Pengkikut blog

IKLAN lagi....

TENTANG PTPTN....

SAMBIL BERMAIN SLOTOMANIA....AKU TERTENGOK  TUNJUK PERASAAN MINTA PTPTN DIMANSUHKAN OLEH ADAM ADLI DAN GENG (SOLIDARITI MAHASISWA MALAYSIA)

KALAU KORANG TENGOK APA AKU CAKAP PASAL PTPTN NIE MESTI KORANG TAU APA REAKSI AKU TENTANG PTPTN....SO KORANG TENGOK AH GAMBAR SEKITAR DEMOSTRASI TADI.....







CUMA YANG NIE AKU TAK SETUJU SIKIT DENGAN DEMOSTRASI NIE...PERLU KA LETAKKAN KALUNG DI GAMBAR PM NAJIB DAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI DATO KHALID NORDIN....CAMNA ORANG X MARAH DENGAN KORANG....BUAT BENDA TAK BERTAMADUN CAMNIE...KORANG NAK TUNJUK PERASAAN KA...KORANG NAK BERKHEMAH KA ITU LANTAK KORANG AH TAPI JANGAN SAMPAI MACAM NIE...MARAH -MARAH GAK BRO...TAPI SAMPAI TAHAP CAM NIE MACAM MINTAK PM NAJIB KITA MATI JA....
SORRY TO SAY...YOU ARE RUDE!


AKU TAK TAU AH SAPA YANG SURUH WAT CAMNIE BUT FOR SURE...THIS IS STUPID...OK AKU NAK SAMBUNG MAIN SLOTOMANIA....

YOU ARE NOT STUPID UNTIL YOU ARE SHOWING IT!


PERTABALAN YANG DIPERTUAN AGUNG....


Hari ini, sejarah bakal tercipta...

Istiadat pertabalan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah, akan diadakan pada hari ini, Rabu, 11 April 2012 di Balairong Seri, Istana Negara diikuti Majlis Santapan Diraja pada sebelah malam.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata, sempena istiadat tersebut kerajaan mengisytiharkan 11 April sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara.

‘‘Pengisytiharan hari kelepasan am tambahan ini dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan manakala Sabah dan Sarawak boleh mengambil tindakan mengikut undang-undang negeri masing-masing,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Istiadat pertabalan itu sempena pelantikan baginda bagi menggantikan Sultan Mizan Zainal Abidin yang telah tamat tempoh pemerintahan pada 12 November tahun lalu.

Baginda Tuanku dilahirkan pada 28 November 1927 dan ditabalkan sebagai Sultan Kedah ke-27 sejak 1958 sehingga kini.

Kali pertama Baginda Tuanku ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Agong ke-5 pada tahun 1970 dan tempoh berakhir pada tahun 1975.

Hari ini, sejarah bagi Malaysia bilamana buat kali keduanya, Baginda Tuanku Akan ditabalkan secara rasmi sebagai Yang Dipertuan Agong ke-14.

Merenung kembali rukun negara Malaysia yang kedua, KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA membuatkan aku merasakan detik ini amat bersejarah !

Perlu bagi setiap rakyat Malaysia menyemai rukun negara kedua ini didalam sanubari setiap dari kita dan wajar dipupuk semangat menghormati Agong dan Raja-Raja kerana pada hari ini, semangat ini aku lihat semakin luntur dek kerana politik sempit segelintir pihak.

Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.

Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja.

Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat.

Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

Perlu kita tahu, bahawa Agong dan Raja adalah tunggak agama Islam dan juga perpaduan setiap kaum walaupun kita dibawah naungan Raja-Raja Melayu.

Merafak sembah kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah, patik dan warga kerja I4TT menyembah tahniah diatas pertabalan Tuanku menaungi rakyat Malaysia sebagai Yang Dipertuan Agong Ke-14 pada hari ini.

Tuanku Payung Rakyat, Payung Negara ! Semoga Tuanku sentiasa dirahmati Allah S.W.T. 

Daulat Tuanku !!! 

Daulat Tuanku !!! 

Daulat Tuanku !!!







KAWAN AKU.....

OH AZFAR.....NAK SANGAT NAMA ANG DALAM BLOG AQ...NAH!DIA NIE BEKAS PENGHULU AKU...KAT KPMSI DULU...WOI AKU RINDU HANG LAH...!!!


MASIH BUJANG....BELUM KAWIN/.KAPLE....SILAKAN TEKEL K



SAHABAT!

"Seandainya engkau bertemu seorang kawan yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan, mendahulukan atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran, menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan, ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan tetapi seorang saudara & sahabat sejati yang sukar di cari ganti"


Sahabat adalah perisai ataupun kebinasaan
Rasulullah saw pernah berpesan: “Agama seseorang itu terletak di atas agama atau jalan yang dipilih oleh rakannya”. Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dalam memilih siapa yang harus dijadikan sahabat.










Apakah ciri-ciri sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut :

-Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
-Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
-Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
-Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
-Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
-Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
-Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
-Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.
-Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.
-Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.
-Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
-Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
TUHAN mengaturkn antara kita 1 pertemuan ditetapkn 2 hati. 
Dalam 2 hati diberikn 3 rasa : Sayang, Kasih & Kasihan
Dalam 3 rasa itu diselitkn 4 tujuan:Berkenalan, Berteman, Berkawan & Bersama.
Dalam 4 prkara itu tersembunyi 5 perkataan, iaitu: Teman Baik Selalu Di Sisi.
Dalam 5 prkataan itu trsmbunyi 6 impian iaitu :Sayang, Kekal, Setia, Mengerti, Menghargai dan Mengingati.


Dalam 6 impian itu tersimpul 7 huruf keramat iaitu : “SAHABAT”. 




PTPTN


PTPTN?
APA KONTROVERSI SANGAT DENGAN PTPTN NI SAMPAI ANWAR IBRAHIM NAK HAPUSKAN PTPTN...SIAP ADA MAHASISWA NAK TUNJUK PERASAAN DI DATARAN MERDEKA PADA 14 APRIL NIE...KENAPA MARAH SANGAT DENGAN PTPTN NI...

PTPTN DITUBUHKAN OLEH KERAJAAN  UNTUK MENYENANGKAN ORANG YANG SUSAH  UNTUK MEMBUAT PINJAMAN MELANJUTKAN PELAJARAN...SO TAK SALAH KAN?TAPI KENAPA NAK HAPUSKAN WAHAI ANWAR IBRAHIM...BUKAN KAH ITU BAGUS...

TAPI YANG TAK BAGUSNYA...DIA MEMBEBANKAN!!PAHAM TAK?MENYUSAHKAN!KENA BAYAR FAEDAH LAGI (KOS PENTADBIRAN)...BOLEH DIKATAKAN PTPTN NIE BANK PTPTN.KAN SENANG KALAU BAGI PENDIDIKAN PERCUMA....AKU TAK BOLEH BLAH BILA PM NAJIB KATA " HAPUSKAN PTPTN BOLEH MUFLISKAN NEGARA"ENCIK PM, KALAU NAK TOLONG RAKYAT SEMUA MUFLIS KA?ABIS TU YANG TOLONG  KRONI OR KOPORAT BESAR BERBILLION2 TU TAK PA LAK...TAK MUFLISKAN NEGARA KA?YANG ISTERI ENCIK PM SHOOPING BELI CINCIN BELI BEG TANGAN KAT LUAR NEGARA PAKAI DUIT NEGARA TU TAK BOLEH MUFLIS KAN NEGARA KA?
NIE LAGI 1 MENTERI NIE....MANSUH PTPTN JEJAS MELAYU....WAHAI PAK MENTERI...BUKAN KAH ORANG MELAYU ADA MARA (MAJLIS AMANAH RAKYAT)...TOLONG JANGAN GUNA NAMA MELAYU NAK PERBODOHKAN BANGSA SENDIRI...TAK CUKUP LAGI RAMAI RAKYAT MALAYSIA TERUTAMA ORANG MELAYU YANG TIDAK BEKERJA MENDERITA AKIBAT MENANGGUNG HUTANG PTPTN NAMA DIBLACKLIST....PATUT PAK MENTERI NIE MEMIKIRKAN TENTANG MACAM MANA NAK MELAHIRKAN GRADUAN YANG BERKUALITI UNTUK PASARAN KERJA...BUKAN MENAKUT2KAN BANGSA SENDIRI DENGAN MENGGUNAKAN PERKATAAN MELAYU....

NIE SATU LAGI SMS BODOH...KALAU TAK TAU SESUATU ISU...TOKSAH MALUKAN DIRI MENULIS DALAM SURAT KHABAR K...KAN PAKATAN RAKYAT DAH CAKAP NAK BAGI PENDIDIKAN PERCUMA ...TOKSAH JADI KATAK BAWAH TEMPURUNG SANGAT...BACA LAGI SURAT KHABAR NIE...TAK TENGOK DUNIA...SEBAB TU JADI BAGHAL MACAM NIE...

2 AYAT JA.....MANSUHKAN PTPTN









ABPBH 2012







Bintang Paling Popular: Aaron Aziz

Anugerah Seri Perak: Datuk Siti Nurhaliza

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: Datuk Sheila 

Majid

Penyanyi Lelaki Popular: Hafiz

Penyanyi Wanita Popular: Yuna

Artis Berkumpulan Popular: Ning Baizura/Shila
 
Amzah/Jaclyn Victor

Pelakon Filem Lelaki Popular: Aaron Aziz

Pelakon Filem Wanita Popular: Maya Kari
n

Pelakon TV Lelaki Popular: Fizz Fairuz

Pelakon TV Wanita Popular: Fasha Sandha

Artis Baru Lelaki Popular: Johan Ariff As’ari

Artis Baru Wanita Popular: Tasha Shilla

Artis Komedi Lelaki Popular: Johan Raja Lawak

Artis Komedi Wanita Popular: Didie Alias

Pengacara TV Lelaki Popular: Zizan

Pengacara TV Wanita Popular: Fara Fauzana

Penyampai Radio Lelaki Popular: Faizal Ismail

Penyampai Radio Wanita Popular: Fara Fauzana



TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG ABPBH 2011.....TIADA PERUBAHAN DARI PENYAMPAI RADIO WANITA/LELAKI POPULAR...SEBENARNYA AKU TAK TENGOK PUN ABPBH 2011...CUMA TENGOK TANG PEMBUKAAN JA SEBAB SIBUK NAK PERGI KERJA...SO TAK LEH KOMEN LELEBIH....CUMA PERSEMBAHAN AARON AZIZ,MAYA KARIN,LISA SURIHANI (OMBAK RINDU) YANG GEMPAK AKU RASA....

OVERALL TENTANG PEMENANG KALI NIE AKU PUAS HATI...CUMA CERTAIN2 PART AKU TAK PUAS HATI...KEMENANGAN TASHA SHILA UNTUK ARTIS BARU WANITA POPULAR...DIA NIE BERLAKON TAK LAH HEBAT MANA...OR POPULAR MANA...TAPI SEBAB KONTROVERSI DIA MASUK DISKO TU....MENYEBABKAN DIA MENJADI ARTIS BARU WANITA POPULAR...SO TAK HERAN AH ARTIS BARU NAK NAIK KENA WAT KONTROVERSI DULU BARU MENANG....

FARA FAUZANA MENANG LAGI?SAMPAI BILA DIA NAK MENANG LAGI?MACAM TAK DA DJ/PENGACARA LAIN KA NAK MENANG!SORRY DULU AKU MINAT FARA FAUZANA...TAPI KALAU TIAP2 TAHUN MENANG...BOSAN JUGAK...TAHUN DEPAN TOLONG LAH BAGI DJ/PENGACARA WANITA LAIN PULA YA CIK FARA!


LAGI SORANG...DJ PALING POPULAR TIAP2 TAHUN MESTI MUKA DIA MENANG...SO KALAU DAH RASA POPULAR SANGAT TAK YAH LAH BERTANDING....BAGILAH CAN ORANG LAIN SAMA YA ENCIK FAISAL ISMAIL...

TAHNIAH GAK KEPADA ZIZAN YANG BERJAYA MERAMPAS ANUGERAH PENGACARA TV LELAKI POPULAR DARI TANGAN AZNIL YANG DAH BERAPA TAHUN (AKU TAK INGAT) MENANG...TAHNIAH KEPADA ZIZAN....



ANYWAY PEMENANG LAIN AKU TAK DA MASALAH...TERMASUK BINTANG PALING POPULAR 2011....AARON AZIZ...BAGI AKU...INI PILIHAN PEMINAT MALAYSIA....MAYBE DIA MEMANG LAYAK...SO TAK LEH DIKUTUK OR DIKRITIK AH KEMENANGAN DIA...TAKKAN ASYIK ORANG SAMA JA YANG MENANG.......
p/s:- NAMA BETUL AARON AZIZ...bukan MAT HARUN K...



Adik Nur Farrahin - Semoga Tenang Di SisiNYA

TERINGAT KEMBALI PESAN USTAZ AZHAR IDRUS YANG SELALU MENGIGATKAN KAUM WANITA AGAR TIDAK UPLOAD GAMBAR DALAM FACEBOOK...TERINGAT PULA AKU PADA VIDEO "FACEBOOK SESUDAH MATI" MENGENANGKAN GAMBAR YANG DIUPLOAD   TAK SEMPAT DIBUANG SELEPAS MATI...

GAMBAR DAN ARTIKEL TIADA NIAT UNTUK MENGHINA ARWAH...TAPI SEBAGAI PENGAJARAN....ARWAH TELAH MENINGGAL DUNIA DALAM SATU KEMALANGAN PADA 28 MAC YANG LALU.RAKAN-RAKAN DAN FAMILI DIA SEDANG BERUSAHA UNTUK MENUTUP AKAUN FACEBOOK NYA SELEPAS  IBU NYA MENDAPAT MIMPI YANG DIA TIDAK TENANG DI "SANA"
PADA SEMUA KAUM WANITA TERUTAMA SAHABAT BLOGGER OR FACEBOOK,(YANG MEMBACA ENTRY INI) JANGANLAH GHAIRAH SANGAT DOK UPLOAD GAMBAR YANG TIDAK BERTUDUNG DALAM FACEBOOK..SERIUSLY,KESAN NYA AMAT BERAT KALAU KITA TAK SEMPAT MEMADAM NYA....

PADA ARWAH NUR FARRAHIN,SEMOGA PEMERGIAN MU MENJADI IKTIBAR BUAT KAMI YANG LEMAH.SEMOGA KAU TENANG DISANA

AL FATIHAH......




BERSIH 3.0


BERSIH 3.0?BERSIH 3.0? BERSIH 3.0?
APASAL LAGI NIE? SELEPAS 9 JULAI 2011,RAKYAT TURUN KE JALANRAYA UNTUK MENGANJURKAN BERSIH 2.0.TAPI KERAJAAN MASIH TAK MAU IKUT CAKAP DEPA...SO, RAKYAT AKAN KEMBALI KE JALAN RAYA UNTUK BERSIH 3.0

SELEPAS RAMAINYA RAKYAT TURUN TIME BERSIH 2.0 MEMBUATKAN KERAJAAN 1 MALAYSIA JADI PEKAK DAN TULI...WALAUPUN DIBUAT JAWATANKUASA KHAS PARLIMEN MENGENAI PILIHANRAYA TAPI ITU TAK MEMUASKAN HATI MEREKA YANG MENAUNGI BERSIH KERANA MASIH MENGANGGAP PILIHANRAYA TETAP TIDAK BERSIH...
DAKWAAN BERSIH ADA BETUL NYA.....PSC YANG DITUBUHKAN PARLIMEN MENDASARKAN RANCANGAN UNTUK SPR SAHAJA...TAPI MEDIA?MASIH LAGI DICONTROL UMNO-BN.....SO WHATS THE PROBLEM?NAMPAK SANGAT TAK ADIL....MEDIA MASSA MASIH LAGI CERITAKAN KEBURUKAN PEMBANGKANG DAN KEBAIKAN KERAJAAN...SEOLAH2 BN JE YANG BAIK DAN PR YANG JAHAT....
SEBENARNYA AKU ADALAH RAKYAT YANG BOSAN....RAKYAT YANG DAHAGAKAN MAKLUMAT SEBENAR....RAKYAT YANG MAHUKAN MEDIA YANG TIDAK PRO MANA-MANA PIHAK...KENAPA TAK BOLEH WAT MACAM TU....KENAPA NAK CERITA SEMUA KEBAIKAN BARISAN NASIONAL WALAUPUN ADAKALANYA MEREKA PUN ADA BUAT SILAP....
P/S:- PATRIOT ADA TURUN TAK 28 APRIL NIE?IBRAHIM ALI MESTI TURUN PUNYA SEBAB BERSIH 2.0 BINI DIA TAK BAGI TURUN...SO KALI NIE MESTI BINI DIA BAGI PUNYA...HAHAHAHA





Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers