antarabangsa yang mirip Ustaz Azhar Idrus (UAI)?

Dewasa ini kecoh kononnya terdapat seorang individu yang mempunyai aura sakti 'Super Star' yang mampu menarik perhatian dan minat orang ramai untuk hadir setiap program atau ceramahnya di mana-mana sahaja.

Untuk merasai bahang saktinya dan fenomena kononnya melanda umat melayu sekarang ini, penulis telah hadir dalam satu ceramahnya di Masjid Sultan Salahuddin Abd. Aziz Shah di Shah Alam.

Memang terbukti! Untuk pertama kalinya masjid kebanggaan penduduk di Shah Alam itu penuh sepenuhnya hingga penulis terpaksa berjalan kaki sejauh 1km untuk sampai ke Masjid kerana parkir jauh.

Kepadatan jemaah yang hadir juga dikatakan melebihi bilangan jemaah ketika Solat Jumaat. Terdetik di hati penulis, memang sakti gaban ini!

Keadaan di Masjid seolah-olah seperti pesta. Dengan gerai-gerai penuh didirikan di sekitar Masjid. Tidak ketinggalan gadis-gadis solehah antara yang hadir mencuit perhatian penulis.

Penulis sempat cuci mata. Kata-kata orang tua, di Masjid lah sesuai untuk cari pasangan hidup. Namun melihat kepada suasana di sana, penulis tidak pasti akan kebenaran kata-kata itu.

Ketika sibuk cuci mata sambil menunggu azan maghrib berkumandang. Penulis tertarik dengan sebuah gerai yang menjadi tumpuan orang ramai di situ.

Penulis mendekati untuk mengetahui apa yang berlaku di sana. Wow! rupanya gerai itu menjual baju, sticker dan lain-lain eksesori yang tertera gambar Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang menjadi penceramah pada malam itu.

Melihat gelagat orang-ramai di gerai itu, memang ramailah yang taksub kepada UAI ini, bisik hati penulis.

Ruang solat Utama memang 'pack'. Jemaah berebut-rebut untuk masuk hingga ada aksi tolak-menolak. Penulis geleng kepala melihat gelagat tok-tok janggut itu. Harapkan janggot je panjang, tapi gelagat macam jenglot!

Selepas selesai solat Maghrib, ingatkan nak buat Solat Sunat selapas Maghrib. Malangnya, sudah tiada lagi ruang untuk sujud. Tiada lagi ruang untuk bergerak. Ini kerana orang ramai semakin berpusu-pusu masuk ke dalam ruang solat utama hingga keadaan dah macam 'tin sardin'.

Adakah ini fenomena atau penyakit umat melayu sekarang?

Keadaan itu membuatkan penulis semakin tertanya-tanya dan bersemangat untuk mengetahui apa yang membuatkan sehingga orang ramai bersikap sedemikian rupa terhadap UAI.

Kemuncaknya sudah tiba, sebaik diumumkan ketibaan UAI, penulis dapat melihat perubahan wajah rata-rata jemaah. Penulis dapat melihat keghairahan mereka untuk meyaksikan kelibat UAI. Terus terang, situasi ketika itu tidak menggambarkan kami berada di dalam Masjid. Keadaan seperti berada di 'Anugerah Bintang Popular'.

Penulis cuba memberi tumpuan untuk mendengar ceramah UAI. Sekali lagi penulis jadi pelik, tertanya dalam hati. Ini ceramah ke persembahan 'Raja Lawak'.

Mana tidaknya, apa sahaja yang keluar dari mulut UAI pasti jadi bahan ketawa jemaah yang hadir. Penulis semakin pelik!

Penulis merasakan ceramahnya biasa sahaja. Mungkin lawaknya yang luar biasa. Tiada beza antara Zizan 'raja lawak' dan UAI. Yang membezakan adalah penampilan mereka sahaja. Penampilan UAI yang berjanggut panjang malah lebat serta pemakaian jubah dan kopiahnya yang menampakkan dia seperti ulama dan warak.

Dari segi perwatakan biasa sahaja. UIA adalah pelawak seperti pelawak-pelawak lain yang sentiasa mendapat sambutan hangat orang ramai yang dahagakan lawak-lawak mereka. Itu Sahaja!

Itulah ikon orang muda yang kononnya yang cuba disensasikan dan digunakan oleh PAS dalam program-program mereka.

Malam itu adalah malam 'pelik sedunia' buat penulis.

Mungkin sedikit sebanyak video di bawah boleh memberi gambaran siapa Azhar Idrus sebenarnya.
 SUMBER:http://shahalamrebels.blogspot.com/2012/06/terbongkar-siapa-sebenarnya-ustaz-azhar.html 
HOK BODO!AKU BACA TAJUK PUN AKU DAH RASA BANGANG KENAPA?
INILAH SIKAP MELAYU,TAK LEH TENGOK ORANG LAIN BERJAYA, MULALAH SIKAP BERDENGKI!
BAGI AKU ITU CARA USTAZ AZHAR MENARIK PENONTON...X SALAH PENDEKATAN DIA..ITU MUNGKIN CARA DIA...MEMANG DIA AGAK PRO PAKATAN RAKYAT.TAPI, DIA JARANG BERPOLITIK DALAM CERAMAH2 DIA...KALAU TAK,MACAM MANA DIA BOLEH MASUK ASTRO OASIS? SIAP ADA RANCANGAN SENDIRI "KEMAH KEMING USTAZ AZHAR"....AKU PUN TAK CUKUP AMALAN TAPI TAKDALAH NAK KUTUK USTAZ MACAM NI...

\

DMH: TANDA KIAMAT DAH NAMPAK, BILA ULAMA DISANGGAH, DAN ORANG JAHIL DIANGKAT....RENUNG-RENUNGKAN!!



AMANAT HAJI HADI???




Saudara-saudara sekalian percayalah, kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.percayalah saudara-saudara sekalian.

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, kita tidak perlu masuk Hindu, kita tidak perlu masuk Kristian, tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ?politik suku, agama suku?. 



UNTUK PENGETAHUAN SEMUA, INI ADALAH "AMANAT HAJI HADI" YANG DIUCAPKAN OLEH TUAN GURU HAJI HADI AWANG (PRESIDEN PAS) PADA 1981 DI KAMPUNG BANGGUL PRADUNG.

AKU RASA ISU NIE DAH 32 TAHUN DIKELUARKAN TAPI BARU - BARU NIE UTUSAN/UMNO MENGELUARKAN ISU NIE BALIK PASAL SEBUAH BUKU "KAFIRKAH AKU" OLEH CN AL AFGHANI YANG MENCERITAKAN KESAN2 AMANAT HAJI HADI INI...AKU TAK SURE BENDA INI BETUL KE TAK, BAGI AKU KENAPA BARU SEKARANG UNGKIT BALIK ISU NI.ADAKAH KERANA DEKAT PRU 13,MEREKA TERDESAK SAMPAI UNGKIT ISU LAMA-LAMA...

AKU TAK BOLEH ULAS LEBIH-LEBIH TAPI AKU SETUJU  ANDAI TUAN GURU HAJI HADI AWANG DIBERI PELUANG MEMBERI PENJELASAN DALAM MEDIA ARUS PERDANA...KENAPA X NAK BAGI? AKU SETUJU SEBAB BAGI RAKYAT MALAYSIA FAHAM...TAKU GUNA SERANG TANPA MEMBERI PELUANG TUAN PUNYA BADAN BAGI PENJELASAN....ITU NAMA SERANG PENGECUT! TAKUT KA?ANDAI BETUL AMANAT HADI INI SESAT, MAJLIS FATWA DAN JAKIM PERLU AMBIL TINDAKAN PADA TUAN GURU....SIASATLAH!


P/S:- ASAL PRU KELUAR ISU NI....ADAKAH PRU 13 NIE UMNO BEGITU TERDESAK???KALAU KERAJAAN UMNO/BN AMAL AJARAN ISLAM YANG SEBENAR, KENAPA TERASA?? BAK KATA NABIL RAJA LAWAK, LU FIKIRLAH SENDIRI?




I AM BACK




LAMA GILA X UPDATE BLOG


BANYAK BENDA AKU NAK UPDATE PASAL ISU SEMASA TAPI KEMALASAN MENGUASAI DIRI....ANYWAY SORRY PADA PEMINAT SETIA (ADA KA?) BLOG AKU....KALAU AKU DAH LAMA X UPDATE 2 BERMAKSUD AKU MALAS AH TU....SEKARANG LAK AKU STUDY KAT KOLEJ DEKAT KUALA LUMPUR UNTUK AMBIK IJAZAH.AND SEKARANG AKU TENGAH PRAKTIKAL KAT PEJABAT KERAJAAN KAT PULAU PINANG. SO INSYALLAH ADA ISU AKU UPDATE CAM DULU...
AKU RASA CAM LAMBAT LAK....ANYWAY AKU NAK WISH SELAMAT TAHUN BARU 2013...SELAMAT DATANG 2013...AIII UMUR DAH BERTAMBAH...AKU DOAKAN SEMOGA TAHUN 2013 MENJADI TAHUN YANG LEBIH BAIK DARI TAHUN2 LEPAS.


PADA RAKYAT MALAYSIA YANG MAHUKAN PERUBAHAN...JEMPUT DATANG KE HIMPUNAN #KL112 SABTU NIE, 12 JANUARY 2013....AKU MINTA MAAF TAK DAPAT TURUN...SEBAB AKU ADA KAT PENANG DAH (BERCUTI SAMBIL PRAKTIKAL)..KALAU AKU DA KAT KL INSYALLAH AKU PERGI...

ROKOK JOHN YANG JADI PENEMAN AKU JIKA STRESS STUDY!

 INSYALLAH KALAU AKU RAJIN AKU AKAN HIDUPKAN BLOG NIE BALIK.DOAKAN AKU RAJIN UPDATE.

:)








Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers