Pengkikut blog

IKLAN lagi....

SELAMAT TINGGAL KPMSI

assalamualaikum....apa habaq semua...lama gila DMH tak update blog..bukan ada sebab apa pun saja ja tak de idea nak update blog.....tapi ari nie DMH nak cerita sikit pasal  kolej kesayangan DMH...
KOLEJ PROFESSIONAL MARA SERI ISKANDAR...Kolej yang bakal DMH tinggalkan tak lama lagi...untuk bacaan semua... Gambar diatas tiada kena mengena dengan tajuk entry...saja ja sebab DMH dah jadi ketagih main game ni....


"KOLEJ APA NIE?"tu perasaan pertama DMH masa tengok Nama kolej nie masa PROGRAM KARNIVAL dekat SUNGAI PETANI....so dengan rasa ingin mencuba DMH mendaftar masuk KOLEJ ni...Sangka DMH KOLEJ nie sama macam kolej DMH sebelum nie (COSMOPOINT) tapi sebenarnya berbeza....

Melangkah masuk dalam KOLEJ nie membuat perasaan DMH terfikir "BETUL KE JALAN NI?"DMH bukan lagi student COSMOPOINT but student KOLEJ yang DMH pun tak pernah dengar selama ini..tapi sebenarnya KOLEJ ini yang banyak mengubah hidup DMH....
Ini bilik DMH masa FOUNDATION 1 (SEM 1)...start dari bilik ni DMH mula belajar di KOLEJ ini sampai sekarang...DMH hanya 3 semester duduk di asrama bermula dari bilik ini ke bilik 1-5 dan kembali ke bilik ini....(Selebihnya DMH jadi OUTSIDERS)


Tangga ini memang nampak macam tangga biasa tapi bagi DMH dan student HOSTEL KOLEJ nie, tangga ini digunakan untuk pergi kelas dari HOSTEL KOLEJ nie.....tak semestinya pergi kelas, nak pergi cafe,Pergi DATING dan lelain urusan pun guna jugak tangga ini


Nie CAFE KOLEJ yang selalu bebudak student makan di sini....selalunya student hostel ah....tapi kekadang student OUTSIDERS termasuk DMH makan kat sini gak....sebab apa DMH suka makan kat sini?
MURAH dan tak yah nak menyinggah mana2 dah...tapi "THE MAIN REASON" dia sebab MURAH ja...bagi DMH ah...
nie lah PONDOK PAK GUARD yang harus direntasi oleh semua yang keluar masuk KOLEJ....PAK GUARD pun sempoi2 belaka...(walaupun kekadang ada yang agak POYO dalam menjalankan tugas) 

Nie padang Kolej ni....walaupun nampak biasa ja tapi kat sini ah student KOLEJ nie main bola ka ragbi ka semua sukan yang boleh dimain dalam padang ni...
nie tempat parking KOLEJ nie...walaupun DMH tak suka tempat parking nie sebab tak berturap tapi nak buat macam mana kan pihak pengurusan kolej nie tak mau dengar suara student....sabar je lah...

SYAHDUNYA hati DMH untuk meninggalkan KOLEJ ini....banyak kenangan pahit dan manis yang DMH lalui sepanjang 5 TAHUN DMH berada di sini....walaupun ada benda yang kita tak suka...tapi KOLEJ ini tempat kita menuntut ilmu....segala onak dan duri selama 5 tahun ini takkan DMH lupakan sehingga akhir hayat....
ANYWAY THANX DMH ucapkan kepada lecturer2 yang tak jemu2 menunjuk ajar kepada STUDENT2 (Walaupun tak semua yang macam tu)...insyallah ilmu yang diajar boleh dijadikan pedoman di masa depan....

KEPADA ADIK2 STUDENT KOLEJ NIE,jagalah nama KOLEJ nie bebaik...jangan buat banyak masalah...semoga korang pun berjaya grad dengan cemerlang macam SENIOR2 mu yang lain...

KEPADA KAWAN2 KU yang baru grad atau yang dah lama,PILIH JALAN YANG BETUL...demi masa depan korang yang lebih sempurna....


SELAMAT TINGGAL KPMSI!!!

2 ulasan: