Pengkikut blog

IKLAN lagi....

KAWAN VS SAHABAT

apa beza kawan dan sahabat?
seorang kawan aku tanya aku dalam facebook persoalan ini yang menyebabkan aku rasa nak menjawab..Dulu aku pun tak boleh bezakan KAWAN dan SAHABAT...Dulu aku ingat semua kawan adalah sahabat....tapi telahan aku salah...kawan dan sahabat sangat berbeza
Kawan hanyalah teman berbual dan berborak apabila keperluan itu diingini. Mudah kata, kawan kedai kopi. Banyak ruang peribadi yang tidak boleh dimasuki atau dicerobohi. Cerita-cerita atau masalah-masalah yang dihadapi takkan dikongsi. Kebiasaannya kawan hanya boleh berbicara dalam ruang sosial sahaja. Taraf kawan lebih kepada kawan ketawa.
Manakala sahabat  pula lebih kepada penceritaan yang melibatkan emosi dan permasalahan yang berlaku dalam hidup kita. Umpamanya, perasaan suka duka boleh dikongsi bersama. Hinggakan sahabat juga adalah tempat meluahkan perasaan dan mampu meminjamkan bahu mereka untuk bersandar dan lengan baju sahabat juga tempat menumpahkan air mata dan hingus akibat penceritaan permasalahan yang melanda. Seringkali situasi ini menjurus kepada wanita kerana wanita akan berasa tenang setelah menitiskan air mata mereka. Sahabat seperti ini dikatakan kawan menangis yang sukar dicari

 PERBEZAAN KAWAN DAN SAHABAT
Berkawan dan bersahabat
adalah sesuatu yang berbeza.
dikenali dan mengenali
berlainan ertinya…
berkawan hanya sekadar dikenali,
bersahabat lebih mengenali,
kepercayaan hanya pada sahabat,
penghinaan hanya pada kawan,
kesusahan hanya pada sahabat,
kesenangan hanya pada kawan,
penyelesaian hanya pada sahabat,
kesalahfahaman hanya pada kawan,
naik hanya pada sahabat,
jatuh hanya pada kawan,
jujur hanya pada sahabat,
pura-pura hanya pada kawan,
punyai kawan hanyalah sementara,
adanya sahabat untuk selamanya
 
Hargailah sahabat.sesungguhnya bukan senang kita nak dapat sahabat yang susah sesang bersama-sama..
"Selemah-lemah manusia, ialah yang tidak boleh mancari sahabat yang lebih lemah ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah di cari" Saidina Ali
untuk semua sahabat...YAZID SYIMIR NASRY RIDZWAN RAJA SYAFIQ LUQMAN ARIP SYAUQI DAN BOB IHSAN...(SAHABAT KPMSI)..Aku hargai korang korang adalah sahabat aku dunia akhirat..anyway thanx sebab hadir dalam hidup aku...aku minta maaf sebab banyak kesalahan dan kesilapan aku pada korang... gelak tawa kita bersama kita menangis pun bersama....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers