saja ari nie tajuk entry pasal kahwin...tadi aku tengok kat blog member aku http://biadap.blogspot.com/ dia cerita pasai kawin...aku dah ready ke nak kahwin.. wei gila ka nak kahwin...aku belum bersedia lagi..masa kawin macam2 benda nak kena disediakan..maklumlah tanggungjawab sebagai ketua keluarga nie besar bukan kecik anak punya...kalau dah sampai seru tak leh nak kata apa ah...aku pun belum bekerja lagi duk harap duit mak ayah aku berangan2 nak kahwin...tak yah mimpi lagi ah...
kekadang tu aku terfikir gak bila gamaknya aku nak kahwin dah ready ka nak kahwin..dah ready ka nak ambik tanggungjawab dari mak ayah perempuan tu...tapi jawapannya aku tak ready lagi nak kahwin...lebih baik cari duit untuk diri sendiri dulu baru cari duit nak tanggung anak dara orang (isteri kita)...mak aku pernah cakap dulu nak tanggung diri sendiri pun harap mak ayah macam mana nak tanggung anak orang...
selepas akad nikah tu..seolah-olah menyerahkan ayah wanita tu dah menyerahkan tanggungjawabnya kepada kita..dan ketika itu,tugas kita lah untuk menjagannya..time nie serius aku cakap aku tak ready lagi...tak ready lagi nak menanggung amanah ayah mertua aku...tak ready lagi nak tanggung tanggungjawab yang diberikannya untuk menjaga anaknya kepada aku..serius aku tak ready lagi...banyak benda yang aku nak buat untuk hidup aku sebelum kahwin...memang orang cakap kahwin tu senang tapi tanggungjawab lepas kahwin tu aku tak ready untuk menanggung lagi...
so kepada sapa2 yang fikir nak kahwin,take time relex fikir dulu masak2 kalau sampai rentung pun tak pa sebab benda nie bukan benda main-main..nak pilih pasangan hidup bukan macam makan kacang sebab kita kena kenal pasangan kita sedalam-dalamnya (lebih dalam dari lautan)..Kita tak kahwin dengan dia tapi dengan seluruh famili dia...time 2 tanya diri sendiri
ADAKAH ANDA BERSEDIA?
Jangan sampai kahwin 2-3 tahun bercerai...alasan tak sefahaman...kahwin dah grand2...duit dah abis berpuluh ribu...bercerai...sapa yang malu kita juga kan....sekarang di masa muda ni fikirlah cari duit dulu...bukan baru 2-3 bulan kerja dah nak kahwin...
CARI DUIT DULU DER BARU MENGGATAL NAK KAHWIN....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan