Pengkikut blog

IKLAN lagi....

MCA HINA ISLAM

MCA berkempen bermodalkan agama, bangsa
MCA sekali lagi cuba menakut-nakutkan masyarakat Cina dengan agenda penubuhan negara Islam oleh PAS, tetapi kali ini dengan mengheret DAP sekali.
Dalam risalah kempennya pada pilihan raya kecil di Tenang, MCA mendakwa DAP terlalu menunduk kepada PAS dan menyokong agenda penubuhan negara Islam yang dipelopori oleh PAS.
Risalah itu, antaranya memaparkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi songkok kepada pemimpin veteran Lim Kit Siang yang menerimanya dengan bangga.
Tajuk yang tertera, "Saya tidak bantah awak jadi timbalan perdana menteri saya, tetapi hanya jika awak seorang Muslim.”
Satu lagi risalah lain adalah paparan keratan akhbar Cina yang melaporkan presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai pilihan Pakatan Rakyat jika mereka berkuasa kerana beliau lebih layak daripada ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Hidup negara Islam!" tertera di risalah itu.
Kempen MCA di Tenang setakat ini tertumpu dengan bidasan demi bidasan terhadap agenda PAS menubuhkan negara Islam.
Malah, presiden parti Cina itu, Datuk Seri Chua Soi Lek juga mengeksploitasikan isu berkenaan dengan mendakwa calon PAS Normala Sudirman enggan berjabat tangan dan bersalam dengan penduduk bukan Islam di Tenang.
Satu lagi strategi yang digunakan ialah paparan 12 perwakilan Pakatan Rakyat yang telah berpaling tadah dan dua bekas pemimpin yang meninggalkan parti masing-masing.
MY COMMENT: apa tindakan kerajaan 1 MALAYSIA UMNO dalam isu nie...Kemana perginya PERKASA PEWARIS PEKIDA dan NGO Melayu yang bersemangat sangat nak perjuangkan MELAYU DAN ISLAM..Woi gi lah buat demostrasi kutuk Chua Soi Lek dan MCA...korang kan suka wat demostrasi...nie bukan hina MELAYU nie hina ISLAM...takkan nak berdiam diri....dari korang buang masa serang ANWAR dan PAKATAN RAKYAT tapi dalam isu nie MANA KORANG?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers